SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Friday, June 16, 2006
    ~~duniaku cuma ada kamu~~

    Benar kata orang, kalau kita bersungguh kita akan mendapat apa yang kita impikan.. tetapi tanpa keizinan dariNya juga kita tidak akan mendapat apa yang kita inginkan biarpun sekuat mana kita berusaha untuk mendapatkannya.
    Hari2 kita di sogok dengan berita pembunuhan... mereka dibunuh secara kejam, di potong lapan, dibuang di tongsampah, dilereng bukit, dibakar...begitu sardis sekarang ini orang2 di Malaysia, bukan lagi cuma kita dengar di negara luar. Kenapa mesti begini? Sudah hilang sifat kasihsayang sesama manusia barangkali. Atau barangkali kerana kita seringkali disuap dengan berita2 ganas jadi nafsu keganasan dalam hati kita pun meningkat. Apalagi berita tentang seorang budak yang koma kerana di pukul oleh teman2... sudah sering kita di dedahkan dengan perbuatan membuli... tetapi masih juga tidak serek2.. biarpun didedahkan dengan hukuman seolah2 mereka tidak takut dengan hukuman. Apalagi berita2 sensasi yang melibatkan moral..... ajaran sesat..... semuanya bergelut di negara kita... belum lagi tahap berperang sesama sendiri seperti di Timur leste..... apakah ingin kita menjadi begitu? Mungkin kerana kita terlalu mengejar kebendaan jadi nilai moral kita tinggal dibelakang..... kejam sungguh perasaan kita... kenapa kita tidak tanamkan perasaan cinta? kerana cinta itu adalah kelembutan....namun kerana cinta juga manusia boleh bersifat kejam....takut.... erk ngeri.. barangkali kerana makanan......manusia berubah kerana makanan yang dimakan terlalu cepat jadi....tindakan yang dibuatkan ikut pantas......barangkali juga.... pening kepala memikirkan semua itu........

    sekarang musim bola......tidur pun terkadang ikut mood... kalau game best mesti tak tidur sampai pagi.....tapi kalau game buat panas hati....geram sampai bawak ke dalam tidur..... pasukan2 yang dijangka melepasi pusingan seterusnya sudah dapat meneruskan perjuangan seperti German dan England.......Brazil belum lagi bernafas lega.....tunggu malam nanti Argentina apakah dapat mengikut German dan England..... semalam si rooney masuk..... barulah nampak bergaya skit England..sebelum itu Equador telah menang ke atas Costa Rica 3-0 jadi Equador menemani German dalam kumpulan A.....ke pusingan seterusnya...... Itali belum apa2 lagi...persainan semakin hebat.......

    Hari minggu nanti tertinggal lagi......hem kursus2.....tak habis2 dengan kursus sudah 2 bulan berturut2 asyik kursus saja....... kali ini ke Tawau pulaks..... adusssssss!!!! yang tertinggal lah menahan diri...... menahan rasa...rindu? siapa tidak rindu apa lagi untuk orang yang kita sayang dan cintai seutuhnya..... bagaimana nanti ?

                             pemain muda england si Rooney baru 20 tahun tetapi dijaga dengan penuh manja sekali oleh England...ayam tambatanNya.. dulu kelabnya adalah Everton kemudian tukar ke MU.. kali ini adalah fist capnya dalam squad England.. baru bebas dari kecederaan.....pemain muda yang ada potensi pergi jauh..dilahirkan pada 24 oktober 1985 tinggi 178cm berat 78kg dan position nya adalah foward.....

                 menyediakan diri sebelum dimasukkan ke perlawanan......

