
ITULAH AKU DALAM DIRIKU Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita
aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku tiba tiba ada getar getar kasih menyusupi relung dadaku bertamu tiba tiba di antara dua lambungku tanpa pernah ku undang dia menyelak tabir resahku sendiri engkau mula mewarnai hari hari kelabuku engkau mulai menghiasi tabir mimpiku engkau menjadi langsir rinduku suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah mulai mengusik hati yang kesepian ini dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu pada wajah seorang perempuan dan seseringkali aku mahu kembali lagi ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal ke kadang rasa ingin aku terbang keangkasaraya tanpa sempadan cuma yang ada aku dan engkau saja setiap detik bersama sama mengalun irama rindu pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG ENGKAU SANGAT AKU SAYANG
MALAM MELARUT HUJAN MELAUT
malam melarut ke kelam-hitamnya hujan melaut ke muara-sepinya
sepi dan gigil mencari-cari
berdesing angin berdesing-desing merapalkan mantera rahasia
sebagai bisik o merintih rintih
ini langkah sampaikah pada tepi menjejak tapak pudar memuai
seperti hujan seperti malam
melarut ke kelam hitamnya melaut ke muara sepinya
mengekal di ketiadaan
sedang asyik baca blog haku
| How to make a sumpitt |
Ingredients:
5 parts intelligence
3 parts brilliance
5 parts beauty |
Method: Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired! |
angin sepi mengilir lesu antara dedaun hati yang kebasahan rindu yang telah kering tanpa kemarau kau gantungkan pada langsir hati tak berpintu merekah luka tanpa darah segar yang nampak hanya sendu mata tanpa ghairah memupuk kasih yang tinggal debu debu cuma
ku renung malam yang makin melarut ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati untuk berkaleh kesah sayangnya rindu itu terlusuh sendiri dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang awan kesamaran engkau masih lagi di satu sudut hatiku biarpun engkau menoreh luka terbentang dusta dan nista harga rasa yang telah kau campakkan pada ramasan rindu yang kau bongkarkan
aku teringin peduli pada kocakan rindu merantai tangkai hati tak kala ingin ku pejamkan mata wajahmu bermain diruang minda hati mengapa masih mahu peduli pada semalam yang menyakitkan melakar luka yang masih menyimbah akukah yang membiarkan hati melata dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan tanpa kau basahkan dengan sapamu aku rindu pada manjanya engkau sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma
gegarkah hati kerana rindu terpagar dek cemburu dan ragu membiarkan manis mesra berlalu tanpa berani menjengah jendela kalbu lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu tangis hati bagai dipalu adakah ini yang dikatakan cinta semalu
pagi yang bening lagi sepi ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm hati ini bagai berada dirimba yang tebal duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok dari pandangan mata mereka rindu? masih lagi menebal tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan ku sangkut pada langit langit kamar supaya aku tidak ikut larut dengan irama sendu yang mengalun pelan di daun telingaku..... aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....
|
|
|
![]() |
Sunday, December 18, 2005
sudah banyak hari aku tidak menulis di blogdrive. kealpaan seorang aku apa tidaknya setiap hari cuma bergelumang dengan games saja. tetiba di pagi nan bening dan hening ini aku terasa ingin menulis.... sebenarnya aku masih lagi menulis apa yang aku rasakan.. cuma bukan disini dirumahku.. aku menulis di esastera... di mana2 saja groups puisi yang aku di invitekan... terkadang menulis adalah satu kemestian didalam hidupku... namun kata seseorang padaku kalau dia menderitakan aku pasti aku akan kerajinan menulis.. mungkin juga ada benarnya.
membaca berita dan mendengar berita banyak berkisar tentang tatacara polis menangani para pesalah.. tidak habis2 dengan hal polis dan ketuk ketampi ..macam2 versi yang aku dapat namun dari kesimpulanku.. sesungguhnya dalam apa jenis hal pun kita tidak boleh menelanjangkan orang.. apa lagi membogelkan dalam istilah tanpa seurat benang pun... menelanjangkan orang dalam maksudku adalah mendedahkan keburukan orang lain.. keburukan itu mesti kita simpan .. dan kebaikan saja kita war2kan supaya ia menjadi teladan yang baik.. namun sistem hidup sekarang dan sistem menjual berita sekarang adalah mencari berita2 buruk yang sensasi.. mungkin ramai pengemar yang suka membaca berita2 yang sebegitu. ada pengaruh barangkali diatas semua berita2... dan yang menyedihkan lagi adalah pula golongan muda dari kalangan kaum melayu yang sudah mengistiharkan diri mereka tidak beragama...... aduh!! malang sungguh nasib anak2 yang sebegitu... sesungguhnya bukan salah ibubapa yagn sentiasa sibuk.. yang sentiasa mengejar dunia.. tetapi mungkin sudah peredaran masa.... bumi telah tua dan telah bosan dengan karenah manusia..... yang sentiasa lupa.
2005 sudah hampir ke penghujung..... apa yang telah aku lakukan dalam setahun ini... selalu aku fikirkan .."Bahgiakah aku?" .. apakah aku masih lagi mengait luka dan derita yang sentiasa berada berdekatan dengan aku? sukar nak aku tafsirkan perasaan aku sendiri. Termenung di jendela kaca dan mendengar suara anjing menyalak orang yang lalu lalang... terasa ingin aku melontarkan kasut.. kerana suara anjing seakan akan mengejek manusia.. suasana hari minggu sunyi dan sepi.... tiada apa2 yang ingin aku lakukan selain bermalas malasan...
aku ingin mendengar suaramu lagi.. berbisik manja di daun telingaku mengatakan perasaan mu terhadapku... (hilang idea nak menulis............)
Monday, December 12, 2005
kita sekadar berkata2 yang kita menyintai seseorang.. namun apakah perasaannya akan sama dengan apa yang kita rasai ataukah cuma kita yang merasakannya? sungguhnya malang nasib orang yang cuma menyintai tetapi tidak dicintai.. tetapi itu adalah hakikat kerana perasaan orang kita tidak boleh memaksa samalah dengan perasaan kita sendiri...... entah kenapa tetiba aku ingin bercakap tentang cinta.. sms dari izza hari tu tanya pada pitt....."pitt sedang bercinta?" hemm siapalah yang bernasib malang untuk dicintai oleh orang semacam pitt.. pitt cuma sendirian.. tanpa siapa2.. orang gelandangan, pencacai dan pengambal tak akan seutuhnya dicintai oleh sesiapa pun.. kerana hak itu akan hilang apabila perasaan itu bertindak pada landasan kewajaran."Ketika engkau mencintai wanita , genggamlah hatinya karena ia adalah "kunci emas" kasih sayang Ilahi yang dapat menahan derasnya hujan-badai, panas -teriknya mentari, dan silau emas -permata.
Ketika engkau membelai rambutnya yang berkilau, berbahagialah sebab cinta telah menyegarkan dirimu dengan keharuman surga.
