Saturday, February 26, 2005
~aku cinta padamu sungguh..mestikahku ucapi dari mulutku sendiri....aku CINTA PADAMU SUNGGUH!!~
pagi sendirian di rumah, sudah masak nasi dan tumis pedas ikan dan goreng ayam. Sedang masak air atau dengan kata orang kampungku sedang rebus air..sama tapi tak serupa..teringat pada kambing2ku dipadang...teringat pada deru ombak laut yang manja dan mengoda sukmaku... berbaring baring aku di katil sambil meletakkan tangan di belakang kepala...merenung siling yang tak bersuara...nak buat apa? nak kemana? aku tak tahu.. dan untuk saat ini aku masih belum mandi pagi lagi...dan memangpun dari semalam lagi aku tak mandi....dari petang semalam pun kelewat malas mandi ditambah lagi keadaan moody bukan sejuk juga hujan turun dari petang semalam...kejab lebat kejab gerimis....semlam pun hujan dan pagi ini pun hujan juga.. dari lepas tengah malam semalam aku toleh beberapa kali kepada hp ku yang tergantung didinding... adakah ia berbunyi..bergetar getar di tepi dinding..rindu adakah rindu itu merimbun kepada seorang aku yang berada jauh darimu..atau rindu itu semakin jauh dan getar rindu tidak lagi kuat...tidak lagi seperti semalam dulu dan dulu2 ....adakah kita telah memasang jarak... kecurigaan meliputi ruang dada...cemburu, resah, mamai semuanya bercampur baur....sekarang tak ada lagi wish gud night....wish morning... rindu semakin mahu berlari meninggalkan palit2 kenangan yang sukar di gugat tapi sayang cuma dalam dadaku...kesakitan di dalam dada ini ngilu sekali...
Pagi tadi belum jam 6 aku sudah bangun tak tahan dengan panggilan tandas..sudah lama aku tahan malas nak bangkit...kemudian selesai aku baring2 kembali ditempat tidur tarik selimut sehingga ke leher..tetapi dimarah dah dikejutkan oleh sahabatku kenapa tak solat subuh sekali..aduhai rupanya sudah masuk waktu subuh...masih bermalas2 tetapi tetap mengerjakan suruhan ..lepas solat subuh aku da malas nak tidur lagi biasanya aku suka bermalas malas.... dah memang aku jenis yang pemalas...aku keluar ke beranda rumah..melihat alam yang kehijauan...mendengar gemersik suara embun berselang seli dengan suara gerimis... ditambah dengan merdu nya suara kicauan burung2...hatiku di mamah rindu lagi...dalam dan dalam sekali..rupanya rindu ini mengalir laju... "rindu............kalau hatiku sedang rindu pada siapa nak mengadu..kerna hati bertanya selalu berlinanglah airmataku....akan ku cari walau kemana kini aku berkelana...ke hujung didunia akan ku cari.......kalau hatiku sedang rindu pada siapa nak mengadu..."
kerinduan sudah banjir dalam kolam hatiku tetapi aku tanyakan dalam diriku sendiri untuk apakah rindu ini kalau aku tidak dapat membahgiakan dia...untuk apa kerinduan ini kalau ku tahu rindunya semakin jauh..Kesakitan melilit pada tangkai hati sedang aku merasakan disetiap denyut urat nadiku hanyalah kerana aku masih menyintaimu kerana cinta itulah aku masih mahu berdiri kukuh biarpun aku sudah roboh...aku sudah lunglai...aku sudah kehilangan segalanya...
Berbaring diam2....teringat kampung halaman yang sudah 2 bulan aku tinggalkan.."angin pantai dingin membelai..ombak laut mengajak pulang...disini ku rindu kampung halaman yang lama telah ku tinggalkan..bertapa indah negeri orang...tak seindah tanah tumpah darahku....." tapi tak ada khabar berita dari kampungku bertanyakan tentang aku...tentang seorang aku...aduh!! pedih lagi bagai ditusuk2 tangkai hatiku sudah terbuangkah aku? memang setiap minggu aku akan hubungi kampung biarpun bukan dengan yang berkenaan aku tetap tanyakan bondaku...dengan siapa saja yang dekat dengan bonda ku tetapi aku tidak menelepon sisebelah atau sisterku yang dikuatan... malas... kadang2 kak long suarakan kerisauan nya tentang aku yang jauh...ah! kak longku tak tau apa2....surirumah yang baik...dan sangat baik serta prihatin...tertewas lagi aku dengan kemarahan...silapnya adalah datang adari aku sendiri...biarlah kalau mereka tidak pernah mahu bertanya khabar tentang aku....aku saja yang mengalah..sentiasa begitu seperti kata yang tersayang......."air yang dicincang tak akan putus..tetapi aku rasa mereka jenis ais...mungkin jenis ais kuib..."tumpulkanya kasihsayang mereka.... ah! biarkan lah..dan memang kalau di kampungpun aku saja yang sentiasa mengambil berat tentang keluarga mereka....mereka sama saja..kalau aku ada dimana pun... mungkin kerana aku bukan siapa2...aku tak berhak untuk marah...kerana hak ku telah lama tiada....mungkin kasih sedara semasa berada... kasih kita..sepanjang masa...kalau kita berada di puncak semua orang akan mengapai tangan.. hukum dunia...
aku berhenti menulis seketika... merenung dan berfikir..makin dalam aku berfikir makin jauh hatiku terbiarkan rindu ini........rindu semakin jauh...teman2 sudah lama aku tak tahu perkembangan mereka.. dan mereka pun semakin menjarakkan diri... biasalah teman yang sejati...payah akan kita temui... yang ada disekitar kita inilah yang akan jadi teman kita...