                   

                

                           



    Photobucket

    Thursday, June 15, 2006
    ~~hari ini aku ingin merebahkan kepalaku ke ribaanmu...ingin merasa hangatnya dicinta engkau seutuhnya..dimana janjimu~~

    lepaskan lah perasaanmu
    untuk apa lagi kau ikat
    dengan rasa andai
    kau perkosa semua perasaanmu
    dengan api cemburu dan ragu

    lepaskan lah perasaanmu
    untuk apa lagi kau genggam
    andai kau merasa didustai
    biarpun kau lampirkan
    surat sarat berisi pertanyaan
    sedang pertanyaanku yang satu tak pernah kau jawab
    sebenarnya ada apa dengan perasaanmu?
    benarkah tulus atau cuma berprasangka

                               

    aku cuma seorg nelayan
    duniaku cuma laut
    temanku cuma jala dan perahu
    rumahku berdindingkan angin
    dan berlantaikan pasir putih
    nyanyian merdu cuma ku dengar dari suara ombak dan pantai
    yang sedang bermesra
    hatiku dibasahi dengan angin dingin..
    itulah hidupku sendirian.... keseorangan tanpa teman
    hanya kerana aku anak laut......

    ada gudukan rindu yang aku ingin lampirkan
    melawat engkau di kampung dusun
    ada baraan hati yang ingin merayap
    merindui akan manja bicara betahmu
    sayangnya hakikat itu mesti ku lawan
    antara kita terbatas kini
    gudukan rindu itu menjadi puin puin debu
    yang akan ku biarkan melata
    dalam kamar sepiku
    untuk apa kita mengharap perasaan itu
    ikut melata andai kita tau
    kita cuma pengemis tanpa suara

                         

    aku ingin melepaskan lelah
    mencari bayang2 benar
    antara perasaan kasih dan kasihan
    atau rindu dan dendam
    andai yang ku temui
    cuma kepalsuan sekilas
    mampukah engkau memopok menjadi
    bukit mimpi yang tak terguyur tangan kita?

                              jam 4.09 ptg.....cuaca suram, semalam hujan hari ini hujan, semalam tak derk karan hari pun tak derk karang..sib baiksekejab jerk.... geram betul...hari ni sarapan ngan cucur lunch pun ngan cucur gak.....apa2 ler.....paling aku geram kalau entries aku ilang buat ilang semangat jerk....huh!!

    ......aku ingin mengulit rindu....supaya merasa sangat dekat denganmu....supaya aku tidak merasa kehilangan engkau...hilang.......akan hilang lagi seluruh perasaan ini.....dimanakah janji yang sudah termenterai......tetapi terurai lagi..........



    Photobucket

    Monday, June 12, 2006
    ~~bila mataku masih belum terpejam~~

    M. Nasir

    Malam


    Malam
    Bila rinduku bertambah dalam
    Kau datang lagi dengan kenangan
    Oh! betapa dinginnya malam ini

    Kasih
    Bila malamku bertambah kelam
    Seribu kisah melintas mata
    Dan malam ini sungguh mencengkam

    Bila malam
    Tiap kali ku pandang semalam
    Resahku sering menjadi dendam
    Hatimu ku rasakan dingin

    Dan malam
    Adalah masa yang membawa kesan
    Pada diriku yang kesepian
    Kini ku tenggelam
    Di bawah alunan ombak malam
    Oh! malam

    Bila malam
    Tiap kali ku pandang semalam
    Resahku sering menjadi dendam
    Hatimu ku rasakan dingin

    Dan malam
    Jika dikau dapat bicara
    Katakanlah pada hamba
    Mengapa dia pergi membawa hati ini
    Oh! mengapa
    Oh! Malam


    malam masihkah membisu
    bintang hanya mahu berteman
    bulan masih berdiam
    unggas ceria dalam kelam tapi sepi
    suara anjing menyalak mengilukan rasa
    dan aku terpaku di depan pc
    sesekali menoleh
    menatapi engkau yg sedang lena
    dimanakah mimpimu?
    aku... cuma cuma cuma itu itu itu mu sahaja


    Itulah Sayang

    Tanya sama hati
    Apa asal sayang
    Adakah tandanya nampak dipandang
    Kumbang rayu bunga
    Bulan dan bintangnya
    Punya tanda-tanda hubungan mesra

    Tanya sama hati
    Pernahkah merindu
    Ingat masa lena apa mimpimu
    Masa berjauhan
    Apa nan dikenang
    Bila difahamkan itulah sayang