Ketika engkau menggenggam tangannya dengan kasihmu , maka rasakanlah kelembutan jemari-jemari Ilahi yang telah memayungi hatimu dari keresahan dengan senandung kedamaian.
Ketika engkau mendengar suaranya yang teduh menenteramkan bathinmu , berbahagialah sebab cinta sedang memandang dari kedalam jiwa, bersenandung bersama kicau burung dan kecantikan putik-putik bunga.
Ketika engkau melihatnya tersenyum , maka berbahagialah karena cinta telah membasuh luka hati dengan senandung air mata kebahagiaan dan tangis rindu.
Ketika engkau melihat cinta dengan hasrat kasih Ilahi , maka berbahagialah karena kidung semesta telah merestui dan memberkati ladang-ladang Ilahi dari hujan yang turun dari kesucian langit
Karena apalah artinya cinta -selain kesejatiannya , cinta telah bahagia dengan mahkota keabadiannya , cinta tidak memerlukan apapun selain darinya , karena cinta telah cukup untuk cinta -sekalipun harus merangkak didalam kegelapanHartono Beny Hidayat andai itulah cinta yang hadir dihati seseorang....dia akan sentiasa rehda dengan pemberian Ilahi bahawa dalam dunia ini cinta yang terlebih indah adalah menyintai orang yang menciptakan kita.. cinta kepada insani adalah cinta perasaan yang sentiasa saja teruji oleh perasaan juga.. kerana orang yang mempunyai perasaan akan cepat tertimpa dengan perasaan apalagi .. yang suka bermain dengan perasaan..... dunia tak lebih dari perasaan semata mata..pagi...... 9.20am.. rindu pada sahabat baru ku si fify.. yang selalu memanggilku sifu..yang selalu mengodak ngodak perasaanku akan diriku sebenarnya... dimanakah gerangan gadis kadazan dusun dari Tenom itu.... yg suka bermain dengan anak patung dan pernah aku janjikan untuk membelikan anak patung dan menghadiahkan kepadanya.. janji2 gombal seorang aku.. yang merasakan diri tersisih dari segenap orang.. tetiba merasa sangat dekat dengan orang yang tidak aku kenali... kerana apa..? mungkin kerana perhatiannya... kerana prihatinnya.. orang yang melihat kita jauh ke sudut hati kita.. yang tidak meminta apa2 balasan cuma sekadar sahabat..... teringat cerita2 lucunya untuk membuatkan aku ketawa apabila aku sedang terluka dengan parahnya... dia cuba membalut luka hatiku yang semakin lebar .. ke manakah gerangan gadis kadazan dusun anak bongsu dari lapan orang adik beradik? terasa aku ingin minum kopi Tenom yang dijanjikan untukku...... selalu mengajak aku berjalan2 di Tenom... sesungguhnya aku ingin lari dari perasaan ini.. dari perasaaan merasakan diri sudah tidak mempunyai apa2 lagi.. aku mesti kuatkan hatiku untuk tidak merasa sakit dengan apa yang aku rasakan.. aku ingin kuat biar pun tidak sekuat yang aku rasakan.. aku tidak ingin rebah lagi .. aku ingin berdiri biarpun dalam diam......biar pun cuma memerhati.. biar pun hatiku tercoret2 luka.. kerana orang seperti aku itulah yang sewajarnya.......di Ym aku menyapa seseorang......khu zai......entah siapa....... sahabat maya yang entah dari mana.. tertiba aku teringat nasi kerabu...... restoran nasi kerabu di Kuala Terengganu yang ada sup gear box.. nasi kerabunya ada ayam bakar.. tetapi kuahnya berwarna putih.. aku suka makan nasi kerabu tanpa budu......kerana aku tidak suka makan budu......tetapi suka ulam2 annya.. lada sarak...ayam percik...telur asin dan keropok keping yang digoreng... terasa keinginan yang meluap2........ teringat aku pernah bawa seseorang makan di sana.. dia selalu cakap sedap...... aku memang punya taste yang tinggi tentang makan..kalau tak sedap aku tak suka makan....biar pun harganya murah.. tetapi kalau sedap.. aku akan tetap melangut biarpun harga makannya boleh merobek saku seluarku........ disini.. di Bandar Sandakan ini.. nasi kerabunya ada tetapi tidak sesedap yang pernah aku makan.....ulam2annya kurang.. apa lagi sambal pedasnya juga tak sedap....tetapi mahal juga.. rm3.50 ... kalau di semenanjung barangkali cuma rm 2 sahaja.......tak ada apa2 yang istimewa...tetapi kalau sudah ketagih mahu juga aku makan........jam sudah 9.30am...sebenarnya aku masih lagi dalam kesunggulan.....kehilangan semangat.. untuk menulis lagi.. banyak karya2 ku telah hilang..... itulah kalau berkarya melalui dunia terbuka..... sistem selalu down..... tapi apa boleh buat..itulah jalan yang aku pilih dan aku suka.. ada seseorang pernah juga menyatakan hasratnya untuk mengumpulkan semua karya2 ku.. untuk di bukukan.......tetapi aku lebih suka begini.. terkadang rugi juga apabila kalau semua hasil karya kita hilang di telan teknologi....... tak apalah cabaran....sudah banyak kali.. apa boleh buat........kosong..........!!!!
Saturday, December 10, 2005
hemm...... petang jam 5.01 baru nak menulis di blogdrive.. hehe ada perubahan dekat entries upernya da lama jugak aku tak menulis. Bukan malas dan tak ada idea cuma ruang masa terkadang terisi dengan benda2 lain yang lebih tak berfaedah.. telah binggung bila kehilangan idea untuk menulis... tadi dekat tv aku tengok camelia menyanyi.. entah kenapa ramai2 penyanyi di m'sia aku suka dengan perwatakan camelia.. selain dari lagu2 sheila majid.. tetapi personaliti sheila majid aku tak begitu suka.. she not my type... tapi camelia pada pandangan mataku seakan seorang wanita yang serba cukup.. dengan perwatakannya yang lembut orangnya cantik seksi tak ada cacatnya.. sayang dia janda hehe.. aku lihat diluar jendela kamar... sunyi saja..... sesekali ada kereta melimpas.. teringat sms dari ezzah anak buahku..... budak yang besar namun akal yang kecik sudah tingkatan dua tetapi masih lagi kebudak2an... tak padan dengan tubuhnya..
kita akan membebaskan perasaan kita..... sms dari izza.. katanya chesue datang ke rumahnya hehe.. salam peluk cium dariku untuk mereka.. tetapi balas izza macam nak gigit saja pitt..... setahun sekali saja membalas sms... dalam maksudnya.. ada juga chesue sms aku.. balas sekali kemudian tak balas..... hehee maklum pencacai cam aku jarang ada kredit.. tengok cikgu kecik asyik main games dekat mypendidik..... yark..... !! cam ner pulak nak ensert gambar ....klik saner tak bleh klik saner tak bleh...... ada orang p makan di kuching dengan kuarga... mesti sedap makan banyak2.. banyar skit.....lagi pong hader orang belanjer.....

