JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU
from the bottom of sumpittsauber heart
ITULAH AKU DALAM DIRIKU
Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita
aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku tiba tiba ada getar getar kasih menyusupi relung dadaku bertamu tiba tiba di antara dua lambungku tanpa pernah ku undang dia menyelak tabir resahku sendiri engkau mula mewarnai hari hari kelabuku engkau mulai menghiasi tabir mimpiku engkau menjadi langsir rinduku suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah mulai mengusik hati yang kesepian ini dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu pada wajah seorang perempuan dan seseringkali aku mahu kembali lagi ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal ke kadang rasa ingin aku terbang keangkasaraya tanpa sempadan cuma yang ada aku dan engkau saja setiap detik bersama sama mengalun irama rindu pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG ENGKAU SANGAT AKU SAYANG
MALAM MELARUT HUJAN MELAUT
malam melarut ke kelam-hitamnya hujan melaut ke muara-sepinya
angin sepi mengilir lesu antara dedaun hati yang kebasahan rindu yang telah kering tanpa kemarau kau gantungkan pada langsir hati tak berpintu merekah luka tanpa darah segar yang nampak hanya sendu mata tanpa ghairah memupuk kasih yang tinggal debu debu cuma
ku renung malam yang makin melarut ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati untuk berkaleh kesah sayangnya rindu itu terlusuh sendiri dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang awan kesamaran engkau masih lagi di satu sudut hatiku biarpun engkau menoreh luka terbentang dusta dan nista harga rasa yang telah kau campakkan pada ramasan rindu yang kau bongkarkan
aku teringin peduli pada kocakan rindu merantai tangkai hati tak kala ingin ku pejamkan mata wajahmu bermain diruang minda hati mengapa masih mahu peduli pada semalam yang menyakitkan melakar luka yang masih menyimbah akukah yang membiarkan hati melata dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan tanpa kau basahkan dengan sapamu aku rindu pada manjanya engkau sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma
gegarkah hati kerana rindu terpagar dek cemburu dan ragu membiarkan manis mesra berlalu tanpa berani menjengah jendela kalbu lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu tangis hati bagai dipalu adakah ini yang dikatakan cinta semalu
pagi yang bening lagi sepi ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm hati ini bagai berada dirimba yang tebal duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok dari pandangan mata mereka rindu? masih lagi menebal tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan ku sangkut pada langit langit kamar supaya aku tidak ikut larut dengan irama sendu yang mengalun pelan di daun telingaku..... aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....
Pagi yg bening setelah mamai untuk beberapa hari....
8.20 pagi...
Pagi ini saya bangun dalam keadaan yg fresh, walaupun terasa seperti kebas2 sedikit itu adalah rutin biasa, bersin banyak kali itu pun adalah keadaan normal saya. Tidak seperti kebiasaan apabila bangun pagi saya akan ke jendela untuk membuka jendela kamar untuk melihat lihat pagi dan cuaca pagi.. sambil menghirup udara pagi dengan mengucapkan I LOVE YOU... saya tetap berbaring baring dikatil dengan mengosok2 dada saya... meraba2 mencari hp saya... tengok ada tak msg yang saya tidak sedar sewaktu saya sedang tidur.
Kemudian bangkit ke kamar mandi..kamar mandi yang kehilangan pintu kalau ramai orang pasti tak ada yang akan mandi diatas barangkali takut ada orang lain yang akan menyelak sewaktu kita sedang syok mandi. Benda2 dirumah ini kalau sudah rosak akan sukarlah hendak dibaiki. Maklum hanya saya dengan bonda saja yang ada.
On kan pc... on kan gtalk , saya tercium bau masakan dari bawah, barangkali bonda masak awal pagi. Lapar barangkali beliau, maklum semalam dia kempunan daging kambing masjid. Mak uda mungkin balik ke rumahnya today dengan cousin barangkali juga pergi ke tempat saudara saya yang buat kenduri kahwin adiknya. Bonda tak nak ikut ada urusan dia biasanya kalau hari sabtu bonda jarang hendak tinggalkan kedai dia. Adat orang berniagalah barangkali.
