SUMPITT_SAUBER TRADE MARK

TERBANG BEBAS MELINTASI BENUA HATIKU


JURNAL ONLINE SEORANG GEMBALA KAMBEN YG TIADA APA2 HANYA HATI YG PILU DAN NGILU


from the bottom of sumpittsauber heart <body><center><script language='JavaScript' type='text/javascript' src='http://ads.blogdrive.com/adx.js'></script> <script language='JavaScript' type='text/javascript'> <!-- if (!document.phpAds_used) document.phpAds_used = ','; phpAds_random = new String (Math.random()); phpAds_random = phpAds_random.substring(2,11); document.write ("<" + "script language='JavaScript' type='text/javascript' src='"); document.write ("http://ads.blogdrive.com/adjs.php?n=" + phpAds_random); document.write ("&amp;what=zone:3"); document.write ("&amp;exclude=" + document.phpAds_used); if (document.referrer) document.write ("&amp;referer=" + escape(document.referrer)); document.write ("'><" + "/script>"); //--> </script><noscript><a href='http://ads.blogdrive.com/adclick.php?n=a6b05a3e' target='_blank' rel=nofollow><img src='http://ads.blogdrive.com/adview.php?what=zone:3&amp;n=a6b05a3e' border='0' alt=''></a></noscript></center>


ITULAH AKU DALAM DIRIKU


JURNAL ONLINE SUMPITTSAUBER

aku seorang kembara yang sendirian dalam menjelajahi dunia maya ini... terbang melintasi benua hatimu dengan penuh kemanisan bahawa aku pernah dicintai engkau biarpun kita tidak saling memiliki....cinta itu adalah terbang bebas dihati kita untuk selamanya..
aku ingin sekali dekat dengan engkau berada berdekatan tetapi seorang aku tidak layak untuk terus berada disamping engkau kerana siapa lah aku ini cuma seorang kembara yang sudah menunggu saat untuk pulang
aku mencintaimu...sangat mencintamu...dan cuma kamu yang ada dihatiku...untuk saat ini....biarpun nanti antara kita tak akan bisa melempasi mimpi2 manis itu lagi.... itulah .. "cinta adalah anugerah bukan hakmilik"
AkuLah itu... SUMPITT


"ketahuilah didalam diri kita ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Apabila jahat daging itu, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah HATI"









Berhenti berharap so7
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar di sini, tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi, sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat, tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam, bila putih menyenangkan
Aku pulang... tanpa dendam kuterima kekalahanku
Aku pulang... tanpa dendam kusalutkan kemenanganmu
Kau ajarkan aku bahagia, kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia, kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia, kau berikan aku derita


you are the answer to my lonely pray
you are an angel from above
I was so lonely till you came to me
with the wonder of your love

I dont know how I ever live before
you are my life my destiny
oh! my darling I love you so
you mean everything to me

If you should ever, ever go away
there would be lonely tears to cry
the sun above would never shine again
then would be tear drops in the sky

so hold me close and never let me go
and say our love will always be
oh! my darling I love you so
you mean everything to me
oh!my darling I love you so
you mean everything to me....


aku seorang kembara sendirian dijalan berduri tanpa seorangpun yang berani berada disampingku kerana seorang aku tidak butuhkan sesiapa dalam sakit dan senangku yang ku bawa adalah cinta ku yang terlara dan tertinggal dalam kota kasih yang masih lagi menjadi tugu dalam hatiku.. engkau melintasi benua hati dan aku lambaikan tangan kakuku dengan mendoakan kebahgiaanmu untuk selamanya biarpun aku tahu dihatimu masih tertinggal cinta untuk aku
tiba tiba ada getar getar kasih
menyusupi relung dadaku
bertamu tiba tiba di antara dua lambungku
tanpa pernah ku undang dia
menyelak tabir resahku sendiri
engkau mula mewarnai hari hari kelabuku
engkau mulai menghiasi tabir mimpiku
engkau menjadi langsir rinduku
suaramu mengentarkan sukma lukaku yang parah
mulai mengusik hati yang kesepian ini
dan tiba tiba aku menjadi keburu rindu
pada wajah seorang perempuan
dan seseringkali aku mahu kembali lagi
ke daerah kasihsayang nya yang menggunung itu
aku seperti kembali menjadi anak kecil yang dilamun cinta
mabuk kasmaran mulai mengetarkan kesibukan kerja
menyelit nyelit ruang mamai pada diri yang kebal
ke kadang rasa ingin aku terbang
keangkasaraya tanpa sempadan
cuma yang ada aku dan engkau saja
setiap detik bersama sama mengalun irama rindu
pada detik yang akan datang dan aku cuma mahu tahu YANG
ENGKAU SANGAT AKU SAYANG



MALAM MELARUT HUJAN MELAUT

malam melarut ke kelam-hitamnya
hujan melaut ke muara-sepinya

sepi dan gigil mencari-cari

berdesing angin berdesing-desing
merapalkan mantera rahasia

sebagai bisik o merintih rintih

ini langkah sampaikah pada tepi
menjejak tapak pudar memuai

seperti hujan seperti malam

melarut ke kelam hitamnya
melaut ke muara sepinya

mengekal di ketiadaan



sedang asyik baca blog haku
   

<< May 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31





GENG'S

  • MyLostWorld
  • AnNiS
  • MNet.FM - Muzik Segar Irama Gegar!
  • PokCikSepI Jurnals
  • SumpittBlog
  • Nita jurnals
  • Aliran Pemikiran Pendidik
  • IZZAH JURNALS
  • TeAmoR
  • Nanang
  • DESUMPITT FORUM
  • How to make a sumpitt
    Ingredients:
    5 parts intelligence
    3 parts brilliance
    5 parts beauty
    Method:
    Add to a cocktail shaker and mix vigorously. Add a little wisdom if desired!
    angin sepi mengilir lesu
    antara dedaun hati yang kebasahan
    rindu yang telah kering
    tanpa kemarau kau gantungkan
    pada langsir hati tak berpintu
    merekah luka tanpa darah segar
    yang nampak hanya sendu mata
    tanpa ghairah memupuk kasih
    yang tinggal debu debu cuma


