SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< July 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Tuesday, July 17, 2007
    LOCK !!!!!!!!

    lock



    Photobucket

    Monday, July 16, 2007
    sometimes when we lost what we feel....

    pening kepala hari ni aku rasa pening, tambah lagi minum nescafee.. makin pening cam nak pecah jadi aku tak ada apa 2 nak tulis.. layan blues perasaan je termenung laa apa lagi kalau tak main solitaire.......... arios omagoss........



    Photobucket

    Sunday, July 15, 2007
    Haruskan Aku Mati...........?

    Haruskan aku mati (Ada Band)

    Bagaimana mestinya...
    Membuatmu jatuh hati kepadaku
    Tlah kutulis kan sejuta puisi
    Meyakinkanmu membalas cintaku

    Haruskah ku mati karena mu
    Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
    Haruskah kurelakan hidupku
    Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku
    Hentikan denyut nadi jantung ku
    Tanpa kautau betapa suci hatiku
    Untuk memiliki mu

    Adakah keikhasan
    Dalam palung jiwamu mengetukku
    Ajarkan mu bahasa perasaan
    Hingga hatimu tak lagi membeku

    Haruskah ku mati karena mu
    Terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu
    Haruskah kurelakan hidupku
    Hanya demi cinta yg mungkin bisa membunuh ku
    Hentikan denyut nadi jantung ku
    Tanpa kau tau betapa suci hatiku
    Untuk memiliki mu

    Tiadakah ruang di hatimu untukku
    Yang mungkin bisa 'tuk kusinggahi
    Hanya sekedar penyejuk disaat ku layu
    Ku tlah menantimu hingga akhir masa


                                   9.43 malam.. esok sudah masuk bulan Rejab, nah sudah mahu masuk bulan ramadhan lagi.. sekejab sungguh masa berputar. Bonda nak puasa, pasti pagi besok dia bangun sahur. Aku insyaAllah jugak tapi sahur.. ha'ah kalau tidur lambat mungkin sahur kalau tidur awal pasti guling yang jadi mangsa ku... "haruskah aku mati keranamu terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu.. " ah!! cuma lirik lagu tetapi lirik itu adalah luahan dari hati.. barangkali itulah yang aku rasakan..  "ku telah menantimu hingga akhir masa........." tadi ada call .. aku tak tahu siapa kemudian sms.. aku ignorekan juga kalau no yang aku tidak tahu.. dan aku sememangnya sekarang  ini sangat tidak menjawb call apa lagi sms.... rupanya kawan esastera... barangkali terasa hati kerana aku tidak mengendahkan call juga sms.. yeah apa boleh buat kerana itulah aku dalam diriku... kecuali orang2 yang aku rasakan ingin aku menjawab atau bersms... sudah lama aku tidak topup.. entah berapa sen lagi ada kredit... biarlah lagi pun apalah ada dengan sms aku ini?  Dah lama aku tak makan rambutan, tadi masa bonda aku tengah sembahyang ada juga dalam naluri ku hendak bertanya adakah pak karim yang selalu jual buah rambutan tu masih berniaga rambutan? .. tunggu dia selesai sembahyang pertanyaan itu cuma berlegar dalam fikiran ku.. tapi bila aku turun di bawah aku lihat di meja makan sudah ada buah rambutan.. barangkali inilah yang dikatakan naluri ibu dan anak... percayakah kita akan kekuatan naluri? Barangkali... apakah Allah juga memberi lowongan dalam hati bonda aku untuk membeli buah rambutan? memang sejak sebulan lagu aku terasa ingin makan buah rambutan.. banyak kali aku tengok orang menjual buah rambutan semasa aku limpas di pasar.. cuma aku tidak singgah aku ke pos ofis saja.. itulah aku jarang nak melepak  atau melilau.. kalau itu yang aku mahu pergi disitu sajalah... kemudian balik.. ada juga keinginan untuk jalan2 tetapi kemana? untuk apa dan sendirian pula..

                       

    angin malam tersebar
    singgah pada daun jendelaku
    ingin aku sampaikan rindu
    tapi aku rasa rindu itu terbias
    begitu saja
    kerana engkaui pasti tidak berpaling
    apalagi untuk melempar sebaris senyum

    *******

    aku suka dengar bunyi air berjatuhan
    dari cucuran atap rumahku
    seperti bantingan rindu
    yang telah engkau lepaskan
    tak kala engkau lelah
    dalam melayani rajuk dan amarahku

    *********

               mata sudah mulai mengantuk.. yeah!! tidur awal tapi bukan lena pun.. " kadang aku benar ingin tidur yang sangat lena.. tak terganggu dengan aneka rasa yang singgah di fikiranku.

    tiba2 aku rasa sangat penah, lelah dan melata... ingin baring diam2 dikatil.. tanpa melakukan apa2.. cuma memandang siling kamar... cuma ingin merisik hatiku.. benar aku sangat penat dah lelah.. aku belajar untuk menerima .. aku belajar segalanya untuk membiaskan apa yang aku rasakan.. tetapi aku tidak mampu relung hatiku bengkak dan tercalar..basah memang basah lejun.. tak mengapalah biarlah... seperti kata ada band.."adakah aku harus mati kerana mu terkubur dalam kesedihan sepanjang waktu" yeah!! barangkali itulah... ha'ah pegal semua rasa.. hilang semua kekuatan hancur semua ketahanan.. mengigit bibir kuat2... supaya terasa masin darah.. bahawa aku masih lagi bernafas..

                                       



    Photobucket

    kau buatku menangis, kau buat ku tersiksa.........................

