
ITULAH AKU DALAM DIRIKU Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita
aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku tiba tiba ada getar getar kasih menyusupi relung dadaku bertamu tiba tiba di antara dua lambungku tanpa pernah ku undang dia menyelak tabir resahku sendiri engkau mula mewarnai hari hari kelabuku engkau mulai menghiasi tabir mimpiku engkau menjadi langsir rinduku suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah mulai mengusik hati yang kesepian ini dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu pada wajah seorang perempuan dan seseringkali aku mahu kembali lagi ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal ke kadang rasa ingin aku terbang keangkasaraya tanpa sempadan cuma yang ada aku dan engkau saja setiap detik bersama sama mengalun irama rindu pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG ENGKAU SANGAT AKU SAYANG
MALAM MELARUT HUJAN MELAUT
malam melarut ke kelam-hitamnya hujan melaut ke muara-sepinya
sepi dan gigil mencari-cari
berdesing angin berdesing-desing merapalkan mantera rahasia
sebagai bisik o merintih rintih
ini langkah sampaikah pada tepi menjejak tapak pudar memuai
seperti hujan seperti malam
melarut ke kelam hitamnya melaut ke muara sepinya
mengekal di ketiadaan
sedang asyik baca blog haku
| How to make a sumpitt |
Ingredients:
5 parts intelligence
3 parts brilliance
5 parts beauty |
Method: Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired! |
angin sepi mengilir lesu antara dedaun hati yang kebasahan rindu yang telah kering tanpa kemarau kau gantungkan pada langsir hati tak berpintu merekah luka tanpa darah segar yang nampak hanya sendu mata tanpa ghairah memupuk kasih yang tinggal debu debu cuma
ku renung malam yang makin melarut ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati untuk berkaleh kesah sayangnya rindu itu terlusuh sendiri dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang awan kesamaran engkau masih lagi di satu sudut hatiku biarpun engkau menoreh luka terbentang dusta dan nista harga rasa yang telah kau campakkan pada ramasan rindu yang kau bongkarkan
aku teringin peduli pada kocakan rindu merantai tangkai hati tak kala ingin ku pejamkan mata wajahmu bermain diruang minda hati mengapa masih mahu peduli pada semalam yang menyakitkan melakar luka yang masih menyimbah akukah yang membiarkan hati melata dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan tanpa kau basahkan dengan sapamu aku rindu pada manjanya engkau sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma
gegarkah hati kerana rindu terpagar dek cemburu dan ragu membiarkan manis mesra berlalu tanpa berani menjengah jendela kalbu lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu tangis hati bagai dipalu adakah ini yang dikatakan cinta semalu
pagi yang bening lagi sepi ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm hati ini bagai berada dirimba yang tebal duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok dari pandangan mata mereka rindu? masih lagi menebal tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan ku sangkut pada langit langit kamar supaya aku tidak ikut larut dengan irama sendu yang mengalun pelan di daun telingaku..... aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....
|
|
|
![]() |
Wednesday, June 27, 2007
"tiada apa yg perlu minta maaf, janganlah anggap diri bebal kerana mahu ikut pendapat orang lain, pertahanlan pendapatmu"
10.15malam... aku campak hp jauh2 dari aku, dah telah aku patahkan SIM card.. biarlah hp itu berderai sudah tak ada guna lagi untuk seorang aku, aku tak perlu berhubung dengan siapa siapa lagi dan jangan cari aku lagi.. itulah yang terbaik untuk semua orang apa lagi untuk diri sendiri. Terkadang kita ingin pertahankan satu2 hubungan, kita mengalah dalam semua hal sekali pun, tetapi itulah kalau satu2 perhubungan hanya satu pihak saja yang ingin pertahankan tak akan ada gunanya, hanya akan menyakitkan kepada dua2 pihak. Untuk apa kita saling menyakiti? Bahgiakah hidup sebegitu? Barangkali untuk orang lain bagus kerana boleh membuatkan diri kita tinggi hati.. hah!! esok aku lalui hidup aku yang baru.. doakan aku berjaya untuk menghargai hidup aku sendiri. Doakan aku tetap tabah dan kuat .
Aku Hanya Serangga
Mengapa aku tak dapat melupakanmu Antara perjalanan Suci menangkap waktu Membuat aku rindu
Bukannya aku tewas dalam perjuangan Membelai impian Sebentar tadi aku Lihat sinar matamu
Meronai garis-garis kesetiaan Semakin kelam dan amat panjang Bagaimana aku hendak melupakanmu Dalam keheningan pagi sering bertemu
Untuk esok biarlah ia berlalu Lantas membuang mata fikirku Dalam kenangan begitu payah melupakanmu Mungkin untuk selama-lamanya
Jadilah aku pengingat yang setia Setelah aku tahu Aku hanya serangga Di taman belantara
"kita hanyalah orang orang yang tidak mempunyai sangkut paut. Semacam penumpang diatas kapal laut, lalu aku berdiri di tepi temali dan melihatmu juga berdiri di tepi temali di kapal yang lain kemudian kapal kita berpapasan, kita saling melambai kepada semua orang.."
Keyakinan? Kpercayaan? Keutuhan? .. apa lagi? Yang tetap berdiri didepan matamu akulah yang bersalah kerana aku tidak percaya, pada perasaanmu, "tak ada sudah dihati yang boleh dipercayai" semudah tulisan itukah? barangkali itulah yang terzahir.. aku cuba untuk pertahankan juga tapi untuk apa? aku bukan seorang pemujuk yang pandai.. aku bukan juga seorang perayu, aku cuma manusia yang tidak ada apa2 pun... bagaimana ingin dihargai dimata orang lain.. pendapatku akan tetap salah.. kalau aku berdiri atas batas realiti sekali pun.. aku tetap di hukum dengan kata2 salah..."ye,,sekarang tidak perlu rasa2 sudah, sebab rasa yang lahir dari perasaan sungguh2 sudah tidak mendapat apa2 percaya orang" .. barangkali itulah yang sebenarnya ada dihati.. yeah cuma barangkali.. kalau tidak ada kenapa di lakarkan hanya sekadar untuk menunjukkan yang benar2.."apakah salah kalau kita membenarkan kepada kenyataan?.. bukan kita tidak percaya pada perasaan.. tetapi akan suatu waktu nanti.. pasti apa yang akan terjadi akan terjadi juga.." aku mengalah dengan keadaan kerana aku tidak kuat.. aku sudah lelah .. aku sudah penat dan aku sudah tak punya apa2 harapan lagi..
malam jangan kau pergi tinggalkan aku aku takut siang aku takut pada kenyataan kerana malam aku boleh bermimpi bahawa aku tidak pernah kehilangan orang yang aku cintai........
salahkah kalau aku katakan bahawa keinginan itu akhirnya akan terjadi... kasihsayang barangkali semua orang akan memberi alasan pada kasihsayang.. dan aku tidak punya alasan atas batas kasihsayang.. aku berikan kebahgiaan.. yang penting berbahgia dengan apa saja yang ada dalam hidup ini.. kalau bahgia hidup sendiri kita akan tetap hidup sendiri...
