SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Monday, November 21, 2005
    ku kembangkan layar cuba bercanda dengan angin

    m'ning...... ku kembangkan layar cuba bercanda dengan angin, sayangnya angin sangat pemalu di pagi2 begini. Belum mandi lagi sudah ngadap pc, heh!! aper nak jadi dengan sipencacai sorang ni. Hari ni tak puasa sebab cam tak larat jerk.. lagi pong da dapat empat hari nanti esok lusa buat lagi bulan syawal masih ada lagik. Semalam beli telur asin 6 biji kat pasaraya sebenarnya semuanya buruk hampagas tull kalau dekat memang da dicampakkan ke muker bossnyer hehe tapi dia pong maner tau sebab telur tu berbalut ngan arang... peh!! buang2 duit jak.
    pagi2 aku da melangut di cn tempat chatting kenkawan best jugak menyakat bebudak kat situ.. aku sebenarnya da lama tak buat perangai lama aku duduk diam2 kat room cn sambil tengok orang borak. .. teringat dekat Baby* aku tu.. jumpa dia kat room chatting ler tapi dia tak suka laks kat aku mungkin sebab aku cuma pencacai jerk..

    ku kembangkan layar
    cuba bercanda dengan angin
    ku kembangkan layar
    bermain dengan awan
     
    aik asyik bersin jerk ni.......tak kan nak selsema lagi...... chow dulu ler mandi...... bubai i luv u me amor


    Photobucket

    Sunday, November 20, 2005
    ~Listen 2 ur heart~

    Kerinduan - Sheila Majid

    dahulu pernah ku bersumpah  Selalu setia jika ku mencinta
    Masih melekat rasa itu
    Saat cintamu datang padaku

    Semua terwujud saat kau singgah
    Panasi cinta untuk setia merindu

    Kerinduan ...
    Tak akan menghilang
    Kan selalu kurasa
    Tak mampu ku menghindar

    Kau berikan apa yang ku pinta
    Kau mengikat ku dalam cinta
    Temaniku dalam setia

    Aku tak pernah mengharapkan
    Cinta lain datang membelaiku
    Aku dapat slalu bertahan
    Menahan cintamu di sukmaku

    Kehadiranmu basuh jiwaku
    Engkau sulutkan api cinta diriku

    Kerinduan ...
    Tak akan menghilang
    Kan selalu kurasa
    Tak mampu ku menghindar

    Kau berikan apa yang ku pinta
    Kau mengikat ku dalam cinta
    Temaniku dalam jalani hidup ini

    itu aku si pencacai..... jangan pernah menjadi seperti seorang aku.. jam menunjukkan 9.08 aku tertido selepas berbuka puasa.. mandi dan solat isyak kemudian qada' solat magrib yang aku tertinggal.. memang aku tidak sedar diri tadi...... kelaparan satu hal mungkin kerana terlalu menahan rasa sakit.. semuanya tersimpan sehingga merebahkan aku dalam situasi yang aku sendiri tidak sedar.. terbungkang di katil... kalau mati mestilah mati sendirian.... tetapi itulah hakikat bukan semua orang akan kesana...... kenapa aku menulis lirik diatas? sebenarnya aku rasa lirik itu telah ada pada entries ku yang lalu.... lagu kesukaan ku dari sheila majid kerinduan... lagu itu benar2 meruntum tangkai hati kalau kita sedang kerinduan pada seseorang....... tetapi pada siapakah untuk aku rindukan....layakkah seorang aku untuk merindui seseorang?
    tadi aku berbuka puasa dengan teh o panas dengan sisa baki roti dua hari lepas... sementara menunggu nasi masak dan telur asin rebus.... yang ku beli sudah hampir jam 5.30pm.. sudah hampir waktu berbuka baru aku ke parkwell untuk membeli barang untuk berbuka puasa ada ku belikan sardin, udang kecil dan tepung cucur segera adabi tetapi aku simpan saja didalam ais box.. malangnya telur asin itu yang 2 biji saja yang bagus..... semacam nasibku juga...... lepas makan nasi yang sengaja aku masakan agak lembik.... supaya perut gastrik ku tidak sakit...... aku tertido pulas......telingaku masih sakit lagi.. agaknya bengkak didalam lubang telinga.....ditambah dengan sakit disebelah kanan perutku.. hemm tahan sajalah..... sudah dua bulan sejak aku putuskan untuk tidak menerima apa2 bantuan dari si mia.. aku benar2 minta dia hentikan semua bantuannya.... cukuplah sudah budinya dan aku tidak mahu termakan budi lagi.....aku tahu dia sangat baik denganku..... dan amat baik tetapi jujurlah pada diri sendiri aku tidak mahu dikasihani.. sungguh sakit merasa diri kasihani bukan disayangi dan dicintai seutuhnya........
                                aku ingin diam2 saja sekarang ini..... menghitung masa yang meninggalkan aku.. hemmm di kaca tv tarzan sedang bermesra dengan si janenya.. romantik betul .. aku tersenyum renyah....,. masa2 indah kita dicintai telah tamat.. sesungguhnya ungkapan cinta itu hanyalah mainan bagi setengah orang.. mereka tidak faham apa sebenarnya pengertian cinta kasih sayang dan rindu....... kalau cuma sebagai ungkapan semua orang tahu tetapi didalamnya terakum semua perasaan, pengorbanan dan pengertian, kesetiaan ketulusan.. kebenaran dan kejujuran... kita tidak boleh menipu cinta.. jangan kasihan kita nyatakan cinta sedang mata kita tidak menyinarkan perasaan itu..... belaian dan manjaan itu adalah perasaan kasih belas semata2.......cukuplah sudah aku dikasihani......"how can i choose to live with u ..cuz i dont know who are u...." yes.. kita tidak boleh memilih untuk hidup dengan seseorang yang kita tidak kenali..... bagaimana kehidupan kita dengan orang asing? "hey whatever"......"mung.........." sms yang aku ignorekan...... "jawablah sms ini kalau mung sayang......" juga aku ignorekan.... untuk apa? kalau sekadar jawapan yang berpura2 dari hati kita yang sakit? untuk apa kita menyakitkan perasaan orang yang kita cinta.. sedang kita tidak pernah ingin melukakannya? sesungguhnya melepas bebaskan orang yang kita cinta kepada yang lebih berhak itu adalah pengorbanan yang amat menyakitkan sekali..... hey whatever....... Well I can't control the universe
    Cause I'm only a man
    And I've been reading the papers
    But they won't tell me who I am

    If you really need a new philosophy
    Well there's one that makes sense
    The one I profess but I say

    Hey whatever
    Let your beauty come alive
    Let your colour fill the sky
    And say whatever
    Why don't you liberate your mind
    Let your colour fill the sky

    All the world's a waiting room
    And we're standing in line
    For the answers to the question
    "What makes this fine?"

    Don't let them change your story
    Won't let them change your song
    Don't let the gurus and philosophers lead you on
    Ahh...

    Wooo!
    It's like taking a seat at the roulette table
    Just spinning the wheel
    Good or bad just take what comes
    Don't change how you feel
    Youre a champion of science
    Or are y'just some freak show's fool
    What can not be proved, no no
    Can still be true
    And I say

