SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< March 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Sunday, August 22, 2004
    ~cobalah untuk setia~



    ingin aku bisikkan kasih ke daun telingamu, ku bisikkan sayang ke kalbumu dan kurenung sinar mata kasihmu dekatlah padaku sayang ingin aku dakap engkau kuat kuat ke dalam pelukan sayangku dengan seluruh cinta yang ada dihatiku ini, dengarlah sayangku suara hatiku yang menjerit akan kerinduan untukmu ohh!! sayang! jangan biarkan daku dalam dakapan kesepian lagi cinta.. cintakah ini .. cintailah aku sayang.. sayanglah aku setulusnya hanya kamu yang ada dihati ini untuk selamanya.... abadi!!

    senjakala
    aku berdiri dikaki langit
    ada derap sepatuku yang tertinggal
    pada semalam yang retak
    bonda....
    di kaki langit ada rindu yang terbiar
    meratapi sakit di dalam dada
    ada rasa yang melekat
    kesakitan bagai onak berbisa
    membunuh tubuh yang perkasa
    rebah pada pusara masa
    makin meninggalkan jiwa
    semakin lesu dalam peraduan hidup
    di kaki langit
    ada mendung yang berarak nipis
    di pipi ada airmata yang berlinang
    bonda....anakmu makin jauh terbuang
    pada dosa dan noda
    semalam yang meninggalkan aku
    pada bayang sepi dan sendiri
    tapi bonda...
    keinginan untuk mendakapmu tetap ada
    makin tebal dan makin meruap
    tapi degilku mengatasi segalanya
    meninggalkan kesakitan dalam jiwa
    yang sudah sekian sakitnya
    di kaki langit
    aku menatap laut yang bergelora
    ada cinta yang tertinggal lagi
    pada kota janji yang terlerai
    buat bonda yang ku sayang
    anakmu masih lagi berada dikaki langit
    merenung mendung yang berlalu
    sedang derai airmata tak ku pipiskan lagi
    biarkan ia membasahi pipi keringku
    akulah anak yang melata
    pada bayang bonda makin nya



    Photobucket


    assalamualaikumwarohmatullahibaratokatuh!!!!


    Pagi tidak seawal mana kerana aku jarang bangun awal... kadang terlepas sedikit dari waktu kerana waktu tidur ku tidak menentu namun yang satu itu tetap juga aku lakukan juga walaupun kadang2 sering terlepas kerana aku bukan seorang yang sempurna dan baru belajar menjadi sebaik mungkin. Hari ini pertama kali aku ingin menulis lagi.. apa yang ada dihatiku biarpun aku terlah berhenti berharap... tetapi sebagai seorang muslim.. aku sebenarnya tidak boleh berhenti berharap.. tapi hakikat hatilah.
    Banyak benda yang bermain diminda.. banyak resah yang mengalir laju dalam diri kerana aku seperti burung yang terbang tinggi di awan tetapi tidak tahu dimana destinasinya... terbang tinggi diawan tapi tiada tempat untuk aku hinggap aku jadi sijampuk yang kehilangan destinasinya cuma berlegar2 tanpa arah tuju yang pasti
    .
    Banyak yang ingin aku lakarkan dalam rasa tetapi semuanya aku biarkan begitu saja.. benarkah ada ketulusan dalam sebuah perhubungan kerana kau sendiri tidak pasti perhubungan yang sebagaimanakah sebenarnya aku cari dalam hidupku
    .

    Memang aku hidup tanpa arah yang pasti.. aku terbiar.. aku terlara. dan aku melenakan diri aku dalam pogah rasa yang tidak pernah ada penghujungnya.

    kekadang ingin aku memeluk rindu

    membasahkan kenangan kasih dengan sayang
    membuai rasa dengan cinta
    tapi aku berhenti berharap
    aku terengkuh perit
    antara batas maya dan realiti
    berlari seiring dengan langkah lesuku
    engkau marah akan kasihku
    engkau cemburu akan sayangku
    engkau resah akan cintaku
    namun akan kemanakah semua rasa rasa ini
    andai engkau tak berhenti melangirkan dia
    biarlah dia membeku
    pada relung hatimu
    memang salahku memberi rasa padamu
    tanpa tajuk yang pasti
    engkau seakan memakan diri
    dalam benah kasih tak bertepi.....
    sukarnya membongkar kasih tanpa nama

    sedang aku telah berhenti mengharap
    ke sudut menunggu mati


    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Previous Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009