    Deraian yang membasahi bumi
    iringi kepergianmu dari sisiku
    sama terdengar langkahmu menjauh
    memudar tanpa jejak dan menghilang
    ku tak mampu hadapi semua
    ku tak sanggup lewati waktu tanpa hadirmu
    sangat mengilhami
    tiada kah jiwamu mengerti bertapa agungnya kasihku
    bagai langit luas tak berbatas

    kau buatku menangis
    kau buatku tersiksa
    terasakan perih hancur perasaan ini

    tiada derita nak ku alami sehancur denganmu
    sepanjang umurku saat ku inginkan dirimu

    dirimu laksana syurga
    pancaran anugerah cinta hingga ku tenggelamkan hidupku
    masihkah kau mungkin bisa mencintaiku
    namunku kan selalu kembali bersama

    kau buatku menangis
    kau buatku tersiksa
    terasakan perih hancur perasaan
    saat kau tinggalkan diriku


    Photobucket

    kita matikan hati kita untuk kepuasan hati sendiri bukan kerana perasaan sayang atau kasih atau cinta yg masih tinggal,

    cuaca sekarang seringkali sejuk, kadang2 waktu pagi akan ada hujan sekejab. Menyebabkan udara dingin merantai dan membuatkan aku malas untuk bergerak. Awal betul bonda aku keluar hari ini, aku keluar dari bilik dia sudah tidak ada. Barangkali dia bawa bekal mee goreng yang tak habis semalam , pasal aku tengok mee itu dah tak ada di meja makan, mee yang aku goreng untuk sarapan pagi, goreng pun dah tengahari , aku ingat nak makan tapi makan sedikit sebagai alas perut... aku cuma makan petang tu je dengan bonda aku.. makan nasik.. selera makan tak ada tapi yeah! apapun kita mesti teruskan apa yg telah disuratkan...

    termenung didepan pc, sambil berlama2 didalam forum kandang kamben ku, edit, atau post mana2 artikel yang aku rasakan bagus untuk aku baca dan aku simpan, aku teringat pada kata2 seseorang, kata2 yang menyentuh hatiku.. yang sangat dalam sekali... barangkali itulah kebenaran kata hatinya, namun aku tersilap kerana masih memberi ruang untuk menghantar salam maaf..aku terlupa.. kadang2 aku alpa dengan rasa yang sekarang ini aku simpan dengan kuat2 supaya tak terbongkar lagi..biarlah perasaan itu didalam saja...

    "cukuplah aku sudah mati" barangkali keinginan yang kuat untuk mematikan perasaan dan melepaskannya pergi... yeah!! apa yang mampu kita lakukan lagi, terkadang kita boleh menyatakan hasrat hanya dengan sebaris ayat.. yang benar2 dari hati kita.. tetapi kadang2 biarpun kita menulis berlakar2..berkajang2 ..kata2 tetapi semuanya bukan lahir dari apa yang kita rasakan.. yang kita sembunyikan bahaya perasaan itu masih hidup dan subur, masih ghairan dan bertahan... sejengkal cuma.. hanya sejengkal ... apakah tali itu akan mengikat ? barangkali perlu bergulung2...

    kadang2 aku main games diasam.. tapi tak pernah menang cuma main tanpa rasa, kemudian aku masuk mirc mnetfm sekadar membuang perasaan, borak dengan siapa saja.. tetapi borak yang tiada rasa..entah apa2... kemudian aku diam2 diri.. tak tau mahu kemana.. cuma diforum saja... dikandang.. ada sedikit ruang untuk aku menyahkan kerisauan hati dan beban hati yang meresahkan. Seringkali tidur yang terganggu.. aku dah lama tidak keluar kemana mana.. lagi pun tak tau nak kemana mana juga.. tak ada tempat nak kemana mana.. macam juga di sini.. aku cuma ada tempat di blogdrive, forum, kadang2 di frenstar,,, kadang2 di asam layan games.. kadang2 di pc sendiri saja.. termenung..dan merenung.. apa kah ini yang indah? apakah ingin? barangkali aku perlu lebih kuat lagi.. semangat yang kental..sajak2 di esastera.. banyak yang aku baca.. terkembang menjadi layar.. layar lara..

    aku ingin menulis tentang engkau
    tentang rasa
    tentang keinginan
    tapi engkau memalingkan wajah
    membuatkan aku terhina dan terluka
    dan terduduk dalam gelita
    tanpa berani untuk menghulurkan bicara
    sendiri dan sendiri .. mengaca sensiri.......

                                 wajahku kah ini.. barangkali aku menipu diriku sendiri dengan melihat wajah kuat di kaca cermin padahal aku cuma seekor cengcorot... tapi tidak salah untuk kita melihat diri yang lain dikaca cermin

     



    Photobucket

    Friday, July 13, 2007
    Ego Yang Geger

    11.21 malam........aku tak mula menulis pun, termanggu je..

    12.20malam, udara malam sejuk sebab lepas hujan, tapi aku still pasang kipas jugak.. padahal cuaca dah sejuk giler.. baru abis kencing, skang tengah makan  buah salak, entah buah ni ada atas meja tadi masa aku turun kencing jadi aku amiklah...malam ni aku tak tidur awal dah beberapa malam ni aku asyik tidur awal je..mungkin pasal tadi aku dah tidur.. masa nak magrib tadi masa , dada aku sakit gile masa tu.. aku lumur banyak2 minyak panas cap ape entah yang bunda aku punya, biasa aku lumur minyak ni kat depan tv... tapi hari ni atas katil jenuh esok aku cuci cadar, sarung pasal mesti bau ubat tuh.......panas giler lepas tu aku terlena lap2 orang azan magrib.. bila aku terjaga ngap2 boleh solat magrib.. bukan aku nak.. tapi itulah.. lepas tu aku turun bawah kat dapur.. ermm ingat nak minum air suam2... tapi aku nampak ada ikan segar dalam besen, mesti csebelah pergi ke laut lagi nih.. ikan termenung yg lebih besar dari lengan aku ada tujuh lapan ekor, ada selayang dua ekor dan seekor lagi aku tak tau apa nama ikan tu...lebar dan lebih besar dari ikan termenung or lomahan...orang sabah panggil ikan termenung ni ikan lomahan.. jadi bonda aku dah per masjid... biasalah dia ahli korum tetap berjemaah.... aku tulun bersihkan...ala nak bersihkan ikan bukan susah pong buang isi perut je...yang pasti guna pisau tajam... csebelah tu selalu bersihkan ikan untuk wife dia..dan selalu masak jugak..untung laa orang tu... isk.. sebenarnya anak2 lelaki bonda aku memang pandai didapur.. lebih pandai dari anak perempuan dia.. sister kedua aku hampeh tak pandai memasak.. kalau pergi rumah dia asyik menjelajah pasar malam je.. bila orang tegur dia cakap kesian kat orang pasar malam tu kalau dia tak beli kang sape nak beli...huh!! alasan tak mau masuk dapur sebenarnya.. dan ramai yg begitu , yang rasa segan nak bersihkan ikan pun padahal bukan hanyir mana pun......... pemalas... tu laa manja

