SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Friday, May 27, 2005
    ~rehat~

    rehat...adalah masa yang amat ditunggu sekali.. kerna skang aku kerja hampir 13 jam sehari.. dan rehatku cuma dua jam atau satu jam setengah saja sehari... dan waktu2 rehat kadang2 aku suka makan... kadang2 aku suka duduk2 sendirian di bangku...sekarang aku biasa rehat dalam jam enam atau tujuh petang.. disini waktu sebegini sudah gelap , senja sudah mulai mahu berlabuh.. tirai malam mulai terbuka... semalam semasa aku balik aku lihat bulan purnama dilangit tetapi amat pucat sekali..sama seperti dalam kehidupanku... samar2 dan semakin kelabu jalannya...

    petang ini.. aku duduk2 sendirian dibangku.. dan ditemani oleh seekor kucing betina,...bertompok2 oren dan putih... manja mengesel2 dikaki seluarku.. dia memandang wajahku dan aku mematap wajahnya... "kau lapar heh!! tu KFC dekat p amik tulang2 banyak dalam beg pastik kat lakang tu.." hahaha aku bercakap ngan kucing... dah lama aku tak main2 dengan kucing.. petang ni ada lak kawan aku... dia seolah2 faham apa yang aku cakapkan.. mengiaw manja sambil mengesel2kan kepalanya ke kaki seluar... aku gosok2 pangkal lehernya makin laa dia manja...bila aku larikan tanganku dia seolah2 mahu menangkap jari tanganku.. "kau hamil erk.. siapa hamilkan ko..." ...aku rasa kucing ni mengandung... tu laa duduk2 kat tanam selalu... pasti kena ngorat ngan kucing jantan...

    aku lihat di dada langit...ada gumpalan hitam.. seperti mahu hujan.. ada dingin merentasi rasa... aku bauri semua perasaanku... kucing itu mengiaw manja.... "sorry aku tak makan... dan tak ada makanan nak kasi ko erk.. "
    diantara batas2 masa yang beredar kita seakan sedar dalam dunia ini banyak yang akan kita tinggal dan ditinggalkan... bila mengenangkan saat2 manis yang telah berlalu segalanya cuma tinggal dalam lipatan kenangan.. masa akan terus berganti dan beredar tanpa kita sadar kita telah sampai ke satu titik hentinya... dimana jasad kita akan kaku dan didiamkan dalam dingin tanah.. dalam kuburan yang gelap gelita.. dan aku selalu bayangkan saat sebegitu sekarang ini...
        kabur semua perasaan meruntum dalam irama kesedihan.. ku usap perlahan2 kepala kucing... dia seakan2 mengerti dan lawan bercakap denganku..... seringkali kita tidak menghargai apa yang pernah kita ada.. tetapi bila kehilangan baru kita sedar yang kita telah kehilangan sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita.. sebab itu sekarang aku nikmati apa saja yang aku ada sementara semua itu ditarik dariku..... bagaimana nafas kita tersengal2... bagaimana jasad ditarik2... ilmu yang dibawa pulang cuma cebisan kesakitan... aku adalah orang2  yang sakit perasaannya... seringkali melangkah dalam duniaku sendiri.....dunia yang amat sepi sekali dalam hatiku.. ruang2 kosong itu semakin melebar kini....menutupi ruang hati yang ceria.. kadang2 aku benar2 mahu penatkan diri supaya aku tidak lagi mengenang saat2 akan aku kehilangan...!!! biarlah aku meletakkan semua harapan dalam bakul impian cuma......pupusan angin semakin dingin.. teringat pagi tadi bergaduh dengan boss ku.....gara2 aku minta cuti awal bulan selama 3 hari... siap aku mengugut boss ku lagi.....lantaklah kerja aku boleh cari kerja lain.....tetapi jangan menindas pekerja..tanpa pekerja yang baik apalah gunanya..... kadang2 aku ingin duduk2 saja tanpa memikirkan apa2 yang ada dalam fikiranku.....aku ingin membuang semua angan2... sendirian sepi dan sedih.....akulah itu ~desumpitt05~

    ku buka tirai kasih
    lewat tangisan semalam
    rupanya kita terlewat menganyam rindu
    dan rindu itu mahu ikut lerai
    bersama matinya sekeping harapan
    yang sudah tiada ikatan rasa lagi
    aku ingin memelukmu lagi
    sambil membisikan kecintaanku
    sayangnya tanganku semakin pendek
    dan nafas ku semakin sengal
    dan akhirnya jasadku kaku sendiri.....



    Photobucket

    ~kita yang masih disini~


    ku gumpal rindu menjadi titisan buih2
    ku pagari buih2 rindu sekeliling hatiku
    pada hamparan kasih yang utuh tapi semakin kabur
     
    kita akan beringat tentang masa sakit
    tentang hari duka yang lewat
    tapi masih berani membuka pintu rindu
    biarpun rindu itu semakin jauh....
    diantara kita masih ada ikatan perasaan
    namun kita sembunyikan lewat redup sinar mata yang suram
    kerana diantara kita adalah orang2 yang
    pernah tercalar hatinya



    Photobucket

    Thursday, May 26, 2005
    ~ku lepaskan dirimu


    ku lepaskan dirimu dari pelukan perasaanku yang kuat.. supaya engkau berlalu pergi tanpa menoleh pada ku lagi...
             .

    bulan pucat mewarnai langit tanpa ditemani bintang2 bergantungan.. pergilah engkau terbang bebas tanpa berhenti dari kamar hatiku lagi...



