
ITULAH AKU DALAM DIRIKU Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita
aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku tiba tiba ada getar getar kasih menyusupi relung dadaku bertamu tiba tiba di antara dua lambungku tanpa pernah ku undang dia menyelak tabir resahku sendiri engkau mula mewarnai hari hari kelabuku engkau mulai menghiasi tabir mimpiku engkau menjadi langsir rinduku suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah mulai mengusik hati yang kesepian ini dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu pada wajah seorang perempuan dan seseringkali aku mahu kembali lagi ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal ke kadang rasa ingin aku terbang keangkasaraya tanpa sempadan cuma yang ada aku dan engkau saja setiap detik bersama sama mengalun irama rindu pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG ENGKAU SANGAT AKU SAYANG
MALAM MELARUT HUJAN MELAUT
malam melarut ke kelam-hitamnya hujan melaut ke muara-sepinya
sepi dan gigil mencari-cari
berdesing angin berdesing-desing merapalkan mantera rahasia
sebagai bisik o merintih rintih
ini langkah sampaikah pada tepi menjejak tapak pudar memuai
seperti hujan seperti malam
melarut ke kelam hitamnya melaut ke muara sepinya
mengekal di ketiadaan
sedang asyik baca blog haku
| How to make a sumpitt |
Ingredients:
5 parts intelligence
3 parts brilliance
5 parts beauty |
Method: Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired! |
angin sepi mengilir lesu antara dedaun hati yang kebasahan rindu yang telah kering tanpa kemarau kau gantungkan pada langsir hati tak berpintu merekah luka tanpa darah segar yang nampak hanya sendu mata tanpa ghairah memupuk kasih yang tinggal debu debu cuma
ku renung malam yang makin melarut ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati untuk berkaleh kesah sayangnya rindu itu terlusuh sendiri dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang awan kesamaran engkau masih lagi di satu sudut hatiku biarpun engkau menoreh luka terbentang dusta dan nista harga rasa yang telah kau campakkan pada ramasan rindu yang kau bongkarkan
aku teringin peduli pada kocakan rindu merantai tangkai hati tak kala ingin ku pejamkan mata wajahmu bermain diruang minda hati mengapa masih mahu peduli pada semalam yang menyakitkan melakar luka yang masih menyimbah akukah yang membiarkan hati melata dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan tanpa kau basahkan dengan sapamu aku rindu pada manjanya engkau sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma
gegarkah hati kerana rindu terpagar dek cemburu dan ragu membiarkan manis mesra berlalu tanpa berani menjengah jendela kalbu lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu tangis hati bagai dipalu adakah ini yang dikatakan cinta semalu
pagi yang bening lagi sepi ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm hati ini bagai berada dirimba yang tebal duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok dari pandangan mata mereka rindu? masih lagi menebal tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan ku sangkut pada langit langit kamar supaya aku tidak ikut larut dengan irama sendu yang mengalun pelan di daun telingaku..... aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....
|
|
|
![]() |
Wednesday, January 31, 2007
food poisoning (bikin gue pikir banyak kali untuk makan seafood sekarang)
khamis tanggal 25 januari 2007
rutin biasa pagi sebelum kemana2 mesti mengadap pc.. tetapi pagi ini aku malas betul bangun pagi... masih terguling guling ditempat tidur, orang sudah siap berpakaian untuk pergi mengajar aku masih lagi terguling2 malas , tak kedengaran suara kawanku disebelah memanggil untuk sarapan, rutin pagi biasanya kawanku yang mengajar sessi petang akan masak sarapan pagi.. tapi pagi ini senyap jerk cuma kedengaran dia kebilik air... aku bangun dengan malas untuk mandi... tengok kawanku masih lagi terguling di katil katanya sakit perut.. yah! mungkin dia gastrik sebab aku tau dia ada sakit gastrik aku mandi. Sudah mandi aku ke dapur untuk membuat sarapan ala kadar... aku ingat nak goreng nasi jer goreng bodoh.. nasi dan telur... tapi tetiba kawan yang sakit perut cakap ada call dari si kawan aku yang sudah pergi mengajar pagi... isk. kena amik dia pulaks... aku dengan pantas amik kunci kereta larikan kereta sepantas mungkin isk sekolah tu dekat jerk.. aku tengok dia dah longlai.. masuk dalam kereta ..sakit perut katanya macam nak pitam dalam toilet tadi.. aku cakap kita ke klinik terus tapi dia nak balik jugak.. ke rumah, aku cakap yang di rumah pun sakit perut jugak... yark... balik rumah dia orang berdua berulang alik ke bilik air muntah dan buang air besar.. tetapi memang buang air jerk.. air saja yang keluar tak tahan aku tengok dia orang macam tu.. aku ajak dia orang ke klinik... suruh bersiap pakai baju pakai ler track pun...aku ke klinik heong di batu 4 dekat dengan parkwell jam baru jam 8 tetapi sudah ada orang di bilik doktor mereka berdua terpaksa menunggu agak lama jugak...adus sana adus sini..tergolek di sofa klinik ulang alik masuk tandas klinik...peh aku dah geram ingat nak cari klinik lain pulak yang berdekatan tak tahan tengok dia orang menahan sakit..... lambat juga doktor mahu panggil dia orang masuk dalam bilik... hemm kemudian bila dah masuk bilik doc aku senang sikit, bila dia orang keluar aku tanya doc dia orang ni kena gastrik ke food poisoning...doc jawab food poisoning sambil senyum2.. sementara tunggu ubat aku tengok dia orang dah okies skit boleh sembang2.. kat ruang menunggu doc tu kasi dia orang makan ubat masa kat dalam bilik...aku p amik kereta balik rumah aku ingat