
ITULAH AKU DALAM DIRIKU Aku tak percaya lagi Dengan apa yang kau beri Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati Aku tak percaya lagi Akan guna matahari Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini Aku berhenti berharap Dan menunggu datang gelap Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat Kenapa ada derita Bila bahagia tercipta Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita
aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku tiba tiba ada getar getar kasih menyusupi relung dadaku bertamu tiba tiba di antara dua lambungku tanpa pernah ku undang dia menyelak tabir resahku sendiri engkau mula mewarnai hari hari kelabuku engkau mulai menghiasi tabir mimpiku engkau menjadi langsir rinduku suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah mulai mengusik hati yang kesepian ini dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu pada wajah seorang perempuan dan seseringkali aku mahu kembali lagi ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal ke kadang rasa ingin aku terbang keangkasaraya tanpa sempadan cuma yang ada aku dan engkau saja setiap detik bersama sama mengalun irama rindu pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG ENGKAU SANGAT AKU SAYANG
MALAM MELARUT HUJAN MELAUT
malam melarut ke kelam-hitamnya hujan melaut ke muara-sepinya
sepi dan gigil mencari-cari
berdesing angin berdesing-desing merapalkan mantera rahasia
sebagai bisik o merintih rintih
ini langkah sampaikah pada tepi menjejak tapak pudar memuai
seperti hujan seperti malam
melarut ke kelam hitamnya melaut ke muara sepinya
mengekal di ketiadaan
sedang asyik baca blog haku
| How to make a sumpitt |
Ingredients:
5 parts intelligence
3 parts brilliance
5 parts beauty |
Method: Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired! |
angin sepi mengilir lesu antara dedaun hati yang kebasahan rindu yang telah kering tanpa kemarau kau gantungkan pada langsir hati tak berpintu merekah luka tanpa darah segar yang nampak hanya sendu mata tanpa ghairah memupuk kasih yang tinggal debu debu cuma
ku renung malam yang makin melarut ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati untuk berkaleh kesah sayangnya rindu itu terlusuh sendiri dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang awan kesamaran engkau masih lagi di satu sudut hatiku biarpun engkau menoreh luka terbentang dusta dan nista harga rasa yang telah kau campakkan pada ramasan rindu yang kau bongkarkan
aku teringin peduli pada kocakan rindu merantai tangkai hati tak kala ingin ku pejamkan mata wajahmu bermain diruang minda hati mengapa masih mahu peduli pada semalam yang menyakitkan melakar luka yang masih menyimbah akukah yang membiarkan hati melata dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan tanpa kau basahkan dengan sapamu aku rindu pada manjanya engkau sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma
gegarkah hati kerana rindu terpagar dek cemburu dan ragu membiarkan manis mesra berlalu tanpa berani menjengah jendela kalbu lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu tangis hati bagai dipalu adakah ini yang dikatakan cinta semalu
pagi yang bening lagi sepi ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm hati ini bagai berada dirimba yang tebal duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok dari pandangan mata mereka rindu? masih lagi menebal tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan ku sangkut pada langit langit kamar supaya aku tidak ikut larut dengan irama sendu yang mengalun pelan di daun telingaku..... aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....
|
|
|
![]() |
Tuesday, September 14, 2004
pagi dah mandi awal....adeiii sejuk giler.. org dah sms dan misscall suruh bangun awal tapi aku masih nak tarik simut lagi..apa taknya kul 3am lebih baru nak masuk tidor tak bleh tidor gak.. ehemmm!!! tertido sendiri dengan senyum2 sendiri dengan penat2 sendiri hahaha!!!.. aduh!!! ni masih ngan pakai towel ni dok menaip..wangi lagik baru sudah bersyampoo rambut..masih ada bau homevalley aku lagik mandi hajar besar ekekee... aper2 arr repek cam kerepek pisang..... ha'ah semalam pun bertowel gak masuk CN sembang2... sebenarnya semalam baru lepas mandi gak.. tergelak bila kena sakat ngan Lanun 3/4 suruh pergi pakai suar.. sebenarnya aku baru je sudah membasuh suar tight dan suar kecik hehhee... alahaiii!! masih dok lam baldi agie.. baru pagi jemur... tadi aku bilang dekat 15 helai suar tight aku.. patut arr aku cari lam lemari tak jumper.. bila dah kena sakat ngan dakkap..lagi ngan si cyda lagi suruh pakai suar..baru lah aku cari lam lemari jumper selai yang dah longgar arr tali getahnya hahaha.... aku kena pergi shopping arr..suar semer dah longgar aku dah semakin ramping kut.. nanti mengalahkan pinggang si izza laks nanti.. aduhai!!!
ni dok melangut depan pc pun ngan towel lagi.. malas lagi nak mengeledah almari cari suar tight aku entah arr masa bila aku pakai buang pakai buang... suar tuh!!!tadi pagi lak baru rendam baju t'shirt...ngan suar jeans.. memang baju aku jarang aku blender dengan mesin basuh tak suka kecuali ar dah tak larat sangat... uik towel ni pun nak kena rendam samer arr...dah gatal2 plak..asyik tergaru garu jer.. ni...
oooo!! semalam dah jumper cursor tail yang aku nak tapi still tak boleh masuk kat weblog ni...dah banyak kali aku cuba tak dapat gak. ...tak per nanti cuba lagi..yang cursor jam aku dah dapat.. tapi tak bleh boh kat sini... kat sini nak yang cantik skit arr.. sebab background dia hitam... ehemm!!....rindu arr!! tetiba hati dipagut rindu.. "kaulah segalanya..yang menyinari hidupku.." oopp semalam d call tapi aku tak sempat jawab tepon hader kat bilik lain sedang charger.. si mia juga call.. si annis juga call semua tak terjawab..pasai aper dier orang pakat call masa yang samer jerk.. ehemm kalau lain2 maser leh gak layan mengayat... abis.. bilik tu sebelah sana dan bilik aku diluar.. mana nak dengar.. memasing semua dah merajuk.......alahaiiii!!!! esok2 dier orang call semula laaa.. biasanya dia orang merajuk tak lama kalau merajuk lama2 dia orang jugak yg rugi.. sebab tak bleh dengar sore aku...lagi pula aku bleh cari yang lain ekekeke....