    Photobucket

    Posted at 06:42 am by rin
    Make a comment  


    Tuesday, May 24, 2005
    ~bungahatiku Ayu Latifah~

    apa ada pada kehidupan andai terseksa jasad... aduhai!! petang ni sakit dadaku berulang lagi.. tak tahu bagaimana nak buat.. hempuk2 jerk dada sendiri.. tadi da makan dua biji ubat tahan sakit.. aku tidor biarpun tak lena... tapi rasaku ubat tu da tak ngam lagi ngan badanku.. apa nak buat ubat farmasi saja.. aku malas nak feder check up kat Dok.. untuk apa kalau cuma nak di diagnosa lagi... malas aku berulang alik mencari penyakit.. pada hal penyakit itu sudah lama bertapak.. aku akan jadi kelinci percubaan ubat lagi.....

     nah ini cerita mula2 yang ingin ku lakarkan.. bungahatiku si renda2..AyuLatifah.. tak kala mata bertentang mata.. denyut hati penuh debar ada rona2 merah mewarnai pipinya... peh manis dan menggoda sungguh...jalannya lemah gemulai rentak lengguknya... terjungkit rasa seketika bila seiringan...lehernya jinjang... matanyer tajam menyerlah.. pipinya bagai kulit epal..bibir ulas limau manis...berjumpa di dalam bas hehee.....bas henti2 lagi kuang kuang kuang,...tapi sayang si renda2 AyuLatifahku suka pakai jeans nampak pangkal pinggang ngan pakai singlet mengalah aku yang dok kat ghumah.....hahaa....weiiiii nak cerita ni.. kadang2 aku boring gak ngan hidup aku yang guntang ganting cam ni.. tapi lucu lagi bila ada bebudak yang baru umur 19 tahun nak menakcle aku... hampagas tul macam tak ada orang lain...jerk kat situ..ni laaa agaknya mata aku bila tengok dia hehee....naik warna warni ooooo hampagas ada ke p dating naik bas.. sampai sakit dada laks aku ni.. mungkin gemuruh laa... maklum da lama tak kuar dating nih.. lagi pun hampagas dating ngan budak berhingus....tapi pandai laks dia memilih kain untuk aku ... warna hijau lumut lagi peh!! laa siap menawar lak tu ngan tambi kedai tu.. kalau aku bayar jerk.. sebab tu aku jarang p membeli belah kat kedai tawar menawar nih... uluq jer duit.. senang tak yah nak sorong tarik.. asal wokies jerk... weiiii bungahatiku si renda2 AyuLatifah kerja kat kedai mana entah... tapi tiap kali brake mesti p kat tempat kerja aku... mula2 aku tak perasan.. ingat dia cari lee sesaper leee maklum kat situ bukan aku sorang jerk yang jadi tukang sapu.. semua kat situ tukang sapu lawa2.. semuanya.. cuma aku jer yang macam muka cipan masuk angin...
    aku ajak lee sirenda2 ni p ronda2 lak pasar ikan.. maklum kat ghumah aku tu tak ada ikan.. asyik makan ayam jer.. rasa2 aku mata aku dah macam mata musang jer sebab tu laa lain macam jer aku tengok si renda2 AyuLatifah ni... macam nak mengigit jerk lengannya yang terdedah tu.....uik 2 elai singlet dia pakai ni.. satu singlet kat dalam singlet kat luar tu jenis pukat2.. hush.. siap ngan rambut perang lagi..... menantu siapa laa dia ni..... kalau aku kasi bonda aku tengok mesti meraung gila bonda aku....silap2 tak henti2 bonda aku meraung...tapi aku masih ada bonda ku?  entahlah sejak dua menjak jadi anak gelandangan ni aku dah jadi macam2 da.... asyik tengok2 toleh2 orang jer..... entah kenapa mungkin sebab kat sini macam2 orang yan boleh ditengok.... dulu aku dok dalam bilik jerk.. menatap pc ku..sambil buang2 karan kat website orang... tapi skang aku di dunia realiti.. kadang2 bila tengok yang ngam2 rasa cam nak bawa balik jerk.. boh lam air keras.. wat patung mumia.. leh tengok hari2.. weiiiiii..... citer ni sebenarnya citer betul.. tapi aku tak tau cam ner nak buat esok bila si renda2 AyuLatifah ni dok tunggu2 aku nyer brake... peh malas tull rasanya jalan ngan bebudak berhungus... takut2 aku jadi lupa diri peh......
                gelas2 kaca berikan aku cerita...
    cerita yang tidak menyentuh rasa... sebenarnya kesetiaan itu adalah milikku yang abadi
    kalau satu saat aku telah hilang dari bumi ini cinta ku masih lagi mengambang diawangan...
    kerna aku akan menyintaimu seumur hidupku.....dalam sunyi dalam sepiku pun aku tetap menyintaimu biarlah seribu yang datang... biarlah menderu yang bergantian.... perasaan itu tidak akan hilang
    menyintaimu adalah satu yang tak boleh ku rungkaikan dari dalam hati... biarpun dimana saja
    aku berada..
    dikejar bayang2 resah.. bila hatimu masih tak berubah... enggan di punya dan penjara belaian cintaku ini....aku bukan lelaki yang tewas... bisa mengambang walau ku tolak.. biar di uji kanan dan kiri.. kau kan tetap ku miliki...tiada lafaz yang lebih anggung kalimah cintamu yang ku tunggu2... biar jasad ku yang menanggung permainan  dari mu relaku pujuk.....
    sebenarnya aku ingin duduk2 disini dekat denganmu sambil memeluk pinggangmu yang ramping itu.... dan kita balas memandang ada kasih dan cinta yang dalam disudut lirikan matamu.. dan kita tak puas pandang...sebenarnya aku ingin mendakapmu erat2 supaya cintakasih kita  tak lagi terlerai tapi siapalah aku.....aku cuma musafir...~desumpit05~
     