sesungguhnya kita hidup di dunia ini pun tak lama... berapa lamakah usia manusia? Kalau seringkali mengarap derita dan duka.. untuk apakah semua2 rasa itu? Biarlah aku akan tetap mendoakan kebahgiaan....dan akan turun berbahgia dengan mendengar orang berbahgia. Pasti engkau akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari seorang aku yang tidak layak apa pun.. hanya seorang yang dupang.. yang tidak mempercayai dan yang hanya percaya pada naluri sendiri.. apakah pengajaran yang lepas kita tidak ambil.. aku selalu belajar dari pengajaran yang lalu.. tak mengapa aku diam2 kan semua rasaku dalam hatiku sendiri.. kini aku hanya mempunyai bayangan.. temanku cuma bayangan yang terlakar pada kertas putih.. senyum dengan gigi putih.. dengan sinar mata yang penuh sayang dan sayu.. barangkali itulah saja yang ada dalam takdirku .. aku tidak meminta apa2 lagi.. cukuplah mendengar engkau berbahgia.. pasti aku akan mendoakan.. biarpun doa dari orang yang empunya diri lebih afdal.. tetapi tidak salah kalau aku ikut sama mendoakan... doa yang tulus ikhlas.. dari hatiku.. aku tidak akan mengukit apa pun kerana semua itu tidak layak untuk seorang aku.. aku pasrah.. inilah jalan yang aku pasti lalui.. dekat lambat atau segera... aku mengerti.. sangat mengerti..
"cinta samalah tuanya dengand unia- oleh kerana cintalah dunia terjelma.. cinta sebagai rahmat dan nikmat bagi setiap insan yang dihinggap oleh cinta akan merasakan nikmat. Tapi dalam kenikmatan itu ada terselip semacam penyakit yang membawa penderitaan dan kesengsaraan. Walaupun cinta merupakan satu penyakit ganjil bagi yang dihinggapinya tapi setiap orang yang terkena penyakit cinta tidak akan pernah melepaskannya walaupun sedetik pun. Cinta yang suci menuntut pengorbanan zahir dan batin. Sampai dimanakah pengorbanan itu?" tanyalah hati anda sendiri.. kalau betul mencintai seseorang kenapa kita mesti melukai orang yagn ktia cintai.. biarlah dia lepas bebas dan berbahgia.. kerana itulah jalan yang dia inginkan kerana seorang kita hanya pandai mencintai tetapi tidak punyai keyakinan dan kepercayaan yang kukuh pada zahir ucapan itu sendiri......."
Barangkali inilah yang sesungguhnya yang engkau inginkan..... nah terbanglah engkau melintasi benua hatiku............terbanglah sebebasnya... yang aku miliki hanyalah kenang kenangan yang tidak akan mungkin aku lepaskan begitu saja dari ruang kalbuku...ataupun aku gantikan dengan yang lain.. cukuplah kenang kenangan itu ku bawa sampai bila..
salam dari seorang aku gembala kamben yang dupang lagi tidak mempercayai akan perasaan orang yang benar2 percaya kepada seorang aku..............
8.46 kamarsepi
Monday, June 25, 2007
ku biarkan ruang2 sunyi menyelit dalam kalbuku
nyaring bunyi gemersik dalam dada gemertak bunyi sepi menguruh melanda ruang dada yang tersarat basah dan banjir dengan rindu rindu yang menjadi kolam tetapi tidak berani mengalir ke sungai raga takut membuang sepi menyuluh bahgia yang seketika
aku ingin menyetap rindu supaya hatiku tidak terbakar dengan dendam tidak menemukan pada pangkal kasih yang di dambakan...
maafkan aku kerana seringkali membina tugu tidak percaya dengan susunan pandangan yang berbeza....
Sudah banyak hari aku sendirian di rumah, bundaku ke singapore dengan mak uda menengok pak ngah aku yang sudah lama tidak balik ke semenanjung, maklum sudah tua tentu tidak larat lagi duduk lama2 dalam bas atau berjalan jauh2.. jadi mana2 adik beradik yang masih sihat ziarah menziarahlah.. barangkali itulah namanya perhubungan kekeluargaan... yeah!! hubungan bonda dengan adik beradiknya masih kukuh dan kuat.. susah sama sama dan senang sama.. aku tengok dan aku perhatikan.. begitulah kalau pak usu aku susah bunda aku tidak bakhil untuk menolong... kalau mak uda, mak ngah.. anak mereka ada masalah bundalah menjadi tempat rujuk mereka.. tetapi aku kembali pada nilai perhubungan kami adik beradik? entahlah.. aku bukan hendak mengomel atau menyatatakan rasa tidak puas hati aku pada mereka tidak.. cuma yeah! sebagai manusia.. kita melihat dengan mata hati.. susah! mereka simpan diam2 atau sudah membukit bahu ingin berkongsi dengan adik beradik.. mereka lebih dekat dengan orang lain.. entahlah.. dan aku juga begitu.. merasa lebih dekat dengan orang lain dari saudara sendiri.. kerana apa? kerana kita merasakan yagn mereka hanyalah saudara yang boleh ditumpang senang.. bukan untuk menumpang sukar.. untunglah orang yang mempunyai adik beradik yg boleh berkongsi semua rasa... pandai2lah menghargai apa yang anda ada...
kalau sudah sendirian? apa yang ada? ..apabila anda sudah tiada apa2.. barulah mahu merasa kehilangan.. kadang2 ada orang takut sendirian.. tak betah untuk bertemankan sepi.. namun aku sering lebih suka begini.. dari riuh rendah.. bingit dan menyakitkan kepala.. aku sudah epgal dengan semua rasa..
rindu aku tidak takut pada mati mati hati dan mati perasaan tapi rindu aku .. aku takut pada bayangan bayang bayang menyuluh hari depan curiga dan ragu aku pada takdir apakah akan ikut pada landasan hati atau menyimpang jauh........
satu hal yang aku mulai faham... kita harus tidak bercakap atau mempunyai pendapat , mengangguk dan mengeleng saja.. barangkali mengiyakan sekali.. kemudian diam atau memberi kata kata palsu untuk menutupi keresahan.. barangkali begitulah...
satu hal dalam kehidupan ini.. kita mesti hidup bahgia.. dengan apa juga alasan sekali pun. Jangan berdendam, jangan menyimpan curiga jangan berhenti mengharap... InsyaAllah semoga Allah memudahkan setiap urusanku. Kita harus berkeyakinan dengan apa yagn kita inginkan
Thursday, June 21, 2007
Pengorbanan dan Keikhlasan
10.41 malam... tiba2 ada lagu titi dj di radio mnetfm. Ada keluhan kecil.. perut terasa penuh sangat penuh dengan nasik.. kerana hari ini aku makan nasik 3 kali .. bukan kerana lapar.. bukan kerana berselera tetapi aku ingin mengisi perut aku dengan nasi..
pengorbanan... apakah itu pengorbanan? Kita berkorban tenaga, duit, masa apa lagi.. macam2 lagilah, berkorban kerana siapa dan kenapa? untuk keluarga, untuk orang tua, untuk negara, bangsa.. agama dan apa saja.. tetapi kali ini aku ingin menulis pengorbanan tentang perasaan. Kadang kita merasakan sudah cukup kita memberikan semua perasaan kita, kalau kita merasa kecil hati, kita diam2 dan relakan dan memaafkan.. kalau kita merasa marah.. kita lepaskan seketika tetapi tidak panjang.. walaupun dalam soal menimbulkan kemarahan bukan kita yang salah, tetapi demi menjaga perhubungan kita berkorban apa salahnya kita mengalah.. tidak merugikan siapa2 pun kerana perasaan itu sendiri adalah teguh.. kalau kita merajuk.. tetapi tidak dipujuk.. kita simpan sekejab.. tetapi kita memujuk kembali hati kita untuk tidak menimbulkan .. dan aku mulai aku takut aku kehilanganmu......... huh!! artikel ini hilang pulaks..
huaaaaaaaaaa.. malas dah! layan mata lah..