nak makan ler.. dan buatkan dia orang bubur.. tadi dah buat bubur pun.. aku kasi kat kawan aku bilik sebelah bubur dan telur goreng satu lagi kat kawan sebilik isk... dia nak muntah... aku cakap muntah je dalam bakul baju tu... isk kesian pulak aku tulun picit2kan leher dia.. tetiba dia macam kejang tak sedar diri aku cuba buka mulut dia supaya tidak terkacing gigi sambil jerit nama kawan sebelah supaya call ambulan sebab aku dah tak tau nak buat apa.. berdebar dan segala macam perasaan menghantui diri ..yg sebelahpun mulai mengerang balik isk macam mana nih... akhirnya sedar juga dia sambil matanya marah bila tengok aku dok kerjakan mulut dia nak buka mulut ko ler takut ko tergigit lidah isk... orang sakit nih.. dia dah lemah lunglai.. ambulan datang.. dia orang tengok2.. dan bagi ubat mana yang patut sebelum bawa ke hospital aku tak ikut ambulan... g ngan SS .. sib baik dia orang berdua tak muntah dan berak dalam SS isk... di wad kecemasan dia orang berdua kena masuk air.. disinilah aku lihat very bad services dari seorang doktor perempuan.. ada ke dia tanya kenapa panggil ambulan? aku cakap dah dua2 terbungkam cemana aku nak cepong dia orang ke kereta.. mestilah call ambulan abis apa guna ada ambulan? itukan namanya kecemasan atau tunggu orang mati dulu baru nak datang, aku paling tak suka kalau doktor sebegitu.. ego memang doktor perempuan ego sesangat aku paling nyampah dengan orang macam tu.. dia tanya kawan aku yang sakit aku yang jawab...dia marah suruh orang yang sakit tu jawab dah orang sakit tu bersama aku ,jadi aku tahulah orang sakit cemanalah nak dibawa bersoal jawab gile punya doktor... aku memang temper kalau ilmu yang Allah kasi pinjam tu kita buat cakap takabur sebab orang perlukan kita tak boleh cakap bagus2 ke memang ler kalau dia doktor jaga kut kena jaga wad kecemasan 24 jam...tapi bagilah cakap yang baik2 tapi bila dia tahu kawan aku cikgu barulah dia serve bagus skit..ceh hampagas punya doktor.. aku rasa doktor tu orang semenanjung gaya dia cakap lah dapat aku tangkap.. dr marsitah musa... aku tengok kat signature surat cuti..ceh!! entah bini siapalah ni sombong tak kena tempat...tapi yang lain2 baik semua nurse ok2 semua memahami apalagi penolong pegawai perubatan..mesra2 alam semuanya..satu kawan aku dah dapat balik sebab dia cuma satu botol air je yang dimasukkan .. yang satu lagi kena masuk air lagi.. aku bawa kawan aku ni balik rumah.. kemudian aku mandi cuci pakaian kejab kemudian keluar g tengok kawan aku yang satu lagi.. petang baru dia orang balik.. petang aku bantai tidur kepenatan dan stress ... isk malam tu aku pulak yang kena asyik ulang alik ke tandas sampai pagi....yark aku pulak yang kena food poisoning... adussss!!!!!... tapi aku tak nak ke hospital tak nak jumpa doktor sombong dan tak nak masuk air jadi aku tahan diri tak pa bagi aku 24 jam untuk merasa apa itu sakit...biasa kalau orang sakit berat hanya 24 jam untuk bertahan... kalau makin kuat tu tandalah.. hehhee isk... tahan2.. muntah yark... aku serik untuk makan ketam atau semua jenis seafood yang lain...
Monday, January 22, 2007
tell me the truth of your soul
11.32malam.... suasana malam yang hening dan dingin, kita menghitung hari atau membiarkan hari pergi tanpa merasakan bahawa kita akan kehilangan masa2 yang indah yang pernah or akan kita lewati seterusnya. Masing2 akan menjalani kehidupan sendiri2. Begitu mudahkah kita akan melepaskan apa yang telah kita jalani? atau sesukar mana sekali pun kita terpaksa teruskan juga kerana jalan terus itu perlu kita redah juga biarpun banjir atau kemarau melanda.
ada amukan dari air yang lembut dan sejuk menenggelam seluruh benda tanpa rasa tanpa mengira apapun dan siapa pun yang nampak cuma atap genting atau nipah rumah papan atau rumah batu berada dalam pelukan air yang dingin tapi panas dihati mengapa ? hujan sudah reda tapi air makin naik dan penuhlah balai raya dengan kicauan hati yang tertanya angkara alamkah atau angkara manusia yang lupa daratan atas nama pembangunan......?
sejak kebelakangan ini macam2 hal yang berlaku baik didalam negara mahu pun diluar negara. Banjir baru saja reda timbul pula gempa bumi lagi di indonesia...dengar cerita harga minyak turun tetapi kerajaan masih lagi bertimbang kira untuk menurunkan harga minyak... biasalah atas dasar apapun kalau hendak naik harga semua serta merta.. takut betul kerugian.. tetapi apabila ingin menurunkan harga macam2 hal yang mesti di tunggu... tunggu itu dan tunggu ini.. barang2 dapur semua naik harga.. apalagi sayur mayur.. dua tiga hari yang lepas aku ke pasar basah untuk membeli sayur.. bayangkan harga peria yang biasanya seringgit sebiji sampai empat ringgit.. semua harga sayur tak ada seringgit main ringgit2 .. yeah!! tak payah makan sayur lagi lah...bukan kedekut tetapi sayang melihat duit hilang begitu saja.. apalagi sayur pun bukan segar juga... tak apalah tunggu sayur murah... minyak masak naik mencanak diam2.. apa yang kerajaan buat?
memang nampak kerajaan membantu orang2 yang ditimpa bencana... tetapi tangan lain memulas orang lain pula.. begitulah adat hidup dalam dunia sekarang ini... kalau hujan salahkan hujan, kalau kemarau salahkan kemarau tak akan pernah ada kesalahan dari diri sendiri.. kalau rumah urut tumbuh bagai cendawan lepas hujan yang disalahkan pegawai2 yang meluluskan lesen.. tetapi orang2 yang dibelakang yang membuatkan panas kerusi pegawai2 yang terpaksa mengangguk kepala tidak pula dibisingkan.. sikap pemimpin kita memang suka menunding jari kepada orang lain.. lihat empangan yang ada dijohor.... lihat tanah2 bukit bukau di rogol begitu saja...ah!! dunia ini semakin menjadikan manusia kejam... dan rakus..