Di luar hujan masih lagi turun...aku berdiri sendirian...sendirian.. dan mataku pejamkan melihat ke dalam kenagan yang pernah singgah yang pernah dilewati ada tangisan didalam sana...ada suara tawa di dalam sana..
"aku pulang tanpa dendam....ku terima kekalahanku..........AKHIR TAK ADA CINTAKU DAPAT" cinta bukan cuma menerima tetapi kita harus juga memberi dan berkorban untuk orang yang kita cinta.. dan aku rela korbankan nyawaku untuk yang tercinta...demi cinta ini matipun aku rela...semoga sayangku berbahgia selamanya....
~desumpitt05~
Friday, February 18, 2005
bagaimana sekarang? apa yang sedang ada difikiranmu sekarang? masihkah aku yang ada di sana ataukah ruang itu telah engkau tolakkan jauh2 dari langsir ingatanmu untuk seorang aku... teringat akan satu nyanyian yang sering aku nyanyikan dulu....
jika teringat tentang dikau...
jauh dimata dekat dihati...
ingin jumpa walau ada segan...
pertemuan yang ingin aku lalui lagi berulang dan terus berulang... anehnya perasaan cinta ini terhadapmu tidak pernah mahu tanggal.. biarpun berkali kali aku cuba untuk melupakan dan menyingkirkan semuanya..
cinta terlalu indah bila kita sering merasa sakit akan cinta itu sendiri... benarkah?? ingat satu cerita kat tv... cinta tak dapat dibeli atau di curi...tetapi bagaimana kita hendak mendapatkan cinta yang benar2 tulus di untukkan untuk kita....?? aku pernah dapatkannya... tapi aku tidak ingin kehilangannya...
banyak ruang waktu aku termenung saja di pinggir tangga merenung hari2 yang telah aku lewati.. aku tidak lagi kerajinan menapak di depan pc seperti dulu.. kalau adapun kadang2 aku habiskan masa bermain games... untuk apa mengarang kalau hati kita sudah terpenuh dengan rasa bahgia.. biarpun kadang2 kita seakan terluka dengan api rindu yang tak mahu padam...aku ingin menyintaimu sehingga akhir hayatku dan aku bahgia daengan perasaan ini... sangat bahgia.. biarpun nanti apa saja yang bakal terjadi diantara kita... kerana aku telah memiliki apa yang dinamakan sejati dan kebenaran perasaan..
Tuesday, February 01, 2005
ku perhatikan ruang kamar yang sempit ini... tetiba sms datang bertalu talu.. membaca tanpa apa2 rasa.. kerana semua rasa itu telah aku tinggalkan jauh2 dari kemanisan bibir untuk aku mengukir bait2 huruf di skrin hpku... membiarkan sms masuk samalah seperti membiarkan mimpi2 manis terbongkar semuanya... sebenarnya apa yang aku cari andai aku terus membuang diri.. harga dirikah? dimana kah harga diriku yang selama ini? sesungguhnya bukankah harga diriku telah lama aku runtuhkan semenjak aku meninggalkan kebiasaanku yang tegas itu.. aku melangkah ke satu dunia ku yang tersendiri yang mana semua orang seakan mahu memusuhiku..kerana aku mencintai dunia baruku.. masing2 dengan tomahan memasing sedang aku berbahgia dengan duniaku itu... kadang2 cuma sebaris kata2 yang boleh mengubah segalanya... sebaris kata2 yang sederhana tetapi amat menikam sekali ke dalam sukmaku..menikam dalam2..
aku pernah menerima sms dan tepon teman2.. bahawa ada teman dan rakan rapatku sendiri bercerita tentang diriku kepada kenalan2 lain.. ah!! biarkan dengan mereka... dunia mereka tak habis2 mencari siapa orangnya.. dunia gossip liar.. tetapi yang hakikat adalah diriku adalah diriku sendiri...
banyak yang ingin aku lakarkan disini.. banyak yang aku ingin taipkan..tetapi aku kehilangan kata2.. aku kehilangan segalanya kosong mindaku .. beku mati hatiku... apakah ada harapan lagi untuk aku meneruskannya.. ? tetapi disini adalah ruang hidup yang aku suka sekali..mana mungkin aku meninggalkan dunia penulisanku yang telah sebati dalam hatiku.. kalau tidak menulis di blog aku menulis di kertas2 kosong...kemudian aku ulang membaca.. dan membaca apa yang telah aku lakarkan.. tetapi kenkadang aku biarkan ia menjadi cebisan kesakitan yang aku longgarkan dari ikatan hatiku... teman kadang datang dan pergi..silih berganti... tetapi yang benar2 dekat dihati adalah yang menerima aku seadanya.. sebagaimana diri aku sebenarnya dan tidak bergossip dibelakangku.. memandang aku dengan wajah aku yang sebenar..