Posted at 10:10 pm by sumpitt
Wednesday, June 20, 2007
Mengucap lebih Mudah tapi melakukannya sangat payah
catatan si gembala kamben lewat pagi nan dingin, jam menunjukkan pukul 10.27 pagi, aku godek sana godek sini masuk keluar dari dewan bahasa yang sukar benar nak melepasi dinding batu laman web yang dibina server entah dari kurun yg ke berapa mengambil waktu aku yang memang tidak terburu buru... tetapi ada rekah dihati yang minta aku melakarkan sedikit rasa.. sedikit penyelarasan perasaan untuk tidak aku simpan diam2 di dalam.. kerana aku bukanlah yang dibuat dari konkrit batu.. hati aku merah.. bahkan masih tetap berdarah..
mata masih lagi di rasuki rasa mengantuk.. apa tidaknya semalam yang tidak lena, apa lagi petang semalam ribut kuat melanda kawasan sini, habis atap kecil di tepi tingkap aku terbang terkopak.. takut dan getar juga di hati apa lagi ditepi rumah di keliling oleh pokok2 yang agak tinggi.. memang rumah ku di dalam bandar.. tetapi still lagi bandar yang berada dalam kampung.. begitulah kebanyakan perumahan di sebelah pantai timur.. masih lagi utuh jiwa kekampungan yang ada.. atap tu masih lagi terlekat di tepi dinding yg mana diatas atap entah apa ke namanya aku tak tau lah maklum rumah jenis dua tingkat ada atap lagi .. atap sisi untuk bahagian bawah lah kut.. tetapi memandangkan ribut kuat selepas waktu magrib semalam aku teringat juga dekat bundaku yang pergi ke singapore pagi tadi.. kalau ada dia pasti abis penjuru rumah di baca ayat2 suci... maklum orang tua.. doa pendinding tetap di amalkan.. kalau nak jadi apa2 pasti puas hati kerana kita telah memohon perlindungan daripada Nya.. tetapi aku waktu tu jengah sana jengah sini jerk.. nak baca dah tak terbaca risau kan pokok mangga yang agak tinggi di tepi bilik aku ni gedebak jatuh kat bilik aku tak naya... buat2 aku tengah tidur kalau kena aku tak apalah.. tak jadi hal.. sebab aku tak ada siapa2 yang sudi disayang apalagi nak diambil tahu... buat kena pc ACERFH baru aku ni.. mahu aku meraung lebih kuat dari orang kehilangan isteri atau suami... isk... tak sanggup.. dan banyak kesakitan yang di rasai kerana sebiji mende yang kata pak usu aku buat main2.. isk.. maklum pak usu aku tu tak sekolah.. dulu2 aku dengar cerita pernah juga nenek aku nak hantar dia sekolah tetapi maklum anak bongsu manja lebih sesangat.. asyik nak duit sambil hinggut tempat nenek aku bertenung kain.. lagi pun masa tu tahun2 semua orang susah.. rasa aku pak usu aku ngan bunda aku setahun pun tak sampai kut perbezaan umur dia orang.. tapi bunda aku sempat gak sekolah dewasa.. sebab dulu2 keluarga tak hantar anak perempuan pergi sekolah mereka sorok dalam tempayam beras laa... macam2 lah.. maklum pemikiran orang dulu2.. tetapi bunda aku jenis yang cekal mencari ilmu sendiri.. biarpun begitu dia tak lah buta huruf.. dia boleh membaca walaupun lebih laju kura2 berjalan dari mak aku membaca tetapi kalau diberikan tulisan jawi kalah aku yang sekolah bangunan batu dan yang sekolah hampir belas2 tahun... isk.. barangkali itulah yang menyebabkan pandangan pak usu dan aku berbeza.. jadi kita tak boleh salahkan pemikiran orang tua2 kalau tak ada support dari dia orang.. kita kena kaji balik sistem pendidikan yang dia orang dapat dan pandangan hidup dia orang.. ni..
isk.. jauh jugak aku merapu sampai cerita2 lama.. pc nih.. laju gila. dan kadang2 buat aku gila jugak.. maklumlah kopak.. kalau buat bayar muka viva baru pun dah boleh bawa viva tu jalan2.. tetapi masing2 punya pandangan tersendiri.. bukankah kita mencari bahgia?
pagi ni aku malas mandi, malas makan, malas segalanya masih lagi dengan seluar tidur putih tanpa spender dalam.. ahhahahahahhaa... sakit gak eh perasaan aku tuh.. macam orang mamai kadang2 ketawa sendiri kadang2 airmata keluar sendiri.. kalau terasa sangat sakit dihati dan sangat terluka dan semua itu hanya aku yang rasa.. semalam aku ada call singapore tanya bunda aku ngan mak uda aku dah sampai ke belum sana... tetapi dia orang belum sampai lagi pagi ni malas pulak aku nak tepon.. kang bill tepon melambung bulan ni sape nak bayar? aku bukan ada kerja.. sekarang kerja aku memasak membasuh dan menengok muka bunda aku jer.. kalau tak aku ngadap tv tengok cerita korea hari senin hingga kamis dalam pukul 9 malam selepas tengok berita.. lepas tu termenung sana termenung sini kalau tidak membaca... bil tepon bulan ni mesti ler lebih skit.. maklum tepon rumah baru masuk... untuk bayar wiring nya rm 70 hinggit mula dia cakap 30 hinggit jerk... tapi aku suruh boh kat bilik aku untuk wiring streamyx dia charge lebih pulak katanya rm 50.. aduss wayar tak sampai 5 kaki..tu korek lubang skit.. tak apalah dah punca cari makan dia orang macam tu... dia orang ni kontraktor yang bekerja ngan telekom.. jadi pandai2 dia orang lah cari duit lebih aku bayar jerk.. biarpun aku sendiri sebenarnya tak tau duit tu datang dari mana sebab memang aku dah habis duit.. betul2 aku heran..tetapi kuasa Allah siapa tahu... tips untuk tidak menjadi papa didalam kehidupan ini jangan lupa membaca surah al waqi'ah setiap hari.. tetapi itu semua lowongan dari Allah dan ikhtiar sampingan kalau tak berusaha... manakan dapat tak gitu?.. ermmmm bab makan memang aku kurang betul makan sekarang ni.. sampai bunda aku cakap isk.. tak buleh sensitip..ermm.... jiwa yang sakit dan menderita.. jiwa yang sengsara tetapi ingin bahgiakan hati sendiri..