    Jikalau tidak kerana sayang
    Kuntuman kasih tak mungkin kembang
    Andainya jemu mengganti rindu
    Jambangan mesra tentulah layu

    Tanya sama hati
    Apa asal sayang
    Adakah tandanya nampak dipandang
    Kumbang rayu bunga
    Bulan dan bintangnya
    Punya tanda-tanda hubungan mesra

    semalam cerita p ramlee kat tv...sebelum layan bola aku tengok satt citer p ramlee 'anakku sazali' dah banyak kali sebenarnya citer ni ditayangkan kat tv tapi aku still tengok abis tak derk story bagus.... layan jerk.. peminat citer lama.. semalam p tengok citer tamil hehe layan jerk.. gelak sorang2.. abis nak wat cam ner.. ingat nak tido sat tetapi tak ngantuk pulaks .. hemm malam nanti berjaga lagi...agaknya begitulah sebulan ni.....bola bola bola...... hidup bola.. ada gakz terbaca satu tazkirah tentang jangan taksub sangat ngan bola.....erk yer laa bagus laa kalau orang boleh kontrol......erk...... kita layan perasaan ler...... ikut hati biar ler mati pun kan mati lagi bagus.......erk...... kita copy n paste lagu diatas kenapa? kita suka dengan lirik nya.. cuba baca.... "tanya sama hati apa pasal sayang?" selalu gaks kita tanya hati kita kenapa mesti kita jatuh sayang ngan dia....kenapa mesti kita sanggup redahi apa saja demi dia... kenapa dulu2 masa kita bercinta gakz ngan owang lain kita jerk nak menang......owang lain asyik kalah asyik ikut kepala kita.....tidak semacam sekarang... adakah nampak dipandang?... sesungguhnya rasa sayang itu akan nampak dipandang.... cuba kita tengok orang yang benar2 tulus sayang dan kasih kepada kita...bagaimana sinar matanya.... lihat dalam2.... disana akan tergambar bukan saja dari pandangan matanya dari segala gerak gerinya.. dari segala tingkah lakunya.....terkadang memang dia melukakan hati kita.....tetapi terkadang dia tidak sengaja atau sengaja hendak menduga perasaan kita.....

    "tanya sama hati apakah pernah merindu?......apa ada dalam mimpimu.... terkadang kita tidur sebantal tetapi mimpi lain2... rambut sama hitam hati lain2..... tetapi kita tidak boleh menipu hati kita sendiri..... perasaan kita sendiri.... pada hakikat rindu itu adalah benar biar pun berdekatan terkadang kita akan merasakan sangat merindui dia.... memanggil manggil nama dia biarpun dia cuma berada dalam tandas atau didapur...tercari2 bayangan dia.......

    ~tanya sama hati~

    tanya sama pokok apa sebab goyang
    nanti jawab pokok angin yang goncang
    tanya sama angin apa sebab goncang
    nanti jawab angin tanyalah awan

    awan nanti kata aku kandung air
    sampai tempat sejuk aku pun cair
    tengok dalam air nampak bayang bayang
    campak satu batu bayang pun hilang...

    tanya sama hati apa asal sayang
    adakah tandanya nampak dipandang
    kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya..
    mmm...mmmm.....(..errksss tak tahu senikata)

    tanya sama hati benarkah merindu
    lihat masa lena apa mimpimu
    masa berjauhan apa yang dikenang
    bila difaham kan itulah sayang

    jikalau tidak kerana sayang
    kuntuman kasih tak mungkin jelma
    jikalau rindu mengganti temu
    kuntuman kasih tak mungkin layu




     



    Photobucket

    ~~it's must be crazy~~

    2.53am......udara diluar dingin, tiada bunyi unggas malam, apa lagi suara anjing menyalak untuk menemani aku.. yang ada cuma aku dengan tv terbuka dan pc terbuka.. ada rindukah yang mahu mengalir....? tidak.. rindu itu sudah ikut larut dalam hati ..ikut berlalu bersama retaknya sekeping harapan yang pudar.. tercalar akibat rasa itu sendiri.... sesungguhnya kita yang melakarkan semua perasaan kita.....perlawanan Angola dengan Portugal belum lagi bermula......keputusan2 yg telah dapat adalah
    Mexico menang ke atas Iran 3-1
    Belanda menang ke atas serbia montenegro 1-0