    Kalau dapat bakar best ni ikan segar...tapi tadi masa aku tanya dia nak makan nasi ke malam ? dia cakap tak nak pasal petang tu dia dah goreng pisang... erk.. jadi aku bersih je boh kat sinki je aku naik mandi ... godek sana godek sini melekat depan pc... tengok syok dok tengok sajak aku kena komen kat esastera... dengar ada suara kaki2 naik atas, isk..rupanya c sebelah dengan matt adam anak dia cari bonda aku.. aku cakap le cam biasa lum balik masjid lagi.. ada hal apa entah...aku tak tanya laa...sister aku ingat dia balik minggu ni tak balik2 gakz.. biar dialah...

    tadi masa aku borak2 ngan bonda aku kat meja makan sambil makan goreng pisang nangka dia.. aku cakap laa..sepatutnya anak2 kenalah tanya tentang mak , makan apa, sihat ke..just tanya tak sampai 3 minit itu pun susah.. dia cakap biarlah orang sibuk.. kalau ikut sibuk tak kemanalah... bonda aku cakap dia orang tua nanti dia orang tau lah........hahahaha...

            tadi minah cakap padi kat tempat dia dah nak masak.. sebulan dua lagi masak lah.. dia cerita pasal sepat, pasal haruan, pasal macam2 lah.. tapi aku teringat masa cuti semester masa aku belajar dulu selalu jugak aku pergi belah utara nun... pernah makan air asam, sayur keladi.. ada kawan aku nama dia Ayu... tapi dia couple dengan Zahid.. dia orang ni memagn couple yang mesra masa belajar..kalau si ayu dok belakang motor dia tak nampak ayu pasal si zahid ni gemuk... 3 kali ayu... tapi itulah cinta.. kalau mereka berdua bergaduh akulah yang jadi mangsa.. kena ikut telunjuk si Ayu... pasal aku dan ayu satu couse... zahid amik jurusan masak memasak..serah pada zahid...hahahaha... tapi yg best time dia masak sedap2 akulah yang dapat merasa... itu dulu2 kenangan dulu2 masa belajar... aku suka berkawan dengan orang tak kisah pasal gender..apa lagi kawan2 si zahid banyak yang lembut2 biarpun zahid tak lembut..jadi kami dapat geng... aku kalau chat dengan orang di sini pun jarang tanya pasal gender..aku just chat je.. jarang aku tanya macam ni... ASL hahaha... aku tak suka skima or pangkat2.. berabang , berkakak, or beradik..aku just biasa suka guna  ganti nama diri...suka panggil or bahasakan diri je....

    sawah padi memang indah......tenang, si zahid kawan aku tu sebenarnya dapat offer kerja jadi chief di hotel besar tapi dia tolak.. pasal nak jaga ayah dia masa tu.. dia anak lelaki satu2 nya.. ayahnya lumpuh.. jadi dia korbankan kerjaya dia jaga ayahnya.. dan kerja dia buat bendang, bawa lori hantar anak2 getah ... aku still close juga bila dia orang kawen pernah jugak pergi rumah dia orang sampai c ayu tu dapat anak...gemuk2 si zahid tu produktif jugak orangnya.. rasa aku 3 ...orang anak dia sebelum aku lost contact dengan dia orang... itulah kita tidak tahu nasib seseorang... kita hanya merancang... jodoh pertemuan ajal maut kita tak tahu....                        

                              sepatu.. aku cuma ada sepasang sepatu.. kadang2 tak pakai pun.. orang belikan aku hari tu sebelum balik... hemm... sepatu buruk begitukah perhubungan ini? apakah akan menjadi seperti sepatu buruk apabila sudah buruk akan kita buangkan? sebenarnya dalam hidup aku ,.. aku belum pernah buang lagi sepatu.. biasanya sepatu aku or kasut aku hilang gitu2 jer... kadang2 ada orang amik, kadang2 ada orang curik..... isk.. selipar aku belum beli lagi.. ingat2 nak beli tapi tak beli2 pun..jadi kalau keluar dari rumah biasa aku guna selipar jepun siapa entah... hakikat perasaan kita, kalau kita emrasa ego dan tinggi hati..kita takut untuk mengalah dan dikalah.. itulah kita akan pergi ke lorong yang lebih kelabu lagi... kita merasa puas dapat menyakitkan hati orang .. barangkali lah tapi aku tidak ada niat untuk menyakitkan hati siapa2.... aku ingin diam2 saja.. biarlah simpan sja semua perasaan itu didalam....