    Photobucket

    selingkar kisah anak gelandangan

    ingin aku menciummu dalam diam2.. tetapi mana mungkin kita berjarak ..!!
    kadang2 dalam perjalanan hidup yang seterusnya kita sudah tiaak meminta apa2 lagi cuma meneruskan saja perjalanan yang disuratkan untuk kita... seperti biasa aku akan keluar bekerja jam 8.30 pagi.. kadang2 kalau aku sedikit terlewat akan berkesempatan satu bas dengan rakan setugas.. tetapi semalam aku terawal sedikit dari dia.. dalam bas sudah penuh.. aku seperti biasa duduk sebelah amoi.. aduhai pakaiannya... daring betul dalam kata lain.. baju mengundang untuk dirogol.. kadang2 aku heran juga kenapa ramai sangat perempuan suka pakai baju yang boleh mendedahkan semua bentuk benda yang perlu di sorokkan..dia senyum dan aku balas senyum.. biasalah senyum itu kan satu sedekah.. apalagi sedekah yang tak perlu keluarkan duit...bila senyum dibalas senyum mulailah sessi soal jawab.. dia tanya aku jawab... dan kalau dia tak tanya aku diam... sememangnya aku begitu kalau tak berapa kenal orang...hem tapi bila bab minta no hp aku..sorry satu lorry... aku cakap tak ada no biarpun hp ada dalam poket seluarku... malas aku nak war2 kan no hpku pada orang... biarpun ada perasaan ingin jugak memberi...alah aku tak rugi apa2 kalau beri.. kalau dia nak tepon aku dia jer.. aku tak yah kan.... lagi pun mata aku selalu menjeling kat dada dia.....ha'ah.... makanan mata.. makanan hidung bau.. dan makan tangan adalah sentuhan...  tapi dia turun depan tu jer... teapi aku sure hari2 mesti aku akan jumpa dia dalam bas....sebab aku rasa kali ni kali ketiga aku jumpa dia.. .. tak abis disitu juga .. kat tempat kerja ada juga gangguan mata.. apa nak buat meka nisuka sakan memakai baju yang expose barang2 yang patut disorok.....jadi aku tengok je laa.... bukan kena bayarpun.. semasa amik punch card dekat opis.. dua amoi dok nyakat aku... hehee... rindu ngan meka.. kim salam.. berak dan cuci pakai air.. tak kuasa aku nak rindu meka ni hehee...... cam biasa rehat  tak sempat... cuma petang tu aku mungkin rehat satu jam.... tapi belum tau jam berapa.. lagi.. aku rasa nak p farmasi lagi petang nanti... cari antibiotik dan ubat tahan sakit lagi.......belum pukul 5 da ada orang menunggu aku untuk diajak keluar makan..... tetapi aku  rehat jam 7 malam.. dia nak belanja aku makan.. sanggup dia menunggu 3 jam untuk ajak aku makan.... peh marka begitulah.. sebelum dapat kalau da dapat hampeh saja..... tapi ngamlah juga... kulitnya pipinya yang merah menyala rambutnya yang lurus mengurai.. halus.. bibir yang  seperti ulas limau.... kira test yang aku suka...hahaa rakan2 setugas asyik main2 kan aku.. dia tuduh aku mengorat... padahal awek tu yang mengorat aku... tak ada kuasa aku nak mengorat orang.....tapi kalau da ditunggu begitu kesian juga... akhirnya kami keluar jam 7 aku ajak rakan setugas sekali segan aku berdua dengan dia lagi pun aku takut aku pula yang kena ehemm..... hahaa.....lucu juga gelagat dia orang ni.....direstoran zakaria aku cuma makan roti canai ngan teh tarik... meka makan macam2 entah dimana meka isi dalam perut aku sendiri tak tau..... sudah bantai roti canai diam2 zku curi makan ubat... peh sakit ni bukan tau nak ilang....weiiiiiii esok ajak dating lagi .. entah mana dia tau aku esok offday........ payaooooooo...........ce ce ce ce..... jangan goda aku lebih2....


     

    aku ingin hidup denganmu....tetapi dimana diriMu.. aku tertinggal dalam kotak mimpi dan sukar nya untuk aku melepaskan diri dalam arus hidup yang berombak ....aku penghuni pasir yang amt dalam.. menyedut pahit udara gunung yang turun dengan bau perpisahan....biarlah aku gelandangan sendirian....orang2 seperti aku tidak pernah mengamapi mimpi manis...aku cuma pipisan bayu yang datang dan pergi.....tanpa bekas... didada seorang penghuni kamar...