kerinduan datang bertali arus pada orang2 yang aku tinggalkan.. aku kuat dan aku cekalkan hati.. untuk tidak kembali lagi kedaerah kelahiran sebelum hati yang tertoreh dengan kata2 bisa akan tertanggal dari hatiku.. aku ingin lagi melangkah jauh dari daerah itu..akan ku tinggalkan semua kesayanganku..masihkan ada kesayangan?? rasaku telah aku bebas dan lepaskan semuanya.. yang ada cuma diriku yang keseorangan dalam kamar yang amat gelap dan terkunci.. aku mengunci semua pintu kamarku..kini.. jangan lah di godak godek lagi... aku sudah menyahkan semuanya... biarlah mimpi itu paling manis.. "memang kebenaran itu tidak membunuh.. tetapi kebenaran itu kadang2 melukakan perasaan..." perasaan yang sangat halus.. kita bukan lari dari kebenaran.. cuma bersembunyi disebalik topeng yang bukan diri kita.. untuk meninggalkan diri kita yang kita sendiri tidak sayangi dan cintai...aku sudah malas bermimpi tentang teman2 yang manis didepan sedang mengopak sayapku dibelakang..selamat tinggal untuk teman2 yang sebegitu... aku tidak suka orang mencari siapa diriku.. cukuplah orang kenali aku cuma "sumpitt" ... kerana aku tidak mencari orang.. yang aku cari adalah teman untuk aku berbicara seketika..kata teman baikku kenapa perlu begitu...? aku mesti meninggalkan semua itu kerana itu adalah janjiku...biarpun kakiku terseret.. aku bakal meninggalkan juga daerah kesukaanku.. yang sudah menjadi medan tempur untuk memburukkan sesama sendiri... kesian.. aneh nya manusia.. yang dipanggil sahabat.. tetapi masih lagi berdiri dalam bayang hitam pekat hati benci dendam ..yang amat dalam... iri hati..busuk hati masih bermaharajalela.. sedang sebenarnya kita sepatutnya sudah matang dalam hidup... menerima baik dan buruk seseorang dalam diri mereka.. kepalsuan biarpun menyakitkan.. kebenaran biarpun melukakan...semuanya adalah rencah hidup untuk kita menjadi makin dewasa dalam pukulan ombak kehidupan.. itulah rencahnya menjadi manusia .. kita menerima diri orang lain seadanya.. kerana manusia didalam dunia ini tidak ada yang bersifat dengan sifat sempurna itu cuma adalah sifat yang maha kuasa.. oleh itu kita mesti menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada setiap orang bukan menjebak mereka dalam rencah gossip yang tiada kesudahan... meleraikan masalah dengan baik jangan menambahkan lagi kepada masalah yang baru.. yang itu dalam pemerhatian ku tidak pernah ada dalam diri teman2... masing2 menegakkan pendirian memasing tanpa berani membuka ruang diri untuk melihat kebaikkan dan keburukan dalam diri sendiri.. aku sesungguhnya bukan orang yang baik2 kerana aku sentiasa melakukan kesilapan.. dan dari kesilapan itulah aku mahu menjadi matang dalam menilaikan erti sebenarnya orang yang ada dekat dengan kita dan berbaik dengan kita...
ruang kamar ini kenkadang melemaskan aku... tetapi aku masih mahu sempat bermimpi2 biarpun mimpi itu cuma sementara... dan saat2 manis itu masih lagi didalam sel sel kamar terkunci dalam mindaku... aku sangat sayang dan menyintaimu setulus hatiku.........seandainya nanti aku bakal pergi mendahului mu dari mu.. itu adalah takdirku dan aku menerimanya...
~desumpitt05~
(bonda maafkan aku kerana mencari2 bukan ditempat yang wajarnya.. tapi sumber2 yang aku terima bondaku sihat dan gembira...selagi kaki ini melangkah jauh...selagi itulah hatiku semakin dekat dan amat dekat denganmu bonda...)