                           my heart belong to u... lagu steelheart dekat corong radio mnet.fm... menjerit2...lady2... isk.. ada rindukah? entahlah.. rasa2 telah berkurang bukan? untunglah kalau begitu.. semakin kurang rindu itu semakin tidaklah engkau bergantung pada sesuatu yang ingin kau benar2 lepaskan....... loloskan... hati aku sebenarnya tak pernah keras.. tapi kita kena akur.. kena faham.. kena tau diri dan macam2 lagi... demi siapa..bukahkah demi engkau juga???? she gone, out of my life,i was wrong, i'm to blame, i cant leave without her lov, in my life just empty space...tapi itulah.. ruang2 kosong makin melebar dan mengangga... tadi masa dada aku sakit sangat2.. aku teringat.. segalanya... kadang2 aku fikir hari ini jumaat apa slahnya... tapi yeah.. bila tak sakit aku makan salak.. aku makan pedas2.. nikmat rasa... janj? apakah ada dengan janji kalau untuk dileraikan bukan di patrikan... untuk apakah jemari andai untuk melukakan hati orang yang kita sayang.........

               i'm so alone... tapi aku tak berani untuk merayu, kerana aku sangat tau diri dan sedar diri.. dimana2 pun pasti engkaulah yang ada..

    ada ruang yang terbuka lebar
    dari kamar pintu hatiku yang kelabu
    antara deretan buku buku rasa
    ada rasa yang aku biarkan saja
    terjemur di papan anjal terjongket jongket sendiri
    untuk meratahkan apa yang dinamakan
    membuang ego rasa dalam banir rajuk tak kesudahan

    lihat mentari merah
    ada ruang yang berdiri lebar
    antara langit dan bumi
    barangkali itulah perasaan engkau
    antara benci dan bosan
    antara lelah dan pegal
    dalam mencari haluan kapalmu berlabuh
    tapi bukan dipelabuhan yang aku huni............

                                  ada merah hati yang menyala
    tapi terbasah dek hujan seketika
    hanya kerana menatap bayanganmu sedang mengaca
    dalam hatiku yang terluka
    tetap saja merembes rindu
    rindu yang aku langir sendiri pada bayang2 semalam
    manisnya dikasihi oleh engkau
    engkau yang menadun semua rasa
    menjadikan cinta itu semakin sejati dalam hati ku
    tapi kita melatakan hati sendiri...........kita takut dan gentar
    pada yang dinamakah langkah mati hati...

    cinta samalah tuanya dengan dunia, oleh kerana cinta lah dunia menjelma, cinta sebagai rahmat dan nikmat bagi setiap insan yang dihinggap oleh cinta akan merasa nikmat, tapi dalam kenikmatan itu ada terselip semacam penyakit yang membawa penderitaan dan kesengsaraan. Walau pun cinta merupakan penyakit ganjil bagi yang dihinggapinya tapi setiap orang yang terkena penyakit cinta tidak akan pernah melepaskannya, walau sedtik pun.......cinta yang suci menuntut pengorbanan zahir dan batin... mengertilah hakikat hati... tanyalah pada hati yang sangat jauh kedalam.. apakah masih ada harga dengan harapan2 yg kosong,? perlukan janji2 itu terlunas sedangkan hati tidak sudi mengemis biarpun secebis kata???Apakah sebabnya kita menjadi begitu kejam pada perasaan kita sendiri???

                masam pulak buah salak ni.....isk.. dah pukul 1.09 malam.. tak ada keinginan untuk tido lagi ke.. tak penatkah tubuh dan akal dalam melebarkan ruang rasa??

                  



    Photobucket

    Wednesday, July 11, 2007
    sayang padaku (sesakit apapun yg ku rasakan dalam hidupku semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwaku)

    Duka derita duka lara ku di dunia
    Tidak la aku sesali juga tak akan aku tangisi
    Sesakit  apapun yg ku rasakan dlm hidup ku
    Semoga tak membuatku kehilangan jernih jiwa ku

    Andaikan dunia mengusir aku dr buminya
    Tak akan aku merintih jg tak akan aku menangis
    Ketidak adilan yg di timpakan oleh manusia
    Bukan la alasan bagiku untuk membalasnya

     Asalkan kerna itu tuhan menjadi sayang padaku
    Segala kehendak-Nya  menjadi syurga bagi cinta ku
    Bukan la apa kata manusia yg ku ikuti
    Tetapi pandangan Allah Tuhanku yg ku takuti..

    Ada tiada ku semata-mata miliknya jua

             bayangkan sedang membawa perahu itu sendirian sambil senandungkan lagu ini..sayang padamu..."asal kerna itu tuhan menjadi sayang padaku.." lagu ini amat sedih sekali.. muziknya sangat mendayu apa lagi suara penyanyinya.. sedih memang.. dan liriknya sungguh menikam.. aku terlarut dalam lagu ini..benar2 terlarut apa lagi suara penyanyinya lembut dan menyentuh tangkai hatiku yang sedang basah...  duka dan derita kita di dunia.. tidak perlu kita sesali dan tidak perlu kita tangisi.. sesakit mana pun kelukaan hati kita semoga tidak kita kehilangan jernih jiwa kita....yeah.. itulah pengajaran.. terimakasih kerana memberikan aku lagu ini... sungguh.. aku tersentuh apa lagi disaat2 begini.." tak akan aku merintih.. tak akan aku menangis juga tak akan aku mengemis... " kita tidak perlu semua itu... bukan alasan untuk kita marah kepada dunia.. ahhhhh!!!!!!! sayu pedih dan ngilu sekali..

    ko nak dengar lagu ni hayatan??? nanti ko on ym pitt kasi ko... dengar dan hayati lagu ini..  "ada tiadaku semata mata miliknya jua......."

     

                           aneh bukan??? entahlah kaang2 aku merasa sangat aneh sekali.. tak tau bagaimana hendak aku lakarkan apa yang aku rasakan saat ini, di saat aku merasa kan sangat perlu seseorang untuk berborak... orang yang tidak kaku.. orang yang mahu mengerti apa yang ada dalam hatiku... tetapi yeah... siapa yang akan memahami diri kita selain kita sendiri..."duka derita dukalaraku didunia.. tidaklah aku sesali juga tidak akan aku tangisi..."....(benar aku mengeluh... keluhan yang benar2...terasa seakan aku mengeluarkan semua isi hati aku keluar...untuk lepaskan semua rasa yang aku rasa kan ini.........)