    Lagi-lagikah,
    aku ingat rupamu yang dulu


    Sungai belah kasih mengalir tulus,
    tanpa deru memecah
    Semakin terpecah,
    kian waktu membelah


    Aku rindu


    Aliran air kan terus membawah,
    dan waktu berdarah-darah
    Semakin terpecah, lupakah?


    Lagi-lagi, rupamu kawan, tersimpan
    Hati mematah,
    sebab sungai telah bererosi,
    dan tak mungkin
    waktu berhenti...


    - Fanny Suryana -

    ~desumpit05~



    Photobucket

    Wednesday, May 18, 2005
    ~I just to say I luv U~



    kadang2 kita takut untuk mengucapkannya... takut kita akan diketawakan, ditolak, dipandang serbasalah semuanya berkitaran begitu .. tetapi kalau kita benar sayang, cinta dan sukakan seseorang tidak salah untuk kita mengucapkannya.. banyak kali? seringkali mereka pikir cukuplah cuma sekali mengatakan.. kalau diucapkan banyak kali seakan tawar... padahal apabila kita mengucapkan banyak kali perasaan itu akan semakin dalam..... kerana kata orang2 tua setiap permintaan kita sebanyak 40kali.. permintaan itu akan diturutkan... apa lagi kalau kita mintak banyak kali... pasti tertunai.. kalau tidak tertunai itu tandanya kita akan diberikan kemudian.. bukan hari ini esok atau lusa... kita kena menerima .. penerimaan itu mesti dengan keikhlasan.. jangan sekali berdendam kalau kita tidak mendapat apa yang kita cintai atau sayangi.. doakan saja mereka mendapat apa yang mereka inginkan.. bukankah kita mahu melihat orang yang kita cintai berbahgia?
    selalu kita katakan kita menyintai dan menyayangi seseorang.. tetapi perbuatan kita ke arah menyakiti orang yang kita cinta... kita tidak pandai menghargai perasaannya.. kita tidak pandai memujuk bila dia merajuk.. dan kita sama2 merajuk.. sama2 tidak memujuk sama2 ego ... akhirnya kita akan kehilangan orang yang kita cintai... apa salahnya kita korbankan perasaan kita untuk orang yang kita cintai tidak ada ruginya bahkan kita akan merasa bahgia.. jangan sesekali kita melukakan hati orang yang kita sayangi dengan perkara yang remeh temeh.. kerana perkara kecil2 itulah yang akan menjadi duri dalam perhubungan kita..
    cuba kita dengar apa kata hati bila berbisik? merdukah suara hati kita.. bukan senang untuk mempertahankan setiap perhubungan individu.. ...perlukan banyak toleransi.. kalau kita tidak pandai memujuk.. kita harus belajar, kalau kita tidak pandai merayu kita harus belajar.. lelaki bukan semestinya sentiasa menjadi ketua.. dan wanita bukan sentiasa mesti menurut.. dalam setiap perhubungan mesti ada give and take... jangan cuma memberi arahan kemudian kita mahu dia mengikuti setiap apa yang kita inginkan... dan wanita pula jangan selalu memandang remeh dengan perkara yang kecil2.. layanan yang baik bukan hanya ditempat tidur.. pasangan mereka perlukan belaian dan perhatian juga.. menunggu semasa balik kerja... menghantar semasa pergi kerja dan lakukan banyak aktiviti bersama2...banyak berbual dan bertanyakan apa yang mereka buat hari ini.. kerana perkara yang kecil2 akan sentiasa menjadi besar kalau kita tidak pandai menguruskannya..
    hari ini banyak perhubungan tidak kekal kerana tinggi hati.. tidak mahu mengalah ... tidak mahu menundukkan kepala... sebenarnya tidak ada salahnya pada kata maaf... untuk mengapai apa yang kita cintakan bukan jalan yang senang.. memang setiap perhubungan akan mempunyai pasang surutnya tetapi kita kena pandai menghargai apa yang kita ada... jangan sentiasa kehilangan orang yang kita cintai... biarpun dia bukan milik kita... apasalahnya kita membiarkan dia bahgia.. dan kita mendoakan kebahgiaan...

    banyak  orang akan menyesal kemudian kerana terlalu mengikut perasaan... jadi hargailah siapa saja yang anda cintai jangan lukakan hatinya!!