    ku renung malam yang makin melarut
    ada rindu yang cuba aku sangkutkan pada jendela hati
    untuk berkaleh kesah
    sayangnya rindu itu terlusuh sendiri
    dingin malam sepi tanpa bulan dan bintang
    awan kesamaran
    engkau masih lagi di satu sudut hatiku
    biarpun engkau menoreh luka
    terbentang dusta dan nista
    harga rasa yang telah kau campakkan
    pada ramasan rindu yang kau bongkarkan


    aku teringin peduli
    pada kocakan rindu merantai tangkai hati
    tak kala ingin ku pejamkan mata
    wajahmu bermain diruang minda
    hati mengapa masih mahu peduli
    pada semalam yang menyakitkan
    melakar luka yang masih menyimbah
    akukah yang membiarkan hati melata
    dan merana kerana rindu itu telah kau biarkan kekeringan
    tanpa kau basahkan dengan sapamu
    aku rindu pada manjanya engkau
    sayangnya aku bergelut dalam mimpi cuma


    gegarkah hati kerana rindu
    terpagar dek cemburu dan ragu
    membiarkan manis mesra berlalu
    tanpa berani menjengah jendela kalbu
    lantaran itu sengsara melanda hati nan rindu
    terbiar menyepi kerana pengantin diarak tanpa tandu
    kosong dan sendiri dalam kamar tak direstu
    tangis hati bagai dipalu
    adakah ini yang dikatakan cinta semalu


    pagi yang bening lagi sepi
    ke selak jendela yang tertutup dek langsir gelap warnanya
    melihat mentari yang masih malu malu menunjukkan wajah
    bayangan ilalang bergoyang lunglai dek hembusan bayu yang pelan pelan
    ku hidup udara pagi dengan penuh keinsafan
    hari ini pagi masih tetap sunyi seperti semalam
    biarpun aku cuba bisingkan ruang hati dengan radio mnet.fm
    hati ini bagai berada dirimba yang tebal
    duka masih lagi membalut ruang hati yang cuba ku sorok
    dari pandangan mata mereka
    rindu? masih lagi menebal
    tetapi aku keringkan pada sinaran mentari yang tidak segan
    ku sangkut pada langit langit kamar
    supaya aku tidak ikut larut
    dengan irama sendu yang mengalun pelan
    di daun telingaku.....
    aneh rindu yang aku biarkan kekeringan tetap tidak terusir
    tetap mengodam tangkai hatiku dengan kejamnya....





    DESUMPITT feat mnet radio DESUMPITT feat mnet radio



    If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

    Free Web Counter



    RSS Atom
    rss feed


    Layout edited from the SumpittSauber template from: BlogDrive
    Image from: GooNe The Loser
    Designed by: The Silent Mafia

    BLOGDRIVE
    TEMPLATES
    GoNe Forever


    Ruang Rindu
    Saturday, February 04, 2006
    ~Hujan yang membasahi dada bumi~

    7.47pm... hari ini dari pagi sampai petang hujan saja, masa membasuh kereta pun hujan dan angin turun dengan lebatnya.. hujan seakan tidak mahu berhenti.. angin kuat menerjah langsir sehingga berterbangan.. kalau begini pasti sejuk terasa melilit diri.. namun tetap dengan bersinglet aku berteluku di depan tv.. tak ada apa yang hendak dibuat.. tengok saja cerita yardein.. ermmm... jalan cerita yang tidak ku ikut sangat asal saja tv itu berbunyi... sesekali terdengar tawa orang dibawah.. ada budak2 keluar bersukan biarpun berhujan.. hujan kadang lebat kadang gerimis... pagi tadi makan nasi tomato dengan kari ikan kayu yang ku buat main hentam saja... sampai petang itulah resipi yang dimakan... ada orang yang mahu awet muda tidak mandi satu hari..tak mandi pun still wangi untuk dicium ... kalau aku tak mandi satu hari mesti harum bau ketiakku......tak kira hujan atau panas pasti berkeringat.. teringat sms dari si CT cousin ku semalam bertanyakan bila hendak aku balik kg.. aku tanyakan dia siapalah aku untuk balik..masihkah ada sesiapa disana yang menantiku.. katanya mestilah ada.. tetapi bondaku tak suruh pun aku balik.. jawabnya bukan tak kenal bondaku akan diam2 kan rindunya didalam hati.....yark.. yark.. kalau kita rindukan seseorang kita mesti laung kuat2.. menjerit jerit.. supaya laungan itu didengar.. dan ada dentuman disudut hati orang yang kita rindu untuk balik ke sisi kita..... ermmm... keinginan itu kian kabur.. berkubur di rantauan adalah lebih baik dari menghinakan diri pulang kepangkuan orang yang tidak menginginkan diri kita.....

    petang si ria call .... hehehe tak rasa rugikah membuang duit just untuk berborak dengan seorang aku si pencacai......siapalah aku sesungguhnya... terkadang kita merenung jauh2 namun renungan kita akan tetap tertinggal juga.. jadilah kita seorang perenung terus....

    tetiba aku teringat seseorang ... seseorang yang pernah dekat dihatiku, entah kemana gerangan dia menghilangkan dirinya semenjak aku marahkan dia kerana aku tidak suka dengan keputusan yang dibuatnya.. orang yang pernah ada dihatiku yang selalu berada tetiba hilang begitu saja.. bukan kasih yang tidak kuat ... bukan sayang yang tidak kukuh.. tetapi perjalanan kita semakin menjauh... kerana ruang hati bukan untuk diisi dua tiga empat lima enam.. ruang hatiku cukup2 untuk satu orang saja..... dia yang selalu mendengar segala keluh kesahku.. segala kesakitanku.. tetiba hilang.. namun aku tidak berani untuk mencarinya.. bukan takut kegoyahan hatiku...namun aku akur dalam hidup ini kita tidak lagi diberi peluang yang kedua dan ketiga untuk merasakan nikmat perasaan sayang kasih cinta yang sejati....yang ada adalah kenangan yang sukar untuk kita usirkan.....kenangan itu apabila terhimpun dan sesekali menerjah adalah satu rasa yang sangat sakit untuk kita lemparkan begitu saja... sehingga berkeringat kita untuk meratakan hati kita kembali......