Monday, January 24, 2005
kita kadang2 terlalu lepas tangan bila dah kena baru nak mengelabah... baru2 ni waran tangkap telah dikeluarkan oleh Polis...kerana saman yang tak berbayar di labuan.. naik gila lak aku jadinya aper taknya kesalahan parking dan tidak menerima saman saja boleh menjangkau sampai rm600 ringgit pada hal kalau diikutkan kesalahan biasa cuma tak sampai seratus ringgit...tetapi kerana sikap ego dan degil dan lepas tangan bila terkena baru terngadah...kelam kabut aku ke bandar mencari balai traffik untuk menyerah diri dan menyelesaikan masalah..tetapi bukan senang... kesukaran itu ada maklum tempat baru tak tau mana nak tuju...jadi kena buka mulut...kena rajin bertanya...sehingga driver bas jadi kawan ku..lak.. fist time pergi ke balai traffik aku tak tau nak turun kat mana...jadi driver bas tu bawa aku ronda2...kat kawasan perumahan polis..hemm..dia pun tersilap nak berentikan bas...tetapi sikap dan prihatinnya...dia hantarkan aku juga ke balai polis itu dengan selamatnya dengan tambang cuma 80sen...tetapi almaklum hari tu adalah hari sabtu minggu pertama...semua orang cuti...adeiiii aku terpaksa menungu hari senin... pepagi lagi aku sudah menunggu bas untuk kesana..uik driver bas yang sama juga...aku senyum dan dia balas senyum...kadang2 itulah putaran hidup...sering kali kita diatas seringkali kita dibawah..kesukaran itu adalah hikmat kalau kita berani menrayu...dah semalaman aku tak tidur memikirkan saman2 ku yang sebanyak 7 keping...aramak... teruk betul... tetapi jumpa dengan orang yang berkenaan ada juga yang nak menolong... tak semua orang tak nak menolong kita..mereka menyuruh aku menulis surat rayuan.. untuk dikurangkan saman2 tersebut...pagi tadi aku telah selesaikan sebahagian dari samanku cuma yang ada waran tangkap terpaksa tunggu petang sedikit kerana ada masalah teknikal...apa nak buat... pengajaran kepada aku..jangan berlengah dalam apa hal..dan jangan amik mudah..jangan baran tak tentu pasal....kesabaran itu perlu... terimakasih banyak2 kepada yang menolongku...sesungguh nya memang saat2 sebegini kita akan merasa sangat keseorangan apabila tiada jalan keluar untuk kita lepaskan diri dari masalah.. tetapi kita mesti yakin.. mesti ada jalan keluarnya... terimakasih banyak2 from deep and deeper my heart...kerana bersusah payah bersama samaku... orang yang tak ada apa apa harganya...
semalam semasa sedang terkelip2 memandang siling hotel..sendirian aku dapat sms dari naz kata bapa meera meninggal di mekah..kemudian pagi meera sms jugak beritahu bapanya meninggal di tanah suci..innalillah'jiun...dari dia kita datang dan dari dia kita pergi... sesungguh kita yang hidup ini belum tau lagi dimana tanah kubur kita dan bila kita akan kesana....seperti aku juga... entah bila dan dimana.....masihkan ada ruang untuk aku meneruskan sisa2 hidup yang semakin besar dengan tekanan....sabar!! hidup perlu berbanyak kesabaran...
~de'sumpitt05~
Wednesday, January 12, 2005
termenung aku jauh melangkahi benua...adakah aku masih lagi tergugat dengan ilusi mimpi yang telah kau kirimkan bersama deru angin....? ha'ah aku selalu saja melakukan kesilapan...sekecil2 kesilapan aku telah melukakan hatimu... mengoreskan kelukaan yang telah dalam....aku sering saja melakukan kesilapan yang sama kepada engkau... maafkan aku.. kesedihan dan kecewamu kerana seorang aku ..tak sampai hati hendak aku khabarkan kepadamu yang saat2 ini aku benar2 dibaluti oleh rasa cinta ..cinta yang lahir dari hatiku yang jauh ke sudut dan aku sendiri tidak dapat menghalangnya dari memasuki duniaku... kau kecewa dan terluka ... tetapi itu adalah hakikat yang mesti kita lalui bersama.. kekecewaan dan kelukaan adalah recah hidup yang bergaul dengan kebahgiaan dan kegembiraan... aku memang ingin melihat engkau ketawa kembali... melihat senyum manismu.. aku masih lagi teringat malam kita di KLCC.. terasa segar lagi bau tubuh mu di hidungku... bercerita tentang apa saja... tetapi aku lah sipembawa lara hatimu lagi... orang seperti aku adalah orang2 yang tak tahu diri.. aku terbatas dalam memberikan perasaan .. tetapi kali ini aku tidak boleh lagi berpatah dengan apa yang telah aku berikan .. kerana telah aku berikan seluruh yang ada dari dalam diriku untuk dia...kalau dulu aku pernah berjanji denganmu.. aku tidak akan meruntuhkan perasaan orang lagi.. tetapi kali ini perasaan ku sendiri yang terkopak.. aku sendiri yang rebah pada satu hakikat bahawa aku benar2 telah jatuh cinta... cinta yang hadir begitu halus dan dalam tanpa dapat aku pipiskan lagi... biarpun nanti aku bakal ditinggalkan..seperti dulu2.. hakikatnya aku telah jatuh cinta.. dan aku telah memiliki cinta itu seutuhnya...seperti dulu2.. biarpun cinta itu tidak sama bentuknya.. aku tidak mahu mengecewakanmu dengan perasaanku... kadang2 aku ingin menjauhkan diri dari perasaan cinta ini.. tetapi cinta itu tetap hadir disatu sudut yang amat dalam dihatiku.. cinta?? bukan satu yang lucu.. bukan satu permainan.. namun hakikat itu aku telah benar2 diuji dengan perasaan ini.. setiap kali aku pejamkan mata.. cuma wajah itu yang bermain di minda... setiap kali aku renung jauh ke langit yang membiru wajah itu yang berlegar2... memberikan mimpi2 manis untukku di malam hari...salahkah aku..?