Sunday, September 12, 2004
~tengahari naik gilak aku....kepanasan~
kul 10.30am kuar nak gie amik bonda aku kat madrasah tempat kelas fardu ainnya.. adeii .. lamanya nak kuar hari ni..dah berpeluh aku kat dalam kereta.. panas gila..dekat 20 minit dalam kereta..perut lapar...cam biasa lum amik bekpes lagi...peh tadi sebelum keluar aku dak godek2 kat dapur.. malas makan luar... goreng nasik... erk..!! tapi bila dah siap goreng nasi selera makan ilang ...hehehe goreng nasi bodoh2 jerk.. tapi aku lebih suka letak bawang besar iris ngan hempuk bawang putih... main campak2 kat kuali....kutauuuuu gorenggggg masak.!!! bonda aku selalu gelak kalau tengok aku dok kat dapur very pantas....ekekeke abis tak kan nak terkedek2....macam dier...entah aper nak masak makan maser berjam2 arr.... owang tua cam tu arr....tapi lauk dia tak best gak hahahaahaa....
antar bonda kat kedai dia....pecut adeiii balik nak mandi arr tak tahan panas... tapi lupa nak beli barang2 dapur kat pasaraya sabasun bonda dah bising banyak barang dapur tak ada...part tu yang paling aku boring sekali....peh pusing keter banyak jalan tutup kerana orang baiki jalan....adeiii pusing2 bandar lah lagik... part yang paling menyakitkan.. tengok orang bawak kereta dengan lembat...parking dekat pasaraya.. cari sabun aper erk tadi bonda pesan ..TOPs...peh!! jangan lupa susu dia.. anlene gold.. ehemm aper lagi erk.. uik ader orang nak mengorat peh!! buang karan jerk.. cam biasa aku tinggikan sedikit hidung aku....aper lagik...opp gula.. axion...hehehe body shampoo aku pun dah abis...ekekeke lupa nak beli..hemm.... udah bawak barang dekat cashier.. ushar mana yang cun sedikit boleh dok lelamer tengok dia... biarpun beratur panjang.. orang tak ramai.. dah tengok cahsier tu jeling2 peh lawan tengok per..!! selalu orang kalau aku tenung tepat mereka akan gelabah hehee...tekan itu tak kena tekan ini tak kena...jadi lambat..aku gelak dalam hati..buat2 bodoh sambil tenung dier lagik.. sampai giliran aku dok depan dia..dia tak berani nak pandang wajah aku...hahahaa....sampai tersilap nak ambik orang lain punya...peh.."itu bukan saya punya miss..." tergelak sakan aku...dapat nyakat orang...
Balik rumah...uik ader surat...surat aper erk..ooohh!! kad raya...peh promosi kad raya... ehem cantik2..!!! nak jual kad raya ker...? gelak sendiri aku tertarik dengan lakarannya cantik....tiba2 terjatuh surat yang dikepilkan bersama surat
tersebut..aduh!! jatuh terduduk aku dikerusi depan pc..terharu dan terasa sekali..
"PELUKIS PELUKIS TANPA TANGAN BERKARYA"
~ISMAIL RAKIB
~GANESH KUMAR
~NG AH KWAI
~JEROME YAP
~AGUS YUSUF
~LUM KAM KWAI
~SITI AISHAH YAACOB (SAYA MENULIS SALINAN ASAL SURAT INI DENGAN MENGGUNAKAN KAKI SAYA)
tersentuh dihati...dia menulis dengan kakinya untuk berkarya ah! mahakuasa Allah menjadikan makhluknya berbagai2 rupa dan bentuk...sedang aku masih lagi begini dengan kudrat yang aku ada..masih lagi tak bisa membuka diri.. masih mengharap ke satu sudut yang gelap...tersudut gelap...tak membuka mataku...aku renung dalam2.. ah!!
Buka YM...ehemm!!! ada rindu yang terpalit dihati...ada resah yang sudah mahu tersingkir mendengar suaramu... berkali2 suara itu nak aku tolakkan dari rekuh hatiku.. tak ingin aku mengusiknya...aku takut melukakan hatinya aku takut..amat takut..dan aku dalam ketakutan yang amat sangat..." taukah ko bintang yang ko sapa.. tau kah ko rumah yang ko tuju itu aku....."
aku belum bekpes lagi....dah tengahari...tadi ada orang sms cakap kat dapur ada puding roti dengan milo panas untuk aku...ah !! berilusi tapi mengembirakan hatiku ada satu bahgia yang tak dapat aku gambarkan yang aku tidak keseorangan biarkan aku merasakan keseorangan...pernah aku duduk diam2...disatu tempat yang amat sunyi....kemudian ku tanyakan hatiku..."perlukah aku membuka ruang itu.. sedang aku tahu kalau aku membukanya ianya akan melukakan hati orang lagi..." ah!!
Bersandar dikerusi mendengar suaramu berbisik ditelingaku...aku rindu!!! ingin dekat dan di dekati...ku panggil2 lagi namamu..."yer" "yer" "yer" "yer" aku telah mengocah kembali kehidupan orang lain... orang seperti aku bukan untuk di sayang...!! bukan untuk dikasih.. untuk dicintaipun tak layak..