cuba kita fikir.. kita renung.. dan merasainya.. kehidupan ini adalah sangat pendek sekali.. abis banyak dalam 60 tahun atau 20 tahun di kasi bonus free... itu kalau pandai jaga tubuh badan laa.. kalau jenis macam aku ni.. makan sehari pun payah asyik minum ali kape jerk.. sekali pastu melantak air putih.. mana tubuh nak tahan.. hari2 lumur ubat merah jerk.. nak kasi ilang sebu2 kat dada sebab gastrik dah datang.. kalau gastrik datang aku buat bodoh baring2 depan tv atau tahan batuk... atau rasa sesak nafas.. atau macam2 rasa.. isk.. sebenarnya perasaan kita ni kalau kita rasa tua.. akan cepat tualah... muka pun dah cengkung giler.. tapi itulah .. bukan nak sakitkan diri sendiri tetapi kalau dah ilang selera makan .. yelah barangkali sebab tak ada apa nak cakap eh.. tujuan hidup tu.. yup orang yang hidup bertujuan akan kuat dan cekal dan akan rajin dalam semua hal sebab macam2 dia nak buat dan dia target.. nak kawen, nak bertunang, nak beli rumah, nak beli kereta... nak pergi sana nak pergi sini.. nak beranak.. nak senangkan orang tua.. nak macam2 nak lah... tetapi aku jenis yang dah hilang nak nak nak tu... aku hidup just hidup.. isk rasa macam tak lebih tak kurang ayam itik pulaks...tetapi ayam itik bagus.. boleh dia orang di sembelihkan boleh dikasi makan dibuat arwah..aku? jenis daging tua dan liat apa faedahnya eh?
kata orang kita amat mudah memutuskan... sangat mudah melafazkan.. ada fikiran kita ke belakangankan kita dirikan pusat ego yang melangit.. kita jatuhkan harga rasa hati kita pada perasaan yang negatif.. kita tidak mampu mengawal nafsu amarah... kalau orang sakitkan hati kita ...kita akan membalas dengan sakitkan hati orang itu berkali2... atau biar berjuta kali biar dia rasa.. , kalau orang itu diam sekali.. kita akan diam banyak kali.. pandan ngan muka dia pada pandangan kita.. itulah banyak sikap yang ada di kebanyakan orang sikap membalas.. tetapi kita tahu bahawa kita pun akan rasa sakit hati.. jiwa kita melara dan melata.. tetepi kita tetap lakukan juga.. dan yang paling asas jatuh kepada sifat lemah kita.. mulai di himpit perasaan menyesal kemudian.. itulah.. apa sudah guna kalau penyesalan itu sudah tak dapat mengubah apa2...
lidah dan gigi atau bibir.. atau gusi bagi yang tak ada gigi.. seringkali juga tergigit atau terpijak.. tersepit.. apa lagi sifat manusia yang serba lemah.. adakah manusia sempurna? mana ada... sifat sempurna itu hanya ada kepada Allah saja... manusia tidak ada sifat sempurna.. kesempurnaan tak ada.. kalau dia baik waktu muda.. belum tentu waktu tua dia baik.. kalau waktu muda kawen bukan main mesra.. mengalahkan cerita2 romantik bolywood... tetapi bila tua anak2 dah besar buat hal.. benci kat suami atau isteri.. dan melantarkan perasaan anak2.. kemudian baru nak menyesal kerana apa manusia suka membina tembok ego.. tak kira lelaki atau perempuan kalau sudah ada rasa megah diri mereka akan dirikan tembok ego yang tinggi dan suka merendahkan perasaan orang lain.. dan aku melihat dan aku merasai semua itu.. aku tersepit dan menyempit dicelah2 keegoaan .. dulu2 aku akui aku memang seorang yang sangat ego..bahkan tinggi hati sekali.. aku tak akan mengalah sekali pun aku bersalah.. barangkali itulah balasan yang aku terima dari Allah.. aku di perlekehkan dan semua perasaaan aku di anggap seperti dedaun kering.. senang dah mudah untuk dianggap apa saja.. dan aku menerima.. aku kembali kepada Allah semua itu barangkali untung juga Allah membalasnya dalam masa aku masih sadar.. aku masih mampu berfikir... dan aku tidak merasa terhutang lagi .. itulah yang aku harus jalani..memang sakit sangat perasaan kita apabila tidak diacuhkan ... dibalas.. tetapi itulah.. hadapi sajalah.. apa salahnya kalau kita menangis.. biarlah air mata itu gugur.. barangkali itulah tanda bahawa kita masih ada perasaan yang satu itu... perasaan pilu dan ngilu............
pagi ni aku baru tukar tempat tidur maklum tingkap yang tak ada atap sipi tu macam cerah pulak terganggu aku nak tidur waktu siang.. jadi aku edarkan katil ketempat yang teduh hehehe... isk mau patah juga tulang belulang aku buat kerja sorang2.. bila teringat cerita bab sorang sorang ni teringat pulak aku borak2 dan pertanyaan miss linda semalam pasal nikah kawen.. yeah bagi yg mampu kawen..kenalah kawen kang nabi tak mengaku umatkan sebab kawen itu adalah sunnah yang digalakkan... tetapi bergantung kepada niat hati kita.. kalau sekadar nak zuriat.. kemudian tidak sempurnakan zuriat tersebut apa gunanya.. sekadar hendak melepaskan diri dari kutukan orang sebab tak kawen takut orang cakap tak laku, tak apa2 .. orang tua nak timang cucu, nak tengok menantu... isk.. sebenarnya ramai orang tak tahu tanggungjawab dalam hal yang satu ini berat sangat bukan hanya untuk melepaskan nafsu saja... sebab sex boleh kita hadapi dengan kepala kering.. tidak semestinya orang yang tidak melakukan sex tu sakit... banyak saluran yang boleh kita saluran energy untuk sex kita itu kepada sesuatu yang lebih membina diri kita.. isk... kang tak buleh jugak kang nak kena rasa jugak.. dalam sekali seumur hidup ada jugak orang cakap cam tu.. isk.. macam2 fikiran orang lah.. tapi buat aku yang bujang ni.. masa muda aku bukan lah orang yang baik2 sangat.. namun aku rasa hidup aku yeah biasa2lah... isk kalau luar biasa tu barangkali jadi cemana pulak eh? tapi jangan tak heran.. kalau mampu kawen kena kawen.. nah pm kita pun kawen tetapi heran jugak pm cari yang lebih kurang sebaya dia.. tak cari yang lebih ceria skit macam orang2 vip sekarang ni... isk... merepek macam kerepek maklum kepala tengah sakit.. tetapi jujur bila aku menaip melepaskan apa yang aku rasa sangat sakit didalam hati ini aku rasa puas... sebab itu barangkali sejak aku tak boleh menulis dalam 2 bulan yang lepas aku rasakan jiwa aku tak tenteram.. yeah... barangkali inilah dunia aku sebelum aku di jemput olehnya.. menulis untuk diri sendiri.. mungkin kerana aku tidak ada tempat dihati siapa2 pun untuk aku lepaskan resah dan kesakitan rasa .. kawan ramai.. tetapi yang benar2 mengerti dan yang menerima kita apa ada ...tak ada.. benar2 aku telah lama hidup.. pernah juga orang yang cakap sayang kasih cinta.. macam2 tetapi menikam aku dari belakagn sampai aku nak bangun pun susah apalagi darah.. harga diri rasa malu.. macam2.. namun aku tetap masih mahu berdiri.. ada juga yang menikan aku depan2 ... sampai aku tak mampu membuang tikaman yang dia lakukan namun aku tetap juga hidup.. aku sudah lalui segala kepahitan dalam hidup juga kemanisan... aku dikenalkan erti pengorbanan yang sebenarnya.. sesungguhnya cinta itu adalah anugerah yang terindah yang boleh menybabkan manusia menjadi pemikir bagi yang betul menyintai dengan kata hati... bukan kata nafsu.. melepaskan bukan bererti membuang dari ingatan tetapi melepaskan untuk melihat orang yang kita cintai itu tidak terus merasa kita menyakitkan dia.. barangkali betul juga kata orang.. cinta itu hanya setipis kulit bawang tetapi akan bertukar menjadi seteguh everest atau setebal awan... bagi yang mahu mengerti...