telah aku siapkan satu sudut yang amat sunyi dan sepi dari dalam diriku... tempat dimana aku simpankan sebuah cinta... yang aku garapkan dengan seluruh kasihsayangku.. telah aku sembahkan dan aku serahkan... andai nanti aku terkecewa dan ditinggalkan itu adalah hakikat yang sewajarnya kerana seorang aku memang tidak akan diperuntukkan cinta untuk saling memiliki.. aku akur dengan hakikat itu...tetapi kali ini cinta itu aku biarkan saja kekal dihatiku untuk selamanya... kerana telah aku serahkan seluruhnya...dan aku bahgia kerana cinta ini..tersangat bahgia...biarpun aku tak lagi menatap matanya...melihat senyumnya.. semua nya telah ada dalam fikiranku...dalam mindaku...dan aku mahu bangkit menjadi orang dengan melihat cahaya cintaku...
~desumpit05~
Sunday, January 09, 2005
ku hitung hari2 yang terlewat tanpa bekas.. tanpa dalaman rasa aku tinggalkan semuanya tanpa menjejak lagi.. aku langkah kan kaki ku tanpa mahu menoleh lagi ke ruang belakang yang telah aku tinggalkan.. untuk apa menghimpun rindu andai kerinduan itu bukan lagi dilangirkan untuk seorang aku.. aku bukan tikus2 yang bergelimpangan merekuh kasih pada batang banir yang bunting semalaman... akulah penakluk kasih tapi membiarkan rintisan harapan terkujur...ilang tanpa tanda di kuburan kasih..
malas kadang2 untuk menambat hati dengan seluruh kemanisan andai semua itu nanti akan aku tinggalkan juga... tapi harapan untuk bersama itu masih lagi mahu mengunung.. aku sudah malas menyeka airmata kasih yang terkenang dalam kolah hati...aku sudah mahu membutakan seluruh rasaku.. cinta ini terlalu halus untuk aku rangkaikan dan aku tinggalkan... tetapi mengapai rindu bukan lagi pualam mimpi yang amat manis tetapi menyentak aku dari lena yang tak pernah mau berpusing pada kitaran yang nyeyak...
ku benamkan seluruh kesakitan ini...ku ingin bergelandangan di daerah yang tak pernah aku tahu gimana mahu aku akhiri akan sebuah pengakhiran cerita...kehidupan memang terkadang manis terkadang tersepak duri yang amat tajam... tetapi dalam menemui cinta yang telah aku tanamkan dalam dadaku.. bertapa haluskan kehadiran itu dan menyingkirkan aku lagi dari dunia yang telah lama aku jajahi.. menjadikan aku musafir kembali untuk mengangkat harga diri yang sudah aku robek2 kat beberapa tahun yang lalu.....
aku ingin menyintaimu seumur hidupku... untuk mengajar aku erti kesetiaan ...biarpun aku tahu kau akan meninggalkan aku....
~desumpitt'05~
Saturday, January 01, 2005
Malam itu ku lihat
ada tangis di pipi mu
ada sendu di hati yang terluka
ada sepi di jiwa nan meronta
Malam itu ku ingin mengesat airmata mu
ku ingin mengusir pilu sengsara mu
ku ingin menemani pedih duka mu
Namun tatkala ku cuba menghampiri
tatkala diri mu semakin mendekat
ku seakan tersedar dan mula memikirkan...
betapa tangis itu
akulah punca segalanya...
Maafkan ku ..
kiranya ku tidak pernah mampu
untuk memenuhi kehendak hati
dan membuatkan diri mu tertawa
Maafkan ku ..
kerana dalam tak sedar
ku buatkan hati mu terluka sebegini rupa...
bertanya aku pada diri,
apa sebenarya merunsing hati?
apa sebenarnya mengunci fikir ini?
ku selam-selam lautan hati,
ku cari-cari rasa apakah ini,
ku fikir-fikir,
ku jangka-jangka,
bertemu jawapankah aku akhirnya?
ku teroka luas ruang memori,
ku belek-belek diari hidup ini,
semalam yang dulu, hariku kini,
apa terjadi? apa yang menjadi ...
ku pandang jauh ke dalam diri,
ku ingat-ingat rasa di hati,
ku sentuh lembut waras fikir ini,
ku susun atur cebis-cebis memori,
entah mengapa dan bagaimana,
rupa-rupanya aku pelupa,
lama aku tak hiraukannya,
minda ku ini jadi tak upaya,
resah di hati terus meraja,
kerana 'ia' sedang derita ...