Friday, September 10, 2004
~ku tak ingin menyakitimu~
semalam tidor awal biasa dini hari baru aku terlelap tapi semalam belum pun pukul 12tghmalam aku dah terbungkam dikatil dengan sakit dader ah!! silap aku juga mungkin tak pernah nak jaga makan aku bantai saja apa yang ada dalam peti sejuk...semalam semasa turun bawah aku nampak ada buah cempedak ehemm!! bantai makan... malam aku yang sakit.. kadang2 kalau sakit aku lebih suka amik justincase supaya aku boleh tido lena saja.. entah mimpi aper yang mengulit tido ku tertiba terasa tidur disamping seseorang yang menyayangi aku seadanya... hemm dier pun tidur awal jugak erk semalam.. tak online... entah arr.. payah mencari bayang2 sayang itu sebenarnya.. sayang yang cuba aku singkirkan dari hatiku.. dan aku semakin keliru dan mengelirukan... tetiba hatiku tersapa lagi.. ingin didekati dan dikasihi sewajarnya sebagai seorang manusia.. tetapi aku tidak mahu melukakan hatinya.. kerana orang seperti aku hanya pandai melukakan hati orang....arrghhhh seawal pagi aku dengan hpku berbunyi....mengejutkan aku dari tido.. hemm "bangun solat pitt" yer...!!! dua kali hp ku berbunyi untuk kejutkan aku solat subuh!! sms yang tak terjawab.. aku sebenarnya jarang nak menjawab sms orang.. entah kenapa.. kalau call pun aku selalu tengok nombornya ada tak dalam list aku kalau tak ada alamak aku ignore saja kecuali dah diberi tahu awal2 atau aku ada mood nak menjawab.. nasiblah.. sambung tido lagi.. lena.. mimpi indah.. ah!! sebenarnya aku jarang bermimpi ...call lagi.. suruh aku bangkit tido awal.. pagi jumaat antar bonda aku kat madrasah tempat dia belajar fardu ain.. hari jumaat madrasah lain.. itulah orang tua.. yang kerajinan mencari ilmu akhirat.. tak semacam aku.. peh yang wajib2 pun kadang2 terlambat.. on d way balik antar bonda kat madrasah aku lalui ikut..pantai Batu Buruk ramai orang jogging dan ada budak sekolah buat merentas desa..uik tak kan budak2 kecik nak ngorat aku pulak.. ekeke.. senyum aku meleret.. ramai gak sambil gelak2 kat misi2 yang sedang bersantai.. teringat dekat doktor pelatih yang selalu ngorat aku entah dimana dia posting sekarang.. hemm sampai di tepi pantai call masuk suruh aku pergi ke tempat makan Taman Awan Pantai Batu Buruk dia tunggu disana... ehemm..!! jogging pepagi jumaat aku dah reject tak kuasa tak larat... dia faham dak maklum kami makan.. dia still dengan nasi dagangnya.. laksa. ..lagi.. aku cuma makan laksam.. dia senyum tengok aku makan sikit.. tak sepertinya.. ahahaa.. kalau tak abis jangan suruh aku perhabiskan.. sambil minum milo kosong ku renung jauh2 ke dalam dirinya.. antara kami memang ada rasa.. yang dalam.. tapi kami diam2 kan dalam diri.. untuk apa lagi.. kalau tersakit.. kami lebih suka begini2 saja.. cuma kami saja yang tahu.. apa itu perasaan.. ah!! "wak dah semakin kurus.. saya juga.. kenapa kita ya..!! jum kita makan banyak2 kasi badan kita berisi.." aku cuma lemparkan senyum manis.."wak terlalu melekat kat depan pc ya..!! payah arr.. jum temankan kiter pergi dekat Masjid Terapung nak kasi makan ikan kat saner.." ya.. pagi yang nyaman jalan2 dengan orang yang pernah kita sayang.. apa lagi yang hendak.."zed!! annis kena pergi KL mlm nanti.. kami pergi satu keluarga ada kenduri kat saner.. tak nak ikut..?" "dont want Niss.. malas ikut abang2 awak.. tak larat dengan sosial mereka.."..jawabku perlahan.."ya arr... kalau tak kerana bonda kiter..kiterpun tak nak ikut jugak tapi dah terlangsung balik.."..perbualan basa basi.. kemesraan yang tertinggal terisi lagi.. ah! sukar nak kita buangkan kemesraan yang pernah kita lakarkan.. diam2 dalam kereta sambil mendengar lagu2 bila akan kembali saat2 yang pernah kita tinggalkan.. dia hantar aku kembali dekat Taman Awan.. tadi naik kereta dia.. ah!! balik rumah kembali melangut depan pc.. apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini.. ruang2 kasih yang tertinggal.. sms dari orang tak pernah putus dan aku kadang2 jawab.. tapi banyak aku ignorekan saja... kenapa erk..jimat kredit...ahahhaa... petang..mata mengantuk sesangat.. saat itu aku teringat pada seseorang.. yang jauh dari jangkauan tangan ku dah diajak tidor..hemm rehat2 dikatil....kacao... aku jadi kacao sendiri.. saat itu aku inginkan seseorang disampingku.. benar aku rindukan engkau.. ingin engkau benar2 ada disampingku.. berada dalam pelukan sayangku.. aku ingin dibelai engkau.. ah!! mimpi manis lagikah kita.. berilusi lagi akan mimpi yang tak ada kesudahan ... bangkit mandi..!! mengadap pc lagi...pc dan pc..... aku ingin bebas seketika dari ruang maya ini kadang2... tiba2 hati tersentuh!! teringat bisikan nya ditelingaku..lagi.."sayang pitt......"untuk apa sayang orang yang semacam aku..untuk apa..???