Saturday, November 26, 2005
~kalau itu sudah takdirnya~
3.47.. aku tergelak besar melihat cerekarama di TV satu kisah pak ngah dan mak teh.. hehe orang tua bercinta yark.. kalau itu sudah takdirnya sesaat pong kita akan tetap bersama.. cerita yang bermesej dan aku suka.. ada lucu aku gelak sorang2 dikatil peh hampagas tull abis aku nak ketawa ngan saper.. cicak di siling pong tak derk..... lelabah lagi tak derk... belum makan tengahari lagi.... malas nak masak.. cuma minum teh o panas.. itu pong terlebih manis.. kata fyfy aku tak pandai buat teh o.. nak dia buatkan hemm kalau dekat mesti aku suruh di buat aper salahnya kita bermanja pada yang mau memanjakan kita.. berYM dengan fyfy .. dia mencari2 diriku yang sebenarnya.. katanya dalam diriku tersenbunyi kesakitan yang aku diamkan apa kata berkongsi dengannya.. aneh bukan orang yang tidak kenal kita sangat ingin mengenali diri kita pada hal orang yang kenal diri kita buat2 tak tau pong dengan kita.. bahkan menghirau pong tidak.. itulah hakikat.. sesungguhnya sebuah perhubungan.
Perhubungan yang setulus mana pong kalau tidak ada kesetiaan dan keikhlasan akan berakhir juga kemanisannya..... kasihsayang cuma coretan tetapi bukan pada hakikat.. pada realitinya.. sekarang aku bersikap pasif dengan semua itu kerana aku telah merasakannya.. bahawa tidak ada kebenaran dalam kata2 gombal.. cuma memaniskan bibir .. mencoretkan luka dihati....
fyfy teman baru dari tenom.. siap promosi kopi tenom lagi.. suka main dengan anak patung , tidor pong dengan anak patung.. gambarnya sederhana.. bertudung.. orang kadazan dusin.. ramai adik beradik.. dia yang bongsu anak bongsu eh!! hemm lupa nak tanya umur.. lagi pong aku bukan jenis yang suka bertanya.. orang tanya aku jawab....... itulah diriku...
aku ingin bergantung rindu
pada tiang tiang yang berderet di lorong itu
sayangnya rindu ku melata
dilantai tak bertangga..
menyingkir perasaan yang menyentuh kalbu
sama seperti membuang onak pada kaki tak bermata
aku ingin berdiri teguh
pada berpaling di daerah rasa
supaya hatiku tidak tercoret duka
namun seringkali jasadku
berkelana pada hati yang bukan milikku........
kosong...... harapan dan jiwa yang kosong namun masih menanti jawapan yang tidak pasti.. jawapan yang pasti menyakitkan hati kita.. nyahlah engkau perasaan supaya aku tidak lagi merasakan derita yang menjenguk...... supaya bibirku bisa tersenyum biarpong tidak semanis dulu....
~keringkan hatimu sayang~
di langit ada senyum
di bumi ada tawa
senyum dan tawa menganyam erti
perasaan yang tergambar
dalam fikiran nan bahgia
di hutan ada tangis
di tasik ada sendu
tangis dan sendu menyulam erti
perasaan yang kecewa
dalam akal nan derita
ku ingin mendakap langit bahgia
namun temaran awan melindungi
bintang yang berserakan
ku ingin mengapai bumi ceria
namun ngauman sakit kemarau
menitiskan luka sengsara
seawal jam 5.00am aku sudah bangkit dari tidor, rupanya dingin hujan pagi telah mengejutkan aku dari tidur yang tidak lena... sejuk hingga ke tulang ..selimut yang nipis tidak menampung rasa sejuk nan menggila.. terasa seperti mau duduk dibawah tilam yark.... kipas sudah tidak berputar namun dinginnya masih mencengkam tubuh. Aku lemparkan saja selimut terus ke bilik air . Urusanku dengan Allah. Semalam baru ku dapat sms.... yup!! siapalah aku untuk diingat dan dikenang , ditanya dan dinana bobokkan...... fahamlah aku semudah itu kita menulis perkataan yang lahir dari perasaan nan sementara sesegara itulah kita akan melepaskan semua perasaan kita.
Hujan. Sekarang disini setiap pagi pasti hujan.. semalam semaca di CN .. Latifah_In entah siapa orangnya mestilah orang yang pernah kenal dengan aku bertanya tentang keadaan Perniagaan di Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu.....manalah aku tahu tentang keadaan disana.. kerana aku sudah hampir setahun tidak balik kampung.. mungkin banjir atau mungkin ramai dengan pelancung2 yang datang berkunjung kerana setiap hujung tahun di Bandar Kuala Terengganu memang ramai pelancung dari luar datang apa lagi sekarang ada perlumbaan bot monsoon..... di pulau Duyung.. pulau Duyung mempunyai satu jambatan yang merentasi laut.. kalau mahu ke airport itulah jalan yang akan dilalui kalau tidak dulu2 akan melalui jalan Batu Enam melalui kawasan Manir.. memakan masa hampir satu jam.. sejak ada jambatang Sultan Mahmud.. perjalanan dari rumahku ke Airport tak sampai sepuluh minit yang melambatkannya cuma adalah trafffic light sahaja.......tetapi itu kalau aku yang bawak kereta.. hehee..
Dan yang pasti kedai bondaku di atas stesen bas tetap seperti biasa saja...... dan bondaku pasti juga seperti biasa rutin hariannya..... mesti pepagi pergi ke madarasah di (aik aku da lupa tempat yang bonda aku selalu hantar dia nih aehhhhhh baru jak setahun aku tak balik da luper arkkkk) pukul 11 barulah dia membuka kedainya..... itu pong kalau tidak diambil oleh sister keduaku ke rumahnya di Kuantan untuk menengok anak2 nya kalau dia kebetulan kena pergi kursus.. sister keduaku ada 4 orang anak dan dia sejak awal ada anak tidak pernah ada orang gaji..... itulah masalahnya.. sekarang semenjak dia bertukar di Kuantan bondaku lah yang menengok anak2 nya sesementara di pergi Kursus kerana abang iparku masih lagi tidak dapat bertukar masih lagi di Labuan....... hemm....... cuti sekolah,, pesta air... hemm teringat pula tahun lepas aku tersangkut di Paka.. didalam banjir dimana aku redah juga dengan kereta hondaku untuk balik ke Kuala Terengganu nasib baik hondaku tidak dihanyutkan air ke sungai Paka...... pengalaman yang berguna dan aku tidak akan berani lagi untuk melimpas kalau banjir biarlah aku tidur saja disana.....cukuplah sekali pengalaman ngeri itu untukku...... yang baiknya kereta hondaku still boleh meneruskan perjalanan biarpun air telah memasuki separuh kereta...... dia buat hal selepas keesokkannya namun sudah sampai dirumah..... ha'ah...... kenangan.. semua pengalaman itu menjadikan pengajaran yang berguna bagi kita yang mahu belajar.. begitu juga dalam persahabatan..... kata cik nurdia di CN semalam...... biarpun si sumpitt jauh.... namun dia tetap sayang sebagai seorang sahabat.. yark...... semua orang boleh mengungkapkan kata sayang..... senang saja untuk menulisnya tetapi menghargai diri seorang sahabat itu.... sukar sebenarnya.. begitu juga dengan kekasih begitu mudah menulis perkataan sayang cinta kasih dan rindu....namun apabila sudah tidak ada ertinya lagi mereka akan tertinggal cuma untuk dikenang sekali sekala atau untuk dilupakan terus..... mudah untuk mengatakan sayang...... sangat mudah untuk melepaskannya.. dan sejak dulu2 aku ingin diam2 saja semua perasaanku...... tetapi aku pernah membaca di blog seorang sahabat.. jangan kita simpan semua perasaan kita sehingga orang yang kita cinta itu meninggal.. untuk apa lagi semua perasaan kita andai orang yang kita cinta itu sudah tidak ada lagi untuk mendengar apa yang kita rasakan...... nah!! semua itu melibatkan perasaan...... apa yang kita buat apabila kita mengingati seseorang? sms? call? atau cuma ingat2 ayam? ... ingat kemudian kita diam2kan..... apa yang orang akan tahu yang kita akan ingat akan dia..... ?