    Ahhh...
    Heeey whatever

    Ku Membayangi…Jiwa Hatimu
    Tapi Perpisahan Menunggu
    Ku Ingin Membelaimu
    Namun Kasihku Tiada Restu
    Diri Begini…Kerna Selama
    Ditinggalkan Marah Sengsara
    Hingga Hilang Terlupa
    Siapa Aku Sebenarnya Sayang…
    Oh..Dengarlah Sayu Tangisanku
    Mengapa Degupanmu Ku Seru
    Kerna Kesepian nan Terlalu
    Kembalikan Hidup Yang Ku Rindu
    Oh..Dengarlah Sunyi Tangisanku
    Kau Tahu Ku Amat Menyayangimu
    Oh Pergilah Kau Bukan Milikku
    Pulang Pada Yang Mengasihi… Dirimu…
    ( Kau Ku Seru…Kesepian Berlalu…Maafkan Daku )
    Sampai Disini
    Ku Lepas Kau Pergi
    Biar Ku Damai Bersemadi
    Lukamu Ku Mengerti
    Kan Ku Hilangkan Derita…Ini…

    entah apa2 entries pitt malam ni..... sesungguhnya banyak sms yang masuk dalam hp tapi malas nak jawab  lagi pong kredit  tarak hehee......Telah ku mungkiri janjiku lagi
    Walau seribu kali
    Ku ulang sendiri
    Aku takkan tempuh lagi
    Apakah kau terima cintaku lagi
    Setelah ku berpaling
    Dari pandanganMu
    Yang kabur kerna jahilnya aku
    Mengapa cintaMu tak pernah hadir
    Subur dalam jiwaku
    Agarku tetap bahagia
    Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
    Aku tanpa cintaMu
    Bagai layang-layang terputus talinya
    Telah ku mungkiri janjiku lagi
    Walau seribu kali
    Ku ulang sendiri
    Aku takkan tempuh lagi
    Apakah kau terima cintaku lagi
    Setelah ku berpaling
    Dari pandanganMu
    Yang kabur kerna jahilnya aku
    Masihkah ada sekelumit belas
    Mengemis kasihMu Tuhan
    Untukku berpaut dan bersandar
    Aku di sini kan tetap terus mencuba
    Untuk beroleh cintaMu
    Walau ranjaunya menusuk pedih ...... ni lagu yang paling bagus sekali yang pernah ku dengar tahun ni.. tetapi sangat dalam maksudnya.. kita selalu mungkin dengan Allah.. selalu saja menyampingkan Allah.. padahal dulu2 sebelum roh kita ditiupkan ke rahim ibu kita.. roh itu telah berjanji dengan Allah untuk menjadi orang yang taat padaNya.. tetapi apa bila dah jadi orang nilah jadinya kita.. selalu engkau padaNya padahal nanti kita akan kembali juga kepadaNya.....
    sakit tul telinga sebelah kanan ni......dah korek2 ngan getah.. tetapi still gak terasa gatal2... hemm citer tarzan kat tv belum lagik abis.. teringat baca posting kat blog izza hemm kadang2 rindu juga pitt dengan anak dara muar tu.. rindu mesra2 ngan dia.. dia  sahabat baik pitt orang nya cun juga tetapi sayangnya dia tak pilih pitt hehe kalau tak da senang da hidup di Muar.. boleh tolong masak memasak didapur sebab pitt didapur pendiam.. main campak2 jerk kat kuali dan tak suka sepah2.. di dapur.. dapur mesti kemas gitu.... sedar2 da masak.. tapi rasanya entah aper2 ler.. boleh ler dimakan.. dan lagi pitt tak suka cakap kasar.. kalau marah pong pukul dinding jer tak pernah nak tampar ker lempang orang ker.. tak pernah nak tinggi2 suara kalau marah.. apalagi nak cakap yang karut marut.. kalau orang sindir ker orang hina ker pada diri pitt kadang2 pitt dendiam jerk.. tetapi pitt suka cakap terus terang.....pitt boleh drive jejauh.. kalau tak der keter leh ajak bermain tenet jerk.. lagi pong pitt jenis yang tak suka jalan2 tak tentu hala tetapi kadang2 kalau tensen tu best juga ikut orang ke pasar malam ker pasar siang ker.. skang hobi tengok orang di pasar..... (sebenarnya nak alih perasaan dari rasa sunyi yang amat sangat ni...... kat luar tu sunyi betul.. semalam hujan lebat giler .. cam biasa tahan ler sakit dada.. sama ngan sakit perut.. perut sebelah kanan ni selalu jerk skang ni sakit.. senak2 mungkin kerana kurang makan kut......)
    teringat tadi borak2 ngan dr.t di cn dia tanya pitt kerja apa? pitt cakap pitt kerja pencacai jer......dia cakap pitt penipu....laaa abis kalau cakap betul dikatakan penipu laks.. nanti kalau dia tanya pitt kerja aper pitt cakap arr kerja loyar.. heehe......pastu nanti tuduh cakap bebukan pulak..... sebenarnya saat ni pitt rindukan seseorang..... tetapi sayangnya rasa rindu itu mesti pitt matikan.. untuk apa kita rindu pada orang yang bukan hak kita? untuk apa kita terhegeh hegeh sayang kat orang tetapi orang tak pandang kita.. nyampah ngan kita.. untuk apa..?memang saat bercinta ni semua indah belaka... di panggil ayang, sayang, mayang, gayang.... kalau da tak sayang kasih.. aku, engkau jerk... manusia sungguh cepat menjadi pelupa.....


    tomorrow never come...entahlah..... rasa2 mesti come jugak... ooo i miss u.... miss u so much!!!


    Photobucket

    Friday, November 18, 2005
    Setelah sekian lama menyepi ada batas rindu yg mulai gugur dari tangkai hati akulah itu si gelandangan pencacai dijalanan

    ambilkan untukku, secarik biru langit pagi itu
    (kata ibuku, di sana doa-doa bagi kita diaminkan oleh seribu malaikat)
     
    akan kulukis setangkai mimpi , tempat kurekat daun-daun hati ini
    mungkin 'kan tumbuh kuntum melati, yang bisa kita semat di jalan pelangi
    untuk kupandang dalam temaram
    untuk kugenggam di kala bimbang
     
    agar tak lagi kuhentikan angin, yang sibuk menggugurkan musim
    agar tak kuganggu resah ilalang, yang berbisik menganyam kesepian
    agar tak ada jeda serak udara, setiap kuminta lagi engkau berkata
    : aku cinta