                    

    Portugal sedang mengatasi Angola dengan 1-0 gol yg dijaringkan oleh Pauleta yg memakai jersi no 9...banyak peluang yang ada pada C.Ronaldo jersi no 17 tetapi peluang tu tersia2 di gawang Angola...dapat kad kuning selalu dikengkang hebat oleh pemain2 Angola... separuh masa pertama telah tamat......tunggu separuh masa kedua....ngadap pc ni..... kalau da gila bola semua boleh jadi....waktu tidur pun tak kisah...air kopi masih ada lagi......tadi makan maggie saja...nasi belum makan lagi hari ini....eheehee hari2 yang sibuk erk........esok sudah mulai buka sekolah balik.... tetapi deman bola baru bermula , pasti ada yang terkantuk2 didalam kelas.. dan dalam setengah2 keadaan kita harus memahami....itulah bahasa seluruh dunia... 4 kali setahun......kata orang yang tidak suka bola apa nak dilihatkan 20 orang lelaki merebut sebiji bola ADIDAS.. hanya untuk dimasukkan ke gawang....tetapi setiap gol yang dilihat adalah nikmat bagi peminat2 bola...apalagi kalau makin banyak jaringan gol yang dilakukan...... malam ini banyak kad kuning yang dilayangkan.... Angola dapat  dua kad kuning dan Portugal satu kad kuning... jum tunggu...........



    Photobucket

    Sunday, June 11, 2006
    ~~malam ini Brazil?? Itali?? Mexico??~~

    9.50mlm..... tadi karan tak derk blacout.. penat seharian main kartu, aku tertidur bukan apa buat bekal untuk tengok bola nanti dini pagi....semalam aku da set jam tetapi tertido nasib baik dikejutkan sempat jugak tengok Argentina lawan ngan Ivory cost.. best gila pulaks tengok team tu sumbat gol bila pemain2 Argentina nampak macam bertahan jerk... biarpun Argentina menang 2-1 tidak dinafikan Ivory Cost ada peluang jugak ke pusingan seterusnya... mandi aku godek2 pc cari kut2 dapat tengok bola life ikut pc...tetapi tak jumpa..dapat rtm.... tetapi tak buleh pulak play ikut mediaplayer huh!! buang karan tull hampagass..... kat sini tak derk Astro nasib badan ler.....tunggu jerk TV 1 tertunda pun tertunda ler...... nak buat cam ner. Aik kat TV citer "Butakah Mataku".....asyik2 si ritarudanni yang berlakun cam bosan pulaks...tetapi ada orang dok tengok sambil senyum2..sambil membaca huh!! mentang2 dia menang main kartu.. erk... geram betul asyik aku jerk yang kena kocok kartu......sampai 7 kali kalah strike huh!! cam lapar pulaks malam ni tetapi tak derk yang mau makan.......nak buat cam ner erk......tahan lapar ker? adusssssss kena tunggu pagi ler makan nampak gayanya....
                                   



    Photobucket

    Saturday, June 10, 2006
    ~~equador v/s polland~~

               

    kumpulan A

    German 4   Costa Rica 2
    Equador 2 Polland 0

    lewat dini pagi equador bermain denan main, asyik lari atas bawah, polland juga bermain bagus cuma nasib tidak menyebelahinya..mungkin tektik awal dengan seorang dibawah 4-5-1 menjadikan semua tidak menjadi.. last2 permainan hampir tamat baru bola banyak berada di gawang equador namun seperti yang dikatakan nasib tidak menyebelahi mereka banyak bola tersasar dari gawang gol ditambah dengan penjaga gol equador jadi jerman harus berhati2 apabila berjumpa dengan equador dan polland...kerana polland mesti mahu menang dan equador lebih kuat dari Costa Rica...... kita tengok nanti....pagi nanti ada 3 games lagi kita tengok bola siapa yg bulat.........