Kemudian saya mencari sesuatu di rak buku kerana apa yagn encik zainal cakapkan tentang keikhlasan tentang kejernihan hati saya pernah baca satu buku karangan Ibnu Omar yang bertajuk menuju kejernihan hati...diterbitkan dan di edar oleh Syeikh Publisher ..kandungan buku tersebut dibahgikan kepada beberapa bahgian
1. pendahuluan seperti biasa kata2 aluan
2. memelihara hati dan anggota lahir
3. kejahatan nafsu dan syaitan
4. sifat2 tercela kemudian diberi bebrapa sub tajuk
lebihkurang dalam seratus lebih saja muka surat buku ini.
tapi kadang2 kita hanya membaca tapi jarang ingin mengedopsi apa yang kita baca ke dalam hati kita sendiri. sifat manusia sememangnya begitu.
mak aii tak tahan saya bau masakan dari dapur. jengah dibawah sekejab tengok apa yang bonda saya sedang buat. Hari ini sudah berapa hari bulan eh? kadang2 saya tidak mahu rasanya mengingat hari2 lagi... biarlah hari2 itu pergi sebegitu saja. tanpa perlu saya pedulikan.
keiklasan
adlah tempat nya di hati...itu lah niat hamba allah, yang dikurniaakn
sekeping hati....pada insan yang dinamakan maknusia....ciptaan allah
yang sangat indah diantara makhluk makhluk nya..... dibekalkan nya
kasih sayang iaitu satu perasaan sanubari tang terbit nya dari hati
yang suchi dan murni..... itu lah kehendak allah....kepada semua
ciptaan nya.....cuba kita renung kan......kenapa allah kasih dan
sayangkan muhammad.....?.... saya sekarang telah mencapai tahap
kesucian hati.....dan nak menuju ka makam kermunian hati....kolu nak
tahu rahsia nya sila hubungi home page
saya.....ithnainzainal@gmail.com....ok..?
saya termenung panjang membaca komen ini di bawah entries i need friends ke apa pada tahun 2006.. lamanya entah dimana dia orang terklik sehingga jumpa entiries tu... saya tidak berkehendak mencapai tahap kesucian hati.. biarlah hati saya sebegini. saya tidak hendak mencari apa2 pun.
hati saya masih dengan aneka benda dan keinginan.. tapi saya ucapakn terimakasih kerana sudi tinggalkan komen... dah lama saya tak baca entries2 lama saya.. yang saya rasa pengisian nya hanya itu2 jugak. tentang hati saya.. tentang diri saya... tentang sekitaran saya... tapi ada orang tak suka bila saya menulis. sukar juga.
sebenarnya apabila terlalu banyak yang kita dapat tetapi terlalu sedikit yang mampu kita berikan hati kita akan merasa sukar dan susah juga.
petang tadi ada keinginan saya untuk keluar dari kamar dan pergi ke pantai.. melihat laut melihat pasir.. atau apa saja... tetapi keinginan itu tidak sampai.. separuh perjalanan hujan turun dengan lebat sekali.
saya tidak pun berhenti di mana2.. saya tetap saja meronda2 sana sini... tak pun ke tepi pantai.. ronda2 kampung... hiskk... basah lejun .. bila dah nak sampai kat rumah baru hujan reda... saya dah lejun sakan.. bonda ngan mak uda pakat2 gelakkan saya.... saya naik bilik biarkan diri terbasah seketika biarkan kering gitu2 je sebelum saya tukar dengan seluar tidur.
mak uda cakap ngan saya masa saya turun bawah katanya cuaca tak suka saya keluar.. saya ingat nak cari milo sebab milo dah habis tapi disini kebiasaan hari jumaat banyak kedai tutup saya malas ke pasaraya kalau sekadar nak beli milo sebungkus kecik.
after magrib saya mandi... baring2 di katil tetiba terlelap sakan.. iskk penat kali.. hurmmm turun bawah cari mak uda tak ada pulak .. tah apa dia orang masak .. rupanya bonda nak makan gulai kamben kat masjid tapi tak ada pulak tergelak kali ni bonda pulak yang kena gelak. patutlah dia malas masak isk... nasib baik mak usu hantar lauk dia ke rumah.
saya tak makan nasi just makan 3 ekor ikan goreng bersama tepung dengan segelas nescafe tu pasai saya tertidur tadi.. sebenarnya saya dah tak boleh minum nescafee selain dari kepala sakit dadapun ikut sakit entah kafein ke ape eh?
tidur awal lah malam nieh... ganti yang dua tiga hari yang lalu........... iskkk !!!