    indah bukan kata2 puitis itu, secarik biru langit.. saat ini dilangit sungguh indah sekali, gumpalan awan seperti kapas yang banyak di langit, udara tenang dan nyaman, kedengaran suara burung2 berkicauan mencari makan, sesekali deru kereta melintas dijalanan, bau rumput yang dipotong semalam masih lagi terasa. pagi yang cukup indah sekali. Aku tidak sukar untuk bangun pagi dua hari ni, semalam pong aku bangun jam 5am.. pagi ini pong lebih kurang sama juga.. tetapi terlepas juga waktu sahur. disini sahurnya jam empat lebih sudah habis... semalam baru aku dapat mulai berpuasa lagi tetapi tak bangkit untuk sahur dan tadi petang pong aku berbuka dengan roti yang aku beli semalam semasa on d way balik flat dengan teh o panas, nak keluar mencari makanan lain aku malas dan untuk masak pong aku lagi malas apa lagi kalau makan sorang diri.Teman2 serumah tak ada semua da balik ke rumah masing2 cuma tinggal aku sorang diri.
    "akan ku lukis setangkai mimpi, tempat ku rekat daun daun hati ini..... tetapi semalam aku tidak bermimpi dan hari ini aku tak akan mungkin melukis biarpun secarik lakaran kerana mimpiku cuma mimpi sendu.. dan aku tidak ingin ikut terus2an sendu.. aku selalu ingat pada seorang teman jauhku.. cubalah bergembira dan pasti dia suka melihat hatiku gembira.. dan aku sedang mengembirakan hatiku sesungguhnya aku ikhlas dengan mu Allah!! aku menerima lingkaran takdirmu dengan penuh rela dan rehda. tidak ada tangan yang bisa aku genggam lagi andai aku sedang bimbang dan risau.. tidak akan ada lagi yang akan ku dakap kemas2 andai aku dalam kesepian... teman bicaraku cuma jendela kaca yang bisu namun sangat petah bercakap denganku.. dalam temaran semalam cuma wajah itu yang terlukis dihati sepi..namun aku tidak lagi memberhentikan angin untuk menyampaikan salam rinduku kepadanya...biarlah hati dipalit kesepian yang amat sangat biarlah kita berjarak dalam hiba untuk apa kita ukirkan segala mimpi andai kita tahu akan kesakitan dan kelukaan lah yang bakal datang.. aku ingin serakkan semua mimpi bertaburan di aspal sana supaya aku boleh tersenyum dengan penuh manis dan tulusnya tanpa menyimpan dendam pong.....mendoakan semua orang berbahgia dengan hidup masing2 berbahgia dengan yang tersayang, tercinta bergembira seisi keluarga tanpa menoleh kepada seorang aku sipencacai yang gelandangan dijalanan... siapalah aku untuk ditolehkan? aku cuma menumpang berteduh untuk sementara di bumi ini pabila jasad berpisah dengan roh.. terpisah dari badan semua kesakitan yang pernah dilontarkan dalam hati kita.......
    ketabahan seseorang akan sentiasa teruji kerana hidup ini adalah satu ujian yang sangat hebat.
    Hariraya yang lepas aku tidak kemana2 cuma duduk2 dirumah sahaja, ada keinginan untuk menyentuh tangan tua untuk aku kucup di pagi raya.. tetapi tiada keberanian aku teringat bonda ku dikampung sana setiap kali raya... selepas bonda balik dari solat hariraya kami akan bersalam salaman, ada pelukan kasihsayang yang kukuh, ada tangisan kekesalan di pagi raya, ada kemaafan yang tulus dari hati...... semuanya menjadi pemaaf sungguh syahdu sebenarnya saat2 itu........memanglah setiap hari kita boleh memaafkan orang... bukan cuma hariraya....tetapi andai dihariraya ertinya lebih besar. Bersalam dihariraya adalah lain rasanya  dari kita bersalam dihari2 biasa.. benar mungkin katamu kita berbeza tetapi lukisan hidup tak pernah ada bezanya...raya kali ini aku melihat meriahnya orang berhariraya cuma dan aku cuba untuk memeriahkan dihatiku juga.
    Teringat dikampung dengan lemang ketupat rendang nasi impit mee hoon goreng laksa nasi dagang nasi beriani.. yark kalau aku beraya dikampung terkadang aku selalu memaksa bonda membuat nasi beriani........ ada kawan bonda yang pandai membuat nasi beriani dan sangat sedap berbeza rasanya dari makan di kedai...... aku memang suka nasi beriani.. apa lagi dengan ayam goreng, kuah dalca yang bonda buatkan dengan acar bonda.. terasa sangat keenakannya...tetapi disini yang ada makanan hampir sama bahan2 nya tetapi cuma buatannya saja yang lain.....cara memasak atau cara membungkusnya..... tapai  pulut hitam pertama kali aku makan , namun pasti rasanya  tidak sama dengan tapai pulut putih yang biasa aku makan pemberian emak mentua si sebelah,, emak mentua sisebelah selalu memberikan kami tapai pulut di pagi raya kerana dia tahu aku suka makan tapai..... heran juga aku kenapa tapai dihari hari raya terasa sangat sedapnya berbeza dengan tapai yang dapat kita beli di kedai2 pada hari2 biasa.......mungkin itulah kelebihannya apabila kita berpuasa selama sebulan... kita mulai dapat merasa keenakan makanan...namun aku tidak berapa suka makan lemang atau ketupat.. di hariraya pertama biasanya rumahkulah tempat saudara mara datang bertamu ... sehingga hariraya ke tiga dan keempat...saudara mara bondaku...... ramai betul saudara maranya...... teringat tahun lepas tak henti2 bonda melayan anak buahnya yang datang sehingga hariraya keempat baru dia dapat berkunjung balas berhariraya tetapi biasanya bagi bondaku dia beraya selepas berpuasa enam...... itulah setiap tahun.. selepas hariraya pertama bonda terus  berpuasa...... sudah lama aku melihat bondaku begitu.....kadang2 terasa sejuk dihatiku mendapatkan seorang bonda yang taat dengan perintah Allah......anaknya ......hehehee.........selalu saja engkar biarpun dalam diam sebenarnya aku lakukan juga......
                                                 sebelum dan semasa hariraya, malam raya banyak call dari kampung masuk, sms dari kampung juga.....namun aku ignorekan semuanya. Teringat pertanyaan sahabatku jauhku...... kenapa aku tidak balik kampung berhariraya?  aku tidak balik kampung kerana aku ingin merasakan bagaimana berhariraya disini.....untuk merasakan apa bezanya apabila kita berhariraya di kampung dengan ditempat lain..... kenapa semua orang suka balik kampung bila berhariraya..... memang beza rayanya tetapi yang paling penting adalah hati kita yang ikhlas..... apabila hati kita merasa bahgia........kita berhariraya dimana pong akan terasa bahgianya...... andai kita menderita.... hati kita terluka.... dimana pong kita berhariraya akan tetap sama perasaan luka itu... kemalangan dijalanraya juga banyak....apa guna balik kampung andai cuma yang balik hanya jasad.. di tv pong asyik cerita yang sama .....kemalangan dihariraya..... kenapa mesti begitu? kerana sikap sendiri kerana ego hati.... semuanya bertitik tolak dari hati...... kalau kita benar2 mahu balik berhariraya di kampung kita akan berhati2.....dengan apa juga yang kita lakukan. Itulah masalah di negara kita setiap tahun kemalangan maut dialanraya tidak akan pernah habis andai sikap pemandu2 tidak berubah .. hehe aku juga memandu kereta long distance......pergi KK dua tiga hari yang lepas kemudian pergi Lahad Datu lagi....... tetapi aku rasa aku pemandu yang berhemah... memotong apabila boleh memotong .. teringat aku memotong konvoi lori2 askar....hehee kemudian mereka memotong ku kembali.....
    gelas2 kaca  berikan aku cerita
    cerita tentang hariraya di kampung
    cerita tentang dia nun disana
    ceritakan akan kebenaran hatinya
    apakah masih ada rindu dihatinya untuk seorang aku?
    gelas2 kaca berikan aku cerita........
    bukan cerita ngeri dijalanraya
    tetapi cerita manisnya berhariraya

    aku ingin diam seperti pintu
    supaya tidak menghentam apabila sedang marah
    aku ingin diam seperti lantai
    tak kisah siapa pong yang memijakku
    aku ingin diam seperti bisu
    tetapi aku tidak tinggal diam
    kerana aku dilahirkan sebagai manusia.....!!!

    matahari sudah mulai naik... udara sudah mula terasa panasnya........ sorry aku nak p mandi dulu..... lain kali menulis lagi...... memang lama betul aku tak menulis di blog ni......bukan tak ada idea ada.. cuma seorang aku terkadang seperti mengemis.......aku setelusnya mengikhlaskan segalanya...... selamat berbahgia semuanya dengan orang yang tercinta....tersayagn terkasih......ku doakan semuanya berbahgia...... salam hariraya maaf zahir dan batin.
                                                                                          
    7.12am


    Photobucket

    Tuesday, October 18, 2005
    ~~I'm sorry~~

    tuesday 8.53am lewat jendela kaca

    assalamualaikum (telan liur yg kering) entah pada siapa aku menghulur salam (pada siapa2lah yg sudi membaca salamku).. saat ini, ketika ini, detik ini.. perasaanku.. yup perasaanku jauh nun disudut yang amat dalam sekali terasa sangat sakitnya.. ngilu dan menyentuh sekali tangkai hatiku.. aku sendiri tidak tau kenapa terasa sangat sayu, sangat belas, sangat pedih, sangat terluka...namun aku kerahkan kekuatanku untuk tidak ikut merasa terlalu banyak perasaan yg sangat menyedihkan relung hatiku. Terasa diri sangat tidak berharga, sangat tidak berguna, sangat tidak diperlukan.. sangat disisihkan sangat dipersia siakan, terasa sangat jauh dan sangat jauh sekali dari semua perasaan yang pernah melekat .. jauh hati, kecil hati, hiba hati.. semuanya merangkum dalam perasaan yang satu ini.. (aku mengeluh dan kembali aku kepadaNya.. bertapa besarnya ujian yang dia timpakan kepadaku insan yang tersangat lemah dan daifnya  namun aku bersyukur kerana aku sentiasa di uji supaya perasaanku akan terus mendekat padaNya dan aku tidak lari dariNya)

    Aku sebenarnya bukanlah seorang yang kuat, aku tidak teguh kerana tidak teguhlah aku sentiasa bergoyang, aku sentiasa memberi harapan untuk hatiku sendiri, sentiasa mengubat sendiri perasaan sakitku, perasaan rajukku.. perasaan kecewaku, semua itu aku sendiri yang mengulumnya.. aku tidak berani untuk membuka semua perasaanku.. supaya aku tidak menyentuh lagi perasaan orang lain.. biarlah semua itu diam diam dalam hati ku sendiri.. aku tindas semua itu demi menjaga perasan orang lain..untuk tidak ikut larut dalama ketidak tentuan perasaanku.. siapalah aku untuk dihargai, untuk diberi harapan, untuk dibelai dan dimanja.. untuk dijaga hatiku... siapalah aku cuma seorang gelandangan yang tak ada harganya dimata siapapong...