     

             adakah perasaan itu akan ikut berkembang? biarlah... apapun yang harus dilalui tetap juga jalan itu yang mesti dilalui.... sesakit apapun yang aku rasakan dalam hidupku semoga tak membuat ku kehilangan jernih jiwaku... (berulang ulang kali aku dengar) andai kan dunia mengusir aku dari buminya tak akan aku merintih juga tak akan aku menangis... tapi kadang2 aku ingin sangat menangis.. menjadi cengeng... tapi yeah bukan alasan bagi ku untuk membalasnya.. biarlah............. biarlah  biarlah.. asalkan kerna itu tuhan menjadi sayang kepadaku.. kerana kasihsayang Allah akan kekal... kasihsayang manusia senipis kulit bawang saja... dengan ucapan saja.. tetapi bukan dengan keluhuran dan keberanian...... biarlah..................

                               



    Photobucket

    Friday, July 06, 2007
    gifting from hayatan

    tq much to hayatan kerana memberikan gambar2 yang cantik ini kepada pitt.. terkadang apabila kita keseorangan , tiada tempat mengadu banyak memikirkan masalah orang lain atau masalah sendiri kita perlu tempat untuk melarikan semua perasaan itu.. pitt paling suka dengan apa yang dinamakan gambar2.. dan inilah gambar2 yang hidup.. yang dapat meredakan apa yang bergelora dalam dada... satu2 saat apabila kita merasakan sangat keseorangan.. inilah teman yang dapat menghidupkan jiwa kita.. yang mendekatkan kita kepada Nya.. hanya dia tempat kita mengadu sebagaimana kuatnya kita.. kita tetap perlukanNya... terimakasih banyak2 hayatan.. much much and much.......... mengajar supaya aku lebih tabah dalam menghadapi liku2 hidup.....



    Photobucket

    Wednesday, July 04, 2007
    Sesuatu yg sangat menyentuh ruang hatiku yang sangat dalam...

    12.08 tengahari.. ada sesuatu yang sangat menyentuh tangkai hatiku, biarpun aku rasakan seperti tangkai hatiku sudah kering.. sudah lingling.. sudah pling-pling.. sesungguhnya aku sudah tidak ingin menghantar posting ke kandang kamben ini.. aku tak ingin melukai hati orang lain lagi.. cukuplah apa yang aku rasakan dalam hatiku.. namun tetiba tengahari ini hati ku sangat tersentuh.. pada suduh yang sangat dalam.. dan aku ingin berkongsi dengan teman2 yang sering menjenguk ku di kandang kamben ini.. jadilah cerita yang ku kupi n paste tanpa keizinan yang empunya diri untuk tatapan dan bacaan kalian semua supaya kalian mengerti bahawa tidak semua orang hidup dalam bahgia.. biarpun bersungguh2 ingin mengapai bahgia.. bersungguh mendoakan kebahgiaan.. bersungguh2 dalam semua hal.. tapi tidak dapat menghalang ruang dan gerak takdir kehidupan .. jalur hidup telah ditentukan kepada kita.. dan kita perlu kuat dan tabah untuk menjalaninya biarpun kita tertunggeng atau tertiarap itulah harga sebuah kehidupan yang nanti bakal kita nyalakan dalam dunia yang satu lagi...

                                     

    Angah...

    Beberapa hari lepas aku belajar 'java script' (agaknyalah..) dengan seorang mamat nie...Pelikya, belajar dengan guru 'halimunan'...satu pengalaman baru...dan aku berterima kasih kepadanya...Sebenarnya tak kiralah sesiapun, sekiranya dia mengajar aku sesuatu yang baik dan menggembirakan...mestilah kita sangat berterima kasih..ye tak??? tapi yang menyedihkan, dia mengingatkan aku pada seseorang..seseorang yang aku sangat rindu dan seseorang yang sangat aku sayang...yang sangat aku perlukan ketika ini..Sabar sungguh dia mengajar aku...sama seperi Angah...

    Rindu betul aku dengan kesabaran Angah...caranya...kata2nya...nasihat dan tegurannya... Apa yang paling menyentuh perasaan aku ialah ketika aku di sekolah rendah dahulu...Ketika itu hampir menjelang hari raya...Maka sibuklah Along ingin menganyam ketupat...teringin sungguh aku memiliki kemahiran tersebut...pusing...masuk atas...selang bawah...tup!jadilah ketupat sate...lebih menyemarakkan lagi rasaku nak belajar kerana Angah yang juga seorang lelaki (semasa itu belasan tahun) mahir menganyamnya...Maka aku minta Along menunjukkan cara menganyam ketupat..aku hanya dapat belajar setengah jalan...kenapa? kerana aku mudah 'frust' dan asyik kena cubit dan kena marah kerana gagal mengikut 'step' yang ditunjukkan...Tapi, diam2 Angah mengambil alih mengajarku...pelan2...Angah ulang banyak kali...kalu aku hampir nak menangis, Angah tunjuk dari mula...Angah tak pernah tunjuk dia 'frust' mengajar aku..Hampir juga Angah meninggikan suara tapi dia masih boleh bersabar...Akhirnya aku berjaya juga menganyam ketupat sate...memang ketupat sate adalah ketupat biasa..tidak secanggih menganyam ketupat bawang atau ketupat palas...sehingga hari ini, kalau menjelang hari raya, akulah yang paling sibuk nak menganyam ketupat sate...selalu jugak makcik2 aku merungut...buat la nasik impit aje...senang! lagipun 'ready made'...ada dijual dikedai dalam plastik..rebus...potong...buat kuah kacang..jadilah ketupat...tapi aku tetap mempertahankan ketupat sate...mesti aku nak anyam sendiri dengan dua tangan aku...aku akan gesa pak cik aku mencari daun kelapa..kalau terdesak sangat beli pun tak apa...untunglah pakcik memahamiku...akulah yang menganyamnya...isi dengan beras...rebus...cuma kuah kacang ibu saudaraku yang buat...tang tu aku tak pandai...makcik2 aku asyik merungut lagi..kenapa tak belajar buat ketupat bawang? maka berbagai alasan aku beri...susah nak potonglah...bentuk tak menariklah...guna banyak beraslah...padahal yang sebenarnya kerana ketupat sate lah yang diajar oleh Angah kepadaku...Bukan ketupat bawang atau ketupat palas...Menganyam ketupat sate adalah kenangan aku dengan Angah...Mereka tidak tahu aku akan menganyam ketupat sate kerana aku tidak mahu kemahiran aku hilang bersama kenangan aku bersama Angah...Angahlah ibu aku...Angahlah abah aku...Aku sedar Angah bukan manusia sempurna...tapi Angah banyak berkorban untuk aku...terlalu banyak sehingga aku boleh menangis mengenangkannya..