lapar.. yeah ape tidaknya dah jam 11 pagi... tak apalah.. aku telah lepaskan segalanya.. semoga semuanya berjalan seperti kehendaknya juga... aku tak ada apa2 alasan untuk marah atau apa saja... seadanya seorang aku....
Tuesday, June 19, 2007
11.19 malam, banyak kali aku menaip di hp, marah! geram dan sakit hati sangat2.. perasaan aku di perlekehkan selalu begitu sejak dulu lagi.. barangkali kerana aku terlalu mencintai lantaran itulah dia boleh melukakan hati aku sesuka hati dia saja... barangkali aku hanyalah sampah di mata dia.. barangkali juga penganggu, barangkali juga tersilap atau apa saja.. dan barangkali juga perasaan ku.. tapi saat ini apa yang aku rasakan adalah satu perasaan yang sangat sakit sekali pedih dan ngilu.. kadang2 aku merajuk sendiri2.. sms gudnite ku sudah banyak malam diam2 begitu.. kadang2 wish morningku pun terbias begitu saja.. namun kadang2 aku tidak mengalah, tetap juga memberi ruang dihatiku untuk terus menghantar sms.. barangkali kerana aku pernah melukai orang lain lantaran itu aku dibalas sebegini barangkali juga.. aku ikhlaskan hatiku biarlah.. barangkali dia merasa puas dengan melukakan hati aku.. mahu aku mati dalam penasaran.. yeah barangkali aku bukan apa apa..
aku ingin campakkan hp.. aku aku hempukkan kepalaku ke dinding yang berderai.. tapi apa gunanya.. hati didalam lebih lagi sakit, lebih lagi terluka.. apa lagi dengan keadaan sekeliling yang tidak pernah memihak kepadaku sejak kebelakangan ini.. aku terasa sangat kecil hati.. banyak perasaan kecil hati aku pendam dan diam2 dalam hatiku.. melakar rekah senyum dan tawa yang palsu.. tapi siapa tahu? memang keadaan yang amat menyakitkan sekali barangkali itulah yang sepatutnya aku rasai.. kerana melukakan orang lain.. barangkali..
aku ikhlaskan segalanya.. biarlah..semoga engkau berbahgia selalu.. aku ikhlaskan hatiku melepaskan semua perasaan sakit dan kecewa ini.. biarlah luka ini aku bawa sampai mati kalau itulah yang kau inginkan... terimakasih kerana pernah memberikan aku bahgia.. terimakasih kerana banyak berkorban untuk aku.. terimakasih kerana mengajar aku akan pahitnya menyintai seseorang yang tidak menyintai kita seutuhnya.. kita hanyalah tempat bergantungan sementara.. barangkali.......... aku lepaskan semuanya.. untuk apa mengopak sakit hati ... untuk apa? aku benar2 ingin menangis kuat2... supaya rasa sakit didalam ini terlepas bebas..... aduhai hati kenapa engkau sedemikian terluka.. aduhai perasaan kenapa engkau sedemikian terseksa...
biarlah aku pergi dulu........ andainya aku pergi dulu aku doakan engkau sentiasa bahgia.. dan aku tidak menanti mu dimana2 pun .. aku tidak akan menunggu mu lagi.. cukuplah sudah penderitaan ini meracun naluri ku... cukuplah sudah..................
Friday, June 01, 2007
cinta bukan cuma perasaan tapi tanggungjawab
12.04pm... kadang2 sukar nak kita lukiskan apa yang ada dalam perasaan kita, ianya cuma berlegar disekitar minda kita tapi berani kita utarakan, bukan cuma takut terluka tetapi takut untuk menghadapi kenyataan yang sememangnya sudah terang. cinta? apakah cuma sekeping perasaan yang bergayut pada tangkai hati.. bukan cuma cinta kepada insan tetapi cinta akan hidup itu sendiri.. tanggungjawab tertalu besar tanggungjawab atas perasaan itu... tetapi seringkali kita memperlekehkan semuanya... terkadang aku ingin hentikan semua perasaan.. supaya aku tidak perlu lagi peduli tetapi yeah.. aku masih ada tanggungjawab pada perasaan itu sendiri..
Terlalu Indah Dilupakan Terlalu Sedih Dikenangkan Setelah Jauh Aku Berjalan Dan Kau Kutinggalkan Betapa Hatiku Bersedih Mengenang Kasih dan Sayangmu Setulus Pesanmu Kepadaku Engkau Kan Menunggu Andaikan Kau Datang Kembali Jawaban Apa Yang Kan Kuberi Adakah Jalan Yang Kau Temui Untuk Kita Kembali Lagi Bersinarlah Bulan Purnama Seindah Serta Tulus Cintanya Bersinarlah Terus Sampai Nanti Lagu Ini Ku Akhiri
jawapan apa yang harus ku beri ? entahlah kita terkadang mencari ketulusan dan keikhlasan namun kita sendiri sukar untuk memberikannya. ada getar dalam perasaan aku sendiri supaya segalanya aku akhiri untuk tidak menyakitkan hati sendiri dan orang lain juga.. biarlah kita lepaskan semua perasaan itu setinggi mana pun agar tak ada lagi kenang kenangan yang menyukarkan hati. rindu itu boleh membunuh jiwa apalagi jiwa yang sudah parah.. bagi setengah orang hanya boleh merindu.. tetapi tidak boleh mendekatkan dengannya.. tidak punya keberanian untuk mempertahankan apa yang dinamakan perasaan mungkin kerana rasa tanggungjawab itu sangat kurang.. atau mungkin perasaan tanggungjawab tidak ada yang ada hanyalah perasaan itu sendiri.. yang makin lama akan hilang.. yeah barangkali dan kebarangkalian itu amat memungkinkan sekali.. "kepedihan yang kini ku rasakan darimu yang tidak mencintai aku...." kadang2 aku berkira untuk melepaskan dunia ini.. dunia yang menemukan aku sedikit kegembiraan dan kebahgiaan tetapi sukar rupanya.. kerana hanya dunia inilah yang ada yang bisa menghairahkan bahawa aku masih berkeinginan untuk merasakan erti hidup.. "biarlah aku relakan kau pergi biarlah derita bersama.. aku doakan engkau bahgia disampingnya..." yeah... kebahgiaan .. kadang2 orang merasa bahgia tetapi masih lagi dilapik oleh resah adalah orang yang tamak.. orang yang rakus dengan semua yang dia miliki...