    hard to say i'm sorry.. tapi itulah mesti yang aku katakan.. I"M SORRY  .. maafkan aku kerana seorang aku tidak menjadi yang terbagus .. yang terbaik .. yg mengerti .. yang tulus.. yang perasa.. dan tidak dapat melepaskan semua perasaan itu.. aku sebenarnya memang ingin melepaskannya supaya engkau tidak merasa terikat dengan kasihanmu dan engkau bebas untuk bercinta.. (sekarang pong engkau bebas bukan?) .. aku tidak mahu lagi terdampar pada kesakitan oleh ketidak teguhan  hatiku sendiri.. aku ingin mengikhlaskan segalanya... aku yang salah dan silap.. aku yang menyakitkan hatimu.. aku yang melukakan engkau lagi.. maafkan aku bukan niatku.. sungguh aku sangat menyayangimu dan menyintaimu kalau boleh aku ingin melepaskan semua perasaan itu supaya engkau tidak lagi terikat denganku untuk selamanya.. supaya engkau menjadi si camar... bukankah itu yang kau inginkan? ...terkadang memang nampak seperti aku berbicara sendirian.. merepek.. tetapi itulah realiti dan kenyataan yang ada didalam hati yang tak berani kau luahkah.. aku sering kali memandang pada sinar matamu.. dan aku mencari ketulusan dan keikhlasan didalam sana.. benarkah masih kukuh perasaan itu? atau cuma aku dipermainkan lagi oleh urutan takdir yang seringkali tidak menyebelahiku? aku mahu kuat untuk melepaskan semuanya...(aku pejamkan mata.. membayangkan semuanya tentang engkau... jujurkan engkau padaku? .. jangan berpura pura nanti engkau menjadi kura kura.. ) terkadang aku sering kali melakukan kesilapan yang sama.. aku cuba untuk menahan hatiku untuk tidak terlalu perasa denganmu... untuk merelakan disakiti hatiku.. dan aku cuma mahu mendiamkan diriku.. menikmati rasa sakit yang tertoreh itu.. biarlah lukanya berdarah lagi.. demi engkau aku sanggup..sampai bila2 pong engkau menyakitkan dan melukakan hatiku aku sanggup menerimanya.. kerana aku sangat sangat menyintaimu dan akan aku korbankan apa saja demi engkau..
                                       Ramadhan kali ini.. sangat bermakna sekali untuk seorang aku..kita dekat namun terasa sangat jauh.. tidak seperti tahun lepas.. kita jauh namun terasa sangat berdekatan sekali.. mungkin kerana waktu itu cuma aku yang ada dihatimu... aku tidak mahu memikirkan yang bukan2 lagi.. aku ingin melepaskan segalanya..

    Bulan ramadhan.. adalah bulan untuk orang bermaaf maafan.. untuk kembali kepangkuan keluarga  merapatkan kembali ikatan... namun aku.. seorang aku merasa sangat sendirinya.. tahun inilah aku merasakan tersangat sendiri nya aku.. dulu2 pong aku beraya di kampung.. beraya dengan bondaku.. kalau sister2ku tak balik kampung dan kami raya berdua.. masih juga aku merasa sendiri kerana aku dengan duniaku yang tersendiri..seingatku sudah lama aku tidak merasa meriah berhariraya.. semenjak aku kehilangan nenekku... sejak itu raya bagiku terasa seperti hambar.. hari makan2.. dapat duit raya.. atau tugas rutinku membawa bondaku beraya di rumah saudara maranya pada hari raya kedua, ketiga.. atau menemankan bondaku berpuasa enam.. sejak adik beradikku.. aku ada dua orang sister dan dua orang adik lelaki.. yang sudah berkeluarga.. pada setiap hari raya mereka akan beraya di rumah mentua masing2... sister keduaku beraya di Labuan.. tahun ni mungkin lah beraya dengan bondaku.. pasti meriah dan gembira mereka..namun aku tetap saja sebegini.. dengan hatiku yang sendiri.. jarang berbaju raya...kalau dikampung pong hari raya aku still mengadap pc.. mengodak godek keyboard.. tetap terperap dalam bilikku... kalau aku tak ada pong mereka bukannya terasa.. kerana siapalah seorang aku... cuma gelandangan yang tak ada nilainya dimata sesiapapong... yang menanti saatnya kembali.. tetapi entah bila.. terkadang penantian itu sangat menyakitkan sekali..
                                                  
    terkadang kita tidak menyedari kita telah menyakitkan hati orang... menyentuh perasaan orang .. maafkan aku untuk segalanya.. maafkan aku andai aku pernah menyakitkan hati semua orang... maafkan aku andai tiada lagi kesempatan itu untuk aku katakan... maafkan aku.. dan lepaskan semuanya... jangan ada kekejian jangan ada keterpaksaan lagi.. berikanlah dengan seikhlasnya... selamat berbuka puasa...
    Tuhanku!!!
    aku menyebutmu dengan penuh kasihsayang
    dengan penuh pengertian... dengan penuh keredhaan
    sesungguh andai takdir ini lebih baik untuk aku
    aku rela dan redha seikhlas hatiku
    dan andai kepergian itu lebih baik untuk seorang aku
    akan aku tinggalkan semua ini demi keredhaanmu juga..
    keseorangan dalam hidup..kesendirian namun masih ada Engkau
    biarpun tidak menyentuh  mengubah...tulisanMu aku menerimanya
    dengan penuh tulus...aku ingin ikhlas dengan semuanya..
    Tuhanku!!
    dengan penuh kerendahan hati
    aku memohon engkau lepas bebaskan semua itu
    dari hatinya... supaya dia tidak terikat dengan kenangan bersamaku..
    seorang aku yang sentiasa saja melakukan kesilapan
    Tuhanku!!
    andai ramadhan ini yang terakhir untukku..
    aku rela dan merasa bahgia engkau telah memberi aku peluang
    untuk merasa bahgia biarpun cuma seketika..


    Photobucket

    Posted at 08:52 am by sumpitt
    Comment (1)  


    Sunday, October 16, 2005
    ~salam ramadhan dari kejauhan~

    Sudah hampir pertengahan puasa.. baru sekarang aku menulis kembali, maafkan andai banyak email2 yang masuk boxku tidak aku jawab.. tetapi ketahuilah aku amat menghargai semuanya.. setiap pertanyaan yang datang, setiap jawapan yang diperlukan, setiap teguran yang disisipkan.. cuma aku tidak punya kekuatan untuk menjawabnya.. seawal awal masuk bulan puasa aku sudah tidak sihat... tetapi seperti kata sahabatku aku mesti kuat dan tabah.. kerana aku masih diberi kekuatan dan ketabahan.. andai aku tumbang pong aku akan sendirian dihujung dunia yang jauh dari segalanya. Terimakasih diatas ucapan, ingatan... dan kegusaran... jutaan terimakasih atas semuanya kerana masih lagi ada tanda kenangan , tanda ingatan untuk anak gelandangan seperti aku..
    seawal puasa aku dapat sms dari sisebelah..( adik lelakiku yang pertama) aku sudah lupa bunyi smsnya kerana aku dapat baca dan aku delete... aku jarang menyimpan sms orang sekarang ini.. dan aku jarang juga top up hpku selain tidak berkemampuan.. aku tidak punya keinginan untuk menjawab sms2 yang masuk... biarlah semua itu seperti angin yang melewati kamar sepiku...
    20hb okt.. selamat harilahir untuk lyang.. semoga dia berbahgia dengan tunang tercinta, keluarga tersayang dan teman2 yang dikasihinya... aku tak punya apa2 hadiah untuknya tahun ini.. lagipong untuk apa seorang aku mengusik kenangan yang akan melukakan hatinya.. orang2 seperti aku tidak selayaknya untuk diingat.. orang yang sentiasa melukakan hati orang... maafkan aku andai sepanjang mengenaliku engkau sentiasa saja menangis.. atau sentiasa saja terluka.. namun segala kenangan diantara kita akan tetap ada di kamar hatiku biarpun aku cuba untuk mengunci mati.. kerana orang seperti aku cuma kenangan sajalah yang akan menemani hidupku yang singkat ini...