    Photobucket

    Tuesday, May 17, 2005
    offday

    ari ni aku offday..... semalam tengok tv sampai jam 12mlam da lama tak ngadap tv.,. entah apa2 cerita aku tengok jer.. kemudian masuk tidor.. mimpi manis lagi ha'ah kalau nak tau apa mimpi aku semalam masuk saja dalam mindaku.....pagi bangun ayooo terlepas solat subuh terpaksa qada lee... skang ni kalau nak cukupkan 5 waktu bukan main seksa lagi..... peh kena kuatkan diri gak.. kalau tak aku nanti mati jadi antu yang berterbangan di angkasa.. pagi goreng nasi buat cucur sardin tuna....teh o panas.. pagi tadi sebenarnya aku dah onkan pc.. tapi tak mengadap pc.. kesian cik nur menyapa tak ada jawapan , kerana aku pergi membasuh pakaian .. dan juga masak sarapan pagi.. heh selesai makan baru mengadap pc kembali.. tu pun upgradekan blog kemudian tengok2 bloger sport... cam sakit lakang laks.... nak baring2.. tetapi kerja masih lum siap lagi.. apa2 lah, forum desumpitt pun da wokies...biarpun jarang di lawati orang tapi masih juga ada pengunjung yang setia...... saper lagi itu aku.......hahaa


    Photobucket

    Wednesday, May 11, 2005
    ruang kasih yang masih terbuka lebar



    Anak perawan berkebaya
    Bersenandung sambil menuai padi
    Menunggu kembali kekasih
    Terlihat dalam sinar matanya
    Rindu

    Anak jejaka mengembara
    Langlang buana mencari kesempatan
    Berkarya, berbakti, mengabdi
    Bagi negri tanah tumpah darah
    Tercinta

    Betapa indah
    Mimpi-mimpi yang  tergambar dibayangan

    Anak perawan terkesima
    Membaca surat bersampul biru muda
    Jantung pun seperti terhenti
    Bibir terkatup
    Air mata berlinang

    Anak jejaka patah arang
    Melambung dan terbanting
    Di batu karang
    Ternyata begitu sulitnya
    Menanggulangi petaka
    Yang berutun datang







    Kau campakkan
    Dan kau terlantarkan
    Kembang yang kupersembahkan kepadamu
    Sepenuh hati

    Kau diamkan
    Bahkan kau tinggalkan
    Aku yang tertegun di dalam rindu
    Di dalam sepi

    Benarkah telah kering kasih sayang di jantungmu
    Layaknya musim ini
    Berkaca pada sikapmu
    Ranting-ranting patah gemertak
    Belalang pun terbang mencari hijau
    Sisi ladangku tak lagi subur
    Untuk tumbuhkan cinta kasihmu

    Kau dengarkan
    Dan coba renungkan gelombang di laut
    Nyanyian rindu
    Menikam kalbu



    TOM JONES - I'll Never Fall In Love Again

    Tom Jones as sung on "The Tenth Anniversary Album"

    I''ve been in love so many times     
    Tthought I knew the score
    But now you've treated me so wrong
    I can't take anymore
    And it looks like
    I'm never gonna fall in love again
    Fall in love, I'm never gonna fall in love
    I mean it
    Fall in love again
    All those things I heard about you
    I thought they were only lies
    But when I caught you in his arms
    I just broke down and cried
    And it looks like
    I'm never gonna fall in love again
    Fall in love, no, I'm never gonna fall in love
    I mean it, I mean it
    Fall in love again
    I gave my heart so easily
    I cast aside my pride
    But when you fell for someone else, baby
    I broke up all inside
    And it looks like sob
    I'm never gonna fall in love again
    That's why I'm a-singin' it
    Fall in love, no, I'm never gonna fall in love
    Please don't make me


    Fall in love again


    ku tumpangkan dada berbisaku pada malam nan sepi...... ku cari2 dimanakah wajah gembira yang tertampar di mukaku.. cuma sendu saja! dimana sebenarnya akan ku akhiri sebuah kembara yang tak ada nokhtah ini... akan sampaikah ke penghujung benua..... ? pernah sekali semasa pertama kali aku jatuh cinta..... cinta pandang pertama bukan cinta buta.. tapi cinta yang lahir dari kasihsayang yang luhur.. yang tertiba tertolak pada jendela hatiku... kami sama2 membesar sama2 menghirup udara remaja memilin cinta yang entah apa2 tetapi manisnya masih berbekas dijiwa biarpun saling tidak memiliki tetapi pada hakikat hati itu kita saling bergantungan... saling ada firasat dimana ada kesakitan pada satu pihak lagi...akan ada naluri untuk mencari...... dan semalam ku temui firasat itu.. yang sudah lama aku tinggalkan.....bahawa engkau memerlukan aku pada saat2 gentingmu.. kata orang hidup berpasangan ini ada pasang surutnya.. tetapi kalau didalam hati tiada ada cinta.. cuma sayang , belas kasihan...keterpaksaan..pengorbanan segalanya akan menjadi sukar...... perpisahan aku mulai melewati dinding2 hari.. kemudian hari2 yang sukar dan saling menyakiti pun bermula....... engkau orang yang pertama aku cinta pertama aku sakiti hatinya.. tetiba mulai tertolak pada titik itu..... ku dengar suara derit sakitmu di kuping telingaku......tertinggalkah kalau engkau sendiri? biarpun tidak ada cinta.. tetapi sudah waktu yang terlalu lama engkau dan dia hidup bersama.. pasti ada kenangan yang akan tetap tertinggal dalam kotak memori...