11.52malam ....terkadang aku ingin mengopak ruang dadamu untuk ku cari jawapan nya bahawa apakah yang sebenarnya ada dalam hatimu? tapi aku tidak punya kekuatan untuk mengopakkannya.. kerana aku cuma seorang gelandangan... yang akan hilang bila tiba masanya
malam aku ingin memaku dengan rindu sayangnya panas resah membakar cemburu menyala rasa putus asa dan melepaskan apa yang dikatakan manisnya harapan
Saturday, January 20, 2007
"Maal Hijrah, which is also called Awal Muharram, is an important day for muslim. It falls on the first day of Muharram on every Muslim calender year, which is the first day on muslim calender The meaning of Maal Hijrah in English is migration. On this day, Muslim remember Nabi Muhammad S.A.W migrate from Mekkah to Madinah on the year 622 A.D. Besides, Maal Hijrah also mean changes from bad to good side and can be said as starting point and evaluate inner-self on self achievement. Awal means begining in English and Muharram is the first month of muslim calender. In another words, this is the first day in Muslim calendar. Therefore, this is also the new year for all Muslim. This day has became an important religious day for all muslim. All the mosque will have solat sunat."
Doa akhir tahun dan doa awal tahun.. tahun sudah berubah, tetapi wajah2 kita masih tidak juga berubah. Masih lagi dengan kesibukan dunia. Apa yang dibuat dengan cuti maalhijrah? bersolat sunat.. solat taubat untuk memohon keampunan atas dosa2 tahun lepas dan awal tahun untuk meminta semoga jalan yang dilalui akan terus dalam perhatiannya? atau andai terlimpas meminta pertolongannya untuk tidak membiarkan terus terlimpas.. masih dalam genggamannya.. tahun berubah.. umur juga mesti berubah.. wajah terkadang pun akan berubah juga.. barangkali cuma baring2 dikatil sambil menikmati waktu tidur ..hemmm..
Malam semakin sunyi, sudah lama tidak mendengar suara malam seperti ini.. biasanya suara gemercing hujan yang menemani malam2.. suara angin kasar menyelinap bergurau dengan langsir.. angin dingin sampai ke sudut paling dalam sekali dalam perasaan. ..tetapi malam ini baru benar dapat mendengar suara cengkerik..dapat melihat bulan biarpun kelam.. baru mendengar suara angin yang manja dan langsir cuma bergerak perlahan.. di tv terdengar suara2 bergemersik entah cerita lama .. orang2lama juga berlakun.. entah apa cerita aku cuma mendengar.. sahaja...
Semalam aku mimpikan bonda aku.. barangkali dia sedang mendoakan kesejahteraan aku yang jauh dirantau orang.. dalam doa akhir tahunnya.. malam2 yang dulu2 aku bermimpi di bilik gantung.. dulu2 lagi aku bermimpi arwah2 yang telah meninggal.. hemm... mimpi terkadang ngeri namun tidak manis.. tetapi kita tidak boleh membiarkan mimpi2 tentang arwah begitu saja barangkali dia orang meminta pertolongan dari orang yang hidup untuk menyedahkan Al fatihah untuk mereka....
"perpisahan ini bukan aku yang pinta.. tetapi kerana perasaan itu telah tiada dihatimu.. ah! barangkali saja.." terasa malam ini sangat manis sekali.. terasa sangat dekat dan mendekat.. hidup apa yang memisahkan antara hidup dan mati.. hanya sebatas daun masa saja. andai daun itu gugur kita akan diambil untuk menemui Sang Pencipta kita....... hemm... waktu ku? barangkali juga tidak lama..
Diluar sana ada dunia yang tersendiri.... yang tidak memisahkan kita dari perhitungan..

Thursday, January 18, 2007
cinta benar cinta (true love is never ending story)
jam sudah menunjukkan pukul 10.17 malam.."cintaku ini hanya padamu.. walaupun apa yang terjadi ku tetap setia padamu, jangan kau menangis sayang...." ceh lagu D'atomic powers.... "cinta tidak memiliki batasan , tidak mengira ras,agama, usia, kedudukan dan gender" tapi kata orang2 yang terdekat cinta kepadaNya akan memiliki segalanya....... aku terkadang ingin tergelak dan gelak besar2... bukan cuma mentertawakan orang yang berkata demikian tetapi pada diri sendiri juga.. kenapa? kerana mereka bercakap mulus2 tentang cinta kepadaNya sedang jalan mereka sangat sangat terserong dari Nya.. kita cuma pandai mengubah bicara, menasihat tetapi jalan kita sebagai seorang manusia seringkali terserong dan terseret ke lembah paling bawah sekali kalau tidak pasti tidak ada baik dan jahat......dosa dan pahala....pro dan contra ,semua orang bercinta dan ingin dicinta tetapi ada orang sering saja jatuh cinta dan terluka cinta .. cinta insani tidak termilik dengan mutlak harus dipisahkan dengan ruang lingkup takdir dan kekuatan perasaan.