    "anak sungai kan berubah ini pula hati orang mengapa dirindu......" adakah hati nya sama seperti anak sungai? pasti sama.. hati manusia sangat cepat berubah.. mengikut musim dan kemestian..... "kasih yang dulu tinggal dalam mimpi kasih yang baru simpan dihati".. barangkali ada benarnya..... kasih yang dulu cuma tertinggal dalam mimpi itu pun barangkali kalau kita tidur sering bermimpi.....kalau tidak terusir sendirilah kenangan2 itu..... "siapakah yang engkau pilih....? kalau aku berdiri didepanmu pun bukan aku yang terpilih... memang bukan aku yang menjadi pilihan.....kerana aku tetapi bukan pilihan.....

    8.02pm... ada derit derit pilu diruang hati...... kesedihan dan kesunyian yang meronta ronta untuk keluar dan mencari harga rasa yang tertinggal.... dimanakah sesungguhnya diriku ini berada.......berteluku kiam menjadikan aku semakin dekat untuk tidak merasa disakiti tetapi ingin merasa bahgia seadanya....... biarpun dalam kesakitan dan penderitaan yang tidak tertoleh lagi.........



    Photobucket

    Friday, February 03, 2006
    Kita terlalu dekat rupanya

     


    The minute I heard my first love story
    I started looking for you, not knowing
    how blind that was.
    Lovers don't finally meet somewhere.
    They're in each other all along.
    by:Jallaludin Rumi


    10.06am hari jumaat 4 muharram 1427hijran..terasa sungguh damai pagi ini, tenang dan sepi biarpun ditemani dengan bunyi berbagai2 diluar sana, ada bunyi kenderaan yang limpas lalu, ada suara budak2 sedang belajar, ada suara kicauan burung, ada suara angin yang mendesir yang menyilak langsir jendelaku... suara ria si angin yang lembut dan gemulai... terasa sangat dekat hati ini denganmu biarpun kita sesungguhnya berjarak....... terkadang aku ingin ketawa sendiri bila teringat keletahmu .. manja eh.. kadang terlebih nakal kadang terlebih serius kadang2 terlebih melukakan hatiku terkadang membahgiakan.. itulah barangkali yang dinamakan perasaan cinta sejati.. semua perasaan diadun kemudian dicernakan untuk dirasakan oleh hati......yang penting kita merasa bahgia untuk orang yang kita cintai.. dan akan mengorbankan apa saja demi bahgianya.. sehingga ujung nyawa..



    ...aku ingin mengetuk jendela hatimu
    aku ingin memasukinya dengan tulus
    aku ingin merasakan hangatnya percintaan kita
    aku tidak ingin tertinggal lagi
    ingin selalu sangat dekatmu
    sehingga aku boleh mencium bau tubuhmu
    keinginan yang tulus dari hatiku
    untuk terus mencintaimu sehingga ujung nyawaku
    padahal kita sesungguh berjarak biarpun berhadapan
    katamu engkau sudah berpunya
    biarkan kita berteman saja...... ermmm

    keinginan yang kuat sangat kuat dari rekuh hati untuk menyatakan apa yang kita rasakan saat ini.... berpura pura tidak nampak atau tidak peduli padahal kita sangat peduli apalagi yang melibatkan perasaan dan hati kita.. kita tidak ingin melihat hati dan hidup orang yang kita cintai seuntuhnya menderita dan terluka namun kalau itu suratan hidupnya apa yang dapat kita lakukan? banyak kali sudah si mia call .. namun tidak pernah aku jawab.. sms nya juga banyak kali aku erasekan begitu saja.. biarkan  kita memasung segala kenangan yang pernah kita lalui bersama.. biarpun itu kenangan yang mendewasakan kita..merelakan segalanya supaya aku tidak lagi merasa diri tidak berharga dihadapanmu.. sahabatmu yang masih lagi kau panggil dan gelarkan untuk si pencacai seperti aku.. terimakasih diatas keprihatinan itu aku masih hidup biarpun tidak sengsara.. aku masih lagi menghirup udara yang damai dan tenang biarpun sesekali dadaku dicucuk oleh sembilu sakit.. bukankah itu jalan hidup yang telah di tetapkan untuk seorang aku...bahgia dalam derita?

    sesekali aku bersms dengan anak buahku.. bertukar2 no hp mereka...sampaikan si kecik si jiji pun sudah ada hp.. biar betul.. mungkin itu gamaknya yang di gembar gemburkan.. murid2 sekolah dibenarkan bawa hp ke sekolah? ermm...... sms yang nakal2 dari teman2 namun terkadang aku ignorekan juga... malas sesekali ada juga aku menjawab sms itu pun dengan berat hati........ kita boleh membangunkan rindu tetapi dimanakah rindu itu sesungguhnya berteluku?... biarkan semua itu cuma tinggal kenang kenangan... merdu suara kicauan burung di tepi jendela kacaku...... teringat semalam berborak di MyP .. ermm teman2 akan silih berganti sesungguhnya.. tetapi yang sentiasa dekat dengan kita adalah teman yang sejati yang akan bersama saat sukar dan gembira.. namun yang pasti kita tidak akan temui teman yang sebegitu.. masing2 cuma tau melepaskan.. menjadi sahabat yang baik adalah mendengar suara hati mereka juga... tetapi kita jarang mau mendengar... kita selalu saja ingin didengar.. itulah yang akan memisahkan kita dengan teman2..sepanjang hidup ini telah aku temui berbagai2 orang.. dan aku dapat nilaikan sesungguhnya amat jarang orang itu dapat memegang kata janjinya... keteguhan rasa itu sangat lah tipis sekali.. sesukar mana pun kita .. kita akan sendiri juga... yang senang kita dapat adalah teman yang tertawa bersama.. dan untuk mencari bahu dimana boleh kita lepaskan tangis adalah di dinding2 sepi kamar kita sendiri.. kerana itulah erti hidup.. masing2 melepaskan diri...