Hujan masih lagi di luar sana.... jam sudah menunjukkan 6.38 , basah seluruh tanah... padang digenang air....namun seperti bumi yang baru dicuci.... pasti bersih dan terasa segarnya dalam fikiran... aku ingin terus berdiri disamping engkau biarpong dalam diam .. biarpong dalam berjarak.. kerana aku sangat merasa dekat denganmu.... biar pun hatimu bukan lagi teruntuk untukku... baru2 ni ada aku bergambar di Porin tempat air panas di Ranau.... tetapi aku belum ada masa untuk scan.. nantilah akan aku uploadkannya disini..... jeles juga dengan cikgu izza yang diblognya begitu banyak gambar2 orang berhariraya...... hehehe..... si pencacai pong ada juga bergambar.... sedang mencacai... itulah wajah2 terbaruku nanti..... tetapi bila erk..... hemm tunggulah kalau ada rezeki nanti....
seminggu dua ni banyak kerja ku terbengkalai...... aku tidak seaktif dulu lagi.. aku jadi pemalas dan pemurung apa lagi terkena sakit telinga.... aku jadi pemarah.. tetapi sekarang telingaku sudah baik hehe cuma sekali sekala mahu juga dikorek... nasib baik tidak menanah didalamnya.....
semalam aku tidak tidur awal juga.. cuma berbaring2 dikatil.... tv yang terbuka pong aku tidak melihat.. sehingga aku tertidur sendiri.... tiadakah rasa rindu untuk seorang aku??? siapalah aku cuma seorang pencacai...... tunggulah sehingga aku telah tiada.....
Thursday, November 24, 2005
tak tau nak tulis aper nih!! sedang garu2 paler yang tak gatal nih..... hemm oh!! yer hari ni parking sambil kacao2 kat cikgunet..... hehe budak form one laks.. kah kah kah kuang kuang kuang itulah hiburanku yang terkini.. tadi tak tau nak buat aper nak makan aper.. aku bantai makan maggie jak..tetapi cam tak sedap perut nanti....da cuci keter.. tetapi ada anjing pulak dok menumpang bawah keter.. peh!! terjumpa kawan lama di cikgunet.. dia masih lagi mempunyai sifat dendam dan bukan seorang pemaaf.. padahal kalau dihalusi entah dimana silap nya.. mestilah ada juga silap dari diri kita sendiri semua benda2 yang terjadi.. tetapi terkadang mereka tidak menilai dalam diri mereka...
16:35:18 []>[sumpittt] bagi saya dunia chatter saya membuat saya terkilan..dimana umpat keji fitnah memfitnah cozs kini saya perlu berhati-hati......takut terkena lagi...
erk....semua itu adat.. dalam dunia realiti pong begitu jugak.... saya tak kisah.. kerana sudah menjadi adat dunia........ 16:41:03 []>[sumpittt] bagi anda ye..bagi saya akan ingat apa terjadi sukar utk dilupakan..kwn baik pun makan kwn apa lagi org yg yg dikenal dgn huruf-huruf yg tersusu indah kata.
7.57mlm.. suasana agak bising malam ni dengan suara salakan anjing dan kereta yang tidak henti lalu lalang, petang ni aku sakit perut.. mungkin sebab tengahari aku makan magie jer.. pastu dok bantai makan buah salak yang cuma singgit jerk satu bahai.. hemm berak cirit birit laks petang ni. jadi malam ni terpaksa aku masak nasi untuk mengurangkan isi perut yang sakit.. nasi yang dimasak lembek pulak okies laa asal buleh makan.. aku goreng tempe, goreng ubi kentang , goreng bilis.. dan rebus jerk sawi.. senang ringkas cerita makan sorang.. saat2 begitu dapat kita rasakan yang kita tidak dipedulikan oleh orang.. yer laa semua orang boleh tulis mereka akan sentiasa dekat dengan kita akan sentiasa ada bila kita perlukan mereka.. tetapi cuma tulisan saja.. sebenarnya jarang orang sebenarnya akan mengambil berat diri orang lain selain dari diri sendiri dan diri yang tersayang mereka..... dan aku siapalah siapa nak sayang si pencacai cam aku ni..... tak derk guner satu kupang pong... hem hemm..
Wednesday, November 23, 2005
Bola di tv jam 3am... hatiku dicuit rindu namun dimanakah rindu itu?
Sajak-sajak orang kepanasan
****************************
karena kami makan akar
dan terigu menumpuk di gudangmu .....
karena kami hidup berhimpitan
dan ruangmu berlebihan .....
maka kita bukan sekutu karena kami terlantar di jalan
dan kamu memiliki semua keteduhan .....
karena kami kebanjiran
dan kamu berpesta di kapal pesiar .....
maka kami tidak menyukaimu
karena kami dibungkam
dan kamu nrocos bicara .....
karena kami diancam
dan kamu memaksakan kekuasaan .....
maka kami bilang TIDAK kepadamu
karena kami kucel
dan kamu gemerlapan .....
karena kami sumpeg
dan kamu mengunci pintu .....
maka kami mencurigaimu
karena kami tidak boleh memilih
dan kamu bebas berencana .....
karena kami cuma bersandal
dan kamu bebas memakai senapan .....
karena kami harus sopan
dan kamu punya penjara .....
maka TIDAK dan TIDAK kepadamu
karena kami arus kali
dan kamu batu tanpa hati
maka air akan mengikis batu
RENDRA
DARI KUMPULAN PUISI "PERJALANAN BU AMINAH"
( YAYASAN OBOR INDONESIA - 1997 )
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
NursaraSarqina
derap titisan hujan semalam masih terasa, keinginan untuk bangun lebih
pagi dan menolak lembar selimut sangat mengetarkan rasa namun demi
tugasan yang pasti dibuat terpaksa juga aku korbankan mimpi manis yang
masih mahu digarap.