melihat bonda yang telah tua.. yang banyak pantang larang.. melihat segalanya dengan mata yang terang tetapi sangat dalam bahawa aku telah menghirup kepedihan ini terlalu lama dan aku masih sukar untuk melepaskannya...kelmarin ada kakak tua aku dari kota bahru datang, dengan dua orang anak buahku .. suami kakak tua, dan suami anak buahku yang pernah mengajar aku semasa aku di form two.. aneh..! kakak tua aku lebih tua dari bonda aku.. katanya kepada aku kerana rindu pada adik2 maka dia datang..? rindukah? teringat zaman kanak2 aku terasa aku hanya punya nenek tua saja.. sekarang bila dewasa baru aku ada saudara mara.. terasa ada getar dihati.. tanggungjawabkah? tetapi aku masih bertanggungjawab untuk senyum dan berborak biarpun tidak rancak.. aku renung dunia yang telah lewat.. melihat rumah yang besar.. tanya suami anak buahku adakah tinggalan dari "tok abah" terasa aku ingin gelak sendiri.. abah? apa yang dia tinggalkan kepada anak2 adalah penderitaan yang tidak pernah padam dari hatiku.. tetapi aku cuba membuang dendam itu untuk tidak peduli tetapi kalau orang bercakap tentang rumah besar itu... kerana arwah aku terasa ingin menampar.. segalanya adalah jerih bonda yang bekerja.. demi anak2.. yeah demi anak2... demi siapa lagi kalau bukan anak2nya... aku ingin merentap masa silam.. supaya aku tidak menyerkap darah luka kembali lagi.. kemudian malam nya anak angkat abahku datang.. aku tak turun aku malas nak turun .. biarlah peduli ku.. dulu2 semasa anak2 dia dan dia menguliti zaman sukar memang aku tempat dia meminta .. tetapi sekarang anak2 dia sudah berjaya terasa aku tak perlukan apa2 lagi... aku cuma diam2 diatas tengok cerita love in heaven... tentang cinta, tentang kasihsayang tentang ketulusan.. tetapi aku tidak berani untuk mempertahankan cinta aku sedemikian... biarlah aku lepaskan perasaan itu untuk dia mengapai bahgia.. kerana aku tidak akan dapat membahgiakan dia apa lagi memberi bahgia itu...
hari ini.. semlm esok dan seterusnya.. kita lepaskan semuanya.. biarlah itulah yang lebih baik untuk semua orang.....
Thursday, May 17, 2007
Tak Bisakah Artist: Peter Pan
Hatiku bimbang dengan tetap pikirkanmu Selalu-s'lalu dalam hatiku Kumelangkah sejauh apapun itu Selalu kau didalam hatiku
Ku berjalan-berjalan memutar waktu Berharap temukan sisa hatimu Mengertilah ku ingin engkau begitu Mengerti kau didalam hatiku
Tak Bisakah kau menungguku Hingga nanti tetap menunggu Tak Bisakah kau menuntunku Menemani dalam hidupku
Ku berjalan-berjalan memutar waktu Berharap temukan sisa hatimu Mengertilah ku ingin engkau begitu Mengerti kau didalam hatiku
Jangan Kau mencari hidupku Kemana Kau tau isi hatiku Tunggu sejenak aku disitu Jalanku jalan menemukanmu
Tak Bisakah kau menungguku Hingga nanti tetap menunggu Tak Bisakah kau menuntunku Menemani dalam hidupku
11.04am... (dalam kegalauan perasaan.....) keinginan yang kuat untuk meredakan kesakitan dalam rasa, hari2 yang berlalu dengan lambam sekali.. ku biaskan semua perasaan untuk tidak lagi peduli apa yang akan terjadi dan bakal terjadi.. hakikat kehidupan adalah meneruskan hari2 dengan sekadar menghidupkan jasad yang sudah kematian isi2 hatinya...engkau tetap tidak akan menungguku biarpun aku selalu ingin engkau disitu.. apa lagi kita mengharapkan keterlukaan itu akan sembuh.. naluri yang kuat untuk mengatakan bahawa kita sudah seperti angin yang telah mengilir dengan perlahan dan pergi dan melepaskan segala ketenangan untuk tidak mengusir ribut hati melanda... jika kau datang kembali.. jawapannya belum ku temui..aku hanya menyisir rerumput keresahan dalam kelodak rasa biarlah semuanya terbias begitu saja.. pada hakikat hati yang sudah tercoret luka dan duka untuk tetap bertahan sampai aku tumbang sendirinya
Saturday, April 14, 2007
3.23 petang, aku di KLIA hemm.... flight dari sandakan ke KL bertolak kul 10am... sebelum tu aku balik Tinosa sekejab jumpa mamak, bapak, si aji, si salmi , si dinding, si balqis .. salam ngan mamak dan semua orang.. hemm adakah kasihsayang itu akan sampai disini saja atau bakal kekal sampai bila2.. entahlah.. ada sms dari si chomott.. dari semalam chomott dok sms.. huhuhu hemm semalam pun tidur lena.. perpisahan ini bukanlah perpisahan yang kekal barangkali kita akan sering juga bertemu dalam waktu dan ruang yang lain biarlah masa yang menentukan..
flight boarding lebih kurang kul 9.55pagi ..que panjang untuk naik sebelum tu aku nampak satu couple bukan main mesra alam lagi...isk sedang tunggu aku membaca sekejab.. sambil kerling awek yang couple tu melintas depan aku isk...seksi dan seksa mata huhuhu tak sangka laks dianya kawan nengok aku tertengok aweks dia huhuhu aku buat2 bodoh jerk.... entah apa dia orang umpatkan aku tak tau ler... lantak ler udah le dia seksi tak kan nak sia2 kan mata laks.. isk... hampeh..
bila masuk lam flight satu hal aku jalan laju semacam jerk... tak toleh kiri kanan.. teringat kat SS isk.... tadi pagi sib baik SS tak kena saman aku g parking kat bus persiaran yang ada no parking ceh. ,...sib baik aku terasa nak p tukor air mineral yang mamak bekalkan untuk aku.. nak amik yang telah aku gunakan baki dari balik KK hari tu.... ternampak ler pak polis yang baru nak menyaman SS aku berlari cepat angkat tangan tanda minta maaf... sib baik ler.. kalau hancus rekod baik SS yang tak pernah kena saman... tak macam honda civic aku si JAK tu yang selalu kena saman sehinggakan kuar 2 waran tangkap masa aku berada di Kuching... isk.. hampeh...