                                           teringat pada puasaku tahun lepas...  ada kenangan yang akan tetap segar dalam ingatan.. manisnya masih terasa, apakah perasaan itu masih lagi kuat diantara kita? aku sendiri sudah tidak mencari jalannya... aku sudah tidak berani lagi bertanya pada hatiku.. biarpun didalam sana sering kali aku nyanyikan irama yang sama.... cinta itu tumbuh tanpa aku izinkan... dan aku biarkan mekar dalam hatiku.. tapi engkau mengopaknya keluar sehingga aku mencalarkan hatimu.. sehingga kita ditemukan.. dan andai nanti kita terpisah pun.. hanya engkau yang ada dihatiku.. biarpun aku tidak bersumpah.. kerana aku tidak mahu dimakan sumpah.. kerana orang seperti aku sememangnya tidak pernah layak untuk dicintai oleh sesiapa pong.. itu adalah kewajarannya...
    aku ingin melangkah jauh.. jauh darimu supaya engkau tidak menoleh lagi padaku.. tetapi kakiku masih lagi mahu melekat... padahal aku sudah sering kali peringatkan diriku.. aku tidak boleh mementingkan diriku sendiri.. kerana buatmu jalan dihadapan itu masih lagi terbuka luas.. engkau masih berhak dicintai dan menyintai orang yang lebih wajar dari seorang aku anak gelandangan yang tidak punya apa2 lagi..... untuk dibanggakan keluarga pong aku tidak punya apa2... apa lagi untuk menghidupkan diri sendiri... dan aku mesti tau diri.. mesti malu pada diri sendiri.. mesti mengukur baju dibadan sendiri..
    puasa kali ini.. aku benar2 teruji dan diuji... namun aku tetap diberi kekuatan olehNya.. tahun lepas kita berpuasa bersama2 namun jarak yang jauh terasa sangat dekat dihati... masih segar semua kenangan yang berlingkar dalam minda.. mengejutkan engkau bersahur.. tertidur dengan mic masih lagi di telinga.. berYM sehingga subuh.. pc yang terbuka.. main games sama2 di YM.. andai diberi kesempatan lagi aku tetap ingin mengulangi kenangan itu...namun aku tahu aku mesti menghentikannya.. bukan dalam realiti bahkan dalam mimpi pong aku tak berhak lagi...
    berbuka disini lebih cepat dari disemenanjung...begitu juga bersahur... tetapi ramadhan kali ini aku tak banyak solat sunat terawih....
                                                                             menulis pong aku kemaruk malas sejak kebelakangan ini.. fikiranku buntu kepalaku pusing dan banyak yang aku fikirkan sesungguhnya.. mungkinkah ada kesempatan lagi untuk aku ditahun hadapan? entahlah.. tetapi ramadhan kali ini amat pantas sekali rasanya.......tadi semasa aku dalam perjalanan pulang ke Tinosa aku lihat bulan di langit sudah besar....sudah sepert bulan purnama... rindu?? selalu juga aku tanyakan itu dalam hatiku.. tetapi selalu juga aku fikirkan untuk apa? kalau kerinduan itu akan melukakan hatiku.. aku ingin padamkan semua kerinduan itu........ kerana aku cuma memiliki diriku sendiri akhirnya...
    ramadhan kali ini banyak ujian yang ditimpakan untuk orang2 islam seperti yang berlaku di pakistan... di acheh.. dimana mana saja... musibah yang melanda mesti ada rahmat disebaliknya... supaya kita kuat dan beringat tetapi seperti biasa manusia cepat lupa.. apa lagi kalau sudah merasa serba cukup dan berbahgia.. mereka akan lupakan yang sepatutnya mereka ingatkan..

    12.26am... sudah tengahmalam.. suasana sangat sunyi sekali, bahkan suara anjing yang sering menyalak pun tak kedengaran.. cuma suara kereta yang sesekali lalu lalang di luar sana, aku ingin menyelak langsir tetapi malas untuk mengangkat tangan dari keyboard... sesekali kalau terasa sepi sebegeini aku ingin keluar dijalanan.. menapak diaspal.. sambil menghitung segala perasaanku bercakap sendirian.. nah! hujan pula.. hujan ditengah malam.. makin sepilah perasaan ini.. semakin kelirulah aku dalam perasaanku sendiri.. antara melepaskan semuanya atau meninggalkan semuanya.... hujan.. sudah masuk musim hujankah? apa agaknya yang ada dalam fikirannya... (lama aku merenung pc.. tidak tau apa yang hendak aku ketukkan lagi...)
    teman akan datang dan pergi..begitu juga kekasih.. perasaan manusia tidak akan kukuh.. dan kita akan tertinggal lagi pada bongkah mimpi yang terkadang amat menyentuh perasaan sekali... perlukah aku melepaskan semuanya?
    kelaparan... lapar kerana makanan adalah lebih bagus dari lapar kerana kehilanganNya dari dalam diri kita.. bulan yang penu berkat ini sepatutnya mendekatkan diri kita kepadaNya.. kerana yang ada dalam diri kita adalah melawan nafsu kita sendiri.. bukan sang bertanduk yang seringkali menemani kita.. tapi kita jarang kuat... kita selalu terlepas dengan semua perasaan kita.. dan kita suka menipu diri sendiri.. malas bersikap jujur dan ikhlas pada diri sendiri apa lagi dengan orang lain... aku angkuh dan jarang mahu menundukkan kepala.. tetapi akhirnya kita tersungkur juga.. kerana lingkaran takdir akan sentiasa memusuhi kita andai kita lewat mengerti putaran perjalanan hidup itu sendiri......
    aku ingin membunuh kenangan itu
    supaya engkau orang yang aku cinta
    tidak akan larut dalam kesakitan perasaan
    kerana ditemukan dengan gelandangan seperti aku ini
    aku ingin engkau berbahgia
    bukan cuma dalam mimpi, tetapi dalam realiti
    namun orang seperti aku
    bukan bahgia yang aku berikan
    tetapi carik2 luka yang berdarah...
    andai nanti kita tidak ditemukan lagi
    belajarlah untuk melepaskan semua kenangan yang pernah kita lewati bersama...
    supaya engkau tidak terikat dengan luka
    yang aku torehkan didadamu.......
    melepaskan mimpi sakitku.......
    menyelak langsir hidup yang lebih manis
    dengan kopakan bahgia tanpa aku
    membayang dalam perjalanan itu nanti...

    selamat malam..... semoga mimpimu tak terganggu oleh nafas sesakku...... aku sangat menyintaimu biarpun dalam diamku.....
     


    Photobucket

    Friday, September 30, 2005
    ~miss linda mengingatkan aku tentang kampungku~

    Tanggal sabtu 12.22am

    Sesungguhnya tadi selain dari server tak bagus, ada guruh dan kilat berpadu diudara jadi aku matikan saja karya picisanku begitu saja. Memang potong stim betul hehe.. tadi selepas aku offkan pc aku bergelap di ruang tamu sambil menonton tv channel 3 entah aper tajuk ceritanya tentang dua beranak.. seorang ibu glamer dengan anak dara berumur 14 tahun .. aku bukan tengok tv  saja.. fikiranku merawang entah kemana.. nak tido mater belum mengantuk lagi. Besok ada seminar di Hotel Sandakan.. jam 9.00am terasa malas aku nak menapak kesana..... me amor ku belum pulang lagi dari berkaraoke.. hehehe.. nyanyi lagu dangdut erk.......