perlahan lahan menuju ke bilik air, tanpa menoleh lagi pada keenakan
bergelut dengan selimut yang sudah seminggu tidak dibasuh. Membuka pili
seakan membuka pintu penjara yang menakutkan apalagi bila tangan
menyentuh dingin air seperti ais..
jam 4.24am.. catatan sipencacai
tertiba aku terbangun dari tidur... entah mimpi apa yang mengejutkan aku untuk terjaga, tv yang masih terbuka.. ada siaran langsung bola di kaca tv.. aku ke bilik air mencuci muka dan membuka pc.. ada gedukan rindu yang memilin, kemudian aku menyelak langsir kamar.. dimanakah rindu itu melata? tetiba terasa kosong dalam hati. .. aku tidak dibutuhkan orang sepanjang malam aku berfikir dan terus berfikir.. jarang orang bertanya tentang aku sekarang, antara teman2 dan saudara mara, yang disayang atau yang dicinta... aku dipinggirkan oleh semua orang lantaran kerana aku sendiri tidak bagus kali untuk mereka..
tiada pertanyaan gombal yang sering ku harapkan seperti sudah makan? makan aper hari ni? sihat ker hari ni? dapat sms dari siapa? kenapa lama tak jumpa? kenapa mendiamkan diri.. teman2 kadang cuma menyatakan tetapi tidak mempraktikkan.. kalau kita ingat kepada seseorang berusahalah untuk terus mengatakan akan ingatan tersebut jangan sampai di mati baru mahu menunjukkan semua perasaan kita yang sudah tidak ada gunanya lagi..
pagi ini amat sepi sekali...tiada suara salakan anjing, tiada kenderaan dijalanan... langit kelam.. bulan entah dimana bersembunyi disebalik awan bintang tiada bertaburan.. yang ada hanya aku sendirian sambil mendengar bunyi keyboard pc...
terkadang kita menjadi sangat sensitif .. tetapi yang mentafsirkan adalah perasaan kita sendiri.. memang ada keinginan aku untuk bersms.. tetapi keinginan itu aku matikan dalam diam untuk apa mencuri perhatian andai tiada ketulusan..... untuk apa kita terhegeh2 sedang diri tidak dipedulikan.. dimanakah harga diri kita... nah!! kalau sudah begitu aku menjadi naif sendiri.. biarlah perasaan itu ku simpan juga di dalam hati.. biarlah semua perasaan itu ku bawa ke alam sana...
sesekali aku menoleh ke kaca tv..bola.. dulu2 aku sangat suka menengok bola, tetapi sekarang minat itu seakan mulai pudar.. entah kenapa banyak kesukaanku menjadi hambar.. ingin ku peluk.. sayangnya yang ingin ku peluk menarik diri..... ingin ku sentuh.. sayangnya orang yang ingin ku sentuh mengelak diri.. dimatanya membayangkan kemualan.. itulah hakikat.. bila sendiri2 begini kita menjadi bukan diri kita sendiri lagi.....
Tuesday, November 22, 2005
weblog
hari raya dan selepas raya
|
| Komen (1) |
|
drirwan 11/22/2005 12:49:58 PM
tulisan yang memilukan. pengalaman hidup yang tak ramai orang melalui atau memahaminya. saya sedih baca "aku mendoakan kebahgiaan untuk orang yang aku cintai supaya dia sentiasa dan mendapat kebahgiaan dengan orang yang dia cintai... " sdr pitt, semua orang disedikan bahagia dalam hidupnya. tentu juga ada bahagia menanti sdr. |
tetiba aku rasa terharu dengan komen sdr drirwan tentang postingku yang terbaru di esastera.. dsini aku lampirkan untuk tatapan diriku sendiri.......just in case kalau aper2 yang terjadi disana...
hari raya dan selepas raya
Sebelum hari raya aku telah balik ke Tinosa sibuk asyik berulang dari bandar ke kampung, kami mengecat siling.. tengok dia orang buat kuih raya sesungguhnya sudah lama aku tak melihat orang membuat kuih raya rasa2ku semenjak sister keduaku lepas spm bayangkanlah anak sister aku yang pertama sudah 14 tahun bertapa lamanya aku tidak merasa meriahnya membuat kuih raya.. biasanya dirumahku kalau hariraya, malam rayalah aku dan bondaku sibuk shopping raya untuk esok hariraya.. kadang2 bandar kuala terengganu jem giler.. payah betul hendak aku parking kereta makin malam semakin ramai orang keluar shopping begitulah setiap tahun, sister2 ku jarang balik beraya di kampung, sister sulung biasanya balik ke rumah mentuanya selepas solat hariraya baru balik ke rumah bonda kemudian balik semula ke rumah mentuanya, begitu juga dengan sister keduaku.. jarang balik mereka beraya di Beaufort, si sebelah adik lelakiku beraya di rumah mentuanya juga.. cuma sibongsu dan isterinya beraya di rumah bonda, tetapi selepas tengahari mereka pun balik ke rumah mak mereka.. tinggallah aku dengan bonta terlunta2.. begitulah setiap tahun. Tahun lepas aku beraya berdua dengan bonda.. sudah dua tahun bonda beraya sendirian setelah step father ku meninggal.... tahun yang lalu aku beraya di Rawang tak sempat balik ke gannu tak ada flihgt itu pong kerana last2 panggilan balik kampung.. dan tahun ini aku beraya di rantauan lagi di sandakan.. meriah raya? disini sangat meriah sekali dengan jemnya dengan orang yang berziarah, jarang aku melihat kemeriahan berhariraya seperti disini.
Tahun ini aku tidak ada membeli apa2 untuk hariraya seperti biasa.. tiada baju raya tiada kasut raya tiada apa2 biarpun sehelai.. sesungguhnya sunat untuk berhariraya kita berpakaian baru.. itu aku faham selalunya kalau beraya di kampung bondaku tetap menjahit sepasang baju untukku biarpun kadangkala baju rayaku siap dipagi raya atau dipetang raya.. tetapi aku jenis anak yang tak banyak soal.. asal ada saja.. seperti sekarang juga aku tau diri, aku tidak ada tempat untuk bermanja lagi.. dulu si annis rajin juga mengantar baju raya atau kuih raya kalau kebetulan aku tidak beraya di kampung .. si mia juga rajin bershopping untuk aku.. sekarang aku cuma sendirian menghitung hari yang datang dan pergi.. menunggu waktu yang entah bila..