Aku sangat pesimis sekali dengan kesetiaan dan ketulusan, bukan kerana aku sering kali tercabar dengan nya bahkan aku telah bosan dengan merasakannya. Perasaan yang menghanyutkan dan menjauhkan kita dari ketenangan yang merekam dalam rasa, menyebalkan dan menjadikan kita pemurung, penyedih dan melatakan hati sendiri.. aku ingin bubarkan semua perasaan yang mengilukan rasa sendiri..... bebas? dan kita kena bebaskan cinta itu sendiri....
cinta yang patut anda hindari adalah "Mc Mahon mengatakan meninggalkan satu orang yang Anda cintai dan memilih yang lain bisa saja menjadi pilihan yang terbaik dan bisa juga menjadi pilihan yang terburuk. "Tergantung bagaimana hubungan dengan pasangan Anda saat ini, perasaan cinta terhadap yang lain selalu berarti bendera merah. Karena berarti selalu ada yang salah dengan apa yang sudah Anda lakukan selama ini." Jadi sebaiknya lihatlah hubungan anda dengan pasangan dan bersikaplah jujur" namun jarang orang ingin bersikap jujur .. seringkali orang2 yang bercintalah orang yang suka berpura2.... suka mengada2 hahahaa.........barangkali aku juga tergolong begitu namun sekarang aku tidak bercinta... barulah aku membuka mata ku selebar2nya........
Dan "Menurut Walton, jarang orang jatuh cinta pada orang yang benar-benar berkomitmen baik pada hubungan dengan pasangannya. Cinta pertama kita biasanya tidak pada orang yang kita nikahi. Kita juga tidak selalu dapat menyelesaikan hubungan sebelum ketemu yang baru. Sebaiknya minta untuk mengakhiri hubungannya dulu dengan pasangannya sebelum Anda pergi keluar bersamanya. Memang tak ada perpisahan yang dapat dilakukan tanpa kepedihan, tetapi setidaknya mereka telah bersikap jujur... bersikap jujur sebagaimana? mudah untuk mengatakan tetapi sangat sukar sekali untuk mengotakan....(isk ape citer nih? .....tengah menguap sambil menutup mulut.....hempergasssss!!!!!)
mengantuk? barangkali juga siang tadi tidur tetapi diganggu sehingga tidak bermimpi apa pun, apalagi dengan keriuhan budak2 mulai minggu sukan... cuaca tenang dan berangin.. heran aku dengan sms yang dihantar.. untuk akukah atau barangkali tersalah hantar...... aku diamkan saja ..apalagi aku sendiri malas untuk membalasnya ....malas untuk bertanya dengan lebih lanjut....... malas mengobek ngobek kisah yang mahu ditinggalkan......malas menyerkup tetapi yang nyata kredit aku dah habis hehehe aku try sms free tapi tak jadi pulaks...... ceh! " cintaku suci ......ku tak kan menduakan..... walaupun kita berjauhan namun kau tetap dalam ingata.....ingatan mesra yang kau berikan di akhir pertemuan.. walaupun perlu melupakan pabila kita berjauhan.....oooOO rindunya tiada terkira antara kita berdua.. cinta benar cinta.. semoga kekal selamanya......." barangkali semua orang menginginkan cinta yang begitu....cinta yang kekal selamanya.. namun tak semua perasaan itu akan kekal abadi...... andai kita tidak pandai menjaga dan menghargai apa yang pernah kita ada dan apa yang sedang kita miliki pabila kehilangan barulah kita mahu menghargai sudah terlambat bukan.....dan kita mulai mahu menyalahkan pertemuan itu pula......
sebenarnya aku sendiri tak tahu apa yang ingin aku tuliskan...... tadi lapar makan mamie lontong... tengahari aku tak makan.....bukan diet tapi malas masak malas keluar malas ....sebab makan sendiri2 mana best...... hampeh jerk..... kopi pun dah habis...minum air suam je lah...... itupun bagus untuk tubuh yang sudah tua.. yang sudah sampai ke penghujungnya.. "bertuanglah jangan lama cukup masa kawen saja........" hehehee bertunang pun tak jadi kawen pun apa lagi hemm....... sesungguhnya kita tidak tahu apa yang telah Allah tentukan dalam hidup kita barangkali kita belum lagi ditemukan dengan orang yang benar2 akan berkongsi semua rasa.... hemm makin binggung jadinya.......
sebenarnya aku dah bosan dengan diri sendiri, tak tau nak tulis apa lagi...tak tau apa yang dirasakan lagi tetapi ada perasaan2 yang tersembunyi dalam entries aku tu.. aku sendiri pun yakin pasti ada sesuatu yang ingin aku nyatakan namun aku koner sana koner sini....... dan bikin aku sendiri pusing...... ceh!!
Sunday, January 14, 2007
hujan belum mahu berhenti
6.33am.......hening tertapi masih lagi kedengaran gemercing bunyi hujan, aku tetiba merasa sangat tergetar oleh basahnya perasaan amarah, resah, rawan dan merasa sangat terkilan, kalau merasa diri tidak di endahkan dan diacuhkan. aku ingin membuang perasaan yang menyempit relung kalbu dengan membaca berbagai2 santapan minda.....falsafah, ketenterama perasaan.. politik, tentang banjir tentang ketidak mahuan pembangkang ikut bertanding, tentang airport kuching ditutup kerana kapal terbabas, tentang tanah runtuh sana sini kerana hujan yang tidak berhenti kerana perasaan orang yang sakit hati dan sanggup menyakitkan tubuh badan orang lain dengan membengkakkan bahagian perut pasti orang itu berhati dingin kerana perasaan sakit hati mereka sanggup melakukan apa saja..... aku? bagaimana dengan aku..... perasaan sakit hati aku hanya simpan didalam......diam2 untuk diriku sendiri untuk aku merasakan tidak dihargai dan diendahkan seperti ikan busuk......... aku merawat hatiku yang rawan dengan merelakan saja....