    jodoh pertemuan seseorang perlu kuat.. dan tuan punya badan pun perlu kuat untuk mempertahankan istana mereka... kalau tidak kuat menempuh gelora dan badai hidup akan terkuncil lah sendiri.. aku faham keinginan mu untuk membebaskan diri dari belenggu itu.. tiada cinta..?? cinta apa lagi yang mahu kau pertahankan.. engkau ingat hidup sendiri akan lebih aman dan tenteram? kau tidak fikir kesunyian dan kesepian akan menghimpit ruang resahmu......katamu engkau sudah selalu merasakan perasaan itu........lebih baik engkau betul2 sendiri.. aku sudah tidak tahu bagaimana hendak menasihatimu untuk engkau terus kekal bersamanya.. perhubungan itu sudah terlalu lama.. dan pasti engkau sudah masak dengan langkah kakinya.. pertahanlah biar sampai ke penghujungnya.. kerana aku bukan lagi mahu membuka cerita lama..... diantara kita sudah ada titik hentinya.. dan aku sudah lama mematikan cerita2 yang kita karangkan dulu2... semua itu mimpi2 anak bocahan.. biarlah mimpi itu menjadi mimpi manis cuma... menghiasi malam hari kita... jangan kita berangan2 lagi untuk membina mimpi itu...... BERUBAH??? sering kau tanyakan hatiku... sewajarnya engkau fahami seorang aku.. bahawa aku memang mempertahankan rasa cintaku padamu...... rasa cinta yang betul2 tulus dan suci... biarlah kita begini saja......memang aku kadang2 menjadi pemurung.. aku biarkan semuanya pergi dari hatiku......aku sudah berhenti untuk mencintai apapun.. dan aku ingin berhenti menjadi orang yang punya perasaan... aku ingin bekukan semua rasaku didalam hatiku saja...... AKU SUDAH TIDAK MENYINTAIMU LAGI.......sejak dulu2 kau sering sangsikan akan semua rasaku.. bukankah kerana cinta kita merelakan untuk saling tidak memiliki......jadi jalan itu janganlah kita terokai lagi.. bukan senang untuk hidup sendiri...... orang2 yang seperti aku ini memang sudah dilahirkan untuk berjuang sendirian.. melawan semua rasaku... kesakitan itu biarlah.. aku sudah jenuh untuk mencari titik hentinya...kau ingin merawat... tinggalkan lah mimpimu.. telah lama aku berhenti bermimpi untuk mati dipangkuan orang yang aku cinta, sejak aku mula merasa ada cinta lagi yang lahir dihatiku supaya nanti aku tidak meninggalkan bekas dihati orang yang aku cintai ...... nanti kalau sampai waktu aku terpanggil aku akan pergi sendirian tak siapa pun yang tahu biarkan begitu saja biarlah perjalanan itu terhenti tanpa siapa pun menyesali ketiadaanku ........dan kuburannya biar saja dimana pentasnya aku sendiri sudah tidak kisah kerana orang2 seperti aku sudah menjadi gelangadangan.. dan yang paling penting aku tidak mahu dikasihani.. sesungguh amat sakit bila kita merasakan diri kita dikasihani buakn dicintai sepenuh hati..... aku tidak mahu lampias kasihan ada di rekuh kalbu orang yang aku cinta untuk seorang aku , biarlah aku menjadi memori manis dan pahit saja.......kita masih mahu meneroka hidup.. kata temanku.. kita mesti teruskan hidup kerana ada misi...... tetapi aku sendiri sudah tidak butuhkan penghidupan.. yang aku perlukan adalah menamatkan sebuah perjalanan yang aku sendiri sudah bosan untuk meneruskannya......

    lucu bukan?? akhirnya aku pulang tanpa dendam juga.. ku lepaskan bebas semuanya yang ada dihatiku...... aku pakukan semua rasaku untuk tidak ikut larut dalam semua yang menyentuh hatiku.. biarlah semuanya ilang begitu saja bersama diriku sendiri........ kalau aku masih mampu berdiri aku tidak akan berdiri disampingmu lagi...... kerana seorang aku sudah tiada haknya lagi untuk berdiri disamping siapa2... biarlah jalan ku sendiri........malam ku sendiri......semuanya LANDAS  SUDAH.. aku tidak mahu fight lagi...aku bukan siapa2 lagi........ aku yang sudah tidak ada harga apa2 lagi .. tinggallah begitu saja mimpi manis kita..

    ....... semalam blogdriveku buat hal naik gila aku mengeditnya still tak mau menjadi juga akhirnya aku buntu sendiri mahu saja aku deletekan semuanya.. pagi ini bukan main bagus lagi dia.. tetapi semalam dadaku seakan mahu pecah lagi.. menapak lagilah aku ke farmasi mencari sesuatu yang sudah lama aku mahu tinggalkan..... biarlah untuk beberapa bulan ini aku pertahankan sedikit rasaku untuk aku nikmati sedikit perasaan ingin hidup.. waktu aku membuka mataku.. aku masih ada kehidupan lagi rupanya.... aku kadang2 ingin bercerita banyak tetapi kadang2 mulutku seakan kaku.. dan ku simpan semuanya didalam .. tadi aku termenung dan ku rasakan getar hatiku... sudah lama keluargaku tidak menghubungiku..... mereka tidak mencari cerita tentang aku dan mungkin itulah harga seorang aku dimata mereka TAK ADA APA APA DAN TAK ADA SIAPA SIAPA..... pernah sekali aku jeritkan pada hatiku biarlah aku terus gelandangan dijalan yang basah.. kerana aku sudah tidak memiliki apa2 lagi untuk aku pertahankan dalam hidupku satu saat kalau nyawaku sudah terangkat aku tidak lagi berhutang kasih dengan siapapun..