    10-6-2006 1400hrs England vs. Paraguay B Frankfurt am Main
    10-6-2006 1700hrs Trinidad & Tobago vs. Sweden B Dortmund
    10-6-2006 2000hrs Argentina vs. Ivory Coast C Hamburg

                                 
    penyokong poland termenung bila kalah 2 0

                          

     

     



    Photobucket

    ~~ola ola German oley oley gol goll goal~~

           

    tadi tepat jam 12mlm perlawanan pembukaan worldCup...cam yang di jangka Jerman menang 4-2 tapi aku jangka jerman menang 3-1 kira melawan juga costa rica tetapi bola tu bukan hebat sangat smooth jerk...cuma penjaga gol baru jerman leyman tak jaga gawang dia ngan betul dapat aku lihat penjaga gol lama tersenyum sinis......tak lama ler tuh!! tapi gol p.lahm tu okies lepas tu si klose dapat dua...... tambah lagi satu ngan yang pakai jersi no 8 lepas tu dikuarkan kapten dan dia ganti jadi kapten itu pun masa da tinggal beberapa minit lagik..... bola banyak di kaki jerman.... asyik main tarik baju tarik seluar jerk..... huh!!! apa pun kira okies jugak ler.. banyak gol aku pun da mamai2 skit....maklum fist night tunggu lagi poland lawan equador.. kat sini pulak hujan renyai2......hati aku? hemm cam biasa tak yah cerita laa bab hati memalam gitu.. aku dah resign dari banyak tempat blog.. memana blog yang pernah aku singgah dan aku lawat aku da stop...... belajar untuk tidak memerintah hati..... belajar untuk melepaskan hati bekukan hati dan perasaan....untuk apa lagi? aku boleh jadi king of heart's kalau ditempat yang sewajarnya tidaklah menjadi sad sonata jerk..... huh!!! nak winter haper pong asyik tear on heaven..... peh! semua tu kena lepas bebas......tak payah simpan dihati lagi kata orang buat apa kita melukakan hati kita sendiri cukup2 laaaaa.......merenda duka lara....teringat orang2 yang gembira.....silyang dengan hubbynya di Perak, si Mia erk.....tak tau da lama tak call aku.. si Annis hilang ditelan dakapan duka lara......si fify? siapa tu......anak siapa anak gadis kadazan dusun yang akan kekal menjadi kawan...siapa lagi...yang pernah singgah dan melewati kamar sepi hati seorang aku.....hari ini aku lepas semua rasaku untuk tidak cenggeng lagi.... untuk tidak menjadi peminta2 lagi... tengok bola.... makan tido semua teringat bola.. kalau dapat solat istikarah bagus juga malam ini.....meminta ditunjukkan pilihan yg wajar dalam kehidupan....solat sunat taubat akan dosa2 yang melarut seperti buih2 dilaut.... solat sunat tahajud........solat hajat......adussss bagusnya dingin malam nan sepi mendekatkan kita kepadanya tidak bereseng2 di depan pc yang tidak ada gunanya.....sesungguhnya dalam hati ini tidak pernah lepas dariNya....zikir itu adalah amalan untuk kukuhkan hati.. biarpun dalam apa jua keadaan......aneh bukan? kerana itu barangkali aku masih utuh berdiri...biarpun sudah rompang sana sini....sudah pongah....oley oley.....oley.......siapa kata aku peminat fanatik Itali.. tadi aku iseng2 saja di chatt CN aku sokong Itali....kena kutuk bukan main oleh si Iskdar peminat sejati Brazil......huh!!! siapa yang tidak suka dengan corak permainan yang ditunjukkan oleh samba Brazil itu.....yang kalau tidak menjulang piala dunia seakan mahu pecah kepala setengah2 orang.....teringat satu pemain Colombia yang ditembak mati apabila pulang ke negara sendiri kerana membuat gol sendiri.....itulah penangan bola.....sekarang ini mana2 orang akan bercakap tentang bola.....hidup pun tak tentu..apa tidaknya malam siang berjaga.. tv3 tak ada siaran langsung asyik bagi tv9 dan tv7 hampagas.....kalau ada astro bolehlah tengok tetapi kat sini tak ada.......jadi kena tengok tv1 ler..... apa2 pun asal boleh tengok....esok belum tentu lagik......kalau jadi aku melepaskan semua rasa.......apa salahnya aku tengok bola di KL.....luas kan......dimana lagi kalau di tempat orang yang tidak tau kita ada dimana....diam2 kan diri.....dari dunia maya......jauhkan semua rasa yang boleh menyakitkan hati kita lagi.... arios......nanti aku cari pic bagus2.....untuk score tadi....tapi untuk setakat ni entries kosong jerk..lagi pun kepala kosong dan bengang jugak...... apakah kita tidak boleh mengikhlaskan hati sendiri.......bukan senang weiiiiiiiiiiiii itu cerita korea bolehlah.......cerita hakikat yang nyata......cari dalam seribu......sukar beb........!!! jumpa lagi poland lawan equador.........