Sapardi djoko damono
:arief rahman
Dalam doaku subuh ini kau menjelma langit yang
Semalaman tak memejamkan mata, yang meluas
Bening siap menerima cahaya pertama, yang
Melengkung hening karena akan menerima
Suara-suara
Ketika matahari mengambang tenang di atas kepala,
Dalam doaku kau menjelma pucuk-pucuk cemara yang hijau senantiasa,
Yang tak henti-hentinya mengajukan pertanyaan muskil kepada angin yang mendesau entah dari mana
Dalam doaku sore ini kau menjelma seekor burung gereja
Yang mengibas-ngibaskan bulunya dalam gerimis,
Yang hinggap di ranting, dan menggugurkan
Bulu-bulu bunga jambu, yang tiba-tiba gelisah
Dan terbang lalu hinggap di dahan mangga itu
Magrib ini dalam doaku kau menjelma angin
Yang turun sangat perlahan dari nun disana,
Bersijingkat di jalan kecil itu menyusup
Dicelah-celah jendela dan pintu,
Dan menyentuh-nyentuhkan pipi dan bibirnya
di rambut, dahi dan bulu-bulu mataku
dalam doa malamku kau menjelma denyut jantungku,
yang dengan sabar bersitahan terhadap rasa sakit
yang entah batasnya, yang setia mengusut
rahasia demi rahasia, yang tak putusputusnya
bernyanyi bagi kehidupanku
Aku mencintaimu, itu sebabnya aku tak akan pernah
Selesai mendoakan
mengatur perasaan supaya tidak basah dengan kesakitan aku mencari tempat untuk melepaskannya ikut tidak menyakitkan hati sendiri bukankah aku tidak ingin menyakitkan hatiku sudah?
hujan tiba2 berhenti.....dunia seperti sedang baru dibersihkan ada cahaya oren di langit terang tetapi tidak panas, mungkin akan panaskah atau sekadar menceriakan suasana? namun aku rasa hujan akan turun lagi.... pasti kerana dihujung langit sana masih lagi berkabut dengan tumpukan awan tebal kelabu seperti sarat betul dengan air berat dan membebankan seperti ingin dibuang semua nya ke bumi supaya hanyut manusia2 yang sentiasa melupakan sang penciptaNya untuk mengajar manusia supaya ingat bahawa masih ada lagi yang berkuasa untuk membalas atas semua perbuatan manusia yang melampaui batas......
Friday, January 12, 2007
Ada kau dengar gemercingnya bunyi hujan yg berguguran dari langit
8.41 pagi........aku baru siapkan kembali blogku.... blogku hancur oleh aku sendiri ,seminggu lalu aku tak boleh masuk blogku sendiri...hang separuh jalan... kemudian aku godek sana godek sini sebab aku tengok blog orang lain boleh aku masuk apahal pulak ngan blog aku nih! ingat mesti masalah server blogdrive yang terkena biasan oleh gempa di Taiwan hari tu.. aku godek2 baik dan untuk tahun 2007 tetiba aku ingin tukar templete baru..... berubah angin.. aku tukar ler..... nampak cam cun biarpun tak cun...... bila aku siap terasa hilang penat namun lagu yang merdu2 tu still sangkut2 dan tak dapat dengar....... hemm...... semalam bila aku baiki blog ataprumbia...terpias pulak kena blog aku hilang semua templete didalam bila aku dok tengok mana yg mising di blog ataprumbia tuh! ceh!!!!! aku ingat semua entries aku hilang.... sebab terlampau banyak entries barangkali........yeahhhhhh!!!!!!!!...... tak boleh nak godek2 berebut pc pulaks.......isk........
jadi pag tadi setelah solat subuh aku melangut depan pc baiki blogku mana yang patut....dan akhirnya inilah yg jadi sederhana memang namun semuanya adalah pilihan hatiku sendiri.......teringat hari tu ada komen dari si perutbuncit mengkondem aku katanya macamlah blog aku cantik sangat dengan warna gelap gelita...... hehehe entah kenapa si perutbuncit tu anti sakan dengan aku......mungkin ada masalah barangkali.... biarlah bagi aku apa pun blogku itu adalah pilihan aku dan bukan untuk kesukaan orang lain tetapi adalah untuk kesukaan hati aku sendiri.........
hari ini sudah tiga empat hari disini asyik hujan saja...semua basah sana sini yang aku dengar bunyi gemercing hujan yang turun membasahkan aspal...... semua spenderku abis basah tak kering2.....yang tinggal pun isk....... tight pun tak kering..... t'shirt sebakul tak berbasuh.... kalau basuhpun tak ada panas mesti bau something jadi better aku biarkan dulu tunggu ada panas.....stokin pun tak kering.....sekarang siang malam pakai stokin apa lagi mandi pun airpanas apa tak nyer dingin hujan sampai ke tulang yg paling halus sekali..........
suasana tenang dan damai.....dingin mengetuk tangkai hati.... apakah aku akan peduli? hemm tak lama lagi aku akan tinggalkan daerah ini entah berkelana di pelusuk dunia mana lagi.......tapi aku ingin sangat menghabiskan masa tuaku di mogadishu.... mungkin kah akan tercapai impian mulus itu? aku ingin menghabiskan sisa2 usia tua disana dengan berada jauh dari malaysia..... aku memang tak sayangkan apa2..... aku bukan orang yang punya ketaatan yang kuat....aku tidak taksub..bagi aku biarlah tempat itu menyenangkan hatiku.....dan mendamaikan rasaku ...tak ada tempatkah di malaysia...barangkali ada......tetapi tidak sesuai dengan selera aku hehehe...... selera hampeshhhhhhhh
dengarkah engkau bunyi gemercing hujan yang turun seperti kerassukan membasah semua aspal dan dedaun suara teriakan katak sudah tak kedengaran yang ada hanya dengkingan kesejukan si anjing yang menyentak tangkai hati hujan dan dingin sama seperti mengepal rindu yang terbias
Tuesday, January 09, 2007
Adakah kau rasakan yg bunyi hujan itu sangat merdu?