    Pernah dulu ketika itu Angah tinggal bersama kami setelah abah meninggal dunia...emak cacat maka Angahlah yang terpaksa menoreh getah menggantikan abah...Kalau berpeluang, aku akan temankan Angah menoreh terutama hari minggu...Mungin masa itu aku rindu dengan Abah...Bersama Angah seolah-olah bersama dengan Abah...Sebaik Abah meninggal, Angah habis bersekolah dan duduk bersama kami...Satu hari aku merengek2 minta angah belikan buku2 rujukan...Aku tengok kawan sekolah aku yang duduk di sebelah aku (Sangat pandai dan selalu dapat no. 1) ada buku latihan dan rujukan yang banyak...aku pun minta dibelikan sama...Angah diam sahaja...Mak nampak serba salah...Satu malam aku terdengar mak berbincang dengan Angah...entah apa halnya tapi aku terdengar nama aku disebut2...esoknya, Angah tiada rumah..Menurut mak, Angah ke Seremban...Tidaklah aku tahu kenapa tetapi bila Angah pulang esoknya, Angah tunjukkan semua buku yang pernah aku inginkan...Aku pun hairan..bagaimana Angah dapat belikan aku buku2 tersebut? " Ini semua duit biasiswa Angah semasa di sekolah menengah dulu.." Menurut mak, Angah menghabiskan semua wang biasiswanya membayar yuran persekolahan aku dan Ain... Kasihan Angah, waktu mudanya yang belasan tahun itu terpaksa dikorbankan dengan menoreh getah..Kadang2 Angah mungkin tidak tahan kerana ada juga aku terdengar dia bertengkar dengan emak...tapi tak lama....selepas itu Angah OK kembali...

    Satu hati yang menyedihkan, selepas Angah menjemput aku dari sekolah, kami ternampak satu sampul surat besar bewarna putih di beranda rumah. Aku ambil dan aku beri pada Angah kerana tertera namanya di situ..Aku nampak Angah tersenyum gembira.. Tetapi tak lama..Angah bereaksi seperti biasa kembali. "Surat apa tu Ngah??" Angah jawab itu tawaran ke Universiti...Angah memaksa aku berjanji aku tidak memberitahu emak...Aku tidak puas hati. Emak pasti gembira..Tapi bila Angah bertanya kembali..Siapa nak sekolahkan engkau dan Ain? Siapa nak jaga emak? Aku pula yang terdiam..Tak apa..engkau jangan belajar main2...engkau yang kena masuk universiti...Angah lelaki...pandailah Angah nak membina hidup..engkau perempuan...kalau emak dah tiada, siapa nak jaga engkau?? Rupanya kata2 Angah benar belaka...Nasib baik aku ke universiti...Nasib baik aku mempunyai kerja yang baik...

    Aku kagum dengan Angah...Tabah sungguh dia...Kerana dia tabahlah aku turut mencontohinya...Apa yang paling menyedihkan di saat Angah mengambil peperiksaan STPM...Pada hari itulah Abah dikebumikan...Angah meminta Pak Teh menunggunya..Sebagai anak sulung Angah ingin menatapnya buat kali terakhir...sekurang2nya dapat menghantar abah ke kubur atau memandikannya...Tetapi peperiksaan Angah tamat terlalu lewat...Abah terpaksa dikebumikan segera... Sebaik sahaja Abah ditanam, Angah pulang dijemput sepupu kami..Angah menangis...Kami yang telah tenang kembali menangis...Kasihan sungguh Angah....

    Setelah beberepa minggu dan tenang kembali, aku memberanikan diri bertanya Angah tentang perasaannya ketika menjawab peperiksaan tersebut...Angah ambil aliran Sains..Ketika itu dia menghadapi kertas terakhir iaitu Fizik..."Ha? macammana Angah jawab?? Jawab ajelah...semua pengawas peperiksaan pandang Angah...semua kawan2 pandang Angah...Dah la Angah duduk depan..." Baru aku sedar nama Angah mulanya dengan huruf A...Akhirnya, keputusan STPM Angah tidak cemerlang..tetapi tidaklah gagal...dia masih ditawarkan ke universiti...mungkin hikmah tuhan...walaupun Angah terpaksa menolaknya...

    Akibat kemalangan bersama Abah emak koma selama seminggu..apabila emak sedar, doktor menasihatkan kami tidak memberi tahu emak tentang kematian abah..semasa mak koma pun doktor suruh kami berdoa supaya emak tidak turut sama pergi seperti abah...Allah kasihan kami...Maka berpakatlah kami adik beradik merahsiakannya dari emak..Nasib baik emak jenis pendiam... Pernah satu hari aku dan Ain melawat emak..Kaki emak tergantung kerana patah tiga bahagian..daging di tangan kanan habis sehingga terpaksa ditampal dengan kulit yang dikikis di bahagian peha..mak tak boleh lagi genggam tangannya..kakinya telah menjadi pendek sebelah...Masa tu mak tanya aku..Dah tengok Abah ke? Soalan mak sama seperti yang kami rancangkan..Aku jawab "Dah..."Abah macam mana? "Sama macam mak..." Itulah pesan Angah..Jangan pandai2 cerita selagi emak tidak bertanya..Jawab seperti yang dirancangkan...Kalau tidak Angah enggan bawa Aku dan Ain jumpa mak...Aku tak boleh gambarkan perasaan aku masa tuh...menipu mak..padahal baru semalam abah ditanam..Aku nampak air mata Angah bergenang...aku apa lagi..tentulah ingin menangis...bimbang aku menangis, cepat2 Angah tukar topik..tanya mak tentang perkara yang tidak bersangkut paut..mungkin mak percaya pada anak2...jadi mak tak bertanya lagi.....