Thursday, September 09, 2004

jam sudah dekat kul 3am mata masih belum terlelap.. teringat orang yang sedang tidur berselimut dalam pelukan sayangku!!.. maniskah mimpi mu... sayang ingin aku menyelongkarnya ...mimpi tentang akukah lagi atau mimpi mu cuma tentang bulan dan bintang.. tergiang dicuping telingamu resah dan gelisahmu..."sayang pitt.. sayang pitt.. tapi pitt tak beri peluang pada diri pitt.. pitt tak sayang ehemm erk.. ".. bukan pitt tak nak beri peluang.. tapi ruang itu tidak ada.. pitt tak layak dan tiada kelayakan untuk sesiapapun... memang sukar nak kita tindas semua rasa kita... terhimpit sekali.. tapi jujur memang ku akui... hati sudah jatuh kasih sudah jatuh sayang dan rindu sentiasa saja mengairi ruang hati yang sakitnya ... manjamu masih lagi manis ditelingaku.. bisikan2 sayang...kau temani malamku yang suram.. aarrrgg dua kali lagu aku berhenti mengharap teralun...pedih merentap tangkai hati... waktu sedang kita berbicara...."berat bebanku meninggalkanmu.. separuh nafasku..sinar!! bukan salahmu apa dayaku.. mungkin benar cinta sejati tak berpihak pada kita..kasih ku sampai disini kisah kita jangan tangisi keadaannya bukan kerna tidak berbeda..dengarkan!!!".....arrgggggghhh sudah tiga hari makan ku tak terjaga...lagi..ah!! kenapa ruang hati tersakit apabila ada yang mahu menyentuhnya dengan ketulusan...? kenapa ? apakah aku tak berhak atau aku telah kehilangan hak.. petang sedang asyik mengadap pc.. luv call yer aku dah berapa hari tak sembang ruang cn.. ruang masa seakan tersepit sekali bukan kesibukan membuat research untuk website hotel...ah!! kadang2 aku malas nak buat.. biarkan orang lain saja yang buat..itulah aku selalu memberi peluang kepada orang lain.. biarlah aku sudah berkecukupan begitu dan aku tidak perlukan apa2 lagi dalam hidup ini... selepas magrib ada call ajak keluar makan.. memandangkan perut aku pun minta diisi aku keluar juga... pcpun dah semacam nak kantoi...dah berapa kali kena restart balik..kesian pada sayang yang terpanggil2 di YM... ha'ah aku sendiripun terasa sendiri..sukar juga rupanya perhubungan diatas angin ini... tadi turun sekejab cari air suam...ader cempedak dalam aisbox bantai makan.. aku jarang pantang tentang makan.. dan sakit akulah yang rasa... dan bila ingat tentang sakit aku akan teringat lagi tentang engkau.. seringkali engkau mulai hadir dalam fikiran dan mindaku..,, kenapa..apakah ruang itu mulai mahu terbuka sedang aku tahu aku tidak akan layak dan tidak akan berpeluang mengapai atau mengodak ngodek takdir itu... engkau berhak mendapat yang lebih baik dan yang dapat memberikan engkau bahgia.. sukar rupanya... aku tidak ingin mengurung engkau dalam kasih yang keliru.. aku ingin engkau bebas terbang melintasi hatiku.. pagi.. webforum dah siap tadi... dalam kul 1 pagi lebih..berdua buat dengan llia.. aku malas lagi nak menulis disana...dan penat...tapi kut2 nanti ada ilham datang.. yer..bukan nak tinggalkan semarakkasih...aku tetap ada..dimana2 pun kerana itulah aku...aku tidak akan meninggalkan sesuatu yang pernah memberikan aku bahgia.. teringat pada edi.. tentang komennya dekat sk kerana afundi aku tuh!! macam2 arr kawan2...memang aku sayang dengan semua kawan2ku..lebih2 lagi orang yang dekat denganku.......tapi aku amat sayang engkau.. dan tak ingin engkau terluka sangat takut aku melukakan engkau sedang aku tahu aku telah melukakan engkau dengan mimpi manismu...bagaimana.. aku sendiri sayang nak bebaskan semua rasa yang tiba2 menjengah dalam kalbuku...jahatkah aku.. atau aku terlalu selfish.. cinta suci tak pernah kenal harta atau rupa... biar api membara jadi penghalangnya biar terbakar demi keagunan cinta...ah!! cinta.......tiba2 hati dipagut rindu rindu rindu.....semakin mendalam..ingin baring diam2 disebelahnya memeluk tubuh kecilnya kedalam pelukan sayangku...sampai pagi..!! dan ingin aku selongkar mimpinya..semoga aku ada didalam biarpun cuma menjadi tukang tilik...asalkan aku memasuki mimpinya.... dah gosok baju erk...? ehemmmm........
how many hearts leave an impression are impressed? a tale is related and left by the roadside some heed and some ignore it 
Tuesday, September 07, 2004

kekadang ungkapan tidak mampu menghuraikan perasaan sebenar. Imbasan kata hanya terlipat di sudut rasa. Wish u a happy days.
~musk~
tengahari ader ruang bosan melilit dalam diri nak kemana semua perasaan ini. bekpes lum makan lagi sudah terlebih waktu tengahari...perut belum lapar...kenapa ? entah!! ada hati yang tersakit tapi aku tidak tahu kenapa dan mengapa....aku intai dan mengintai dimanakah asal kesakitan itu entah kadang2 aku memang moody itulah aku..... ada sesuatu dalam hatiku yang membuatkan aku tergoda untuk terus berada disamping engkau sedang aku tahu pada hakikatnya antara kita tak kan mungkin ada pertemuan ataupun apa jenis perhubungan... pun memang engkau berhak untuk merasa sayang, merasa kasih pada aku tetapi bagaimana bentuk sayang dan kasih itu terbentuk dan untuk apakah engkau membuang masamu dengan orang yang seperti aku ini....
kadang2 aku ingin benar keluar dari rekuh hidup ini... aku ingin terbang bebas seperti dove berada dikitaran awan ...diatas angkasa ...bukan dihati siapa2 lagi kerana aku tidak mahu melukakan hati orang lagi.. orang sperti aku sentiasa saja melukakan orang , aku tidak pandai menghargai apa yang diberikan kepadaku...kerana aku terlalu selfish... tetapi demi bahgia engkau juga... untuk aku berlindung kasih dengan orang yang seperti aku.....orang yang sudah menunggu tanngal pulangnya....