    kalau sendirian sebegini, aku selalu merenungkan diriku.. siapa dan apakah sesungguhnya aku? terkadang seperti aku telah kehilangan perasaan... kehilangan apa yang dirasai sangat dekat dihati... naluri keinsanan... naluri keakraban...



    Photobucket

    Wednesday, February 01, 2006
    ~salam MaalHijarah~

    1427 hijrah..begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita.. tak terkejar kalau kita mengejar dan tak berhenti biarpun kita berhenti.. da lama tak menulis da banyak hari banyak yang hendak di tulis cuma tak ada kesempatan masa... sibuk semendang seminggu dua nih...tadi ke bandar urusan biasa..bayar insuran.. bayar itu ini kemudian p pasar beli ikan dan sayur ramai betul orang di bandar nih.. tak derk kesempatan untuk bersendirian kalau dibandar.. dan yang paling best sekali tengok meka berniaga.. macam2 perniagaan yang meka buat.. yg jual rokok..jual mancis.. jual sayur tepi jalan... asal rajin usaha saja.. dan kalau malas jadi ler cam aku nih....... hehehe.. pencacai jaks... ehemm aper nak tulis erk.. cam tarak ader aper2 idea pulaks...... tadi rasa banyak mender yang ader dalam paler nih....banyak nak dituliskan..

    aper2 pong selamat menyambut maalhijrah.... semoga bahgia dimana saja anda berada.. rasa cam ngantuk pulaks.....nak tidur kater orang tidur tengahari ni sunat hehe amik pahala sunat ler......... kalau ader idea nak tulis jab lagi ler sambung balik......



    Photobucket

    Sunday, January 15, 2006
    ~Apabila tirai malam berlabuh~

    ..jam di pc menunjukkan pukul 11.50am.. sudah dekat tengahmalam.. barangkali semua orang diulik mimpi nan indah.. tadi masuk dekat mypendidik sekejab.. nampak nick cikguizza disana.....ehemm sedang buat aper erk..? memasak ker? tetiba teringin membaca diblogdrive cikguizza.. pitt suka membaca disana kerana ada banyak cerita2 yang dia lakarkan.. terkadang seperti berada disamping dia.. berada berdekatan walhal berjauhan.. cerita nya sangat dekat dihati apalagi dengan orang sendirian seperti pitt ini.. bunyi suara anjing menyalak sayup2.. selain dari suara bunyi keyboard.. memang pitt menaip pantas dan akan mengeluarkan nada bunyi yang cepat2 juga.. entah terganggu entah tidak tidur orang..  terlihat gambar2 sepi didepan mata.. tadi semasa masuk diesastera membaca komen si Ratna Alam.. tentang pitt yang menjadi lilin.. sesungguhnya pitt tidak merasakan diri menjadi lilin......cuma merasakan seperti menjadi pelita ayam.. yang digunakan setiap malam dirumah usang.. rumah yang cuma beratap rembia.. kemudian.. cahaya api pelita ayam akan terliuk2 dibelai angin yang mencuri masuk dicelah2 dinding yang memang ada ruang2 untuk angin menerbus.. apalagi kalau musim hujan akan ada titis2 dari atap yang bocor terpaksa ditadah dengan besen.. apa lagi tempat tidur cuma dialas dengan tikar mengkuang yang telah usang.... disitulah pitt meniarap sambil menulis dalam kertas kajang dengan pena yang tumpul dan pendek.. hehe.. semacam cerita novel Hayati.. hehe.. itu lah diri pitt..... pelita ayam..


    sebenarnya banyak benda yang hendak ditulis dan digarapkan sebagai lakaran rasa yang ada dihati.. teringat komen2 dari cik ct.. sedih kalau baca cerita pitt.. memang kadang2 pitt jenis suka bersedih...... kadang2 tu gembira cuma kalau menulis yang gembira terlupa jak.. kita memang suka menulis yang sedih2.. supaya bebas dari rekuh hati..... yang gembira tu tak sempat kita tulis.. sesungguhnya didalam hidup ini siapa yang tidak pernah merasakan gembira dan bahgia dalam hidupnya.. pitt juga merasakan semua perasaan tersebut.. cuma terkadang terikut2 dengan rasa yang sedih.....orang penyedih gamaknya..