    Tetiba terasa ada keinginan untuk membuka pc kembali... ada keinginan untuk menulis lagi server okies dan terbaca komen miss linda......"(ada guruh dan kilat.........hehee kencel merapu....... yark...... tetapi aku sungguh2 cinta padamu.. sungguh !!!) <------- anti klimaks betul la.. org tgh baca dengan sungguh series ni..

    hehehe.. pitt!..ada brape byk buah hati daa??.. kompius la dgn org glamer giler ni..ish!... Anyway, dah nak puasa ni. Tgh sakit-sakit tu boleh puasa tak?.. Semoga dipermudahkan. " tersenyum sendirian .. sungguh saat ini pitt masih lagi senyum sambil menyelak langsir melihat keluar.. dari jendela kamar ini malam sungguh dingin, ada gerimis diluar sana.. ada kenderaan yang sesekali melimpas.. tetapi sayangnya malam ini tidak ada suara katak.. suara anjing yang mendayu dan kadang2 kalau menyalak giler terasa ingin pitt baling saja dengan kasut supaya dia diam.. suara cengkerik malam pung tak ada... yang ada cuma suara ketukan dari keyboar ini...yer puasa sudah dekat.. tak berapa hari lagi kita akan berpuasa.. dan bulan yang paling pitt suka adalah bulan puasa kerana kita akan kurang makan lebih dekat denganNya.. kalau bulan puasa pitt paling tidak suka makan ikan.. kalau rajin bersahur pitt suka ayam goreng.. ah!! goreng garam kunyit jerk.. simple dan senang kicap ulam atau telur asin... kalau berbuka puasa mesti mee tak kira mee aper asal ada supnya.. ataupung laksa.. pitt paling tak suka berbuka dengan nasi kerana perut pitt akan sakit.. maklum gastrik.. kalau tak pong berbuka dulu dengan susu or air kacang soya or air suam yang dibaca2 sedikit untuk kuatkan diri selepas itu solat magrib dulu...baru pitt makan.. yang paling pitt tak suka makan kuih2 manis padahal itu yang bagus untuk berbuka puasa tetapi kalau berbuka dengan kurma okies jugak...... teringat dekat bonda pitt kalau bulan puasa kami pernah berbuka berdua... tahun ni adalah tahun ketiga dia berpuasa tanpa step father.......kesian ngan bonda dikampung tetapi pasti bonda gembira berpuasa tahun ni.. pasti meriah dikampung kerana sister kedua sudah ada di kuantan pasti dia bergilir berpuasa dirumah anak2nya.. kecuali kalau ada pitt di rumah dia tidak berani kemana2 kerana pitt tak suka berjalan2.. mesti dia teringat makanan kegemaran pitt....... tahun lepas kami berpuasa bersama sama... tahun dulu pitt berpuasa di labuan...... dan tahun ni berpuasa di sabah lagi....
    Sesungguhnya miss linda.. dalam kehidupan pitt terlalu banyak yang telah pitt lalui dan pitt rasa telah redha dengan semua yang Dia berikan pada pitt biarpun terkadang merasakan diri terpinggir.. sebenarnya itu cuma adalah perasaan orang2 yang kehilangan dirinya seketika namun apabila kembali kepadaNya.. bahawa kita merasakan bertapa bertuahnya diri ini kita sesungguhnya sangat dikasihiNya biarpun bukan setaraf dengan kekasihNya.. ya Rasullullah.. kalau dia tidak menyayangi diri kita dia tidak akan mempermudahkan segalanya.. kita seharusnya banyak bersyukur .. namun sebagai seorang manusia yang terlalu tinggi nafsu dunianya kita seakan2 melupakan diriNya.. apabila dalam kesusahan barulah mencariNya.. padahal doa dimasa kesenangan adalah doa yang paling bagus sekali.. doa yang senang dia terima..
    hari ini ku tunggu juga berita dari si Annis tentang bondanya di wad ICU namun handphone ku tak berbunyi .. semoga dia tabah dan pasti hari ni dia tidak sendiri seperti semalam sepasti sudah ramai saudara maranya menemaninya... kekuatan itu mesti ada dari dalam diri kita.. kuat dan tabahlah menghadapi segalanya...

    "Terkadang aku ingin berbaring disampingmu diam2 sambil menatap wajahmu dalam tidur.. mengintai mimpimu adakah aku yang ada disana? .. sukarnya untuk aku mendalami perasaanmu.. namun aku berterimakasih kerana engkau masih sudi lagi menerima aku seadanya.. seorang yang sudah tamat tempohnya.. aku berterimakasih diatas semua perasaanmu yang tulus itu untuk seorang aku.. sesungguhnya engkau saja yang mahu mengerti hati seorang aku...... kita terkadang terlalu tamat dalam semua hal....namun aku belajar untuk mengikhlaskan hati sejujurnya.. demi engkau orang yang aku sangat cintai........"

                             tetiba saat2 begini aku teringat akan kampungku yang bersebelahan dengan kampung miss linda kerja.. mungkin saat2 ini dikampungku sudah ada bunga2 musim tengkujuh.. mungkin suara ombak sudah kuat sehingga sampai ke kamarku.. rumahku agak dekat dengan pantai......namun tidaklah terlalu dekat.. lebih kurang setengah batu dari pantai.. pantai Batu Buruk..... banyak kenangan yang terlewat disana.. yang pernah singgah.. yang pernah aku lepaskan segala kesakitan dalam dadaku......yang pernah melihat kesengsaraan seorang aku dan yang pernah aku redahi dilautnya ... sehingga berkulit gelap..sebenarnya aku sangat suka dengan bau laut.. lautnya masin tetapi sangat manis dan suara laut seakan mendekatkan aku kepadaNya..melihat kebesaranNya di dada pantai...luas nya laut china selatan... seluas mata memandang..namun sangat bersih.. udaranya nyaman.. dan kalau bulan puasa ada gerai2 ramadhan yang disediakan dihadapan hospital besar kuala terengganu......dan aku kalau rajin suka juga menjengok dan yang aku cari adalah kuih puteri mandi.. kegemaran bondaku..atau agar2 puding berkuah.. bondaku suka makan kuih yang manis2.. tetapi biasanya aku membeli sekadar untuk bondaku saja...... kerana aku tidak suka makan kuih.. aku paling suka makan buah.. dan buah yang aku suka adalah epal.. kalau makan rambutan boleh tetapi malam aku tak boleh tidor dadaku sakit.. begitu juga dengan duku langsat.. semua buah2 yang sejuk mengundang sakit dimalam hari.....( tak lena tidurkah? ... teringat akan manisnya hari2 yang pernah engkau lalui? akukah yang ada disana?) .. terkadang paling tak suka melihat pembaziran di bulan puasa.. aku selalu melihat banyak makanan dibuang2.. terlalu mengikut nafsu makan.. kemudian malas bersolat terawih apabila perut sudah kenyang...... aku suka bersolat terawih di masjid puteh.. or masjid Zainal Abdin.. dari solat di masjid Batu Buruk entah kenapa...kadang2 aku solat di masjid Terapung di Kuala Ibai dan kalau rajin..or ada ceramah yang bagus aku suka ke Masjid di Kurza.. sesungguhnya kita tidak akan tahu sampai dimana penghujung hidup kita.. namun aku sentiasa mahu penghabisanku aku akan sentiasa ingat kepadaNya biar pong dimana aku berada dalam diam atau dalam bisuku..
    dalam hidupku.. aku ingin terus bersamamu... namun akan sampai waktunya aku mesti juga beredar dari hidupmu biarpun aku tidak ingin sesungguhnya namun demi engkau aku sanggup apa saja.....semoga engkau berbahgia.....doaku selamat berpuasa..


    Photobucket

    ~saat2 aku berbaring disampingmu~

    Jumaat...tanggal 30hb.sept.2005

    Bungahatiku ayu latifah  maafkan aku andai kehadiran warkah yang tidak kau undang ini bertamu ke istana kayanganmu. Aku cuma pipit yang mahu terbang bersama enggang sedang aku sedar sayapku terlalu kecil..aneh bukan? mimpi sang pipit yang tidak berjejak di bumi yang nyata. Tetapi itulah hakikat yang dinamakan cinta.. cinta yang tidak kenal rupa tidak kenal segalanya.. sehingga melupakan siapa diri yang sebenarnya.
    Sejak engkau ku kenal.. hatiku sudah dipagut oleh rasa cinta yang sangat dalam untukmu, yang tidak lagi membuatkan aku tertoleh toleh pada bayang semalam yang telah aku tinggalkan. Padahal itulah bayangan yang selalu saja menghantui diri sebelum aku temui engkau.
    Engkau menyesalkah mengenali seorang aku? Yang gelandangan .. tanpa arah dan tujuan? Sesungguhnya saat2 yang paling manis adalah apabila aku berbaring disampingmu... mengusap lembut pipimu, mengenggam erat jemari tanganmu..dan aku bercerita di kuping telingamu tentang remajaku,. aku ingin sangat dekat dan mendekati dirimu sehingga memasukkan seluruh perasaanku dalam dirimu... engkau yang aku cintai seutuhnya. Sungguh!! aku sangat menyintaimu dan perasaan ini tidak sama seperti mana perasaanku yang dulu2. Tidak aku nafikan bahawa dulu aku pernah bercinta dan dicintai.. tetapi tidak sama seperti mana aku menyintaimu. Perasaan itu sangat sukar nak aku gambarkan kerana semua rasa ada didalamnya... engkau tidak tahu dimalam2 yang bening saat engkau lena dibuai mimpi disampingku.. aku berbaring diam dibelakangmu.. menghembus lembut nafas dan airmataku berjurai2... aku takut akan kehilangan engkau.. sangat takut sekali kerana siapalah aku andai engkau tidak lagi disampingku.. kita telah lalui semua saat2 yang manis dan pahit.. saat getir dan payah.. aku akur tak akan aku temui seorang yang seperti dirimu.. namun aku tidak berani untuk bersumpah.. takut dimakan sumpah lagi. Biarlah semua rasa itu aku diam2 dalam hatiku.. namun jujur aku nyatakan yang aku sangat menyintaimu biarpun dalam diam dan bisuku.. engkau saja yang ada didalam sana..