bunga mawar yang aku sayangi terkulai layu....ku sematkan dihati tak ada lain yang akan ku cari kau yang pertama dan terakhir.....dalam lagu,, ku curahkan perasaan setulus hati ku menyampaikan kaulah satu yang sangat ku harapkan sebagai lambang kesucian.... pedih dan teriris sekali hati rasa saat ini....kenapa? mengapa? entahlah sukar nak aku gambarkan perasaan itu... terasa dekat tapi aku akan kehilangan engkau...aku ingin melepaskan engkau .. tapi ada rindu yang melekat kian dekat dihatiku... aku cuba untuk menidakkan kehadiran engkau.. aku cuba memangkas semua rasa itu.. aku lindungkan dia dalam seribu ragam ku biarpun aku tahu ia menyakitkan engkau... aku ingin engkau tersakit dan meninggalkan aku... cepat2 supaya engkau tak terluka.. supaya engkau tak menderita... satu2 hal yang tidak ingin engkau rasakan adalah kelukaan dari hadir terlalu dekat dengan orang yang semacam aku.... biar engkau terluka sekarang dari engkau terluka kemudian.....tapi bagaimana? bagaimana...? rindu ini membakar lagi.. membakar lagi ruang rasaku... membunuh segala yang hendak aku lakukan.. cuma teringat akan engkau saja...ingat apa yang sedang engkau lakukan saat ini.. adakah engkau pun sama teringatkan aku?? adakah?? sentuh hatinya ? tepa di hatinyai... kerana bahgia itu sangat bisa sekali.. bila kita sudah dimabuk asmara.. benarkah? sentuhlah dia tepat dihatinya dan dia akan menjadi milik kita selamanya.. sentuhlah dia dengan setulus hati.. .. itulah yang tidak dapat aku lakukan saat ini.. sentuh dengan setulus hati kerana hatiku sendiri menikam seluruh rasaku.. aku tidak ingin tersakit lagi.. biarpun aku sudah biasa disakiti.. ingin aku tidur .. ingin aku lenakan diri ditengahari ini...sepulas mungkin tapi mata yang layu tidak mahu terpejam biarpun badan terasa sangat penat sekali.. aku sudah penat dalam menantikan hadirnya seseorang yang benar2 diperuntukkan untuk aku dan aku menerimanya dan dia menerimaku seadanya... tapi bagaimana mungkin itu terjadi sedang aku sering menindas rasaku bila ada seseorang mahu mendekat dan menghampiri hatiku.......kenapa aku terlalu kasar dengan diri sendiri? .... kenapa aku terlalau kejam dengan diriku.. kenapa tidak aku memberi peluang untuk aku mendapatkan kasihsayang , cinta yang setulusnya dari orang yang benar2 inginkan diri aku seadanya... kenapa aku masih lagi mengharungi mimpi sakit semalam...kenapa..????
~de'sumpitt 04~ 
Monday, September 06, 2004
ku cuba mengapai bintang di langit rupanya tak tercapai tangan namun yang pasti ada kilauan yang sesekali bersinar di angkasaraya
ku cuba lagi mengapai bintang di langit kerna ku pasti akan cahayanya untuk menerangi hati namun yang aku pasti kini seperti lilin membakar diri
Ku teruskan mengapai bintang di langit
kiranya dapat ku petik sinarnya agar menjadi sinar hidupku namun hanya silaunya singgah di mata
Ku teruskan lagi mengapai bintang di langit bertapa bertuahnya aku malam ini
tiba-tiba ada sebutir bintang yg hadir dalam hatiku tapi bintang ini bukannya dari bintang-bintang yang bergemerlapan di angkasaraya
akhirnya aku mula mengerti tak perlu di gapai bintang di langit kerna belum pasti sinarnya mampu menerangi akan ku jaga bintang hati ku ini
selamanya..................
Posted at 11:22 pm by Lylynn@Llia
moh!! derahh komen apa2 pun
Saturday, September 04, 2004
~Memilih, terpilih, dipilih!!~

Memilih, terpilih, dipilih, sudah pilih, belum memilih, bersilih ganti......semua-nya adalah hakikat sebuah perjalanan yang masih panjang. Kepenatan di siang hari masih lagi terasa aku terpaksa memilih berbagai bagai benda di ruang kerja.....pekerja, bahan, struktur,tempat, waktu, pembekal bah kan semuanya berkaitan dengan memilih.....apabila dipilih, masa bakal menentukan apa yang kita pilih itu adalah bertepatan dengan ciri yang bukan saja kita kehendaki tapi orang lain juga kehendaki semuanya kena memenuhi ruang masing masing, tapi terpenuhkah ruang itu.....??? Sekecil kecil benda semuanya kena dipilih dan memilih, kehidupan juga begitu tiap tiap hari kita kena memilih....bangun pagi saja kena pilih nak terus mandi atau gosok gigi dulu....atau termenung pasti lambat solat....lepas selesai semua nak kena memilih lagi....baju mana nak pakai, kemeja putih ke....seluar biru, seluar koko.....seluar hitam...seluar hijau gelap, stokin warna apa pula...tie yang mana pula.....semuanya kena memilih mengikut suaian hari ...selepas memilih pakaian.......duduk duduk termenung sebelum masa kerja...kita kena memilih surat khabat apa yang hendak dibaca....economic,sport.....hiburan.. ehwal semasa....lepas tu nak memilih sarapan pagi pula.....bagaimana nak teh tarik....teh 'o', milo, horlicks, susu, kopi atau minum air suam saja....kemudian makan pula nasi lemak, roti canai, telur masak separuh....atau apa apa jenis kuih semuanya nak kena pilih.....dalam hidup terlalu banyak benda yang kena pilih...., belum lagi termasuk pilihan untuk kehidupan yang seterusnya nak ke Nerakakah kita......atau nak ke Syurga.....kalau buat lagu semuanya nak masuk syurra, 'ku nantimu di pintu syurga'....'syurga impian kita'...'syurga kasih kita' semuanya memilih yang baik baik belaka.
Kehidupan tanpa membuat pilihan akan seperti sebuah gudang yang diisi berbagai bagai aneka benda..., namun semuanya seolah olah ruang stor yang di isi tanpa memberi apa apa keasyikan di dalam memandangnya....tapi kalau kita membuat pilihan... ianya seolah olah seperti sebuah rumah yang sudah dihias indah....dengan bunga, dengan sofa, dengan almari, dengan semua benda benda yang menarik.....bahkan isi rumah , tuan rumah pun kita kena pilih. Bab memilih tuan rumah yang bakal hidup bersama kita, tentu memerlukan banda benda yang mesti kita tentukan dan pilihkan......pertama hati dan rasa kita apakah dia ini sesuai dengan rasa kita, bukan senang untuk suaikan dengan diri tapi penyesuaian itu ada banyak pilihan juga....pilih untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ataupun biar kita je bersesuaian dengan apa yang ada, atau suai kenal saja pas tu gaduh siang malam....manisnya cuma seketika....sukar juga kalau pilihan ini kita buat. Kedua, apakah pilihan itu direstui pokok pangkal semua yang kita kena pilih adalah 'restu' ianya seolah olah sebuah benda yang terbuka, kalau ada restu semua itu bakal menjadi azimat peneguh ruang hidup. Kerana restu seolah olah pengiring untuk hari hari yang bakal datang , tanpa restu sesuatu yang didirikan biar sekukuh manapun, suatu hari bakal tumbang juga kerana itulah aku memilih restu yang teruntuk untuk aku....biar memakan masa, biarlah aku masih sendiri sering membuat pilihan dan memilih....tanpa restu biar saja aku terpinggir dan meminggir.....kepentingan 'restu' di dalam hidup aku adalah penerus generasiku yang akan datang biarpun pilihan untuk terus ikut memilih apa yang aku inginkan tetap ada , tapi ruang lingkup kehidupan yang perlu aku lalui apabila tanpa restu itu amat perit sekali.