    ...


    semalam pitt jalan kaki ke bandar.....saja ubah angin.. malas naik bas..... malas guna kenderaan apa lagi kalau ikut kan hati yang sedang merajuk or sedang marah...... hehe pemarah tu tak pernah2 habis sesungguhnya... terkadang memang kita merasakan diri kita seperti pengemis saja... mengemis kasih dari orang yang kita sayang dan kita cintai....  semua perasaan itu seperti tidak berbalas.... cuma kita saja yang merasakannya.. padahal tidak begitu.. kerana kita sendiri tidak dapat membaca apa yang ada dihati orang lain..... kalau dia mengatakan atau mengucapkannya.... kita masih juga sangsi kerana perasaan kita itu sendiri yang silap.. atau kita terlalu mengikut kata hati.....namun biasanya naluri kecil kita tidak akan menipu kita..


    duduk2 di tembok sambil merenung ombak yang malas bergulung.. tak kedengaran suara ombak.. tak tercium bau laut.. biarpun laut dihadapan terbentang luas...... panas terik lapar dahaga dan penat semua rasa ada.... namun kedegilan mengatasi segalanya.. kita cepat mengambil kesimpulan... kita cepat merasakan tersinggung padahal semuanya serba remeh namun sesunggunya yang remeh temeh itu kalau kita biarkan berlarutan akan menjadi racun dalam setiap perhubungan..... kalau kita sayangkan perhubungan janganlah kita memandang ringan akan benda2 yang kecil2 yang akan membuatkan orang yang kita cintai kita sayangi terasa dihati.....biarpun pada kita ia tidak apa2..bukan apa2....... tetapi payah juga untuk kita menjaga perasaan orang lain.....apalagi kalau melibatkan banyak perhubungan...........jam sudah 12.04am..... apa yang ada sesungguhnya dihati kita saat2 begini.... ? ada resahkah yang memalu tangkai hati.. ada rindukah yang menjeruk rasa.. ada sepikah yang bertamu..  sukar nak kita gambarkan sesungguhnya apa yang tergulit dalam perasaan kita.... sesekali deru kereta di luar sana menemani.. mata tak berkelip memandang skrin pc....


    jangan salahkan mimpi
    andai engkau bermimpi bulan ditelan awam
    jangan salahkan takdir
    andai engkau tertewas dengan rasa
    kita adalah tetamu yang sementara
    bisa nanti kita akan terlontar
    pada padang yang gersang
    dan tidak terhitung akan semua rasa
    dekatlah engkau kepadaNya
    supaya engkau tidak tertinggal olehNya..
    jangan engkau salahkan mimpi
    andai takdir tidak menyebelahimu
    kerana itulah lorong berliku
    yang dinamakan kehidupan.......



    Photobucket

    Friday, January 13, 2006
    ~Manuang Lo Ang~

    aku ingin berhujan supaya lejun hatiku dengan air yang menimpa tubuhku supaya hatiku ikut basah... hehe gud'mning untuk diri sendiri .. tadi sesungguhnya nak tidur lagi cuma bangun kejutkan orang jak.. tetapi entah cam mana tak leh nak tidur pulak.. tak jadi nak berselimut kembali.. tingat nanti nak keluar ada hal.. lagi pong da abis mimpi.. semalam pun bantai terlelap awal.. mimpi awal .. semalam mimpi berjalan2 di padang rumput yang penuh dengan bunga azalea.. mungkin tingat kat cerita korea the land.. peh hampagas betul banyak betul bunga azalea yang berwarna unggu.. berjalan sambil menggenggam tangan.. bersentuhan jemari.....terasa hangatnya.. terasa sejuk dingin tempat tu.. terasa ada kawanan angin yang berhembus lembut.. mungkin cuaca sejuk dan tak berselimut.. tetapi mimpi itu mimpi sedih.. tetiba disatu pintu.. pitt ditinggalkan sendirian.... pitt jerit namanya dia tetap tinggalkan pitt gak.. deiiiiiiii....... sampai dalam mimpi pun dapat mimpi sedih....terjaga.. lepas tu tak leh tidor.. mungkin gak masa yang sama meka ingat kat kiter.... lepas tu main sms ngan sesaper entah.. pitt tak kenal dia.. tapi dia memang kenal pitt....hehee tuan puteri mana entah berbalas2 sms ngan pitt last sms nya dia pesan ngan pitt supaya tidor mengiring bantal tinggi sikit.. supaya dada tak sakit sangat hehee... pastu pitt tertidur pulas...... tanpa mimpi aper2 lagik...... "Manuang lo Ang" memang kita akan teringat kepada seseorang....apa lagi orang itu sangat dekat dengan kita. Tetapi adakah ingatan kita akan sama seperti ingatan dia? atau cuma sipi2 saja? dalam kata ingatan ini banyak jenis ingatan ada yang ingat2 ayam.. ingat2 gajah....ingat2 geram.. ingat2 angin...... hehe nak tau ingat2 ayam aper.. ingat2 ayam macam ayamlah....sekejab jerk di ingat.. lepas tu tak ingat da...... ingat2 gajah .. memang ingat sangat sebab gajah tu berat tetapi ingatan tu menyakitkan cam tertimpa jek kaki gajah kat dada kita..... ingat2 geram tu mesti ada kemarahan....... ingat2 angin ni memang selalu ler orang rasa.....ingatan yang berlalu bukan ingatan yang berkekalan..... tetapi pitt teringat sangat2 ngan orang yang pitt cinta..... sampai terbawa dalam tidur.... terbawa  dalam mimpi berjalan2 lagi berpimpin tangan lagi.. tetapi dalam realiti kami tak akan berpimpin tangan kerana jemari tangan pitt tak biasa dia nak pimpin dia malu....... dan pitt lagi pemalu......ah!! kami cuma pandang dan memandang.. dan biarkan hati yang berkata2.....peh!! pasal suruh hati jak yang berkata2 itulah yang menyebabkan jiwa melara....apa taknya kita bukan ada kuasa psiketri dapat baca hati orang.. tu pasal lain jadi nya....... deiiihhhhh teringat kat satu orang tu...... tetapi dia mungkin da lupakan semuanya...... arghhhhhhhhh........ musannya hidup ini bila tak ada yang nak ingat kat kita.......lucu pulak.....bila ada orang sms cakap miss pitt.....pitt  balas miss universe ker miss india? dia balas miss unisex buat pitt gelak sorang2 dalam gelap......nakal erk.....mentang2 pitt tak kenal dia saper..... saper erk yang biasa pitt urut tu..."Banzai" ..... bukan "Bonzai" ker heheehe....... aper pong dalam hati ini tetap ada satu cinta yang telah aku untuk kan cuma untukmu...... tak akan ada galang gantinya biarpun engkau telah melupakan diriku.... Selamat berbahgia dengan orang yang dicintai...... sampai ujung nyawa....engkau saja yang aku cinta