                                                                                                   

                           



    Photobucket

    Friday, June 09, 2006
    ~~hungry, angry, hung ge ge~~

    5.13......hari lapar sedunia... hehe sad sonata? huh!! aku yakin boleh kalau aku tak mau makan... dan keyakinan itu aku tak makan sampai petang.....uik kalau puasa pun bagus jugak.. marah? kenapa pulaks kita mesti marah? cari pasal? kenapa pulaks aku nak cari pasal? yang sememangnya tak ada pasal..... tunggu bola malam nanti..... jam 12 malam Jerman lawan Costa Rica.. perut lapar peduli aper....perut cuma menumpang ngan diri kita yang penting kita ada pendirian.....yakin boleh... yakin tak nak..... erk..... haper pong tabib jugak untuk dirimu kerana mampu bertahan..... bertahanlah selagi boleh dengan 50-50,  kalau tak mau makan buang saja makanan dalam tong sampah.....aku dah malas nak memikirkannya.....yang penting engkau bahgia bukan? kenapa tidak pertahankan perasaan itu? kenapa mesti menyembunyikan? dan yang penting sad sonata da abis petang kelmarin cuma tinggal cerita malin kundang saja belum habis..... dan cerita aku masih separuh2 jugak lagik..... bila.. dan bagaimana...sampai bila dan tetiba aku sendiri juga tanya pada diriku sendiri nak jadi apa? sakit dada dan sering datang, dan selalu sangat aku rasa ngilu dan perit2.....rasa seperti dicucuk2 dengan jarum tajam.. rasa sukar untuk bernafas......rasa semua rasa....tetapi apa salahnya kita kebalkan semua rasa kita dan kita yakin pada perasaan kita.....yakin boleh dehhhhhhh!!!!! beressssssss malam ni mesti Jerman yang menang...... hari lapar aku kebuluran......kau? kau yang tak mau makan bukan aku.. yang penting kita sama2 ego..... sama2 erk bodoh tu aku jerk...ko cerdik......... hehee I luv u


    Photobucket

    ~~sesuatu yg ditunggu tunggu "FIFA WORLD FEVER"~~

    7.39am......tak sabar malam nanti German lawan ngan Costa Rica perlawanan pembukaan Bola yang ditunggu2.. oleh semua orang....German dalam kumpulan A.. ada Costa Rica ,Poland n Equador....... aku rasa mesti German yang dapat kalau tidak keputusan upset.. pemain2 German di bawah pimpinan Klinsman bekas pemain bola German yang terkenal.. dengan Michael Ballack(Chelsea) kita tengok siapa saja yang diturunkan oleh Klinsman untuk menentang Costa Rica yang pertama kali dapat memasuki piala dunia. Jalan yang dilalui oleh costa rica agak berduri..