Ketiga yang kita pilih itu adakah bertepatan dengan apa yang kita inginkan. Kekadang apabila rasa memenuhi ruang dada, kekadang membuatkan kita salah memilih....biarpun banyak pilihan yang ada dihadapan mata...susah juga menjadi seorang yang mesti banyak memilih dan yang tak terpilih akan merasa sakitnya sebuah rasa itu....memilin rasa, membuat juta rasa....tapi kita kena akur dengan hakikat itu. 
Aku ingin bercerita banyak lagi benda yang mesti memilih dan dipilih di dalam hidup ini......namun ke kadang aku penat dengan diri sendiri, penat dengan hidup.....enyah engkau penat.....aku sudah bosan..... ke kadang sememang itu yang ingin aku jeritkan....namun aku tetap memilih untuk meneruskan apa saja yang berlaku hari ini..... esok lain cerita.... namun yang penting apa yang aku rasakan ini adalah satu kebahgiaan.... menyayangi engkau adalah satu benda yang membahgiakan aku....biarpun aku akan terdepak lagi... namun aku akur akan rasamu biar bagaimana akhirnya perjalanan kita....AKU AKAN SAYANG KAMU SAMPAI PENGHUJUNG NAFAS KU kerana seorang aku telah berani membuat pilihan biarpun pilihan itu seolah olah menjempit aku ke ruang diri yang akan memusnahkan banyak rasa.
Remember that song,
"you mean everything to me....."
~dido~ i didn't hear you leave i wonder how am i still here i don't want to move a thing it might change my memory i am what i am i'll do what i want but i can't hide i won't go, i won't sleep i can't breath, until you're resting here with me i won't leave, i can't hide i cannot be until you're resting here with me
......oh my darling i love you so.... you're my hero baby... you mean everything to me.......
i'm with you, layang forever!!!!!

aku selongkar jalan yang pernah aku lalui dalam perjalanan hidup ini untuk menuju ke hari ini...rupanya banyak onak dan duri yang pernah merentangi jalanku sehingga aku masih lagi berdiri dalam gelap malam. kelmarin aku ditinggalkan oleh kenangan yang terindah dan termanis dalam hidupku dalam meronai mimpi mimpi manis akan sebuah cinta yang termenterai oleh dua hati. Engkau memberi hatimu dengan penuh keikhlasan dan kejujuran begitu juga aku menerimanya bagai seputih kapas kita mewarnai jalan percintaan itu. Engkau dan aku merentasi jalan jalan yang datang tanpa takut akan hadangan dihadapan, kegigihan engkau membina tali cinta, ketulusan dan kemesraannya masih lagi melekat pada relung hatiku. Terjajah kita pada ruang masa yang datang...berlari lari anak mengejar mimpi manis anak anak sekolah dalam palitan waktu yang berlari itu engkau dan aku tidak terlewat dalam mewarnai sejarah pelajaran sama sama mendaki gunung ilmu dan gedung ilmu...tapi tiba tiba dalam kemanisan mewarnai cinta dan kasih kita aku terlambat sedikit dalam melangkah..... engkau dipisahkan dari aku tanpa aku sedari kerana waktu itu diri kita masih lagi bukan milik kita...kita milik mereka mereka yang bertangan kasar dan berkuasa...buat mereka cinta bukan satu kemestian tapi pengorbanan untuk mendirikan kota ringgit demi sebuah gedung kuasa... aku terpalit dalam derita yang berpanjangan selepas terpisah dari engkau, menjadi kemamai dan kemamai dalam menjalani hidup yang tanpa sesuatu yang menghadang aku dihadapan.... engkau memang seorang yang manis dimataku segalanya yang ada padamu memang cukup menawan hati orang seperti aku... matamu itu sangat cantik sedikit sepet...tajam bila menatap...sayu bila mengharap..hiba bila merayu....teduh bila merajuk...ianya menjadi satu ketagihan untuk aku terus menatapnya...hidungmu yang mancung dan kecil...bibir yang nipis dan basah , pipi yang gebu dan halus dihiasi dengan alis yang tebal dan menawan...rambut yang panjang melepasi bahu ..kau yang agak semampai walaupun tidak sekurus mana dengan kulit yang cerah dan halus dihiasi dengan roma yang lebat dan halus.....wajahmu penuh kesabaran dan kelembutan....ah!! ke kadang bila mengenangkan itu semua aku jadi semakin parah dalam menuntut hakku sebagai seorang yang pernah mengasihimu sepenuh hati......tapi terpaksa aku pada ukuran takdir.... kelmarin tidak sama dengan hari ini , kerana hari ini bukan lagi kelmarin walaupun kelmarin itu teramat indah ianyanya tertinggal juga pada daun daun hari yang pahit dan memeritkan.....yang ada pada aku adalah hari ini....hari yang masih lagi panjang biarpun sedikit semput......
kelmarin.........