    sendirian aku lalui jalan yang basah ini
    tergores hatiku kenangan bersamamu
    bersama dalam liku2 hidup berjerigi
    engkau tersenyum manis
    tawamu manja
    guraumu mengusir sepi
    tapi kini ikatan itu makin jauh
    dekat kita menjadikan kita
    melangkah ke jalan yang berbeza
    engkau ke kanan
    aku menoleh ke kiri
    tanpa daya kita berjalan berasingan
    biarpun dalam hati masih ada cinta
    aku melalui liku2 denai ini
    tanpa engkau disisi lagi
    ada daun2 kering berguguran
    menimpa kepalaku yang bertopi
    ada jemari ingin ku basahkan hati
    sayangnya aku tertinggal dalam kocek mimpi..
    aku sayang kepadamu sungguh
    dan aku sanggup melalui jalan sepi ini
    beribu kali demi engkau.....
    kerana cuma engkau yang aku cinta.....

    ... kita bukan cuma berdiri dalam diam.....kita akan menjadi kiam.. tadi membaca dekat blog miss linda...ada sesuatu yang kita dapat dari sana...... pitt suka membaca yang ada isinya kadang2 yang lucu juga pitt suka baca......tetapi jangan yang terlalu mudah..membaca sudah menjadi rutin harian....begitu juga menulis..asal dapat menulis sedikit hidup sudah terasa ada isinya.. yah!!..... itulah hidup gelandangan seperti pitt........damai dan tenang..... rindu dan harapan... impian dan kehancuran..... ada darah merah yang mengalir sepi....ada senyum sakit yang menganyam dibibir siapakah yang salah? hati.....kerana mengikut kata hati.....terus membawa mati.. mati akal mati perasaan...... gud'morning me amor.... I LUV U


     



    Photobucket

    Wednesday, January 11, 2006
    ~after HariRaya Korban~

    Rabu...7.52am 11.01.2006 senang saja menulis tarikh.. senang saja untuk mengingatkan date2 yang penting didalam hidup kita.. namun terkadang kita terlupa juga kerana kesenangan itu juga atau mungkin kerana kita terlupa pada orangnya atau pada kenangan itu sendiri. Hari ini sakit perut sebelah bawah tulang rusukku semakin menjadi2.. apalagi cuaca hujan yang sepanjang hari menyebabkan sengal2 di paru2.. sakit yang tidak mahu lari .. sudah ku makan ubat penahan sakit.. cuma sekejab apabila terlena.. namun apabila mata terbuka sakit itu akan datang lagi...... semalam aku termenung di jambatan kayu... tempat orang lalu lalang.. jauh melihat ketam2 batu yang sedang bermain2 di kayu reput berebut2an mereka mencari tempat kerana air laut sudah naik...... disini kawasan nya berhampiran dengan laut.. ada perumahan biarpun bukan rumah di atas air .. atau berumah ditepi air.. tetapi apabila air pasang kawasan bawah rumah akan dipenuhi oleh air laut.. untuk menghubungkan satu rumah ke satu rumah ada jambatan kayu...... dan petang nan dingin aku duduk2 diluar rumah.... teringat bondaku... sedang apakah dia dihariraya yang mulia ini......bonda sudah menjangkau umur 62 tahun pada 7hb.01.06 bersamaan dengan anak buahku siti hajar aswani yang berumur 8 tahun.. sudah darjah 2 dia kali... telah lama aku tidak melihat anak buahku ini, anak sulung si bongsu.. adik lelakiku ... dia sudah dapat anak yang ke empat..... aku masih lunta2 dijalanan..... masih lagi menghimpit kenangan dan mengusir derita di laut hati...... kasihsayang... cintasuci sesungguhnya tak pernah ada..... itulah yang dapat aku rasakan... mereka semuanya berpura2 dalam kasihsayang sesungguhnya.. tiada pernah ada keikhlasan dan ketulusan yang sejati.. mereka cuma ada kepentingan dalam diri masing2 sebab itulah mereka mengatakan perasaan sayang...... perasaan cinta..... banyak kenangan yang melewati aku....saat2 aku termenung dan berbicara sendiri...... kita kalau sudah tiada apa2 bakal tidak akan menjadi apa2 juga dimata orang... tiada harganya hati dan perasaan kita.


    Dalam diam2.....aku ingin merajuk.. aku ingin di pujuk .. aku ingin memuntahkan rasa sepi dan sunyi yang menghimpit relung hati...... tetapi pada siapakah? dihati siapakah yang sudi mendengarkannya? aku telah menyingkirkan semua yang mahu mampir ... untuk apa kalau kita akan menguriskan hati orang dan hati kita sendiri biarlah kita lepas bebaskan mereka biarpun sekadar untuk bersahabat...... kerana dari sahabatlah akan bermula ikatan yang menyentuh relung kalbu dan akan melukakan kita sangat2.......


    semalam dakan tidur ku bermimpi bonda dan pak usuku..... mungkin ada rindu yang dalam.. namun aku diam2 saja dalam hatiku.......banyak call dari cousinku tidak ku angkat.... sms tidak ku jawab...... biarlah untuk apa kalau sekadar untuk menguriskan hati kita.. untuk melonggarkan rasa sakit yang sudah merimbun didalam dada......aku marah .. aku cemburu.. aku geram...... tetapi untuk apa semua itu kalau aku sendiri akan menyakitkan hatiku...biarlah aku lepas bebaskan semuanya.......sekosong2nya laut hati.......