9hb. januari 2007
hujan... aku dengar bunyi hujan sejak dini pagi sampai sekarang hujan masih lagi gugur dari langit. Tak berhenti ataupun penat menjatuhkan air. Barangkali alam menangis melihat manusia mengodak ngodek dunia tanpa belas kasihan..... ah!! barangkali langit seakan sedih melihat dunia di hancurkan oleh insan yang mendudukinya..... ah!! barangkali hujan juga ingin basahkan bumi dari panasnya dosa2 yang dilakukan oleh manusia......
semalam bunyi suara katak berderit2 diluar sana......entah dimana si katak itu bersembunyi suara gema memanggil hujan menalu hatiku, seakan akan ingin aku melihat mulut katak yang terbuka lebar kemudian mengembung mengeluarkan bunyi yang seperti pintu tersepit... entah kenapa sinonimnya kalau suara katak bergema......pasti hujan akan turun selepas itu.. suara anjing yang menyalak yang menemani aku seperti biasa tidak kedengaran....barangkali anjing kedinginan dan pingin tidur juga. barangkali yang tidak letih hanyalah manusia yang masih lagi berapa di pojok2 gelap mencari bahgia yang sedetik....barangkali......
. entah berapa jam hujan turun......barangkali sudah lapan jam atau lebih.....barangkali juga ada tempat2 yang sudah dinaiki air, barangkali ada tanah runtuh lagi dan kuburan di lereng bukit terbongkar lagi.....ah! barangkali semuanya serba tidak kena dan barangkali semuanya ingin menarik selimut untuk diam2 didalamnya merasa hangatnya berbaring diam2....kemudian mengetuk pintu angan2......barangkali....ada yang tergigil2 ingin kesekolah, barangkali ada yang malas2......barangkali semuanya kerana hujan..... tetapi yang aku dengar adalah suara hujan yang sangat merdu sekali di luar jendela kamarku....... tapi awal pagi sudah ku panaskan hati ku dengan perasaan ingin bahgiakan diriku..........semuanya melingkar ditangkai hati kita adakah kehidupan ini akan kita jalani sewajarnya atau kita menolak segala yang datang dan mengenyahkan kebaikan yang tersembunyi? barangkali kerana kita manusia yang bersifat pura2....barangkali saja........
hujan kadang2 menjadikan kita cepat lapar.... makin lebat hujan diluar sana......makin terasa sangat dinginnya..... hemm.......sajak tentang hujan? berita tentang hujan.....nyanyian tentang hujan.... barangkali hujan terlalu dekat dengan diri manusia dan alam...... ada orang sangat tidak suka hujan kerana hujan seakan2 musuh.....tetapi ada orang sangat suka dengan hujan..... hujan yang dingin tetapi memanaskan ..........rumput2 dipadang habis tergenang dengan air..... aspal yang licin juga dengan air.....dan orang2 yang tidak kesabaran di jalanraya akan menghon sana menghon sini.....itulah manusia2 yang berotak lembu yang ingin menang sendiri....... barangkali lembu lebih bagus dari mereka yang tidak mementingkan diri mereka sendiri....barangkali juga ...
kalau hujan2 begini banyak kemalangan dijalanraya biasanya mereka melanggar bontot orang.......hampesh......sudahlah hujan memecut ikut suka hati mereka kalau kemalangan orang lain pulak yang disalahkan.....padahal mereka sendiri tidak hati2 biasanya aku lihat disini orang yang menggunakan 4weeldrive yang sering tidak bertimbang rasa dijalanan mentang2 dia sedikit besar...main laju melulu.....kalau tergeselpun dia besar.. ceh!!!!!!! itulah manusia sampah yang makan ngok2.....
Tuesday, January 02, 2007
secret of empty soul........ (sound from somewhere lost)
tanggal 2 januari 2007, jemariku ingin menulis sesuatu yang mengembang dalam fikiran dupangku.. sesuatu yang aku sendiri tidak tahu apakah itu yang sesungguhnya ada dalam fikiran atau cuma isengan belaka.. detak debar dan getar menghentam tangkai hati seperti bunyi genta di bukit sana.... yang seringkali banyak diam dari berbunyi.... namun sesekali genta itu berbunyi ianya akan memacu keingin tahuan apakah yang terjadi di bawah sana.. di lereng bukit nan menghijau....ditempat manusia berhimpun......
Jerit Hati Si Pengembala Kamben.
terimalah seberkas bulu2 kamben kau anyamlah dan jadikan ia baju sejukmu untuk kau panasi setiap malam malam dinginmu dari setiap penjuru langsir kasihmu yang telah aku robekkan dengan duka nestapa dan perjalanan perasaan kita semakin sulit sekali aku rasakan lantaran daun daun hati mulai mengering melepaskan kengerian dan kengiluan akan harapan yang telah aku punahkan sendiri

Aku cuma seorang pengembala kamben indahsari..seringkali dalam kesendirian aku merenung padang yang ditumbuhi dengan rerumput halus dan ilalang yang setinggi paras lututku..seringkali aku melihat goyangan lembut ilalang apabila di tiup sepoi angin dari gunung. Dari kaki gunung aku telah tumbuh menjadi seperti burung yang menciptakan sarang kebebasan ranting dan dedaun kering. Sang burung yang akan berkicau ria disetiap pagi apabila melihat kesetiaan sang matahari yang muncul disebalik rimbunan pepohon kekabu yang tumbuh disepanjang lererng. Dengan bahasa seorang pengembala aku ingin mengepak sayap sayapku disepanjang lereng yang gersang dan sepi ini. Seringkali langit senja melukiskan dirinya dengan warna temaran. Warna yang betul2 sunyi lagi sepi menghentam tangkai hati apabila kita menatap dengan hati yang walang. Kerana itulah aku menjadi petualang dalam diri sendiri dan meninggalkan semuanya dan melangkah ke satu daerah yang jauh dari keriuhan bersemenda. Aku membuang diri indahsari..... melepaskan perasaan kasihsayang saudara kerana aku fikir seorang aku hanyalah memiliki diriku sendiri..dan sampai saat saat yang sebeginilah aku mula merindui persinggahan yang terakhir di rembang rembang usiaku. Indahsari, seorang gadis bermata teduh terus menatap aku. Dengan lentik bulu matanya seperti memantik api yang terus menyala di rembang petang. Ada pertanyaan yang tidak bisa aku jawab dengan tulus setiap kali mata polos itu merentasi tangkai hatiku dan merentap rinduku kepada bayangan kesakitan. Bahawa aku sangat2 dilukai oleh masa lalu. Masa masa itu yang telah aku tinggal dan aku sangkutkan pada jendela lain supaya aku tidak lagi menoleh dan menoreh luka pada daun hatiku sendiri. Ada keluhan lembut dari nafasnya yang perlahan.. dan dadanya yang berdebar lembut... bahawa pertanyaannya pasti menujuk ke titik nol.