Wednesday, December 22, 2004
~labuan entah tanggal berapa~
semilir rindu mengalir laju...labuan kembali aku menjejakkan kaki ku..ke pulau yang banyak kenangan ini.. nah aku kembali meredah m'sia timur yang dulu telah aku tinggalkan... waktu berangkat semalam tu.. airasia lambat ...dekat setengah jam..anak buahku tak lepas... aku dan bonda saja berlepas ke labuan .. nasib baik mama dia dan batman nyer da sampai ke KLIA.. tak jadi jumpa si sulung kerana orang rumah si sulung da masuk wad untuk bersalin.......jadi kami check in di concorde hotel saja... mereka sakan makan bekalan yang bonda aku bawakan dahlah semasa naik kapal terbang di airport sultan ismail memasing malas membawa bekalan tersebut..hem budak2 ni macam2 hal.....
semasa nak berlepas ke labuan cyda datang...macih cikgu kecik... macih banjer sarapan... nanti pitt banjer hang bila hang mai sini.... macih juga kat tawon yang susah payah race ngan lorry.. uik hang nak mai jumpa pitt ker jumpa saper nih......ha'ah.. memang lee pitt tak sebesar mana...ekekeke.. tapi kira2 ngam lee jugak... tak le sekurus dulu.......
tapi semasa nak berlepas......bye2 selamat tinggal untuk ehemmmmmm ada rasa sendu.. ah! nak kemanakah semua rasa2 ku itu...biarpun aku kejauhan namun ada harapan untuk kita bertemu biarpun cuma di dalam mimpi......
salam kasihsayang dari de'sumpit..( aku kat cc nih....!! kat ujana.......sebelum p airport adeiiiiiiiiii !! terimalah aku seadanya.........)
Friday, December 17, 2004
selamat malam.. sedang syok di sk menyakat cik nurdia.. tetiba izza menyapa di YM hemm suruh masuk dekat blog pitt hader awek baru yang sedang menggoda pitt ...selain dari MGD.. hemm sesejuk salju di bumi mana entah sedang mengocak asmaranya untuk pitt sigemala kambing yang dah kehilangan kekambingnya. Ni pitt guna tulis besar skit sebab terbaca komen si llia dia cakap tulisan pitt tu kecik sangat dia baca atas tengah kemudian yang bawah jerk... kalau pitt guna yang lagi besar fontnya mesti kener buat blog baru kang... hemm
Timah Dara Kebun~ ku mencari cari bayangmu siapakah gerangan si dara yang menganggu awangku pitt yang sedang bersendirian di malam yang sunyi dan sepi ini yang mengutus rindu bersama angin yang menderu kemudian mengetarkan tasik hatiku yang sedang kekeringan dan kelemasan dalam kesendirian..... mah!! abang pitt benar2 terhanyut dengan kata2 manjamu seakan akan abang mau melayang layang cam lagu dewi sandra tu.. pergi ke dalam pelukanmu tetapi kita mesti laa kawin dulu....... hahahaa wokies.. dah ar merapu ikan kerapunya... ni nak story cerita pengembaraan pitt membawa 6 dara pingitan dari semua negeri di malaysia..beruntung dan bertuahnya badan si pitt nih.. kan senang nak bawa anak dara orang ramai2 kemerata tempat di m'sia ni..pitt la satu2 orang yang bertuah itu...
11hb~disember
kesemua mereka ku bawa pulang ke rumah ku.. sebelum tu mereka dan menyakat ku sejak di kota baru lagi.. seperti aku menyakat si cyda semalam di mana kami akan tidor di lenggong dimana aku katakan si cyda da pucat facenya sebab kat rumah sana belum kemaskan kamar..sebab tu dia lengah2 kan kepulangan kami ke lenggong.. ha'ah.. lebih kurang jam 9 mlm kami da sampai ke kuala terengganu setelah melalui dan meredah hujan..maklum musim hujan... aku ajak mereka makan dulu sebelum dibawa pulang ke rumah bondaku.. makan di kampung ladang... sebenarnya kampung ladang adalah pusat bandar.. memang di kuala terengganu di bandar2 nya ada kampung..cam kampung pulau kambing.. kampung cina.. kampung tanjung kampung batu buruk..sebenarnya semua berada di daerah bandar kuala terengganu........ sebelum tu aku dah calling anak buah ku supaya bersihkan ruang depan ..ruang tamu ..suruh dia letakkan toto untuk mereka semua tido ...tak yah masuk bilik laa......sampai di rumah..anak buah ku dah sedia mereka masuk sambil cari bondaku.....sebenarnya bondaku da tido penat melayan cucunya yang ramai.. biarlah sesekali apa nak dikatakan......mereka semua aku tempatkan di ruang tamu......nak apa kata aku tumpang sekaki ngan mereka.. ha'ah sat lagi kena kuntau lagi aku....... mana leh kan... pepagi lagi aku bawakan mereka makan di taman awan di batu buruk ...makan nasi dagang...si meera cam biasa bersemangat makan......yang lelain tu macam segan nak makan jerk......rugi tull pada hal tu laa nasi istimewa orang2 gannu......si sitikkk tu lagi laa tak abis... pastu kami tak jadi pergi pasar payang.. kami terus saja ke masjid tengku tengah atau masjid terapung... amik gambar untuk yang terakhir kali kut mereka jadi model....lepas tu kami terus kan perjalanan ke Tanjung jara untuk berjumpa dengan kawan ameera dan nazmah...dia nak ambil barangnya.... payah juga nak mencari rumah yang kita tidak tahu tetapi cam biasa lah kalau berjalan ngan si pitt payah sesat jauh mesti jumpa jugak rumah orang yang dicari tu.......rupa2nya rumah kawan nazmah tu jauh ke dalam..... pitt tak pernah sampai bagus juga sampai juga pitt ke hujung tanjung jara tu......lepas usai urusan mereka kami keluar menuju ke kuantan..memang tujuan asal cuma hantar meera dan ria di kuatan lepas tu mereka akan naik bas ke johor bharu dan pitt boleh balik ke kerteh...semula.. tapi atas dasar kasihan dan tak sampai hati membiarkan gadis sarawak dok dendiam di perhentian bas kuantan yang tiket nyer mesti hader malam ...tak pun pagi esok sebab mungkin sampai kuantan da lewat tengahari.......pitt rasa hantar sajalah mereka ke johor bharu......itu lebih baik nak dah ambil mereka di senai apa salahnya menghantar mereka di senai kembali......sesekali bukan selalu...lagi pun pitt bukan hader kerja lain nak dibuat.....menyenangkan urusan mereka.. kemudian memasuki highway gambang yang baru......kami berpisah dengan kereta si cyda..... dia menuju ke kuala lumpur dengan di tumpangi oleh si nazmah......pitt melalui jalan segamat..untuk terus ke johor bharu di sana nanti zie yang akan tunggu...... mereka..