ni kereta mahal tapi letak tengah ujan tengah panas.. makk aii kalau kereta aiii sah aii kelambukan jer.. sampai dua tiga tahun.. si sebelah bukan tau sayang menyayang kut memula jerk BMW dia nieh di tutup ngan kain pastu belasah tinggal gitu2 je.. tapi biasa dia park dekat tempat kerja dia iskk.....
mak aii separuh dah siap semua kena bakar.. dah tak guna lagi mende2 tu semua... buang dan bakar je...
seluar slack yang basah gantung hiskk malas letak dalam bilik air.. malas nak rendam malas nak basuh jesey tu dah lejun kena hujan air masih menitis.. isk iskkk... hujan tul nasib aiii..........
daa tukar suor tidur tapi aii tak mandi lepas tu kena ceramah sakan ngan cik sweets isk...... malam ni nak tido laa..... tidur awal2 sambil mimpi apa2 je yang boleh melenakan hati.......
gud nite i love you.... i dunt like to sleep alone!!!!
tadi hujan turun dengan lebat sekali.. sejuk dingin tangkai hati. bila ada guruh aku off kan pc takut kena serangan jantung lagi dari kilat or guruh yang kuat. aku rasa cam tak selamat je guna internet bila cuaca derum deram sana sini.
apa eh nak tulis petang2 cam nieh? makan2 masak2? ermmm borak2? apa eh? orang berkeluarga akan sibuk dengan anak2.. dengan suami dengan dapur after balik kerja kena buat kerja rumah lagi.. yang bujang akan cari makanan luar atau membiarkan perut kelaparan. masing2 mempunyai urusan masing2.
aku? entah.. sedang edit template baru untuk kandang nieh.. tah biasa2 je.. tak ada istimewa mana pun..
sana sini drama indon je yang aku dengar. ..cinta2 je apa tah cinta nieh macam belacan kut.. manusia tak ada yg benar2 jujur dalam bercinta masing2 mementingkan diri sendiri percayalah.. aku dah jumpa banyak.
tah malas nak cari pasai lagi.. today masak apa untuk bonda? hikss masak ikan kecik2.. letak bendi dan tomato.. aku sendiri pun tak ada selera tengok lauk aku sendiri hiks.. rasa makan karang masak mee cinta tak pun mee magie lah.. semalam air pun tak habis.. apa da...
malas nak g mana2..melangut je area rumah2 sendiri lagi bagus dari jalan2 rumah orang cari pasal eh!!! jangan dicari musuh yang nak datang jangan dijerat ayam direban yang sakit kita sendiri tak gitu?
12,41 am.. Turun bawah buat milo panas, sebenarnya sejak kebelakangan ini aku kurang energy kerana kurang makan. Bubur yang aku masak cuma sekali sehari saja aku makan. sarapan pagi terkadang sudah hampir tengahari. Kebiasaan yang begitu. Bersin ulang2 kali. Barangkali kamarku terlalu banyak habuk. Keadaan sekarang aku masih lagi dengar suara hujan diluar.
sejak kebelakangan ini ribut kuat seringkali melanda. Malam semalam pun ada ribut yang kuat tapi waktu itu aku sudah tidur, tapi aku bangkit mencabut semua wayar2 yang berkenaan aku takut pc aku terkena highlitning lagi.. sudah cukup kesukaran yang aku lalui tanpa pc.
waktu ribut tadi aku off kan pc, off kan tv hanya pasang kipas dan berbaring gelisah didalam selimut. sebenarnya sejak kebelakangan ini aku selalu merasa penat dan mengantuk dan ingin hari2 cepat berlalu begitu saja.
keghairahan menulis mulai hilang. aku rasakan sejak lama dulu ghairah menulis aku mulai merudum. janji masih tinggal janji. Dan sms yang aku terima petang itu cukup membahgiakan aku. walaupun berhari2 tanpa sms yang datang , aku terima seadanya. kerana itulah pada hakikat yang harus dilalui dan aku pelajari sendiri. Semoga kekal dah bahgia bersama.
sedikit manis milo yang ku buat malam ini, entah kenapa barangkali kerana aku meletak sedikut susu manis.. sekadar untuk tampungan tenaga yang semakin berkurangan. Kata cousin ku, macam mana aku ingin cepat sembuh andai penyembuhnya tak pernah aku cari dan aku gunakan. simbolik memang tapi itulah hakikat. Katanya aku sudah tidak ingin lagi kesembuhan itu tidak seperti dulu2 waktu aku merasa sangat nazak dan tiada peluang besar untuk hidup seperti sekarang tapi aku masih punya kekuatan barangkali kerana ada orang yang sentiasa ada disamping aku waktu itu walaupun bukan apa2 tetapi memberi aku harapan untuk tetap kuat dan menegarkan hati untuk berjuang.
sekarang aku terlalu membiarkan diri dan melarutkan segalanya dalam ketidak sembuhan apapun. entah kenapa aku harus membenci diri aku sedemikian rupa padahal akulah yang sangat mencintai diriku sendiri.