    nafasmu gemetar

    nafasmu gemetar
    pada bulu-bulu mataku
    seketika
    di sepanjang hari yang rinai
    kata-kata mendingin
    aku mungkin membeku, dan sunyi kian mendayu
    lalu engkau menyiapkan perangkap
    menabur kepingan senyap
    saat itulah rautmu datang bersandar
    dan nafasmu gemetar
    waktu bergegas lagi
    yang ku ingat hanya derik pintu yang kau tutupkan pelan-pelan
    sedang aku masih bersetubuh dengan mimpi sepanjang hari
    sepanjang hari yang ditimbuni gerimis
    dan raung yang ritmis
    baiklah, aku akhirnya menanti
    pukul satu dini hari
    pelukanmu padaku
    dengan getar nafasmu


    segalanya akan lenyap....bersama dingin seluruh malam pada seluruh kematian yang lewat.. usai sudah semuanya menjadi lerai pada kasih tak kesampaian hujungnya.. derat sepatuku masih menepak meniti basahnya hidup yang pogah.. pada surut mata yang pudar mulut terkunci mati...tiada lagi jalan untuk pulang arah itu sudah beredar...

    disini ada luka
    dosa kelmarin terbelit noda
    tiada doa yang tertadah
    lepas bebas merintih masa
    mencari pembunuh naluri benar
    dalam dosa2 hidup yang lebar
    pada butiran masa yang beredar
    kalau aku tak berhenti menari lagu sendu
    tandanya aku masih lagi berhutang cinta
    pada tandu yang kehilangan pengantinnya
    terbawa ke padang rumput nan menghijau
    sedang aku bukan lagi musafir mimpi
    luka dan luka itu
    masih lagi terbelit dalam jiwaku
    cinta kenapa masih tidak mahu pergi
    biar ku usir dengan paksa









    Photobucket

    Monday, May 09, 2005
    the true story about me and u

    when your wake up and open d eyes...what in your mind? think about your lovers...your carier, your worried or anything else...what happen if u lose u mind and nothing inside only d dark and misery ...too sick too think that happen when u think u dont have anything in life...u feel humble feel lonely..

    kau pahat langit dengan angan2
    kau ukir malam dengan bayang bayang
    jangan hanya diam yang kau simpan
    dalam duduk termenung
    malam yang kau sapa
    lewat tanpa menjawab...
                                                                   
    ~ebiet g ade~



    ku sorong bayang angin pada daun kelabunya malam yang menyongsong pada dingin mata yang menatap terbakar dalam sepi mengharap ku tatap hati yang meratap hiba sunyi yang terbelit dijendela hati yang terkapar sakit tertinggal mimpi dalam janji manis yang berduri...antara benar dan dusta bermain pada fikiran dangkal tercipta mimpi palsu menjungkit seribu kesakitan akhirnya terkapa mati sendirian ...pulang dengan penuh kekalahan biarpun tanpa dendam.........mata yang kesurup tiada lagi bening mengharap..ilang dalam diri tanpa keruan...akulah itu kembara dijalanan..bergelandangan mencari cinta sejati tapi terbiar dalam kotak misteri hidup antara kau dan aku....

    prolog .........seorang tukang sapu


    Jam berderit dengan kuat...bukan jam meja tapi jam hp di sebelah bantal tidurku... bergegas aku bangkit ke kamar mandi... mandi sambil menyuci baju semalam yang sudah dipakai sambil bersenandung lagu cinta yang sudah ketinggalan zaman.... pantas masa beredar . Menjemur kain kemudian berpakaian sederhana mungkin biasa saja jeans luruh dan kemeja bundle....bergegas menunggu bas di perhentian. Terlepas sarapan pagi lagi... nak apa boleh buat dalam saku cuma ada cukup2 untuk tambang bas.. bermakna hari ini satu hari lagi dia akan berpuasa makan lagi... tak sampai lima minit bas sudah datang dan dia pun naik bersama deru bas yang bingit.. dan tak sampai sepuluh minit sudah sampai di bandar KF...dia melalui deretan kedai2 yang baru dibuka untuk ke tempat kerjanya sambil melangkah pantas takut kelewatan.. kerana lewat satu saat dendanya adalah kehilangan satu ringgit dari gajinya yang tak seberapa...apa lagi kalau sudah lewat banyak saat..
    Sampai di tempat kerja seperti biasa dia punchcard kemudian meneruskan rutin hariannya sebagai tukang sapu...mengelap apa yang patut dan menyapu apa yang patut... seawal pagi dia sudah dibasahi peluh....tetapi hati nya masih mahu bersenandung... hidup yang simple bukan? Usai saja rutin harian dia akan ketingkat atas disana banyak mesin games...duduk2 dibangku sambil merenung jauh di jendela kaca...kelihatan orang ramai di pasar....gerak orang lalu lalang mengibau banyak kenangan yang mahu dilupakan.
    Sedap juga termenung sebegitu...tetiba2 khayalannya termati sendiri bila bahu nya di cuit perlahan.. dia menoleh....... siapa lagi kalau bukan si amoi anak cina yang selalu mengganggu rutin hariannya sejak di mula berkerja... ada saja yang dikehendaki oleh gadis cina ini.."jum ikut saya ke sentosa"..nah seperti kerbau yang dicucuk hidup mengikut sajalah....jarak dari head offis ke sentosa lebih kurang 20 minit tetapi kalau berjalan kaki mahu juga satu jam hehee....disana pasti banyak kerja packing yang menanti.. apa boleh buat bekerja dengan orang tidak sama dengan menjadi boss sendiri kita boleh lakukan sesuka hati kita.. tetapi kalau menjadi kuli orang mengikut sajalah.
    "bawa air...bawa baju tukar... tapau makan tengahari..." pesan si amoi sambil menatap wajahku... aku cuma mengusir senyuman... membuka loker ku dan mengambil beg galasku yang cuma terisi dengan towel muka dan air masak dalam botol kecil. Boss sendiri yang memandu.... meninggalkan aku berdua dengan si amoi di Sentosa... dan dia sudah sedia berkerja. Aku menolong dia membuka pintu gudang.. menolak grill yang memisahkan ruangan luar dan dalam... dia masuk ke dalam dan menoleh padaku seketika... "saya nak menukar baju.......awak jangan tengok ya..saya malas nak ke tandas..." hemmm aku cuma melirik mata.......(malas menaip....malas bercerita........sambung kalau aku kerajinan menulis...)