masuk saja highway siap calling2 tanyakan di mana rumah si zie.. pada asalnya pitt nak bawa mereka ke hotel straight view tempat pitt mula2 tido tapi tak jadi bila zie tunjuk jalan ke rumah nya di pasir gudang......tunggu di masjid.. memasing menunggu ..pitt tunggu di pintu sebelah kiri dan si zie tunggu di pintu sebelah kanan.....aduhai.. lama betul saling tunggu menunggu sebelum si ria tepon si zie... sebab zie nyer hp dah abis kredit.......kami sampai di rumah zie.. tido saner penat giler...aper tak nyer drive solo dah banyak hari....sehinggalah di kejutkan untuk solat subuh...
10hb disember
di lenggong rumah cyda makan roti canai.....malam tu jumpa saudara dd dan isterinyer kemudian teruskan perjalanan ke kota baru singgah sebentar di rumah si sitikkk tulah yang menyebabkan tx melanggar si budak itam......sitikkkkkk sitikkkkkk.. cari kedai baiki kereta ..tinggalkan kereta di kedai kemudian ke rumah musk makan nasi kerabu.. peh kantoi duit bayar baiki kereta......makasih arr kenkawan..... sitik dont worry bukan silap hang gak dah nak kena... tapi sebenarnya semasa di kb pitt terlupa ada kawan pitt si adzli.....kalau tak boleh tepon dia..boleh ajak dia belanja makan laksam yang sedap di kubang kerian..... hemm tak per lain kalilah.....seorang lagi kawan rasanya si wrozai tu dok dekat kelantan jugak.....tapi pitt tak ada no tepon mereka.. ala lain masa laaa......
7~8~9 disember
keluar dari penang melalui highway mencari kuala kedah... pitt lebih suka naik feri di kuala perlis saja dari kuala kedah sebab di kuala kedah jauh lagipun ferri di kuala kedah tak selesa dari feri kuala perlis tapi dah mereka nak naik kat kuala kedah ikut sajalah.. lagipun masa dah semput takut tak sempat sampai di kuala perlis perkhidmatan ferri dah habis...tak kan nak bermalam di perlis lagi..
cari tempat parking kereta... sambil borak2 ngan orang jaga parking tentang langkawi.. tapi semua tak jadi....... hahaa kesian arr mereka cakap kami tak ada duit jangan dok nak p langkawi.....laa itukan pilihan kami nak dok kat maner2...kuntau kang jahat mulut tull orang kat kuala kedah ni.. beli tiket feri kul 5.30 petang.. kemudian p makan amik barang2 terus p naik ferri... ha'ah pitt dok sebelah si sitik ngan nazmah...... meera dok kat depan ngan dua orang jejaka yang dah berumur......tapi pitt suruh nazmah panggil meera dok dekat kami...kesian meera dok sensorang kat saner kan hader yang kacao kan anak dara yang manis dan sopan santun dari bumi kenyalang ni...... cik nur, ria dan cyda dok di depan.....si cyda dah buat tahi mater.. cik nur ngan ria dok tengok cd yang di pasang kat feri...nazmah lak p duduk kat jejak tampan..sambil borak2 jadi pitt dok di apit oleh meera dan si sitikk.. eleh memalu pulak budak sitik nih.....dia tak tahan bau feri kesian arr..pitt dah mula lelapkan mata.......buka mata dok tengok si nazmah still dok borak2 ngan teman baru nyer hahaha kan cakap ngan sportcheck kan ...hahaha..
lama betul dok lam ferri cam nak berenang sendiri jerk cepat2 sampai langkawi.. sampai gak hampir dua jam dok berhempas pulas ...nah mereka dah jejakkan kaki di pulau langkawi.....dapatkan satu van terus cari tempat penginapan di pantai chenang..tapi kebanyakkan tempat penginapan dah penuh.......akhirnya dapat satu hotel.. hem kami tido disana jerk.. mereka amik peluang masuk cc...... tapi akhirnya semua keletihan tido di katil dengan lena........ waduh..tingat kat pelayan kat kedai makan tu....sopan dan lembut gila oghangnya.......
wokies sambung lagi.........dan ngantuk pulaks......