    Kadang2 aku merasa sangat hiba dan pilu sekali.. aku ingin memelukmu supaya engkau tidak lari dariku, tidak menjauhkan diri dariku.. aku ingin mendakapmu kuat kuat.. supaya engkau tahu hanya engkau yang aku cinta... dan aku dambakan biarpun engkau tidak lagi mahu menoleh padaku... biarlah seribu yang datang mahu berganti.. namun aku cuma mahukan dirimu untuk menemani hidupku yang sepi ini.....

    Bungahatiku ayu latifah, kalau nanti aku pergi dari sampingmu, bukan bermakna aku sudah melupakan dirimu atau tidak lagi menyintaimu . Sesungguhnya pemergianku nanti kerana aku sangat menyintaimu dan tidak ingin engkau terkunci dalam hidup dan dalam perasaanku yang sudah sampai ke hujungnya. Aku ingin lepaskan engkau supaya engkau bebas dalam duniamu .. mengejar mimpi hidupmu.. biarpun aku sangat terluka namun demi kebahgiaan orang yang kita cinta aku akan melepaskanmu dan mengikhlaskan hatiku biarpun ianya sangat pedih dan terluka sekali.

    (ada guruh dan kilat.........hehee kencel merapu....... yark...... tetapi aku sungguh2 cinta padamu.. sungguh !!!)
     


    Photobucket

    Thursday, September 29, 2005
    ~it's might be u~

    titis2 air berjatuhan membasahi pipimu
    terkadang ingin aku mendengar akan suara hatimu
    yang sangat dalam disana...
    masihkah aku yang menjadi penghuninya
    ataukah cuma bayang bayang kenangan yang tertinggal
                                               aku ingin sedarkan diriku
    untuk apa lagi menghitung rindu yang telah relai
    sakitnya merona sukma hati....sendiri menjadikan aku semakin menghimpit rasaku
                                          engkaukah itu yang mengetuk pintu hatiku berkali kali
    atau aku menyelak langsir kasih yang reput...
    biarlah ..tinggalkan aku saja disini usah disapa lagi
                hidup ini sudah tiada serinya lagi....... semailah rasa cintamu
    pada yang lebih berhak... bukan seorang aku yang gelandangan
    aku sudah lali untuk menerima semua kesakitan itu...
                                                      "bertunanglah jangan lama...agar kau tak menyesal nanti......." lagu entah kumpulan mana yang sedang berdendang di radio ni...


    Photobucket

    ~how can I tell her~

       How Can I Tell Her
    (Lobo)

    She knows when I'm lonesome, she cries when I'm sad.
    She's up in the good times, she's down in the bad.
    And whenever I'm discouraged, she knows just what to do.
    But girl, she doesn't know about you.

    I can tell her troubles, she makes them all seem right.
    I can make up excuses, not to hold her at night.
    We can talk of tomorrow, I'll tell her things I want to do.
    But girl, how can I tell her about you?

    How can I tell her about you?
    Girl, please tell me what to do.
    Everything seems right, whenever I'm with you.
    So girl, won't you tell me, how to tell her about you.

    How can I tell her I don't miss her, whenever I'm away?
    How can I say it's you I think of, every single night and day?
    And when is it easy, telling someone we're through?
    Ah girl, help me tell her about you.

    How can I tell her about you?
    Girl, please tell me what to do.
    Everything seems right, whenever I'm with you.
    So girl, won't you tell me, how to tell her about you.


    Terima berita sedih lagi.. bondanya masih lagi di wad ICU.. hemm aper yang boleh aku lakukan ? Terkadang sesuatu yang ingin kita usir supaya tidak melekat disudut hati ianya seakan sangat menghampiri kita memohon belas dan simpati kita... memang wajar dia mencari aku kerana cuma aku saja yang ada dihatinya mungkin? bukan satu kemungkinan.. saat2 kita memerlukan seseorang disamping kita mestilah orang itu orang yang kita cintai seutuhnya... sudah lama dia menghilangkan dirinya.. tetiba dia mencari aku pasti ada sebab dan musabatnya...  memang banyak saat2 manis bersama namun bersamaan juga saat2 kesakitan itu terhimpun di ruang dadaku... sememangnya kita tidak tahu apakah yang akan seterusnya kita jalani....... aku doakan bondamu dalam keadaan yang baik untuk dirinya.. dan baik untuk dirimu juga.. apa yang boleh kita lakukan? aku ingin memberitahumu sesuatu namun dalam saat2 begini aku tidak punya kekuatan untuk menambah luka dihatimu lagi.. tunggulah aku ... sampai satu saat ...dan ada takdir menemukan kita lagi.......teringat aku satu lagu yang selalu aku nyanyikan saat2 aku sendirian dulu......"tunggulah....... tunggulah......dengar dulu rayuanku aku tak pernah membencimu...waktu siang dan malamku engkau masih ku rindu........." mungkinkah itu? atau kita cuma mengarang manisnya perasaan itu sendiri....

    pagi tadi.. aku ke bandar uruskan semua yang sepatutnya aku uruskan setiap akhir bulan..... kadang2 aku sudah malas untuk meneruskan hari2ku..... untuk apa lagi andai semua itu nanti akan cuma tinggal kenangan..... atau sejarah.. mungkinkah seorang aku akan tetap ada dalam ingatan seseorang ? atau cuma tinggal mimpi ngeri saja? sukar nak kita nyatakan apa kah yang sesungguhnya kita inginkan dari sebuah kesaktian dari kehidupan yang nyata.. supaya kesakitan itu tidak menjadi realiti....

    hati akukahyang sering merintih...!!
    terlontar kasih ke gurun nan tak bertepi.....
    menghanyutkan hati yang sedang sarat kepasrahan
    hari ini kita tidak lagi manis bercanda
    terhitung retak bertamu diruang hatiku
    untuk apa mengarang resah
    andai lautan kasih mulai surut........

                                       



    Photobucket

    Wednesday, September 28, 2005
    ~torn between two lovers~

    There are times when a woman has to say what's on her mind
    Even though she knows how much it's gonna hurt
    Before I say another word let me tell you I love you
    Let me hold you close and say these words as gently as I can

    There's been another man that I've needed and I've loved
    But that doesn't mean I love you less
    And he knows you can't possess me and he knows he never will
    There's just this empty place inside of me that only he can fill


    Torn between two lovers, feelin' like a fool
    Lovin' both of you is breakin' all the rules
    Torn between two lovers, feelin' like a fool
    Lovin' you both is breakin' all the rules

    You mustn't think you've failed me just because there's someone else
    You were the first real love I ever had
    And all the things I ever said, I swear they still are true
    For no one else can have the part of me I gave to you


    I couldn't really blame you if you turned and walked away
    But with everything I feel inside, I'm asking you to stay