    Ah!terlalu banyak ingatan aku pada Angah...terlalu banyak yang aku ingin tuliskan..tapi airmata keluar lebih bayak dari apa yang aku ingin tuliskan...Aku rindu Angah...Rindu aku pada Angah samalah seperti aku rindu Abah dan emak...Aku bersalah pada Angah..Aku berdosa pada Angah...Aku tahu Angah sayangkan aku lantaran itu dia berkecil hati...Terlukakah hati Angah?? Ketahuilah jika Angah terluka, aku lebih terluka lagi...Jika Angah tidak dapat memaafkan aku maka aku tidak akan memaafkan diri sendiri...Aku akan turut melukakan hati Along, Alang dan Ain...Kerana aku tidak dapat pulang selagi aku tidak dapat mencari Angah...Aku rindukan kemesraan dulu...Aku hanya mahukan Angah...Beban yang aku galas terlalu berat...Aku ingin menangis didepannya..Aku ingin menyatakan yang aku letih dan ingin berputus asa..Aku ingin menamatkan kerjaya aku...Aku sangat sunyi dan derita....Aku tak mahukan apa2 kecuali mendengar suaranya...Terlalu banyak perkara yang ingin aku ceritakan...Aku rela hidup bersendirian dan mati bersendirian kerana melukakannya...Baru-baru ini terlalu banyak halangan yang terpaksa aku lalui..Aku redha jika itu adalah balasan aku melukakan Angah....Biarlah aku tidak pulang...Biarlah nenek, Along, Alang dan Ain terluka keranaku..kerana aku lebih2 lagi terluka kerana melukakan Angah....Mak dan Abah...maafkan anakmu yang seorang ini kerana gagal membahagiakan mu di alam sana....

                            

    maafkan aku kerana mengambil tanpa keizinan..semasa membacanya.. bulu romaku meremang , isi kepala aku seakan ikut sama dalam apa yang engkau rasai.. teringat kembali zaman kanak2 ku... tetapi sekarang aku telah meredhakan semuanya mengikhlaskan semua rasa2 yang entah dari mana dendam itu datang..

    aku tidak tahu kenapa aku sangat memusuhi institusi keluarga.. pernah minggu lepas tetiba2 bunda bertanya kepadaku.. apa sudahnya dengan kehidupanku.. maksudnya adakah sudah sendirian begini.. aku faham.. bunda barangkali ingin melihat aku berkeluarga.. seperti anak2nya yang lain.. kadang2 dia seakan2 marah kalau orang lain cuba menceritakan masalah dia orang kepada aku.. takut aku makin dendam dengan apa itu komitmen.. selalu katanya tidak semua orang itu jahat.. yeah !! memang benar kata bunda.. tidak semua orang akan jahat.. orang yang kita kawini pada asalnya tidak jahat juga orang yang kita cintai sayangi ... tak kan kita mahu kawen dengan orang2 yang begitu2.. pastilah semasa kita kawin orang itu kita rasa sudah kenal.. sudah tau buruk dan baiknya.. tetapi kenapa sering aku tanyakan kenapa?? apabila sudah lama.. apabila sudah ada anak2 baru timbul ketidak suaian.. baru timbul orang ketiga..baru timbul layanan..? aku jadi pening kepala.. aku jadi sakti hati dan benci.. aku sudah bosan menjadi tempat rujukan orang yang sudah kawen aku tidak pandai lagi hendak menasihati mereka.. jangan pentingkan diri sendiri jangan terlalu ego membina rasa yang keji.. kita terimalah seadanya kehidupan yang telah kita jalani itu saling memaafkan.. tetapi mungkin kalau hati sudah berubah? entahlah... kadang2 aku tahu bunda sangat faham dengan diri aku.. biarlah asal aku merasa sangat bahgia dengan apa yang telah aku miliki saat ini..kalau kenangan pun kenanganlah.. kerana kita tidak boleh untuk menyuruh orang tetap setia hanya kepada kita seorang.. kerana sifat hati manusia itu berubah2.. itulah yagn selalu aku rujuk dengan apa yang terjadi kepada orang disekelilingku.. tapi aku ingin terus menyakinkan hatiku yang kali ini hatiku tidak pernah mahu menipu aku..bahawa ketulusan itulah yang ada dalam hatinya biarpun dia ingin menerima apa2 yang ditakdirkan dalam hatinya aku terima.. dengan kewajaran seorang aku.......

                                       ."ku tak kan berhenti mencintaimu..cukup ku tahu engkau adalah miliknya"



    Photobucket

    Wednesday, June 27, 2007
    "tiada apa yg perlu minta maaf, janganlah anggap diri bebal kerana mahu ikut pendapat orang lain, pertahanlan pendapatmu"

    10.15malam... aku campak hp jauh2 dari aku, dah telah aku patahkan SIM card.. biarlah hp itu berderai sudah tak ada guna lagi untuk seorang aku, aku tak perlu berhubung dengan siapa siapa lagi dan jangan cari aku lagi.. itulah yang terbaik untuk semua orang apa lagi untuk diri sendiri. Terkadang kita ingin pertahankan satu2 hubungan,  kita mengalah dalam semua hal sekali pun, tetapi itulah kalau satu2 perhubungan hanya satu pihak saja yang ingin pertahankan tak akan ada gunanya, hanya akan menyakitkan kepada dua2 pihak. Untuk apa kita saling menyakiti? Bahgiakah hidup sebegitu? Barangkali untuk orang lain bagus kerana boleh membuatkan diri kita tinggi hati..  hah!! esok aku lalui hidup aku yang baru.. doakan aku berjaya untuk menghargai hidup aku sendiri. Doakan aku tetap tabah dan kuat .