Aku masih lagi terdiam, sambil mempelajari setiap gerak bintang yang menebarkan cahayanya di atas langit langit hidup. Aku merasa sangat sendiri sekali dan sememangnya aku sendirian...aku cuma berimaginasi akan kehadiran engkau indahsari yang aku kenal hanya lewat sms yang mampir di hp dupangku yang sesat dan membangkitkan ghairah untuk aku berpuisi..dan wajah yang bergelut diantara ribuan mimpi bergelora akan gementarnya mimpiku di malam hari. Sesungguhnya aku tidak pernah mengenal engkau indahsari.. namun aku tau engkaau mengenali ku sebagaimana aku tidak mengenali diriku sendiri. Setiap bait2 ayatmu selalu saja ada pertanyaan yang aku biarkan menerobos begitu saja tanpa ada jawapan yang aku sendiri tidak tau akan bagaimana jawabnya. Semalam aku sangat ingin bercerita denganmu Indahsari.. bercerita tentang 'malam' dan tentang 'mimpi' sayangnya hp dupangku kecil untuk aku isi ayat2 yang berjela.....katamu adakah engkau mempunyai peluang untuk mendengar aku bercerita.....? sepastinya setiap orang akan diberi peluang dalam hidup mereka...... dan aku pasti engkau pun begitu juga... sebab itu engkau tiba2 sesat dalam hp ku.......bukankah itu yang dinamakan takdir? Setiap orang pasti mengharapkan peluang yang baik2 dan mulus2......tetapi andai engkau diberi peluang.....engkau cuma akan mengundang derita dengan seorang pengembala seperti aku ini......
indahsari dimana setiap malamku yang sepi seringkali mengutus kata kata manis untuk menghiburkan hatiku yang sedang rawan, yang melatakan hati adalah aku sendiri yang tidakpernah mahu meninggalkan mimpi mimpi sakit yang telah lepas. Di daerah padang rumput yang sepi dan sunyi ini......aku membaringkan diri sambil menatap langit ....ada kebiruan dan keputihan....ada bulan yang samar2 terlindung..... telingaku mendengar merdunya bunyi alam yang hidup...bunyi pagi yang indah... ada kengiluan meruntum tangkai hati..bertapa indahnya alam yang telah kita sia siakan. Kita ranapkan alam secara diam atau secara kasar. Barangkali inilah pengorbanan yang perlu kita lakukan atas kata pembangunan. Barangkali.....dan barangkali....dan kita akan menambahkan lagi bejatan di kota kerana mereka orang2 yang aman damai kita rompak mereka untuk menjadi penghuni kota.
Akulah seorang pengembala petualang dalam cinta yang keburu diam dan padam sebelum menyalakan api cinta yang marak aku telah keburu meninggalkannya dalam tanda tanya yang aku tidak mempunyai apapun untuk ku berikan kepada engkau indahsari.. Engkau sering mengirim doa supaya aku tenang dan damai dalam keluhkesahku.. aku seakan akan sesat dalam rimba kata2mu .. seorang aku yang kaya dengan kata kata tetiba hilang kata2... indahsari adakah aku seringkali tersesat dalam rimba hidup? ............
saat2 itu telah hilang dan kita tidak dapat mengambilnya kembali..........waktu2 yang pergi tidak akan dapat kita tarik kembali dan kita pun tidak berhak untuk diberi waktu lagi andai kita mensia2 waktu yang diberikan kepada kita.......
...............end.........
9.10 am 2007
aku masih lagi mendengar berita tentang kematian saddam husin antara pro dan contra dia dihukum di tali gantung. apa lagi yang mahu kita bicarakan andai dia sudah terkubur. begitu cepatnya hukuman dijalankan. barangkali ada orang suka dia dihukum gantung .. benar dia diktaktor.. tetapi setiap pemimpin mesti perlu menjadi pemimpin dan mesti ada yang terkorban kerana tidak semua orang akan suka kepada pemimpin. Bahkan masih ramai lagi pemimpin2 lain yang membunuh musuh politik mereka dalam diam. Bukan hanya saddam husin. Tetapi kenapa hanya saddam husin yang terhukum..... muamaf gadaffi.....libya.. iran.... somalia.. semuanya bergolak...... kerana apa? kerana Amerika tidak suka kepada orang2 Islam.. bukan amerika sebenarnya tetapi pemimpin mereka..... sebab itu mereka ingin menelanjani orang2 islam...... dan kita orang2 islam yang tidak ada pendirian akan mengikut telunjuk gila orang2 barbar itu......ceh!!!! semoga arwah saddam husin diterima olehNya..... kerana dia pun manusia yang bersifat manusia juga.