~de'sumpitt 04~
kelmarin adalah urutan perjalanan yang amat indah pernah aku terokai sebagai seorang insan yang pernah melalui keindahan disayangi dan dicintai sejujurnya.... dia seorang yang lemah lembut, penuh manja,sabar dengan segala karenah jahat ku....aku yang terkadang jahat melampau...namun dia tetap sabar dan sabar menjadikan aku sedikit segan pada rasanya untuk menyakiti hatinya dan yang paling indah adalah kasihsayangnya yang merimbun dan segar untuk seorang aku yang memang dahagakan kasihsayang....
pernah sekali kami bercuti ke daerah felda...sebuah perkampungan felda kelapa sawit dimana kawan ku si botak ajak ke rumah dia.... anak orang bandar ke perkampungan felda mesti le macam rusa masuk kampung semua serba nak dicuba..... waktu tu mandi pakai paip besar dekat luar pagar dan kalau nak cuba boleh mandi telaga yang digali empat segi tanpa diletak dengan apa apa penghadang....emmmmm tak dalam dan ada tangga di letakkan di dalam perigi untuk senang mengambil timba yang jatuh....rasa rasa pka agak dalam 5 meter gitu....tapi kami nak senang tak payah timba timba....suruh jerk si minah tu tunggu dekat depan takut orang datang..... kami mandi dalam telaga jeeeee......malas nak bertimba penat sebab kena bangun pepagi nak solat berjemaah dengan bapak si botak.....berkubang sakan kami dalam telaga tu....entah ada yang terbuang tak tahu le.......ada le kawan yang sekepala dengan kami....tetiba jerk dia berlari lari zuuuzzzzpppppp taukan tanah selut....heheheh......si minah tu jatuh gak dalam telaga....menjerit sakan dia terkejut.....ooiikkkkkkk terpaksa le aku menyelamatkan keadaan tak kan nak suruh orang lain lak pegang dia.....hehehe....sib baik ada tangga pka tarik dia suruh dia naik ikut tangga......sian dia....masa dia menjerit tu aarr datang bapa dan mak sibotak.....jiran jiran ingat ke apa ke......heheh....rupanya leh tengok anak orang bandar mandi dalam telaga.....sama ngan anak dara laks tuuuuu huusshhhhhh malu sakan kami hari tuuu......tapi malu sekejab jerk...nasib baik bapak sibotak tak marah.....kalau tak....hari tu gak kena balik ke bandar hehehehe.........
kelmarin yang terindah lagi......untuk aku kenangi.......

ke kadang sukar untuk memisahkan diri pada palitan kenangan, kenangan yang pernah kita lewati bersama kerana aku telah terlalu lama berada di daerahmu berada dikitaranmu menjadikan bau nafasku seakan akan berada dekat dengan mu. aku ingin sekali memberi mu harapan akan mimpi kelmarinmu yang manis namun aku bukan lagi aku yang dulu..... terlalu bergantung kepada seorang kamu kerana aku telah mula mahu melangkah meninggalkan engkau sendiri kerana perjalanan kita sudah mula ke penghujungnya dan aku tidak mahu terikat terus pada ikatan yang aku sendiri tidak tahu apa kah nama perhubungan ini....... engkau ke kadang menjadi penyedih dan ingin sekali aku mengubati rasa sedihmu itu.... namun keberanian untuk berada dekat dengamu seolah olah telah mati kerana ada jarak mula terisi bila aku berdiri dekat denganmu engkau seakan akan mahu merelaikan tangis hatimu ke dadaku sedang aku sendiri sudah mula memjauhkan dadaku pada tatapan mata sayumu. dada ini bukan lagi tempat engkau mengadu resahmu...... tempat engkau melontar sepimu.... aku menjadi seakan musuh yang engkau sayangi.... musuh yang engkau kasihi dan engkau rindu sedang engkau terasa disakiti bila berada dekat denganku. ke kadang aku sendiri menjadi pilu bila melihat wajah sendumu... namun keberanian untuk membuka diri ku dekat denganmu seolaholah akan membakar jambatan kasihku yang baru membuka jalan cerita...... tapi aku tidak tahu apakah bakal jalan ni akan menjeruskan aku kelembah derita lagi.... cuma jalan masa saja yang akan melengkapkan sebuah perjalanan mimpi..

Ku kejar dan ku kejar namun bayangmu terus saja pamit tanpa ucap selamat tinggal. Bagaimana harus aku katakan lagi akan sebuah kehilangan yang tak mungkin ada pengantinya. Biar pamit selamat tinggal itu sudah usang, namun serumpun kemesraan antara kau dan aku akan tetap subur bersemadi direlung hatiku. Sedang apakah engkau disaat saat begini Sayang! mungkin sedang menikmati bulan madumu untuk kali yang entah ke berapa kemanakah kali ini engkau lewati bulan bulan manis asmara cintamu? bulan birukah? bintang kejorakah? alangkah bahgianya engkau kerana masih bisa mengukir senyum dalam duka seorang aku..engkau bisa mengagihkan dukamu pada seseorang yang ada di sampingmu sedang aku masih lagi meringkuk di penjara kamar merenungi diri sendiri yang sudah jauh tertinggal realiti.. masih lagi bertemankan diri sendiri tanpa berani membuka diri .