Hujan ribut yang kuat berdentum dentam tadi aku larut pada keinginan menidurkan diri tapi aku tidak mampu memejamkan mata sekali pun. Ada teman dari jauh berkirim salam.. tapi aku tidak mampu menjawab salam itu walau sepatah katapun kerana aku telah menghilangkan semua kata2ku. Aku tidak mampu untuk melukai orang lagi dengan kata2 kasarku.
wargen down lagi.. mood aku pun ikut down, kerana hanya wargen yang aku ada selain dari uno.. mafia war tidaklah membuatkan aku larut ke dalamnya kerana terlalu lambat aku rasakan dalam peperangan yang sebegitu.
malam ini di chenel dua ada cerita james bond.. kataku kepada lilix wajah hero ini walaupun tidak hensem tetapi merupakan watak yang sesuai watak orang yang tidak ada perasaan seperti aku. Lilix hanya ketawa.
aku hanya mampu melihat orang berborak2 di mnet.fm.. menyampuk? ah biarlah dari orang terus membenci kita lebih baik kita diam2 saja. Diam adalah lebih baik dari melukakan orang.
Tiba2 aku merasa merindui Kaabah.. alangkah sejuknya andai aku dapat mencium lantai kaabah.. dan meninggalkan segala keindahan dunia di satu penjuru kaabah. Barangkali kerinduan itu terlalu mendalam, rindu yang ingin mengajak pulang kepada yang hak. Meninggalkan segalanya dalam sujudku yang penghabisan alangkah mudahnya begitu.
hujan bukan airmata dari langit menandakan kesakitan tapi murka kerana aku telah lalai dalam amukan badai perasaan yang melalaikan aku kepada yang hak..........
ribut bukan amarah dari langit tapi sifat pengingat akan yang hak kepadaku untuk benar benar memberi keikhlasan tanpa meminta simpati kerana aku tak berhak
aku tidak berminat denga program2 realiti tv.. jarang aku ikuti, teringat kata ustaz azhar.. proggram2 itulah ibu kepada maksiat.. fantasial mengajak kita lalai dengan keduniaan bukan tidak boleh tetapi biarlah bertempat dan berhad.. aku bukan alim sangat terkadang juga aku jauh2 dari Nya tetapi pada hakikat hati kita tidak boleh menafikan kebenaran itu, kita membazirkan segalanya kepada satu benda yang tidak boleh membei manfaat kita kepada akhirat kita apalagi di dunia pembaziran dengan membuang2 wang mengundi perkara yang tidak memberi apa2 faedah kepada kita pun. aaaaaaaaaaaa lain orang lain pendapatnya.
habis milo segelas..........biasa minuman aku jarang habis...tiba2 ada perasaan mengantuk banyak kali sebenarnya aku mempunyai perasaan ini tetapi bila dikatil aku tidak boleh pun melelapkan mata.
seperti mencampak kain lap meja yang sudah kotor!!!
9.38 pagi...
Tidur dengan pulas sekali. Lena aku bena2 terlena dalam pelukan mimpi apapun. Bangun pagi terasa hilang segala keletihan dan kepenatan sejak waktu2 yang kebelakangan ini. Tak terundur waktu yang diuntukkan untuk kita, waktu aku terus berlari dengan pantas antara meninggalkan kita atau membawa kita sekali.
wargen down lagi semalam, after wargen down aku terus off pc dan keluar bilik, bonda tanya kenapa tak bawak masuk lagi toto baru beli tu... kang dibelikan untuk kau.. ermmm so aku bawak je tilam toto tu hampar dibawah cadarku.. ermm selesa juga TQ my mum. Terkadang adakah guratan kesakitan itu tergambar diwajah aku? Dan bonda tidak berani untuk menyelongkarkannya?
bonda selalu cakap org tua ini ibaratkan barang terbuang tak disukai orang kalau tak ada lagi bagus, dan aku selalu memikirkan barangkali atau tidak barangkali ianya adalah hakikat memang benar kalau sudah lama kita tidak akan berguna lagi.
aaaaaaaa apapun kehidupan hari ini tetap perlu juga dijalani dengan wajar.