kemudian tentang banjir besar dijohor...tentang abuya yang mempunyai kuasa yang sangat hebat boleh menyebabkan banjir......ceh!! dalam kehidupan yang normal ini masih ada lagi segelintir manusia yang ada superpower ...hahahaha.......aku tidak tersangkut dengan semua itu.. kita mesti mempunyai akal untuk menapis berita2 bodoh dan apabila kita membenarkan kebodohan menawan kita....jadilah kita dalam kumpulan yang bodoh....setengah2 orang besar menyalahkan orang2 yang tidak mahu meninggalkan harta mereka.. lambat bertindak setelah mereka dapat tahu banjir akan melanda...... sesungguhnya memang tidak semudah itu kita meninggalkan harta benda kita.....bagi yang sukar sekali untuk mendapatkan nya.. biarlah mati bersama2 harta benda....... ha'ah......orang yang mudah mendapat sesuatu akan senang mengeluarkan pendapat mereka untuk menyalahkan orang lain....bagi yang menghadapinya sendiri pasti tau bagaimana sakitnya apa yang mereka tempuhi sendiri......tetapi mungkin itu adalah pengajaran untuk orang2 dijohor .........pembangunan biarlah seimbang......tidak semua benda boleh kita lakukan sewenang wenang hati kita......
raya haji yang tidak meriah...... tahun baru yang aku terbungkam tidur sendirian..... hari kedua tahun 2007....perjalanan itu semakin dekat......dan aku tidak lagi menoleh pada bayangan kesakitan kerana aku membiarkan saja rasa sakit itu........

barangkali memang benar dikelopak matamu ada dendam yang kau seretkan bersama masa lalumu tidak pernah tinggal diam atau barangkali kau sogokkan perasaan palsu untuk kau lepaskan dendam dan kebencianmu pada semalam yang melukankan engkau........
hari hari akan sepi tanpa engkau disamping ku..... kosong dan hampa tapi taukah engkau? terasakan engkau akan kehilangan seorang aku? barangkali tidak...barangkali kau lebih menyukainya.....kerana seorang aku ada apa eh? hemm....bunyi suara anjing menyalak disiang hari terasa seperti aku ingin menampal mulut anjing dengan sesuatu supaya diam....
Sunday, December 31, 2006
salam adiladha dan selamat menyambut 2007
7.24pagi...
salam adiladha untuk semua yang menjenguk disini, salam kemaafan juga andai aku tersalah bicara atau terlanjur kata. Seorang aku seringkali melakukan kesilapan yang berulang. Rupanya aku masih lagi dapat menghirup apa yang dinamakan udara kehidupan biarpun ngilu didalam dadaku.
Saat ini aku sendirian di kamar. Kali ini aku beraya sendirian tanpa siapa2. Sedih? Entahlah aku telah mengorek isi hatiku ke sudut yang sangat dalam sekali. Tidak. Bahkan aku tidak merasakan apa2 perasaan pun. Tidak teringat pada hari2 yang pernah aku lalui dulu. Aku cuma mengisi hari dengan menulis, dari satu web ke satu web. Semalam aku tertidur selepas melihat cerita kartun tentang kuda liar..... sempat juga aku terima sms dari si fify...si jaja..dan ramai lagi..... hem just wish selamathariraya.... aku akan sentiasa tabah dalam menjalani apa yang dinamakan kehidupan... kerana aku tidak pernah kesal dilahirkan untuk menjadi diriku biarpun aku banyak kekurangan dan kelemahan.
Apa saat ini orang akan makan di pagi raya....barangkali macam2 makanan......tersayang sedang membungkus burasap siap di kirimnya pic burasap... tinggal disini barulah aku kenal burasap makanan orang bugis....padahal aku juga keturunan bugis.. entah keturunan itu hilang begitu saja kerana ikatan itu tidak kuat barangkali........

di tv berita menunjukkan tentang kematian saddam husin di tali gantung, bayangkan orang sedang menyambut hariraya mereka mengantung seorang bekas pemimpin negara... gila kerana mengikut telunjuk Barat.... begitulah sikap orang islam yang terlalu taksub dengan barat.. sebenarnya banyak lagi pemimpin yang melakukan kejahatan namun terbebas begitu saja.. sepastinya bush akan gembira dan yahudi pun akan gembira..... "celakalah mereka itu...." lupakan apa yang terjadi diluar sana..... tentang burasap .... ada yang dibuat dengan beras biasa dan ada yang dibuat dengan beras pulut.... boleh dimakan dengan ayam masak lengkuas.. special dipagi raya........ hemm ayam yang dimasak lengkuas itu mesti dilayur asap dulu.. sebab tu ayam tu berbau asap hehehe..... itulah yang aku rasa masa aku makan.... isk......
7.39pagi......aku nak makan apa pagi ni? entah barangkali makan mamie lontong, atau magie kari.....atau makan hati.. makan apa saja asal boleh mengenyangkan perut. Isk roadtax turun lagi ker? si najib sedang umumkan apa entah....... hemm... kat sini orang jarang berkorban sapi......tak seperti di pantai timur sana.... banyak orang berebut2 akan mengorbankan sapi...... disini orang korbankan perasaan saja barangkali........
cuaca tidak hujan pula namun teduh dan damai....di jalanraya sesekali cuma ada kenderaan melimpas....teringin aku turun dibawah untuk mencuci kereta yang comot semalam aku tunggu hujan teduh namun hujan silih berganti biarpun tidak lebat...dan tidak men yebabkan banjir besar seperti di johor, melaka dan pahang...... namun dinginnya terasa sampai ke tulang halus..
SELAMATHARIRAYA ADILADHA.... DAN SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU....... (malas laks nak menulis.......)
Sunday, December 17, 2006
dimana kemana entah dimana mana
Don't buy Vista Security
|
|
|