 Sepi ini amat menyakitkan ....sunyi ini amat menyedihkan sekali bagaimana hendak aku labuhkan duniaku yang tak bertepi ini andai tak siapa pun yang tahu bagaimana mahu merawat dukaku ini.. tak siapa yang sudi mendengarkan dendangan lagu kecewaku dan ilusi rinduku itu tetap saja melangir ke arah engkau sahaja... aneh sebuah cinta dan kesetiaan yang tiada batasan waktu berlari, seorang aku masih lagi membiarkan diri terbelenggu dalam rawan sukma yang sepatutnya sudah dapat membebaskan diri dari semua itu.. sukarkah untuk aku bangkit mencari cinta yang lebih mulus.... lebih tulus lebih setia? Ke kadang aku amat takut pada uluran yang bernama cinta.... kerana ianya memakan hati dan masaku terlalu sukar untuk aku sembuhkan sebuah kekecewaan yang melekat di dadaku. Terlalu banyak mimpi mimpi manis yang mesti kita lontarkan ke tasik batu sedang mimpi mimpi itulah yang membangkitkan aku untuk terus berdiri disini.... bersama kenang kenangan dari mu. Saat ini sunyi dan sepi menerjah relung hati aku lagi tersangat sakit sendirian begini lebih lebih lagi tiada siapa yang dapat dikongsikan semua rasa semua cita cita yang membara semua jaya yang aku gapai... bagaimana ingin aku membuang seluruh rasa yang menyakitkan ini.. seringkali bila teringat akan engkau hatiku bagai dipalu rasa sakit yang amat menyakitkan. Akan kenapa mesti rindu pada engkau sedang aku benar benar tahu bahawa engkau bukan lagi milikku , bukan lagi bidadari manisku, engkau telah berada dalam hangatnya pelukan seseorang , orang yang lebih berhak daripada aku yang cuma kenangan manismu lewat hari yang telah berlalu. Sekarang kita cuma sering berada di dalam kekakuan, hanya boleh menukar pandang penuh hiba, bagaimana hati ini terluka membiarkan cinta kita terlewat begitu sahaja. Memang aku egois tidak mahu memahami realiti hidup kerana aku sudah bertahun tahun membenamkan rasa kasih untukmu dalam duniaku yang tersendiri dunia yang gelap dan gelita tanpa berani aku menyalakan pelita biarpun untuk menerangi seketika... aku terlalu tertutup rapi sehingga di anggap sebuah gua yang mati..aku memang tidak mampu untuk memiliki engkau kerana aku terlalu kaya dengan limpahan kasihsayang yang akan memberikan kepada siapa saja andai dia dapat membahgiakan orang yang aku kasihi orang yang aku cintai.....andai itu adalah jalan restu yang terbaik kerana kita berdiri dalam lingkaran orang orang yang mengasihi kita.... berada dalam dunia keterikatan kekeluargaan yang besar. Saat saat begini mampukah aku mengusir bayang mu sedang aku tahu disetiap detik dan denyut nadiku aku hirup bau hidup hanya engkaulah yang menjadi penyeri jalannya alangkah besarnya kasihsayangku untuk seorang engkau yang aku kasihi dan aku cintai sejujurnya dalam hati ini.
 Dan seketikanya aku diberi peluang lagi untuk membuka diri menyayangi seseorang... seketika nya aku seolah olah dilambung oleh rasa kasih sayang yang menggila pada dia... segalanya aku peruntukkan untuk dia... segalanya demi dia yang ada di hatiku wajarkah aku membuang rasa itu cuma demi engkau yang tertiba mengharapkan kembali ruang kasihku terbuka untuk engkau lagi. Engkau mengambil kesempatan diatas segala kasihsayang dan cinta murniku.. engkau seakan akan seorang yang kejam mahu menindaskan rasaku ini kepada engkau lagi sedang aku ingin membuka diri memilin rasa untuk mengasihi dia.. belajar lagi untuk menyintai seseorang...belajar membuang rindu yang tak sepatutnya aku lampirkan lagi untuk engkau... belajar membebaskan diri ku dari engkau..... ah!! kelmarin adalah kenangan yang mesti aku tinggalkan berlari.... Tapi bila di daerah ini... aku akan kesakitan lagi..terpalit lagi dengan segala yang pernah kita lewati bersama....engkau seakan enggan melepas aku lagi seolah olah mahu menghukum aku apabila tahu aku ingin membuka diri untuk menyayangi orang lain....menyintai orang lain tak...salahkah kalau aku membuka diriku....mungkir janjikah aku ...janji sebagaimanakah yang aku mungkiri sedang aku memberi engkau bahgia.....engkau enggan melepaskan aku ....enggan membenarkan aku hirup bahgiaku untuk seketika.... dalam kelembutan itu rupanya ada kekejaman yang menakutkan... Aku bersyukur diberi lagi akan rasa itu... rasa yang aku fikirkan sudah mati dalam hatiku.... tertiba aku menjadi amat sayang dengan dia orang yang tidak aku temui tidak aku tatapi tidak aku kenali....cuba bisikan bisikan manisnya merelung dalam dadaku disetiap hari merimbun dan merimbun kasih menyulam dan menyulam rindu... seakan dia ter-untuk kepada seorang aku.. tertiba aku dianugerahkan sebuah kasih yang amat sangat... terlalu menyayangi teramatnya seakan akan tidak mahu memisahkan diri dari dia... entah bagaimana rasa sayang dan kasih itu tertiba wujud lagi dihatiku untuk seorang dia.... sayangku ini hanya padamu tiada lain dihati ini hanya ada kamu kamu sesatunya dalam hidupku percayalah....
sukar untuk aku nyatakan akan kasih dan sayang ini untuk dia.. bagai melawan segala onak dan duri untuk mendapatkan semua rasa ini untuk dia melawan semua yang pernah meletak di hatiku...membebaskan semua rasa lain hanya kerana seorang dia.... bagaimana nanti aku kalau aku kehilangan dia...bagaimana nanti akan aku lalui lagi hidup ini.....terlalu pahit pastinya..
 you are the answer to my lonely pray you are an angel from above I was so lonely till you came to me with the wonder of your love
I dont know how I ever live before you are my life my destiny oh! my darling I love you so you mean everything to me
If you should ever, ever go away there would be lonely tears to cry the sun above would never shine again then would be tear drops in the sky
so hold me close and never let me go and say our love will always be oh! my darling I love you so you mean everything to me oh!my darling I love you so you mean everything to me....

Tuesday, August 31, 2004

OGOS
- suka berlawak - mudah tertawan kepadanya - sopan santun dan caring terhadap org lain - berani dan tidak tahu takut - orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan - pandai pujuk org lain - terlalu pemurah & bersikap ego - nilai harga diri yg sangat tinggi - dahagakan pujian - semangat juang yg luar biasa - cepat marah & mudah mengamuk - mudah marah apabila cakapnya dilawan - sangat cemburu - daya pemerhatian yg tajam & teliti - cepat berfikir - fikiran yg berdikari - suka memimpin & dipimpin - sifat suka berangan - berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat - sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk - cepat apabila ditimpa penyakit - belajar utk relax - sikap kelam kabut - romantik ,pengasih,penyayang - suka mencari kawan
Don't buy Vista Security
|
|
|