                                                     

    Kumpulan A

    German
    Costa Rica
    Poland
    Equador

    Kumpulan B

    England
    Paraguay
    Trinidad n Tobago
    Sweden

    Kumpulan C

    Argentina
    Ivory coast
    Serbia n Montenegro
    Belanda

    Kumpulan D

    Mexico
    Iran
    Angola
    Portugal

    Kumpulan E

    Italia
    Ghana
    USA
    Chezh Republik

    Kumpulan F

    Brazil
    Crotia
    Australia
    Jepun

    Kumpulan G

    France
    Republik of Korea
    Switzealand
    Togo

    Kumpulan H

    Sepanyol
    Ukraine
    Tunisia
    Arab Saudi

    itu adalah pilihan2 awal yang dapat aku buat.. dan kita akan tengok malam ini malam pembukaan yang pastinya Michael Ballack tidak dapat diturunkan ..tetapi Rooney bebas dari kecederaan yang akan melegakan England.....siapa yang akan menjadi budak belasahan? entah... banyak benar pasukan dari Afrika yang digerun dulu tidak dapat masuk kali ini seperti Cameron...kita tunggu dan lihat singa Afrika mengaum di German dan kalau tidak menjadi budak belasahan seperti dulu negara2 Asia.. Korea dan Jepun... ArauSaudi...entahlah... kita tengok nanti sebab bola itu bulat....namun kehebatan pemain tidak boleh dinafikan adalah mesti berpasukan....kalau tidak hancussssss...........

     



    Photobucket

    Tuesday, June 06, 2006
    ~~Malin Kundang (pitt Kundang)~~

    selasa 7.41pm hari ini hari jadi si fify... "selamat harijadi semoga bahgia dimana saja berada" doa dari seorang sahabat jauh.. ingat nak keluar jalan2 di benteng, dengar suara ombak dengar suara malam... kata orang malam adalah indah apabila hati kita merasa sangat dekat dengan Nya.. apabila kita mengosongkan minda kita.. membuang segala perkara yang menyakitkan dan menyentuh ruang kalbu yang sangat menyeksakan rasa....."malin Kundang".. kisah anak derhaka dari negara jiran sangat menyentuh relung kalbu ku...... kisah dimana seorang anak sanggup melakukan apa saja atas dasar wang...sehingga melukakan hati ibu sendiri.. anak yang taat bertukar menjadi jahat..... bertukar menjadi hati yang tegar dan menghalalkan semua cara demi kepuasan hati sendiri... "pitt kundang" adakah akan mewarisi versi yang sama? sama sekali tidak......itu yang pasti namun terkadang ada rasa ngilu bahawa kita tidak boleh memperlekehkan hati sendiri apabila luka itu semakin dalam .. sehingga merantai segala kemanisan dan ketulusan yang pernah ada... yang pernah menyentuh relung kalbu kita.. dan kita seakan2 ingin meninggalkan segalanya dan melepaskan segalanya.. kerana kelukaan itu bukan cuma berparut namun luka yang tak akan tersembuh biar seberapa lama sekali pun kita mencuba untuk melepaskan semua beban itu......
    "malin.....malin ..anak tersayang.. merantau ke negeri seberang......." heran kenapa sejak kebelakangan ini perasaan ku ikut cenggeng dengan sinetron itu.....ikut2an merasa sakitnya perjalanan hidup.. ditambah lagi menengok cerita sad sonata.....cerita korea....yang entah apa2.. namun seakan2 ketagih pula duduk2 didepan tv tanpa bergerak sehingga habis cerita itu ditayangkan.....

     

             Malin Kundang adalah cerita tradisional yang berasal dari provinsi Sumatra Barat, Indonesia.

    Legenda Malin Kundang berkisah tentang seorang anak orang miskin yang tinggal dengan ibunya. Ayahnya telah lama pergi meninggalkan mereka merantau ke negeri seberang tanpa ada kabar. Sehingga pada akhirnya, ibunya lah yang mencari nafkah untuk mencukupi kebutuhan sehari-hari.

    Malin termasuk anak yang cerdas tetapi sedikit nakal. Ia sering mengejar ayam dan memukulnya dengan sapu. Suatu hari ketika Malin sedang mengejar ayam, ia tersandung batu dan lengan kanannya luka terkena batu. Luka tersebut menjadi berbekas dilengannya dan tidak bisa hilang.