Aku tutup kipas yg sedang berputar, tak tahan dengan perasaan sejuk walaupun sebenarnya aku jarang offkan kipas sampai pagi pagi .. minyak merah sudah habis setengah botol, aku kerjakan sehingga bahan panas minyak sudah tak terasa lagi, selongkar lemari cari baju lengan panjang supaya panas yang sudah panas.. bibir terasa kering, dada terbakar.. hidung tersumbat.. satu yang masih ok adalah aku tidak pening kepala... itu je yang masih membuatkan aku mampu bertahan.
kadang2 aku turun juga dibawah untuk jenguk mak uda sister bonda datang jengah bonda... batuk bertalu2... apa yang tak tahan adalah bila terpaksa berlagak kuat padahal setengah roboh.
semalam langsung tak boleh tidur so melangut depan pc main wargen dan mafia war ditemani oleh adikk, esten.. tapi kepala rasa biul je pasal tak ada waktu tidur.. siang aku cuba juga tidur tapi tak lelap kalau boleh tidur lena alangkah bagusnya.
aku baru teringat ada dr linda offline aku kat ym, aku sebenarnya jarang nak on ym entah kenapa.. dulu2 kalau aku on aku invi pun aku on tapi sekarang nak on ym pun susah betul.
waktu sihat terkadang kita lupa akan kesakitan waktu sakit, dan apabila kita sakit baru kita ingin bersyukur yang kita pernah merasa sihat.
malam ini tak makan apa2... selera hilang betul pagi tadi bonda suruh pergi beli nasi dagang pasai dia malas masak.. si sebelah pula kasi ikan bakar separuh aduss besar gila ikan tu... aku tak makan... tengok pun tak selera rasa macam nak muntah.. so aku makan sikit nasi dagang tapi campur dengan nasi putih biasa.. terasa pahit entah seperti makan apa.. so last sekali jadi habuan si kadim aku amik dua keping roti dengan teh o panas... goreng keropok lekur untuk bonda dan mak uda..
rasanya dah setengah bulan sakit, tapi yang terus rasanya dalam minggu2 belakang ini.. aku tengok jemari tanganku.. sudah semakin mengecil juga.. pucat dan kurus.. adusss...... kemanakah gerangan sihatku menghilang.. aku malas untuk buat pemeriksaan susulan.. semampu aku bertahan aku akan bertahan yang penting aku masih tetap bertahan demi bonda.. menaip pun terganggu dengan batuk2..
adoii sebenarnya banyak yg nak ditulis tapi suara batuk2 menganggu dan bila batuk makin kuat tak henti2.. rasa macam ada luka didada... kemudian hidung tersumbat apalagi deria bau sudah lama hilang.. bayangkan orang hidup macam nieh masih mahu bertahan???
kadang suara tangisan itu hanya kita sendiri yang mendengarkannya, dan aku menghindupakn hati dengan wargen dan mafia war serta kawan2 di irc cuma.. itu saja yang aku miliki untuk saat ini....menulispun lintang pukang dalam keadaan sebegini.. kepala melintuk di kerus.. menghulur sepanjang2 tangan untuk mengetuk keyboard... hahh!! harapanku hilang dalam terang membutakanku.. oooo dan segala yang ku ada ku berikan semua untuk dirimu saja..... ku mahu dirimu bahgia untuk selamanya... ( aku tidak menunggu ....... itu yang pasti sampai syurga? aku berbaur dengan aneka dosa yang menghambat...... kita hanya mampu melakukan apa yang harus kita lakukan dari mengosongkan mimpi2 yang sudah lama tercalar dengan aneka bentuk kumbahan atau kudis kelukaan ....
bila rindu bertandang , tapi hati tidak berani peduli..