    Aku Hanya Serangga

    Mengapa aku tak dapat melupakanmu
    Antara perjalanan
    Suci menangkap waktu
    Membuat aku rindu

    Bukannya aku tewas dalam perjuangan
    Membelai impian
    Sebentar tadi aku
    Lihat sinar matamu

    Meronai garis-garis kesetiaan
    Semakin kelam dan amat panjang
    Bagaimana aku hendak melupakanmu
    Dalam keheningan pagi sering bertemu

    Untuk esok biarlah ia berlalu
    Lantas membuang mata fikirku
    Dalam kenangan begitu payah melupakanmu
    Mungkin untuk selama-lamanya

    Jadilah aku pengingat yang setia
    Setelah aku tahu
    Aku hanya serangga
    Di taman belantara

    "kita hanyalah orang orang yang tidak mempunyai sangkut paut. Semacam penumpang diatas kapal laut, lalu aku berdiri di tepi temali dan melihatmu juga berdiri di tepi temali di kapal yang lain kemudian kapal kita berpapasan, kita saling melambai kepada semua orang.."

    Keyakinan? Kpercayaan? Keutuhan? .. apa lagi? Yang tetap berdiri didepan matamu akulah yang  bersalah kerana aku tidak percaya, pada perasaanmu, "tak ada sudah dihati yang boleh dipercayai" semudah tulisan itukah? barangkali itulah yang terzahir.. aku cuba untuk pertahankan juga tapi untuk apa? aku bukan seorang pemujuk yang pandai.. aku bukan juga seorang perayu, aku cuma manusia yang tidak ada apa2 pun... bagaimana ingin dihargai dimata orang lain.. pendapatku akan tetap salah.. kalau aku berdiri atas batas realiti sekali pun.. aku tetap di hukum dengan kata2 salah..."ye,,sekarang tidak perlu rasa2 sudah, sebab rasa yang lahir dari perasaan sungguh2 sudah tidak mendapat apa2 percaya orang" .. barangkali itulah yang sebenarnya ada dihati.. yeah cuma barangkali.. kalau tidak ada kenapa di lakarkan hanya sekadar untuk menunjukkan yang benar2.."apakah salah kalau kita membenarkan kepada kenyataan?.. bukan kita tidak percaya pada perasaan.. tetapi akan suatu waktu nanti.. pasti apa yang akan terjadi akan terjadi juga.." aku mengalah dengan keadaan kerana aku tidak kuat.. aku sudah lelah .. aku sudah penat dan aku sudah tak punya apa2 harapan lagi..

    malam
    jangan kau pergi tinggalkan aku
    aku takut siang
    aku takut pada kenyataan
    kerana malam aku boleh bermimpi
    bahawa aku tidak pernah kehilangan
    orang yang aku cintai........

    salahkah kalau aku katakan bahawa keinginan itu akhirnya akan terjadi... kasihsayang barangkali semua orang akan memberi alasan pada kasihsayang.. dan aku tidak punya alasan atas batas kasihsayang.. aku berikan kebahgiaan.. yang penting berbahgia dengan apa saja yang ada dalam hidup ini.. kalau bahgia hidup sendiri kita akan tetap hidup sendiri...

    sesungguhnya kita hidup di dunia ini pun tak lama... berapa lamakah usia manusia? Kalau seringkali mengarap derita dan duka.. untuk apakah semua2 rasa itu? Biarlah aku akan tetap mendoakan kebahgiaan....dan akan turun berbahgia dengan mendengar orang berbahgia. Pasti engkau akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari seorang aku yang tidak layak apa pun.. hanya seorang yang dupang.. yang tidak mempercayai dan yang hanya percaya pada naluri sendiri.. apakah pengajaran yang lepas kita tidak ambil.. aku selalu belajar dari pengajaran yang lalu..  tak mengapa aku diam2 kan semua rasaku dalam hatiku sendiri.. kini aku hanya mempunyai bayangan.. temanku cuma bayangan yang terlakar pada kertas putih.. senyum dengan gigi putih.. dengan sinar mata yang penuh sayang dan sayu.. barangkali itulah saja yang ada dalam takdirku .. aku tidak meminta apa2 lagi.. cukuplah mendengar engkau berbahgia.. pasti aku akan mendoakan.. biarpun doa dari orang yang empunya diri lebih afdal.. tetapi tidak salah kalau aku ikut sama mendoakan... doa yang tulus ikhlas.. dari hatiku.. aku tidak akan mengukit apa pun kerana semua itu tidak layak untuk seorang aku.. aku pasrah.. inilah jalan yang aku pasti lalui.. dekat lambat atau segera... aku mengerti.. sangat mengerti..

    "cinta samalah tuanya dengand unia- oleh kerana cintalah dunia terjelma.. cinta sebagai rahmat dan nikmat bagi setiap insan yang dihinggap oleh cinta akan merasakan nikmat. Tapi dalam kenikmatan itu ada terselip semacam penyakit yang membawa penderitaan dan kesengsaraan. Walaupun cinta merupakan satu penyakit ganjil bagi yang dihinggapinya tapi setiap orang yang terkena penyakit cinta tidak akan pernah melepaskannya walaupun sedetik pun. Cinta yang suci menuntut pengorbanan zahir dan batin. Sampai dimanakah pengorbanan itu?" tanyalah hati anda sendiri.. kalau betul mencintai seseorang kenapa kita mesti melukai orang yagn ktia cintai.. biarlah dia lepas bebas dan berbahgia.. kerana itulah jalan yang dia inginkan kerana seorang kita hanya pandai mencintai tetapi tidak punyai keyakinan dan kepercayaan yang kukuh pada zahir ucapan itu sendiri......."

    Barangkali inilah yang sesungguhnya yang engkau inginkan..... nah terbanglah engkau melintasi benua hatiku............terbanglah sebebasnya... yang aku miliki hanyalah kenang kenangan yang tidak akan mungkin aku lepaskan begitu saja dari ruang kalbuku...ataupun aku gantikan dengan yang lain.. cukuplah kenang kenangan itu ku bawa sampai bila..

    salam dari seorang aku gembala kamben yang dupang lagi tidak mempercayai akan perasaan orang yang benar2 percaya kepada seorang aku..............

    8.46 kamarsepi 



    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Next Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009