    saat2 begini terkadang aku rindukan seseorang.... yang sepenuhnya diuntukkan untukku... ada suara manja yang ingin bermanja.....ada suara tawa yang ingin menghibur.....tetapi saat ini kosong.....kehilangan.....sendirian....hampa dan kecewa yang menyentap tangkai hati...... bonda!! anakandamu masih jauh dirantau orang...... mencari sesuatu yang hilang dari dalam diriku......lagi pun disamping bonda siapalah anakanda ini..... bukan siapa2 dan apa2...... selepas hariraya korban.....yang tidak meriah.....kita terpaksa mengorbankan lagi perasaan kita..dan aku akan sentiasa berkorban untuk orang yang aku cinta......sehingga ke segenap urat sarafku andai itulah pengorbanan yang dia mahu.. seluruh perasaanku pun akan aku korbankan.....tetapi dia? sukar untuk kita menilai dan meletakkan hati orang......apalagi merasa diri mereka dicintai seutuhnya .. senang2 saja untuk melukakan dan mencalarkan......membuat sesuatu tanpa pertimbangan..... tiada rasa yang sangat dalam untuk mengembirakan orang yang mencintainya seutuhnya.......mementingkan diri sendiri.... ya sememangnya begitulah sikap semua orang apabila tau diri mereka dicintai seutuhnya.. mereka boleh melukakan dan menampal derita yang sangat dalam...mereka bangga membuat orang yang mencinta mereka dalam derita....... sesungguhnya perasaan itu mesti terbongkar demi hidup yang lebih terurus dan lebih tulus.......tetapi perasaan itu telah hilang.........


    ada pepohon nan rendang disudut hati sedang melata ditempatmu namun engkau kobarkan rasa derita yang tidak tertanggung oleh perasaan itu sendiri..... engkau hentamkan perasaan kasih menjadi rasa sakit yang amat sangat kerana engkau tidak pernah mau prihatin.......engkau tidak mahu peduli dan ambil peduli........siapa aku untuk kau peduli? kitaman yang sudah mahu berisut pergi.. ah!! after hariraya korban mesti berkorban  lagi...


                       tadi sesungguhnya malas untuk buka pc.. sebenarnya ingin berbaring baring saja dikatil sambil mengerang sakit supaya nikmat sakit itu dirasai.. tetapi mata setiap kali terpejam wajah itu yang terbayang....lontarkan semua kata2 yang tersimpan didalam.......supaya hilang pengal dan sebal dihati.....


    si rama rama terbang sendirian
    hinggap di jendelaku merenungku sayu
    kemudian terbang lagi..
    singgah di kuntuman yang sedang mekar berwarna
    madunya disedut manisnya tercium
    lewat jendela kacaku...
    si rama rama terbang lagi
    hinggap lagi dari satu bunga ke satu bunga
    kemudian pergi lagi.....
    singgah dijendela kacaku kemudian senyum padaku
    aku tundukkan wajahku seakan tunduk hormat
    bahawa si rama rama bisa bebas berterbangan menghisap madu
    sedang aku terikat kakiku dengan sendu
    yang melontar aku ke daerah derita tak terhitung jemari



    Photobucket

    Saturday, January 07, 2006
    ~selamat Hari Raya Korban~

    selamat hari raya korban...... selamat berkorban...... selamat pulang kampung dan kembali ke kampung.. aku? masih dijalanan..... masih bergelandangan...... masih berguntangan..... masih lagi di halaman orang..... orang semacam aku telah lama berkorban.. telah lama dikorbankan dan telah lama ilang rasa ingin berkorban lagi...... mengorbankan dan terkorban.. namun di hari yang mulia ini aku ingin bercerita sedikit tentang amalan korban ini..... sesungguhnya hidup kita ini tidak panjang kalau diberi umurpun lebih kurang enam puluh tahun lebih kalau di beri bonus pun mahu juga melangkah lapan puluh lebih.. .. arwah abahku meninggal umur tujuhpuluh lebih..... nenekku umur enampuluh lebih.. arwah stepfatherku juga enam puluh lebih... dan aku? kalau dulu doktor jangkakan aku meninggal tak sampai empat puluh.. namun bulan ogos nanti aku sudah masuk empat puluh..... dan kalau ini adalah tahun akhir.. kita terima dengan tabah saja.....dan aku telah lama belajar untuk menerimanya... berbalik kepada berkorban...... biasanya orang bercerita tentang korban daging.....korban lembu.. kalau dikampungku ramai orang suka potong lembu dihariraya adiladha..... setiap tahun bondaku juga berkorban lembu kalau tidak sebahgian seekor lembu ikut kelapangan dan  keadaan yang dia ada namun setiap tahun boleh dikatakan dia berkorban....dan tahun ini aku tidak tahulah mungkin kerana aku tidak ambil tahu.......mungkin juga berkorban.. kerana sister keduaku sudah balik di semenanjung..... berkorban jugalah.. tu...... sebenarnya bagus juga sikap berkorban ni..... kita boleh merancang untuk berkorban kerana sebahgia.. dari tujuh bahgiaan dalam ekor lembu kalau dikira sekarang dalam tiga ratus atau lebih sedikit kalau kita menambung dua ringgit sehari ..setiap kali korban kita boleh berkorban daging.. lagikan rokok sekotak dua kotak sehari boleh kita beli, alat makeup mahal2 ubat diet mahal2 boleh beli inikan cuma sebahgian daging saja......... namun sikap korban ini jarang ada pada diri anak2 muda mereka lebih suka berkorban perasaan...korban kerana nafsu kerana cinta.. bukan kerana Allah...... mereka katakan takut kepada Allah namun ..mereka tidak menjalankan apa yang dikehendaki oleh Allah.... berkorban daging setahun sekali pun mereka berkira tetapi berkorban belanja cewek......tiap2 hari mereka tidak berkira apa taknya kalau nak sms dah habis kredit memalam pun mereka cari takut cewek lari..... kalau tak ada rokok hujan ribut pun mereka redah......namun korban kerana kebaikan jarang orang nampak...... tahun ni aku tak berkorban....... kirim salam saja pada lembu di padang... pada kambing di kandang.... selamatlah mereka tahun ni.. kerana tahun dulu2 aku sudah puas berkorban apa saja.... kata orang cukuplah kalau kita sudah berkorban sebanyak seekor tetapi kalau mampu apa salahnya berekor2....... hehee tu kalau kaya tersangat ler......... apa salahnya daging korban itu dibahagi2 kan kepada orang2 yang jarang makan daging tetapi sekarang ni orang kurang suka makan daging sebab banyak daging yang tidak membawa kebaikan....... tetapi kalau di kampung ku sebulan orang akan berkorban saja....dimana2 ada saja kenduri makan2 daging korban...... di KL pernah juga aku sambut raya korban disana.......macam tak raya saja.....hari raya mereka jalan2 di KLCC tengok wayang....... bukan ke masjid.......ada juga yang ke masjid memang penuh tetapi selepas tu mereka ronda2.... di tempat lain....bukan menziarah jiran tetangga... tetapi ada juga yang berkorban....... macam2 korban ni.........