9.34 malam...
penat sebenarnya. apalagi dalam mood demam, sakit dada, batuk2, selsema yang datang menjengah. Tapi kerana satu reason yang tidak boleh ditolak oleh harapan dan takut akan melukakan aku terpaksa juga memulakan perjalanan. Perjalanan yang sangat sukar dilakukan apalagi dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan , namun aku gagahkan juga supaya tidak melukai siapapun biar saja aku yang terluka dan merasa apa yang aku rasakan.
sejak hari rabu lagi bonda sudah ajak aku ke Kuantan jengah rumah sister aku kerana dia orang sekeluarga sedang mengerjakan umrah.. tapi aku masih belum mampu untuk long distance drive,, kemampuan masih hilang, tetapi bila dengar bonda mengomel sana sini itu ini , hati terkadang jerih juga cuma hati yang didalam berbicara dengan hati sendiri pengertian kepada hati sendiri dan juga hati orang tua dan juga hati saudara.
sebenarnya kesihatan aku agak makin memburuk dalam mingu2 kebelakangan ini, kekurangan nafsu makan dan sedikit susut fizikal, ditambah lagi kurang tidur.. pagi khamis bonda still lagi ngomel2, ajak aku ke kuantan lagi, naik bas kalau aku tak larat drive, atau pajakkan teksi cousin aku yang bawak teksi.. aku termenung panjang.. sebenarnya aku ingin menolak dengan memberi pengertian bahawa aku tidak larat untuk memandu jauh, juga tiada keinginan untuk keluar dari kamar.. tapi harapan bonda yang besar itu.. so untuk menyejukkan hati tua , aku cakap tengahari nanti kalau si nor balik hantar anak dia dari sekolah kita pergilah.. than lebih kurang jam 3 ptg aku drive perlahan2 ke Kuantan, bonda separuh perjalanan dah tersenggut2... bila aku cakap dia tidur dia tak mengaku.. aku pun mengantuk juga tak ada teman borak2... kadang2 ada kenangan yang singgah sebenarnya aku ingin melepaskan segalanya dengan harapan aku akan merasa tenang untuk kehidupan yang selanjutnya.
last aku berhenti di Masjid Geliga untuk solat asar... juga untuk menghilangkan mengantuk.. sebelum bertolak tadi aku ada call abang long bagi tau dia orang aku nak turun ke Kuantan, dan sebelum itu juga aku dapat call dari si jaja yang cakap dia orang dah sampai di Malaysia... mulanya memang aku cadang nak turun KL amik dia orang di KL tapi aku tak sihat so aku tak jadi turun kl. Aku juga sms mengatakan yang aku akan ke Kuantan just satu kata cukup memberi erti.
Terkadang aku menindas semua rasa2 untuk tidak melukai hati sendiri.. aku cuba memahami dan memberi pengertian yang sangat lebar, aku patah2 harapan dan hati sendiri supaya aku tidak merasa tergantung atau melukai hatiku lagi, sudah cukup lama hati menderitakan hati sendiri... aku ingin berhenti dari melukai hati sendiri dan hidup dalam kehidupan yang mana aku tidak lagi tergantung dengan perasaan orang, yang mana aku boleh melepaskan segala tanda...
Perjalanan yang bonda rasakan sangat lambat, aku sendiri pun tidak mengerti, barangkali kerana aku tidak memandu laju .. selepas sedikit magrib baru aku sampai di Kuantan.. Mandi solat magrib dan makan2,.. sebenarnya kami makan bekalan dari rumah, pagi tadi aku belikan bonda nasi dagang rm10, kerana dia malas masak aku pun malas makan aku cuma masak bubur untuk aku.. so katanya kita makan2 dulu, nanti dia orang balik dia orang pandai2 lah.. hah! aku tak pandai pasang tv, tak pandai pasang astro dan gas dapur rumah dia orang jenuh jugak aku mencari puncanya... last sehingga baju dipenuhi debu barulah aku dapat on tv dan tengok berita.. lebihkurang jam 8 lebih atau dekat jam 9 malam, abg long , kak long si fatin dan dua cucu kak long sampai, masa tu aku dah terlelap.. kemudian sister aku call dia orang dah ada di Highway Karak... ahh.. aku tak tahan dengan batuk2 serta lemas rasa.. aku masuk bilik sembahyang tidur.. dan terjaga awal2 pagi...
kak long suruh aku cari nasi lemak kerana dia lapar, sister aku yang balik umrah tidur terkedang juak.. bonda sibuk nak masak2 ,, aku cakap aku malas nak ke pasar aku tak larat... hak hak hak adakah aku telah mengecewakan hati tua itu lagi? sebenarnya aku didalam perasaan yang sangat rawan sekali apabila kau merasakan aku telah menghampakan orang........