    Torn between two lovers

    Feelin' like a fool
    Lovin' both of you is breakin' all the rules

      Kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di hari esok.. namun kita akan dapat merasakan dalam hati kita apa yang akan kita lalui hari ini..... terkadang naluri kita sangat peka sekali..itu lagu lama dari koleksi lama yang sangat menyentuh tangkai hatiku... dia berhak untuk menyintai orang lain... even though  i should know that.. but it's hurt me much..seakan merobek tangkai hatiku....tetapi aku tidak boleh blamenyer... kerana hidup mesti diteruskan.. orang2 yang tidak punya harapan seperti aku untuk apa ditunggu lagi? untuk apa diharapan andai harapan itu sudah menuju jalan mati..... pernah disatu saat semasa berada di hutan Balung eco resort.. aku berdiri di benteng batu.. betul2 berdiri dan aku renung kebawah...... ada perasaan yang sangat2 mengocak tasik hati untuk aku lepaskan semuanya kebawah...... hehehe.. teringat pada posting ku yang lama2 dulu......Luka ini masih berdarah   itu adalah perasaaan orang yang tidak kuat dan tidak cekal didalam hidup.. sesungguhnya aku mahu tetap kuat dan berdiri teguh..
                                                                             
    by the Platters
    Only you can make this world seem right
    Only you can make the darkness bright
    Only you and you alone
    Can thrill me like you do
    And fill my heart with love for only you

    Only you can make this change in me
    For it's true, you are my destiny
    When you hold my hand
    I understand the magic that you do
    You're my dream come true
    My one and only you

    Only you can make this change in me
    For it's true, you are my destiny
    When you hold my hand
    I understand the magic that you do
    You're my dream come true
    My one and only you 
            
                    kita berhak ke atas semua perasaan kita... sebenarnya posting ni lama terbengkalai di pc.. aku p sarapan ngan kawan kat luar..pastu kami borak2 aper2 saja... memacam cerita sehingga aku terlupa apa yang hendak aku garapkan tadi.. terkadang banyak yang ada dalam hati kita ingin kita lakarkan supaya hati kita tidak menyimpan semua perasaan tersebut supaya lepas bebas dalam jiwa dan raga.. namun terkadang kita diam2 kan saja didalam...
    Demam cacarnya sudah baik.....lega sedikit hatiku takut betul cacarnya akan melarat.. tetapi alhamdullilah semuanya selamat.. dia dah p mengajar semula...dia kena cacar pada hari kedua kursusnya patutlah malam nak pergi kursus dia demam panas..... rupa2nya nak keluar cacar. .risau betul aku semasa di tempat kursus.. tetapi semuanya da okies...berjalan seperti biasa dan bulan puasa pun dah dekat rasanya tahun ni aku berpuasa dengan lebih bererti lagi...teringat semasa pulang dari kursus dia ajak aku p Semporna..... ader ker demam2 pun nak jalan2 aku terus drive balik jerk... dia ajak p lembah danun on d way lahad datu tapi kami salah jalan p tengok menara atas bukit Danum......aper laa petunjuk jalanku tu....
    sentuhlah kelopak rinduku
    semoga engkau dan aku saling menyatu
    biarpun dalam ruang yang sesempit ini
    kita hangat bercinta
    dari malam sampai dini pagi
    aku ingin sekali
    menyatakan banyak kali di kuping telingamu
    bahawa aku sangat menyintamu
    biarpun dalam diam dan rajukmu

    tetiba lagi aku terganggu menulis..... si Annis calling dari Damansara..... bondanya sakit tenat sedang dirawat di Tawakkal... hemm perlukan kekuatan dan seseorang disaat ini.. aku harap engkau tabah setiap yang datang dan pergi adalah kehendakNya.. lagi pun bondamu telah lama menderita sakit.. telah lama dia cuma berkerusi roda.. engkau redalah dengan apa yang bakal terjadi padanya.. kerana memang itulah tempat pengakhiran kita nanti......aku pun belum tentu akan selama nya disini.... kesian juga aku kalau aku disampingmu mesti engkau lebih tabah.... tetapi engkau sendiri.... yah!! semua orang akan sendiri akhirnya.. aku pun..... tabahlah!!

    termenung aku sendirian.....baring2 aku dikatil... teringat sms dari seseorang semalam... adakah aku masih lagi aku yang dulu2.....? apakah aku yang memyentuh hangatnya kasih kemudian aku lemparkan dia ke dasar yang paling dalam untuk melupakan semua yang pernah aku lakarkan? akukah yang tersalah melampirkan mimpi atau alamat kita sudah tersesat untuk ikut larut dalam arus hidup yang terumbang ambing seorang aku?

    teringat sms si izza semalam suruh membaca di blognya ada cerita kawin mawin......yark...... hemm membaca di blogdrive izza jab........awek lamaku yang masih dalam ingatanku.. hehee.....cikgu dari muar nih.... anak kesayangan abahnya....."fuyooooooooo bab kawin mawin yer!! hee tapi pitt da kawin laaaaaaaa...........biarpun dalam mimpi......memang indah kawin mawin ni lebih2 lagi bila kawin ngan orang yang kita tak cinta.....hahaaaaaaaa"
    Hemm nasib baik artikel ni tak ilang... server wat hal laks.. siap aku p mandi n cuci towel baru lee server okies skit.. tadi p bacer kat izzanya citer kawin mawin..aku da reply tapi cam biasa server down reply aku tu ilang...... hampagas tull tu ler wat aku malas nak tulis cantik2.. kalau p tulis mengarut2 tarak ader ganggung pong..... satu saat andai aku sudah tiada lagi disini itu bukan tandanya aku telah melupakan segalanya.... semua nya diantara kita tetap hangat dihatiku kerana cuma engkau saja yang aku cinta dan aku sayang.. saat ini.. dan aku sentiasa berharap supaya perasaan ini akan tetap kekal untuk selamanya........
    seringkali aku ragu2 dengan perasaanmu terhadapku.. masihkah ada rasa itu atau cuma aku saja yang merasainya.. apakah kita nanti akan cuma tinggal kenang kenagan saja? hemm..... tetiba hatiku dipagut rindu.....rindu pada sinar matamu.. rindu pada senyum dibibirmu .. rindu pada gurau sendamu......aneh juga rindu ini menguntum dan mengembang dalam dada padahal aku tahu engkau ingin melepaskan diri.......benarkah? atau cuma aku yang menipu hatiku sendiri untuk tidak melukakan engkau?

    Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar negeri, kembali ke
     tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk

     mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh
     menjawab 3 pertanyaannya.

     Akhirnya orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut, seorang
     kiyai.
     Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan
    saya?
     Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
     pertanyaan anda.
     Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar
     tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
     Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

     Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

     1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan kepada saya
     2. Apakah yang dinamakan takdir
    3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka
    yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan.
    Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
     Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

     Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

     Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?
     Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
     pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
     Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
     Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
     Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
     Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu > > ada?
     Pemuda: Ya!
     Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

     Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua merasakan
     kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat.
    Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
     Pemuda: Tidak.
     Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
     tamparan dari saya hari ini?
     Pemuda: Tidak.
     Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
     Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
    anda ?
     Pemuda: Kulit.
     Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
    Pemuda: Kulit.
    Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
    Pemuda: Sakit.
     Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
    dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
     yang menyakitkan untuk syaitan.

    ni forward email dari sahabat ku dia betul2 kerajinan menforward email... nama dia mat z "mat_pcg6013@yahoo.com... macam2 foward email kadang2 aku suka baca juga kadang2 aku foward juga kat kenkawan ku.... makasih kerana memenuhkan emailku.....sehari emailku kenkadang berpuluh2 email....... aduh! aku jenis suka buka semua email....... aper pong terimakasih ..
    . .

    .ni lagi foward email yang lucu senyum2 sorang pitt bacer...Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, di
    atas katil...... sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk
    tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan
    ghairah malam itu....

    Si isteri bersuara, "Dulu-dulu tu.... abang selalu pegang tangan saya bila
    kita nak tido." Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan
    isterinya, pas tu mula mengantuk semula.

    Beberapa ketika pas tu, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu....abang
    selalu cium saya." Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan
    menyentuh bibirnya ke pipi si isteri. Pas tu sambung tido balik.

    Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, "Kemudian tu.... abang
    selalu gigit-gigit leher saya......." Dengan perasaan marah dan geram, si
    suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu.

    Si isteri bertanya, "Abang nak gi maner tu?" Dengan marah suaminya
    menjawab, "Nak gi amik gigi ..."



    HAHAHAHHA......................( tu mare dill tu mare jaa... hehee...) untung kalau orang ader seseorang disamping mereka.. seseorang yang sangat dia cintai dan sayangi..sungguh!!!


    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Previous Page Next Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009