kenapa tidak pulang ke kampung untuk beraya? di malam dan pagi raya banyak call yang ku dapat dari kampung juga sms tetapi aku ignorekan semuanya..... mereka akan faham keadaanku.. orang seperti aku tiada gunanya lagi buat mereka.. siapalah aku? ucapan sayang hanya pada tulisan tetapi pada zahir adalah kosong dan tipis sekali itulah yang sebenarnya. Memang aku merasa sangat kecil hati, sesungguhnya saat2 kesusahan kita terkadang kita memerlukan sangat2 pertolongan saudara mara tetapi mereka tidak ada disisi kita, tidak sama seperti kita akan sentiasa ada untuk menolong mereka dalam kesusahan.. rasanya seperti betul kata pepatah.. "kasih sedara masa berada" sekarang aku gelandangan.. siapalah yang sudi untuk menghulur salam pada orang yang seperti aku ini.. pengambal, pencacai.. aku cuma penulisan picisan.. penulisan jalanan .. tetapi aku merasa sangat ikhlas dengan hatiku sendiri.. aku telah merelakan semuanya ada suara anjing menyalak dihujung kawasan perumahan sana.. ada dingin angin malam menyentuh langsir jendela kamarku, aku sendirian saat ini, tersangat sepi sekali dan aku hitung hari2 yang telah lewat bertapa kita telah melukakan hati kita sendiri.. aku dengan payah mahu bangkit untuk mengikhlaskan semuanya.... hariraya aku tidak kemana mana.. biasanya selepas solat hari raya kami bersalam dengan bonda bermaaf2an .. ada tangisan di pagi raya.. tangisan kekesalan.... ada pelukan sayang, ada genangan air mata .. menghalalkan segalanya.. sesungguhnya aku rindu saat2 itu.. disini dipagi raya tiada apa2 yang dapat aku rasakan.. yang ada kekosongan didalam hati.. kata si rin.. untuk meminta maaf bukan cuma di pagi raya..... ya barangkali betul katanya kita boleh memaafkan orang bila bila masa saja boleh mengucup tangan bonda bila2 masa saja.. tetapi dihari raya sesungguhnya mengucup tangan kedua ibubapa adalah saat yang paling indah sekali sesungguhnya beruntung orang yang masih punya ibubapa.. menatap wajah tua ibubapa.. pahalanya berganda2.. aku telah kehilangan abah.. telah kehilangan step father.. tangan siapa lagi yang dapat aku cium.. menjadi seorang anak yang baik bukan cuma balik dirumah dan menghulur duit.. tetapi menghargai kehadiran orangtua...... sayangnya aku gelandangan.. tiada siapa sudi menyapa seorang aku.. bonda pun membuang aku .. sekali aku melakukan kesilapan seakan tiada kemaafan lagi..orang tidak akan merasakan bertapa kita kehilangan kasihsayang ibubapa tidak sama dengan kehilangan kasihsayang seorang kekasih.. sepanjang hidup aku , seumur hidupku aku tidak pernah merasakan bertapa manisnya kasihsayang seorang yang bernama ayah.. aku dilahirkan oleh bonda dan aku menjadi anak bonda.. terkadang menjadikan aku takut pada komitmen hidup berkeluarga padahal tidak semua adik beradik ku menghadapi masalah seperti aku.. mereka bebas berkeluarga dan berbahgia.. namun aku tetap ngeri.... seakan2 fobia dengan institusi kekeluargaan lagi pula aku tidak merasa dekat dengan saudara2ku.. aku di pelihara oleh nenekku sejak dari kecil sehingga enam tahun.. kemudian bonda ku ambil alih setelah nenekku meninggal namun dia terpaksa bekerja untuk menyara keluarga.. aku faham kedudukan bondaku dan menjadikan kami tidak rapat..... namun sejak akhir2 tahun kebelakangan ini aku telah mulai menjadi dewasa dan menerima segalanya dengan penuh sedar, aku memaafkan bonda dan menjadi anak yang taat..... namun hakikatnya kita tidak akan terpandang andai kita tidak punya apa2 pong untuk dibanggakan.. ketaatan kita tidak akan ada harganya itulah yang sebenarnya namun jauh ke sudut hatiku yang amat dalam aku menerimanya sebagai urutan takdir yang perlu aku pipiskan untuk tidak menjadi dendam.. biarlah suatu waktu nanti... andai kali ini ramadhanku yang terakhir aku telah menerima segalanya dengan redha......
kesendirian menjadikan kita pemikir.. beberapa hari yang lepas aku ke Kota Kinabalu.. memandu dalam cuaca yang tidak menentu.. rancangan yang tidak di rancang,. tidur semalam di hotel balik tengahari kemudian ke lahad datu.. sesungguhnya perjalanan kita.. kita tidak tahu sampai dimana..... namun jauh ke sudut hatiku yang sangat dalam aku mendoakan kebahgiaan untuk orang yang aku cintai supaya dia sentiasa dan mendapat kebahgiaan dengan orang yang dia cintai..... begitu juga dengan ahli keluargaku semoga mereka aman tenteram berbahgia.. cuma seorang aku yang sentiasa merasa keluhkesah sementara menanti waktuku tiba..... dan apabila jasad terpisah dengan badan..... tiada lagi yang dapat kita kesalkan.....
saat2 begini kita akan teringat saat manis bersama yang tersayang apa tidaknya hanya kedengaran bunyi keyboard .. bunyi salakan anjing, sesekali deru kereta melimpas.. .. bulan? kelam tak bercahaya..... dan aku masih menongkah di depan pc....... aku cuma gelandangan pencacai dan pengambal.....
ku buka jendela pagi, ada senyum rahmat dari langit ku intai semalam yang suram dalam dingin hujan melata gerimis sampai berembun di pagi hari.. sendu itu masih mahu berpayung didaun hati memilir dengan payahnya resah hati yang kesepian dan keseorangan.. ingin aku bercanda dengan siang supaya riaku menghilangkan dukaku melihat malam yang derita.. ku doakan engkau berbahgia mi amorku!!
tetiba aku merasa disayang seutuhnya, dikasih setulusnya dan dirindu semaunya.. biarpong cuma yang pasti semua itu kepalsuan dan aku tidak mahu peduli lagi.. biarlah aku mengembungkan harapan itu mengembirakan hati sunyi dan sepiku...... tak ingin aku menoleh ke kamar berdarah itu lagi... nun jauh disana aku intai kasih yang dia mahu seutuhnya.. katanyer dia yang mencari aku.. dia yang mahu aku menyayangi dan aku belong untuk dia.. yes!! untuk aper kita gusarkan pada cinta yang sudah mahu pergi, biarlah kita membina harapan yang palsu dari merasa sakitnya di tepi oleh pembohongan yang amat ketara sekali.... biarlah.. aku tidak peduli lagi dan mau peduli lagik......
seharian aku dijalanan .. balik sekejab untuk mandi dan solat kemudian aku keluar lagi.. aku mencari diriku yang tersendiri namun aku merasa kegembiraan dari hatiku entah kenapa..