(
masa amik gambar ni pitt jatuh tergolek dok kat bot nih...tu pasal meka dok gelak semua sebab pitt terjatuh wooo sian ngan pitt sakit montot wooo....... hehee bergaya sakan erk meka nih tu arr percutian nan indah ...saper nak mai cuti m'sia meh arr ajak pitt ekeke...dijamin selamat ... )
kalau masih sempat ku simpan ku ulangi lagi akan terus ku ulangi kerana nilai sahabat itu lebih berharga dari segala2nya...
~desumpitt04~
Wednesday, December 15, 2004

~ku ingin bermimpi~
malam ini ku ingin bermimpi
berada dekat denganmu
merasa hangatnya belai kasihmu
dingin rindumu membunuh resahku
panas bara asmaramu menyentuh
relung kasihku
malam ini ku ingin bermimpi
berada disampingmu
segalanya cuma denganmu
namun mimpi itu tak akan datang lagi
aku cuma bermimpi
dan kau cuma berilusi
aku kini sendiri
menghitung waktu yang meninggalkan aku
ke kadang rindu itu amat menyakitkan
ke kadang kasih itu melukakan
namun aku kembali lagi
kepada engkau yang ku sayang
cuma engkau yang tahu
pada relung hati sang kekasih
~senja kala~
senjakala
aku berdiri di kaki langit
ada derap sepatuku tertingal
pada pertemuan semalam yang retak
sayangku!!
di kaki langit ada rindu yang terbiar
meratapi sakit di dalam dada
ada rasa yang melekat
kesakitan bagai onak berbisa
membunuh tubuh yang longlai
rebah pada pusara masa
makin meninggalkan jiwa
semakin lesu dalam peraduan hidup
di kaki langit
ada mendung yang berarak nipis
di pipimu ada airmata yang berlinang
sayangku!!
aku semakin jauh membuang diri
pada dosa dan noda
semalam yang meninggalkan aku
pada bayang sepi yang sendiri
tapi sayang!!
keinginan aku untuk mendakapmu tetap ada
makin tebal dan makin meruap
tapi kedegilanku mengatasi segalanya
meninggalkan kesakitan di jiwa
yang sudah sekian lama sakitnya
di kaki langit
ada sorok mata yang bundar merenung sayu wajahku
aku menatap sinar yang kemilau cinta
tapi sayangnya aku sering saja
menghadiahkan dia dengan duka dan nestapa.......
satu saat cintaku masih melekat kukuh
aku sangat menyintaimu biarpun aku telah roboh
di kaki langit aku menatap laut yang bergelora
ada cinta yang tertinggal lagi
pada kota janji yang terlerai
buatmu yang ku cinta
aku masih lagi berdiri dikaki langit
merenung mendung yang berlalu
sedang derai airmata tak ku pipiskan
biarkan ia membasahi pipi keringku
akulah kekasih yang melata
pada bayangan kelam wajah sang kekasih
ku tinggalkan malam sepi itu
pada bongkah rasa yang menyakitkan
ku dakap siang yang sunyi
pada relung hati yang meresahkan
ku bawa dia pada jalur hidupku
makin suram jalanannya
tanpa tangan yang memimpin dan menyentuh....

hari yang bersejarah dalam hidupku.......sebenarnya selama aku memandu kereta belum pernah lagi aku melangggar orang sejak aku mendapat lesen....pada tahun 1990an....tetapi hari tu nak jadi.. si sitik bawakan budak itam cyda..kan main lagi dier dok memotong...hamboi treller yang besar pun di depan dia redah....betul2 conpiden....aku mengejar dari belakang sambil si ria dan si meera membrek sama......tapi nak jadi si sitik membrek mengejut dan aku yang dibelakang dan membrek dengan kuat tak sempat nak angkat handbreak kerana orang disebelahku telah lebih dulu pegang lengan ku dengan kuat....adeeiiiiiiiiiiiii sitikkkkkkkkkkkkkk berdegummmmmmmmmm menjerit semua lam keter aku kuar berlari tengok si budak itam........hik hik hik budak itam tak aper2 tapi yang sakit tu TX haku....kantoi.. pecah 2 lampu depan.. kesian ngan TX ni...tapi tu arr kalau tak jadi cam tu kami tak makan nasi kerabu simusk.. kadang2 semua yang terjadi tu ada hikmah disebaliknya..supaya kami lebih berhati2 sebenarnya... kadang2 semua musibah ni bukan semua yang kita minta..dan tidak semua buruk2 kadang2 dia mengukur hati kita yang sebenarnya.. makasih kawan2...
~desumpit04~.
Don't buy Vista Security