so abang halim yang pergi pasar.. aku keluar cari nasik lemak balik makan dan tidur balik.. after jumaa aku bertolak balik.. aku tau bonda pasti ajak aku singgah rumah kak long , kerana abng long dah balik sebelum jumaat lagi... dia nak tidur rumah kak long tapi aku tak nak.. tak larat aku tidur merata2 lagi selain dari di kamarku yang sepi dan hening ini......
singgah rumah kak long solat asar... dan aku makan lagi nasi putih... hari ini aku rasa aku sedikit sibuk dengan makan2... jiwa parah eh? keluar dari rumah kak long sudah hampir jam 6 ptg...... last sampai rumah....... bertapa bahgianya bila sudah ada dirumah sendiri.........
mata masih tak mengantuk, walaupun tubuh terasa sangat penat kerana asik membuang saja. salah makan kali. bonda tak ada pergi Jerangau menziarah kawannya yang kematian suami. sambil sekali menjenguk anak buahnya yang tambah lagi ahli keluarga baru.
aku ada call petang tadi untuk repeat soalan adakah bonda balik, dia cakap tak lah dia bermalam disana. so malam ini aku sorang2 dirumah. tak masak nasi, just masak sedikit mee rebus.. tapi perut aku tak ok.
sebenarnya disaat2 sebegini ada sunyi dan sepi yang bertangkai dihati. sukar untuk dilonggarkan segala ikatan rasa apalagi wargen down. so aku main uno dengan ninie dan karl. itulah teman2 yang aku ada , yang aku jarang sekali talk in person.
kandang semakin sepi. aku tak kisah pasal kandang kerana kandang sudah terbiasa begitu. terkadang cuma aku saja yang ada disana.
hari ini ada dua kematian .. aku tak kenal siapa jiran tetangga kali kerana aku jarang juga ambil tahu pasal jiran tetangga.
adakah disaat2 sebegini ada kenangan yang tidak kita toleh? aku lihat ada cikgu izza tinggalkan jejaknya di tag.. hah!! sahabat lama ku ini.. yang sentiasa sabar dan tabah hati.
Going Back to the corner where I first saw you Gonna camp in my sleeping bag I'm not gonna move Got some words on cardboard, got your picture in my hand Saying, "If you see this girl can you tell her where I am?"
Some try to hand me money, they don't understand I'm not broke I'm just a broken hearted man I know it makes no sense but what else can I do How can I move on when I'm still in love with you
'cause if one day you wake up and find that you're missing me And your heart starts to wonder where on this earth I could be Thinkin maybe you'll come back here to the place that we'd meet And you'll see me waiting for you on our corner of the street So I'm not moving, I'm not moving
Policeman says, "Son you can't stay here" I said, "There's someone I'm waiting for if it's a day, a month, a year" Gotta stand my ground even if it rains or snows If she changes her mind this is the first place she will go
'cause If one day you wake up and find that you're missing me And your heart starts to wonder where on this earth I could be Thinking maybe you'll come back here to the place that we'd meet And you'll see me waiting for you on our corner of the street So I'm not moving, I'm not moving, I'm not moving, I'm not moving
People talk about the guy that's waiting on a girl There are no holes in his shoes but a big hole in his world
Maybe I'll get famous as the man who can't be moved Maybe you wont mean to but you'll see me on the news And you'll come running to the corner 'cause you'll know it's just for you I'm the man who can't be moved
Going back to the corner where I first saw you Gonna camp in my sleeping bag I'm not gonna move
bila kita merasa dihargai oleh orang yang tidak kita kenal........
5.27 petang........
cuaca hari ini sangat dingin sekali, tapi aku sukar untuk menggunakan cuaca hujan dengan mengatakan yang cuaca hari ini buruk.. kerana antara hujan dan panas adalah hukum alam yang perlu di lalui.. panas bukan bererti cuaca bagus atau kalau hujan bererti cuaca tidak bagus.. pasti ada manfaat bila hujan dan panas .. tapi tetiba kalau cuaca sebegini aku akan sedih kerana aku semakin takut atau fobia dengan bunyi dentuman guruh.. kenapa? kerana aku tidak boleh online..
pasti aku tidak mahu lagi pc aku disambar kilat... atau mendapat kesan dari gegaran guruh yang sangat kuat.. so on off saja hari ini.. bila cuaca reda aku on kan pc bila cuaca kembali kedengaran suara dentuman guruh aku off kan pc..