    apa kata kalau membaca cerita dibawah ini sebagai renungan........
    Darmawan Triwidodo
    Mon, 17 Jan 2000 20:57:41

     seandainya gaji tukang sapu itu 3 juta rupiah dan gaji presiden itu 2,5 juta rupiah anda punya kesempatan jadi presiden (kalo tukang sapu jelaslah) maka anda pilih jadi apa..? yg jelas presiden punya kekuasaan, terkenal, dihormati, bisa jalan-2.. memang capek sih tapi jelas menyenangkan... dan saya yakin clinton, saddam husein, mahatir muhammad berebut jadi presiden bukan karena duit dan kekayaannya tapi karena posisi yg dihormati. jadi kenapa gaji presiden harus naik begitu besar..? kenapa tidak gaji tukang sapu yg tadinya 150 ribu jadi 1 juta... gaji guru yg tadinya 300 ribu jadi 1,5 juta dan gaji-2 buruh yg 'tidak punya masa depan' dinaikan sehingga anak-2 mereka bisa sekolah di smp dan sma (jangan kayak bupati yg gajinya 2 juta anaknya sekolah di luar negeri **mungkin karena nggak ketrima umptn** punya villa dan menimbun harta) kalo anak-2 tukang sapu, tukang las, buruh-2 bisa sekolah di perguruan tinggi mungkin massa depan bangsa kita akan lebih baik. kalo anak presiden, anak menteri, anak bupati nggak usah dipikirin... kalo dipikirin malah nyakitin hati... lebih bodoh tapi lebih gampang dapet kerja yg gaji gede dan kadang lebih gampang dapet jabatan... yang lagi merenungi nasih seorang buruh -darmawan-


    ~desumpitt05~




    Photobucket

    Thursday, May 05, 2005
    ~prolog seorang aku~

    aku ingin memenatkan badanku....biar patah seluruh tulang belulang ini.. biar saja lumpuh seluruh badanku asalkan fikiran ku tidak ikut sakit.. aku sudah lelah dalam menggunakan mindaku.. yang aku gunakan sekarang adalah kudratku.. aku sudah malas untuk berfikir tentang esok .. aku sudah penat dalam mencari erti sebenarnya akan kehadiran dan kehilangan... aku sudah terpaku mati dalam hati yang hilang perasaan manisnya melarik mimpi.. aku bukan lagi mencari serinduku... aku bukanlah sipencarikayuapi yang melangir perasaannya... aku yang entah apa2...
    hari ini hari semalam memang penat...badanku sepenatnya... seakan ingin berhenti seluruh urat sarafku.. sudah lama aku tidak menggunakan kudratku untuk bekerja...biasanya aku cuma duduk2 dikerusi kemudian mata menatap pada skrin kaca....dan jemari tanganku mengetuk2.... kemudian mencari bahan di tenet...apa saja.. tetapi sekarang aku gunakan tulang empat keratku... segala kekuatanku.. aku ingin melumpuhkan badanku sebenarnya.. aku sudah amat pogah dengan semua ini... aku ingin ratah semua kesakitan perasaan ini dengan mematikan perasaanku dalam bekerja... apa saja yang boleh membuatkan aku tidak lagi berfikir... kalau aku termenung pasti kesakitan itu akan datang... ketakutan akan menghimpun....kesedihan kemudian menampung lambungku... aku tidak ingin melukakan hatiku sendiri.. tetapi itulah yang selalu saja berlaku...

    hari ini kalau aku masih kuat
    aku masih mahu lagi berdiri disampingmu
    andai masa itu telah beredar meninggalkan kita
    aku masih lagi mahu mendakapmu manja disetiap malamku
    biarpun cuma pipisan angin cuma
    kasihsayang cintamurni telah aku serahkan
    seluruhnya...........
    ku dengar bisikan manja...didaun telingaku
    tetapi cuma desiran saja tanpa suara yang ku kenal
    akan pergikah engkau meninggalkan aku sendirian.....???

    ~desumpitt05~


    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Previous Page Next Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009