masa dalam kapal aku cari tempat duduk dekat ngan exit...isk dekat ngan sayap kapal.. okies ler... ada satu couple lain pulak yang dok depan aku... lawak betul couple ni mungkin ler romantik d'amor sakan... mersra2 alam pulaks dok sendel2 bahu lepas tu aku tengok meka ni dok godek sana godek sana aku rasa mereka cari cemana nak rendahkan kursi ... aku buat2 tak tau dulu sambil baca buku ... aku dok sorang2 3 seat hehehe...merdeka.. betul.. lebih kurang satu jam aku nampak meka tak dapat gakz lagi nak turunkan kursi tu aku hulur tangan aku kat celah2 kursi tunjukkan button untuk turunkan kursi hahahhaa.. tu pun bila aku dah bangun dari tidur.... isk... mesra alam nyer
hati rindu... tinggi2 gunung kinabalu ..aku nampak dari awan puncak gunung kinabalu.. hati aku rindu awan yang berkumpul2... seperti bunga2 putih diudara... aku benar2 merasa terbang jauh... tetapi semasa aku melangkah naik kapal aku yakin pasti kita akan tetap berjumpa sentiasa.. aku tidak merasa kehilangan seperti mana kita berpisah untuk pertama kali dulu... lumrah hidup begitulah...
aku sampai di LCCT lebih kurang pukul satu tengahari... awal 10 minit dari dijangkakan tu pong pilot tu cakap isk... dia turunkan kapal terhentak kuat sampai makcik tu menjerit isk... pecahkan tayar kapal ni...huhuhu
lepas tu aku tunggu bas... ada bas yang boleh bawa aku ke KLIA untuk naik flight lagi kali ini aku kena guna mas...isk... lambat jugak.. rm 1.50 dari LCCT ke KLIA semalam akar tanya kalau aku nak dia amik isk... segan ler tadi pun sue cakap leh gakz amik aku kalau aku mahu isk... segan ler... kang mengamuk laks.. sesaper..
lepas tu aku ronda sana sini.. tak tau nak p mana tetiba aku ternampak ada pc leh guna.. isk.. amik ler ... jadi tu ler aku boleh online kat sini...tak tau leh jumpa pc tang mana lagi.. sementara tunggu kul 5 petang flight ke kuatan... tadi aku jumpa aziz desa malaysia hari ini hai hai.. huhuhu rasa2 encem aku lagi kut hahaha perasan hampeh... ape pun selamat sampai ke tanah semenanjung dengan selamat...
tinggi2 gunung kinabalu tinggi lagi sayang sama kamu...hati saya rinduuuuuuuuu
Friday, April 13, 2007
how can i tell you what's inside in my mind ..
7.16pagi.. sudah siap mandi dan berpakaian formal, jiran bilik sebelah masih belum bangun untuk membuat sarapan pagi mungkin kepenatan dia kena dua hari kursus .. jadi dua hari kami tak sarapan pagi bersama.. ada suara tazkirah di tempat perhimpunan... hari ini 13April.... hari jadi rin.. selamat harijadi rin... semoga engkau dimurahkan rezeki, diberkati Allah dalam setiap perjalananmu, semoga engkau berbahgia dalam apa jua keadaan sekalipun, semoga engkau suksess dalam setiap pekerjaan yang kau lakukan.... semoga engkau sentiasa di lindungiNya dalam setiap langkah yang kau lakukan.... dan semoga engkau memaafkan aku atas setiap kesalahan yang pernah aku lakukan sewaktu engkau mengenali seorang aku..... usia bertambah perjalanan hidup semakin terbuka di ruang sana... aku harap engkau akan sentiasa tabah dan cekal hati akan paluan ombak dan duri kehidupan. Terimakasih kerana engkau memberikan erti yang sangat besar dalam kehidupan dan dalam pencarianku akan erti kasihsayang yang sesungguhnya. Engkau menjadikan aku lebih mengerti akan kehidupan dan bertolak ansur dalam banyak hal yang selama ini aku hanya ingin menang sendiri..... terimakasih rin..... sayangnya aku tidak ada apa2 hadiah untuk hari ulangtahunmu hanya ucapan dan ucapan.....kita merancang tetapi jalan hidup kita telah di tentukan Allah tetapi jangan kau berhenti untuk terus merancang dan bermimpi kerana hidup ini akan tambah indah kalau kita mempunyai mimpi2 yang manis biarpun hanya ilusi mana tahu akan memungkinkan untuk terjadi......
ada suara helang di langit.. aku selak langsir kamar, cuaca redup dan dingin....mencari2 wajah mentari pagi.. barangkali cuaca hari ini akan redup seperti semalam tiba2 hujan turun dengan lebat sekali.... aku ingin sekali menoleh pada hari semalam yang telah aku tinggalkan.... barangkali untuk mengocak kembali hati supaya tahu bersyukur bahawa kehidupan ini Allah yang tentukan bukan jangkaan siapa2 dan arah hidup juga Dia yang tentukan jalan nya kita hanyalah meneruskan apa yang telah Dia suratkan........ mencari kejujuran didalam hati..... yeah dimanakah isi kejujuran dalam hati? kadang2 kita mahu orang bersikap jujur dengan diri kita... tetapi kita sendiri tidak pernah mahu jujur dengan diri sendiri apatah lagi dengan orang lain.... tidak mahu memahami dari sudut perasaan orang lain biasa kita meremehkan yang remeh temeh padahal yang remeh temeh itulah yang akan membengkak menjadi duri dan akan memakan dan membunuh keikhlasan itu sendiri.......
8.19 pagi, baru habis sarapan bersama kawan sambil bercerita apa saja.... hemm sudah tiga tahun lebih aku disini... terasa seperti sekejab saja. Sambil makan sambil borak habis nasi lemak satu pinggan.. bercerita berkisar akan ketiadaan aku di rumah nanti apa yang mereka berdua akan lakukan... barangkali jalan itu telah terbuka untuk kita redahi bersama..... lorong2 berliku tetapi tetap menuju kepada destinasinya yang mana kita sendiri tidak tahu akan kemanakah sesungguhnya penghujung hidup padahal tetap saja disitu... satu tempat yang sunyi dan sepi yang pegap dan gelap.....barangkali kita alpa dan buat2 lupa biarlah..... alhamdullilah rezeki hari ini terasa penuh dalam perut....
ada rasa kesedihan yang aku diamkan pada sudut hati yang menyala perasaannya ada duka yang aku simpan kemas kemas dalam kotak hati untuk tidak engkau ambil peduli kerana perpisahan ini menyakitkan rasa dan membunuh manisnya perjalanan kembali ada kotak kotak mimpi yang aku geraikan tapi terbias oleh angin yang lembut dan longlai langkah kita akan terasing dan seperti pagi yang mahu pergi waktu tetap saja beredar dan hati tetap tertinggal dalam sarangnya yang tersendiri
sukarnya untuk melihat bening matamu berkaca rindu mematahkan tangkai hati yang keresahan ada suara suara halus yang memanggil tetapi kedengaran seperti bisikan angin membuatkan aku terlena dalam rintikan gerimis pagi ada bongkah hati yang terkopak dan tertanggal mimpi melangkah meninggalkan engkau yang tercinta pergi kepada satu ruang lain yang aku sendiri tidak pasti adakah ini jalan yang terbaik untuk kita barangkali kau akan mengikut jejakku biarpun perlahan pasti kita akan tetap bersama kerana janjiku tak pernah mati dan cinta ku tak pernah terkubur
when i fist met you i thought "what a fool" when i started to know you i began to find you cool when we became closer i started to care when we became lovers i could'n't imagine life without you here when we broke up you broke my heart when we tried again i saw it as a new start when you broke my heart for second time i realised you never be mine and now i'm just lying here trying to heal my broken heart and stop my silent tear drop.......