today orang yang semalam ambil mesin jahit lama bonda untuk diservis hantar kembali mesin tersebut dengan kelajuan tahap gaban... aku bayar rm 30 upah servis its ok pada aku berbaloi... pasti kalau si sebelah tahu dia cuma upah servis tak payah beli mesin baru untuk bonda? hah!!! barangkali juga tidak sudah rezeki bonda dapat mesin jahit baru... mesin lama bonda mengalami masalah pergerakan dimana bila digerakan laju tapi jarum tidak bergerak selaju gerakan kaki maklum bonda guna mesin manual.. dulu pernah aku belikan tempat yg boleh digunakan dengan karan tidak payah menggunakan kaki tapi bonda tidak selesa macam2 alasan diberi yang akhirnya motor mesin itu rosak kerana tidak digunakan.. hah!!
today mood makan still kosong.. pepagi tadi aku cuma makan dua biji telur ayam separuh masak dengan satu sudu lada hitam yang ditumbuk halus sedikit kicap dan minum teh susu panas... untuk melegakan dada aku yang sedang kong.. tengahari just makan sedikit nasi goreng... tak ada apa yang istimewa rasanya dengan makan2...
wargen kembali beroperasi petang ini.. so aku ada kerja yang hendak dibuat...
terimakasih kerana sudi membaca apa yang aku tuliskan rossy.. terimakasih juga kerana meninggalkan jejak... terimakasih kerana tetiba aku merasai dihargai dengan apa yang aku tulis ada orang sudi membaca dan menghargai tidak lah orang menuduh aku menulis syok sendiri... hah!! sememang pun aku menulis mengikut jari aku menari... mengikut rentak hati aku sendiri dan jarang aku memikirkan apa yang orang lain fikirkan tentang aku atau tentang apa yang aku tuliskan... barangkali setengah2 orang akan merasa malu atau rimas andai ada hubungan dengan seorang aku.. so aku sangat memahami dan aku tidak akan menyentuh tentang soal itu lagi........
ada ucapan welcome home di tag? siapa eh? aku paling benci dengan orang yang merasa dekat tapi aku tak kenal, kenapa tidak menggunakan regular nick? supaya mudah aku kenal kalau sekadar untuk tanda untuk membuatkan aku ada pertanyaan didalam kepala buang karan betul aku paling menyampah dengan sikap yang seperti ini...
malam yang tenang aku terpuruk dalam kesepian kesunyian hati yang meraja merasa melatakan perasaan dimanakah kasihsayang akan hadirkan perasaan itu untuk seorang aku?
kadang aku seperti memikirkan seseorang.. jauh tersudut disatu sudut hati untuk merelakan segalanya dengan mematikan harapan dan bersikap tidak peduli tapi terkadang semua itu sangat menyakitkan sekali.
terkadang seperti pengulangan yang sentiasa berulang ulang... dan untuk menghindarkan segala fikiran aku pada arah yang melukakan aku tenggelam dengan apa yang membuatkan aku berhenti untuk berfikir tentang dia larut dengan dunia wargen.. atau apa saja yang membuat minatku dan mindaku terisi ...
kadang2 aku merasakan aku sudah menjadi seorang yang kasar dan tinggi hati , kenapa eh? kerana barangkali perasaan aku sentiasa dikejam sentiasa beralah demi orang yang pernah memberikan harapan atau menjanjikan sedikit bahgia..
aku jarang on ym.. jarang on msn .. dulu2 pernah juga invisible tapi sekarang terus off... aku penat melayan karenah orang yang tidak memahami aku.. yang tidak kenal siapa aku... yang suka judge atau menilai aku apa adanya..
bosan aku dengan radio mnet hari nieh.. aku bosan dengan lagu lemau dan lagu siti... entahlah kita tidak boleh memaksa orang suka dengan apa yang kita suka.. so far aku sebenarnya tidak berapa suka dengan lagu melayu.. itu yang sebenarnya2 kecuali lirik itu sangat menikam hati aku.. tapi just untuk seketika... kemudian let it go....
semalam perasaan sangat sedih sekali.. dan aku tidur dengan perasaan sedih sampai pagi... aku terlelap lebih kurang jam 4am... tanpa apa2 erti dan harapan hati ku yang entah merasa disakiti tiba2....