"jangan simpan kata2 cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal" ... "cinta bukanlah dari kata2, tetapi segumpal keinginan diberi kepada hati yang memerlukannya".."cinta yang suci dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata mata".."sungguh menyakitkan menyintai seseorang yang tidak menyintai kita, tetapi adalah lebih menyakitkan menyintai seseorang dan kamu tidak pernah punyai keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya'.. "jika menyintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya biarpun dia tidak berada disisi kita'"..."cinta bukanlah dari kata2 atau tulisan semata2 ,tetapi segumpal keinginan diberikan kepada hati yang memerlukan".. itu adalah kebenaran .. semua orang boleh menulis atau menaip sms atau menyatakan cinta.. tetapi cinta bukanlah cuma kata2.. fahamilah.. bagaimana untuk membahgiakan orang yang kita cinta.. kerana aku telah mencoba untuk melakukan yang terbaik untuk orang yang aku cinta iaitu memberikan dia kebahgiaan yang dia inginkan biarpun bahgia itu bukan dengan kita.....
tadi semasa sedang aku duduk2 dibangku membaca.. aku lihat satu pasangan couple yang bahgia.. duduk sambil tangan lelaki memaut bahu si perempuan sambil berdekat dekatan kepala bercanda..... gembira ya pasti mereka pasangan yang bahgia.. namun tetiba datang seorang pengawal keselamatan menegur mereka.. aku lagi tersenyum...." tidak manis kalau kelakuan anda dilihat oleh budak2 sekolah.. anda baru kawin?", aku tersenyum lagi kerana aku tetiba melihat indai dijari si perempuan... " ada tempat untuk anda melakukan sebegini..jangan ditempat awam.. tidak elok di lihat oleh orang ramai.. kan anda orang islam.. kalau bukan pung tidak manis dipandang" aku lagi tersenyum lebar.. sesungguhnya jarang ada orang mempunyai keberanian untuk menegur seseorang yang sedang melakukan perbuatan yang tidak manis dipandang.. rasanya jaga itu telah memegang tanggungjawabnya terhadap agama nya.. dan masyarakatnya.. jarang ada.. bahkan kalau di KL aku lihat tidak ada anehnya.. pertama kali baru aku melihat kejadian ini , tetiba aku merasa bangga dengan pengawal keselamatan tersebut.. dia tidak perlu menjadi orang besar.. orang kecil pong berani menegur tetapi budaya menegur dalam masyarakat kita kian menipis... kerana mereka suka melakukan mengikut hati sendiri, perasaan sendiri....... itulah gambaran hidup dunia sekarang.. sesungguhnya di daerah ini banyak yang aku renung dan aku tolehkan .. banyak yang tidak ada ditempat lain.. anak2 yang ramai tidak bersekolah dan menjual bahai banyak disini.....bas yang sentiasa penuh dengan orang.. malam yang sudah mati di bandar biarpun ramai penduduknya.. kadang2 seperti berada dalam dunia yang tersendiri......
tadi petang aku lihat si lyang online di ym aku tegur dia.. hemm semoga dia berbahgia dihari bahgianya nanti dia akan berkawin pada 27hb nanti... semoga menjadi isteri yang baik dan dapat anak2 yang ramai dan dimurahkan rezeki..... dia ketawa.. peh!! abis bukankah tujuan setiap perkawinan itu adalah menambahkan zuriat......kataku lagi aku doakan dia dalam setahun dapat dua anak.. kembar ker? tanya nya......aku jawab tidak... aku tak sanggup tengok perut besar nya nanti.. ceh!! kata ku awal tahun satu akhir tahun satu.....ha'ah...... ader ker cam tu.... yer lah...!! ada anak2 yang ramai adalah meriah dengan karenah mereka...... aku cuma dapat melihat dari jauh.. terkadang seperti pari2...... aku akan mendoakan semua orang yang aku sayang mendapat kebahgiaan.. aku tidak lokek dengan doa... kerana kebahgiaan itu adalah puncak hidup manusia..... kalau hati menderita mereka akan terseksa...... sudahlah terseksa di dunia diakhirat juga mereka terseksa...kesian dengan jasad yang sebegitu....... tetapi sayang aku tidak dapat hadir .. aku tidak juga dapat beri hadiah.... kerana aku tak ada duit tak ada kerja.. tak ada kebun tak ada dusun..... tak ada apa2..... nill noll kataku aku cuma mengutip awan..... dapat duitkah.......tidak.. kenapa tidak kutip tiram dilaut...... aku sudah tidak pandai berenang lagi pong aku sudah pogah......!! aku ingin jauh2 sebenarnya dari semua ini..... ha'ah hidup memang tidak seindah yang kita impikan.........
sudah banyak hari juga sambil menulis sambil aku melepak di chat cikgunet...... sengaja aku begitu untuk melepaskan tekanan perasaan yang melanda.. aku tidak marah bah kan perasaan sayang itu kian merimbun.. mungkin wajah aku buruk sebab itu menakutkan orang...... aku tidak lawa, tidak hensem , tidak cantik, tidak jelita, tidak manis.. aku cuma si pencacai yang tidak ada harga diri.. masih lagi menapak di aspal yang kelabu tanpa berani keluar.. itulah aku sesungguhnya aku tidak ada rancangan yang bagus2 untuk dapatkan duit yang banyak2... kerana bagi ku itu semua sudah tidak penting padaku.. apa guna duit banyak kalau hati kita tak berbahgia? untuk apa kita memeluk orang yang kita cinta andai kita tidak membahgia dia.. bahgia untuk seketika.. memang saat2 awal percintaan , perkawinan semuanya manis belaka..... kentut pun terasa wangi...... tetapi apabila sudah melewati semuanya sudah mendapatkan apa yang diingini semuanya akan menjadi hambar dan tawar....... namun aku bukan orang yang sebegitu.. biarlah aku tidak punya apa2 asalkan perasaan ku tetap subur dan segar dengan rasa cinta.. biarlah tak berbalas pong.............tetapi jangan menipuku dengan tulisan2 konyol dengan kata2 cinta..... tiada keutuhan cinta dan kesetiaan...... jangan pernah membohongi aku lagi.. dan jangan menipu diri sendiri..... cukuplah sudah semua permainan itu...berhentilah dari memberi harapan palsu kepada seorang pencacai seperti aku....... jangan cinta bertukar menjadi benci.....tetapi benci itu di diamkan dalam hati..... menjadi dendam yang tidak ada kesudahannya......janganlah.........!!!
tadi pagi aku keluar awal2 belum jam 7 aku sudah keluar.. tak sempat bersarapan.. balik untuk mandi dan solat kemudian aku keluar lagi.... nasi yang si masni masak masih ada lagi di dapur....tak tersentuh...... tengahari pong dia datang lagi untuk belajar bersama2 kawan2nya dia masak magie tak sempat makan tengahari aku keluar lagi......nasib ku baik ada kawan mahu belanja makan .....makan di restoran zakaria.. tempat yang aku sudah biasa makan.... katanya aku sudah semakin kurus..... aku cuma ketawa.... mungkin orang yang melihat kita hari2 tidak akan perasan tentang diri kita.... tetapi orang yang melihat sekali sekala mungkin dapat melihat..... ha'ah... kurus pong tak per... tapi jangan nampak semakin tua.. heheehe.... balik ke rumah sudah jam 5am lebih.... mengqrut di cikgunet seketika..... kadang2 cuma melepaskan rasa........ yarkkk kadang2 aku boleh berborak sedikit triple X tetapi adatlah kita sudah dewasa........hehehe.........poyo...... yang lebih menyukakan hatiku sakit telingaku dah okies skit......... esok2 biar baik betul.....hemmm!!!!!!!!!!! miss u so much....much!!