    Karena merasa kasihan dengan ibunya yang banting tulang mencari nafkah untuk membesarkan dirinya. Malin memutuskan untuk pergi merantau agar dapat menjadi kaya raya setelah kembali ke kampung halaman kelak.

    Awalnya Ibu Malin Kundang kurang setuju, mengingat suaminya juga tidak pernah kembali setelah pergi merantau tetapi Malin tetap bersikeras sehingga akhirnya dia rela melepas Malin pergi merantau dengan menumpang kapal seorang saudagar.Selama berada di kapal, Malin Kundang banyak belajar tentang ilmu pelayaran pada anak buah kapal yang sudah berpengalaman.

    Di tengah perjalanan, tiba-tiba kapal yang dinaiki Malin Kundang di serang oleh bajak laut. Semua barang dagangan para pedagang yang berada di kapal dirampas oleh bajak laut. Bahkan sebagian besar awak kapal dan orang yang berada di kapal tersebut dibunuh oleh para bajak laut. Malin Kundang beruntung, dia sempat bersembunyi di sebuah ruang kecil yang tertutup oleh kayu sehingga tidak dibunuh oleh para bajak laut.

    Malin Kundang terkatung-katung ditengah laut, hingga akhirnya kapal yang ditumpanginya terdampar di sebuah pantai. Dengan tenaga yang tersisa, Malin Kundang berjalan menuju ke desa yang terdekat dari pantai. Desa tempat Malin terdampar adalah desa yang sangat subur. Dengan keuletan dan kegigihannya dalam bekerja, Malin lama kelamaan berhasil menjadi seorang yang kaya raya. Ia memiliki banyak kapal dagang dengan anak buah yang jumlahnya lebih dari 100 orang. Setelah menjadi kaya raya, Malin Kundang mempersunting seorang gadis untuk menjadi istrinya.

    Berita Malin Kundang yang telah menjadi kaya raya dan telah menikah sampai juga kepada ibu Malin Kundang. Ibu Malin Kundang merasa bersyukur dan sangat gembira anaknya telah berhasil. Sejak saat itu, ibu Malin setiap hari pergi ke dermaga, menantikan anaknya yang mungkin pulang ke kampung halamannya.

    Setelah beberapa lama menikah, Malin dan istrinya melakukan pelayaran disertai anak buah kapal serta pengawalnya yang banyak. Ibu Malin yang melihat kedatangan kapal itu ke dermaga melihat ada dua orang yang sedang berdiri di atas geladak kapal. Ia yakin kalau yang sedang berdiri itu adalah anaknya Malin Kundang beserta istrinya.

    Ibu Malin pun menuju ke arah kapal. Setelah cukup dekat, ibunya melihat belas luka dilengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibunya bahwa yang ia dekati adalah Malin Kundang. "Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan kabar?", katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tetapi melihat wanita tua yang berpakaian lusuh dan kotor memeluknya Malin Kundang menjadi marah meskipun ia mengetahui bahwa wanita tua itu adalah ibunya, karena dia malu bila hal ini diketahui oleh istrinya dan juga anak buahnya.

    Mendapat perlakukan seperti itu dari anaknya ibu Malin Kundang sangat marah. Ia tidak menduga anaknya menjadi anak durhaka. Karena kemarahannya yang memuncak, ibu Malin menyumpah anaknya "Oh Tuhan, kalau benar ia anakku, aku sumpahi dia menjadi sebuah batu".

    Tidak berapa lama kemudian Malin Kundang kembali pergi berlayar dan di tengah perjalanan datang badai dahsyat menghancurkan kapal Malin Kundang. Setelah itu tubuh Malin Kundang perlahan menjadi kaku dan lama-kelamaan akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang. Sampai saat ini Batu Malin Kundang masih dapat dilihat di sebuah pantai bernama pantai Aia Manih, di selatan kota Padang, Sumatera Barat.

     




    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Previous Page Next Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009