anak2 jalanan yang tidak akan aku temui lagi di pasar umum sandakan..... tidak akan aku terjumpa lagi sekeluarga meminta sedekah... tidak ada lagi orang yang akan menghulurkan bahai untuk aku beli....tidak ada lagi tatapan dari mata aku nyalang melihat gerak geri hidup manusia tanpa surat disini.....berkeliaran seperti ayam apabila diserbu oleh pihak berkuasa..... aku tidak tahu bagaimana dia orang memikirkan status seseorang.... pelarian? pendatang tanpa izin? atau pengembara seperti aku..... mungkin kerana aku bersurat dan aku boleh melangkah ke mana dunia sekali pun....asalkan aku bersurat.... barangkali itulah harga hidup.. tetapi anak2 disini ramai yg tidak bersekolah....biarpun ramai juga yang bersekolah tetapi berapa ramai yang sekolah tidak mempunyai surat juga....kesedaran dari ibu bapa mereka untuk anak2 belajar tetapi yeah...status anak2 sendiri tidak tahu......bagaimana mereka mengarap masa depan? entahlah sukar untuk aku memikirkan sistem orang2 memerintah......
pstttttttt...... diam2 kan rinduku biar saja rindu itu meraja dalam hati ada kelopak kasih yang mahu gugur tetapi aku tangkap dengan tangan mengigil supaya aku tidak merasa gentar akan relainya kasih dan rindu yang mahu pergi dari hatimu.....
"kelmarin kau masih bersamaku bercumbu dan merayu adakah hari esok untuk kita bercinta seperti yang telah kita lewati biarlah ku relakan koe pergi tinggalkan derita bersamaku ku doakan koe bahgia disisinya sementara biarkan aku menangis tiada guna aku hidup begini tanpa belaian kekasih yang sangatku sayangi kepedihan yang kini ku rasakan dari mu yang mencintai aku......."
 Kulelah terus mencari seseorang yang selalu ada untukmu kuingin hubungan lebih yang kau rasakan padanya kuinginkan juga
ku cemburu bila kau dengannya ku cemburu karna kau adalah sebagian dari hatiku
Lamanya kesetiaanku Menjadi pendengarmu dan penjaga hatimu Kuinginkan hubungan yang lebih dari dia Taukah kau aku menderita demi cinta
ku cemburu bila kau dengannya ku cemburu bila kau dengannya dan aku harus melihatnya ku cemburu karna kau adalah sebagian dari hatiku
nak waktu sangat cepat berlalu sekarang sudah 10.02 pagi esok mungkin waktu ini aku sudah ada didalam kapal.....berada tinggi di awan...jauh melintasi laut china selatan..barangkali apa yang ada dalam hati ku semasa aku tinggi di awan? barangkali melihat titis2 airmata yang tergenang yang kau sembunyikan barangkali tears yang aku simpan sendiri dalam rekuh hatiku..... aku sesungguhnya tidak mahu peduli... dengan semua rasa yang menyakitkan hati....tetapi pada hakikat dan jalan itu..aku masih mahu berdiri sangat dekat denganmu untuk aku hidupkan diriku bersamamu..... tetapi antara ruang2 kita yang terbatas dan kenangan yang tertinggal akan tetap menekun dalam album hati.... apa yang akan aku berikan kepada engkau yang telah banyak memberikan aku ruang untuk merasa sangat dihargai dalam kehidupan yang sejengkal ini? ..... aku sungguh2 sayang dan menyintai engkau... biarpun sebagaimana bentuk perjalanan kita nanti....
barangkali aku akan menghabiskan waktu cuti2 ku dipantai...melihat laut yang bergelora...bau laut di pantai timur tak akan sama dengan bau laut sandakan..... bunyinya sudah menyentak tangkai hati apa lagi kalau musim tengkujuh.... barangkali adakah rindu akan terpalit dalam kotak hati kita?.......
teringat bertapa sejuknya air sungai tamparuli di Kiulu.. pasti aku akan datang lagi kalau tidak aku terus menetap.... barangkali biarlah jalur hidup itu menentukan perjalanan yang seterusnya.... yang pasti tanah hijau ini tidak akan aku tinggalkan sebegitu saja...... ada titik yang tidak akan melepaskan tangkai hati untuk terus terikat dengan janji tanpa akad......
teringat zaman kanak2 ku yang tidak manis tidak punyai ramai kawan2...tidak ada teman bercerita yang ada cuma ilalang...pokok2 gajus pantai dan ombak...serta nenek tua.... anehnya aku tidak mengenang rindu zaman remajaku.... apabila aku mula pertama jatuh cinta.... kenangan itu mulai terbias dan tertewas dek pelukan takdir yang sentiasa merobek hatiku berdarah..... dan darahnya masih segar mengalir tanpa parut....barangkali kerana aku tidak pernah dapat meninggalkan kesakitan zaman kanak2 .. biarlah apapun akan aku hadapi demi kerana cintai itu sendiri.......besok aku akan terbang jauh.. meninggalkan bumi sandakan.... salam untuk semua.... mamak, bapak.. si masni, midah, renceng, si balkis, si aman yang kehilangan isteri tercinta, si dendeng yang selalu menatap aku seperti aku bintang filem....si aji...yg sibuk dengan sikecik zarul...si haya....yg suka menjerit.. selamat tinggal... sampai jumpa lagi SS yang tersayang... entah siapa yang akan membelaimu dan memandikanmu .... hemm.... pasti kita akan jumpa lagi....biarpun bukan untuk waktu yang terdekat ini..... salam penuh kasihsayang dan seluruh ingatan.....hotel sabah....sandakan hotel.. benteng... pasar umum.... beluran.... telupid lahad datu....semua tempat yang pernah aku redah.... pasti ada rindu yang berkekalan.... itu yang pasti..dan kasih yang tak pernah padam.....
sumpittsauber si gelandangan 10.13pagi.......ada cinta yang tetap utuh dalam hati seorang aku
Send this eCard !
selamat hari lahir pada 13hb april ....semoga segalanya berjalan dengan lancar, semoga segalanya indah dan menyeronokkan kesedihan dan kedukaan adalah rempah ratus juga dalam kehidupan ini... tiada apa yang dapat diberikan tanda kasihsayang yang kekal abadi hanya ingatan tulus ikhlas.... hanya jawapan itu ada dalam hati.... bahawa kehadiran itu sangat dihargai dalam apa bentuk kehidupan yang seterusnya nanti.... andai jumpa lagi kita akan tetap juga sebegini... hidup adalah perjalanan yang serba kemungkinan.... tiada yang lebih indah dari menghadiahkan sesuatu yang sangat bernilai kepada seseorang yang sangat bererti buat kehidupan kita....
gelandangan seperti aku hanya ada sekeping hati... dan yang lain2 aku tak punya.. tapi apalah berharganya dari sekeping hati yang sudah robek dan calar balar.... apalah ertinya hati yang masih berdarah.... namun doa yang tidak pernah putus semoga kebahgiaan itu akan tetap subur dan mekar dalam kalbu hatimu... biar sebagaimana berlikupun perjalanan yang kau tempuhi itu adalah perjalanan yang mesti dirempuh juga......
Don't buy Vista Security
|
|
|