Tiba2 ku terjaga dari tidur yang tidak lena
1.49 pagi.... ada keinginan untuk menulis, tetiba saja aku terjaga dari tidur yang tidak lena. Ada rasa lapar, rasa sakit dan rasa rindu yang merangkai tangkai hati... ku kirimkan salam melalui hp.. tak menjawab pasti sudah tidur lena di ulit mimpi nan indah.. maklum orang yang sedang berbahgia pasti dimalam hari tidurnya akan lena.. terbawa2 sehingga ke dalam mimpi. Tak ada keinginan untuk aku melangkah masuk ke dalam mimpinya lagi kerana aku pasti aku cuma akan berada di pinggiran saja.
Terkelip2 memandang siling yang gelap.. aik.... tertiba jerk karan ada lampu dikamar menyala dan kipas berpusing... heh!! sudah sejak petang tadi aku terbaring2 dikatil jadi mata pong tidak mengantuk lagi.. ke tandas cuci muka dan mulai mengadap pc.. parking di cikgunet.. hehehee ada yang menyakat tentang soal cinta....
01:32:49 [sejuk] sumpittt> Keindahan cinta yg berbalas bagaikan tak terucap dgn kata-kata. Ia akan membungakan pamitan rindu yg mendalam dan mengharapkan ia sentiasa subur di persada hati.Tahukah kita bercinta kasih
01:34:42 [sejuk] sumpittt> Kita pasti dianugerahkan rasa sedemikian.Berbanding dgn cinta manusia. Kembara Cinta mengungkap sekelumit ranjau dalam mendamba Cinta Allah. Telah ditentukan fitrah insani,ingin bercinta dan dicintai,cinta pada Tuhan,cinta pada insan. Fitrah manusia
01:37:10 [sejuk] sumpittt> masakan cinta kita akan tersasar dan jauh menyimpang. Kata orang,cinta itu buta.Cinta yg buta hanyalah cinta murahan yg menaruh rasa pada setiap nikmat duniawi yg sementara.Sekadar renungan,penyuburan iman berpaksikan kesungguhan kita menjalin kesucian cinta kepada Pencipta
01:39:56 [sejuk] sumpittt> Sekiranya kamu dapati diri mu menyintai seseorg yg tak membalas cintamu, jgnlah merasa tersisih. Tiada salahnya menyintai seseorg>kerana cinta tak memilih utk singgah di hati seseorg.
01:41:05 [sejuk] sumpittt> Sekiranya kamu di cintai oleh seseorg yg tak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat diri mu tapi kembali kan penghormatan tu dgn cara yg ikhlas & jujur. Jgn amik kesempatan & jgnlah melukakan. Bagaimana kamu mengurus cinta, begitulah jua kamu mengurusi diri mu. Setiap hati & pra
01:43:03 [sejuk] sumpittt> Sekiranya ! kita bercinta dgn seseorg yg begitu menyintai diri kita & tiba2 cinta memilih utk pergi, tiada siapa yg harus di persalahkan... relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yg berlaku ade maksud yg tersembunyi & kita akan menyedari apabila masa silih berganti
01:44:31 [sejuk] sumpittt> Ingatlah bahawa jgn terlalu memilih cinta. Kerana cinta sendiri akan memilih utk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta dgn segala misteri di dlmnya apabila ia dtg mengetuk pintu hati mu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidup mu bahagia
hahaha.....aku cuma gelak sendiri, yer laa semua orang boleh menulis apa saja, menaip apa saja padahal yang tersurat dan tersiratnya adalah sangat berbeza sekali. Kita boleh mengatakan kita sangat cinta pada seseorang dan akan memilihnya..kalau diberi pilihan , tetapi pada hal dalam realiti sebenarnya kita sangat beruntung tidak memilih dia dan sangat bersyukur dia tidak kita pilih kerana sesungguhnya kita sangat menyampah kat dia.. kata orang cakap tak serupa bikin.. kita tidak mendengar keluhannya, kita tidak perasa akan perasaannya.. kita cuma boleh tulis saja... boleh cakap saja tetapi kita tidak mendalami apa yang kita cakapkan.. itulah yang dinamakan cakap tak serupa bikin..cuma hati yang terluka itu saja yang merasakan apa yang dirasakan jadi jangan sebarangan menulis.... dan jangan menipu diri sendiri nak tipu orang lain boleh lah.....sebab tidak merugikan diri sendiri.. kerana kadang kala orang boleh melihat dari gaya dan perwatakan kita dari nalurinya dapat dirasakan.. dari geraklaku sudah boleh diterka.. antara kasih dan kasihan...... jadi jujurlah kita pada diri sendiri.. biarpong kita tidak mahu jujur dengan orang lain........
ku kembangkan layar untuk bercanda dengan angin... terasa sangat ingin sekali bercanda dengan seseorang disaat2 nan begini.. terlebih baring dan terlebih tidor apa nak buat karan tak derk sejak dari pukul 4 ptang lagi semasa aku sedang sembang dengan rafidah nan budak tenom dan cikgu izza .. di YM.. sambil parking di cn.......perut terasa sangat lapar tetapi malas pula nak makan.. apa yang ada kat dapur tu....entahlah..... sekarang rasa cam2 malas nak makan jer biarpong perut lapar..
kehidupan ini umpama roda kadangkala kita diatas kadangkala kita dibawah..... dapat sms dari seseorang.. aneh juga ungkapan sayang.. memang dia yang mahu aku menyayanginya.. dia yang mencari aku.. namun cuma sampai disitu sajakah ungkapan sayang? cuma berbalas2 sms.... sesekali tepon sedang setiap saat kita akan memerlukan orang yang kita sayang dalam setiap ketika.. dan waktu.. untuk memberi kekuatan dalam diri kita... tetapi dimana kah dia? itulah selalu pitt cakap semua ungkapan sayang kasih dan cinta cuma boleh ditulis saja.. tetapi bukan lakaran yang sebenarnya akan lahir dari hati..... main2.. cuma main saja.... kita tidak melakukan mengikut apa yang kita nyatakan.. cuma penyataan saja....... bertapa murahnya nilai perasaan itu sebenarnya.. peh!!
kat sini memang suka sangat mati karan.. dalam sehari mesti ada mati karan.. kadang2 sampai separuh hari....kesian juga kepada peniaga2 apa nak buat barangkali sistem disini memang begini.. aku sendiri tidak tahu nak buat apa apabila mati karan.. baring2 saja dikatil...
Don't buy Vista Security
|
|
|