    selamat hariraya maaf zahir batin........selamat berkorban..



    Photobucket

    ~pagi nan sepi lagi dingin tetiba ada riindu yang menyelit dicelah celah kelopak hati yang sudah terpinggir~

    8.16am dingin pagi mencucuk tulang temulang, ada rindu yang menerjah memasuki kamar hati dengan kejam.. aku ingin lontarkan dia ke tasik2 tak terjangkau oleh ku supaya aku tidak tercuri akan sakitnya paluan rindu yang entah dimana hentian kamarnya... cuaca di luar mendung.. mentari pagi seakan bersembunyi disebalik awan.. awan bergumpalan dilangit.. bertompok2 ...seakan berat mengandungi hujan namun tidak tahu ditempat manakah mau disiraminya supaya bumi yang sudah basah...basah lagi dengan air yang melimpah dari langit.. aku unjurkan rasa seketika.. sesambil mencari ilham menulis aku menjengah diluar melalui jendela kaca...... apa yang sedang engkau lakukan saat ini? bisikan rindu itu dari paluan hati juakah? atau cuma aku yang berbayang rasa supaya hati yang sudah tersakit dan terluka ini membekas lagi dalam paluan duka yang tiada hujungnya......

    .. oh kasih janganlah berduka marilah bersama bertemu mesra.. hehe tu lagu diradio...... oh! kasih mengapa membisu membikin hatiku merasa ragu.. usah kau malu katakan pada ku rasa hatimu....... " siapakah yang akan membuka rahsia hati nya untuk seorang aku si anak gelandangan yang tiada apa2 ini....... cuaca di luar semakin cerah.. dijalanan tak henti2 kenderaan lalu lalang........ ada jaluran hidup yang terbentang luas di luar sana........? masihkah engkau membalas... atau mahu membalas? entahlah sukar untuk kita rangkaikan perasaan yang mulai hilang dari hati kita....... untuk apa sesungguhnya andai semua itu akan melukakan...... biarkan saja ia terlimpas....... dan cubalah engkau melambai aku di jendela kaca ini supaya engkau bisa lepas bebas dari seorang aku........tanah itu mulai tandus dan kering....... mulai merekah dan kontang...... ilang dan ilalang....mulai ilang..... yang ada cuma ke terbukaan dalam hidup yang semakin curang.........



    Photobucket

    Thursday, January 05, 2006
    kelopak bunga melur mulai mekar

    assalamualaikum!! apakhabarkah gerangan teman2 nun jauh disana? tahun 2006 baru saja bermula, terdetik ingatan untuk kembali mengarap kenangan yang pernah dilewati bersama teman2... ada rindu yang melawat disepi hatiku... aku bongkarkan semua kenangan terasa manisnya masih tersisa.. tersenyum sendiri.


    semalam cuaca sejuk gila... hujan sesekali datang bertamu, seperti juga pagi ini cuaca redup.. tidak ada sinar mentari yang menyinari bumi dengan terangnya.. semalam selepas makan malam aku mandi.. sejuknya selepas mandi membuatkan aku mengigil gila.. aku ambil selimut terus berselimut dan baring dikatil tak tahan dengan sejuk di tambah ada sengal2 dalam dada dan sakit terasa tajam2 di penjuru perut dekat tulang rusuk... sakitnya sangat ngilu sekali.. aku tahan sakit dengan mengigit daging pergelangan tangan supaya sakit yang di dalam tidak terasa cuma aku membias sakit aku mengigit pergelangan tangan ku sendiri...... tak tersedar aku terlena sendiri sehingga dikejutkan....... aneh ada mimpi ngeri yang melumbungi .. terasa jiwa menjadi semakin kosong.. dan lombang ada pilu yang melilit.. tanpa sadar ada air bening di pelupuk mata..... ku seka dan ku tanyakan sendiri sedang sedihkah aku? sedang hibakah aku? namun sesungguhnya dalam menahan sakit aku bekukan semua rasa...... pagi ini sakitnya masih lagi tersisa......namun tidak seperti semalam.. ditambah lagi rasa denyutan gigi gerhamku.. terasa ingin aku mencabutnya saja......sedang berfikir2..sesungguhnya yang aku takut adalah berjumpa dengan doktor gigi...... kalau tak tahan barulah keputusan itu datang...... padahal aku rasa gerhamku masih ok lagi biarpun sudah ditampal......cuma denyutan2 nya yang membuat aku tidak tahan.........


      aku ingin nikmati pagi yang cerah....... aku ingin berlari lari di kaki bukit sambil bermain dengan daun2 kering yang berguguran...... aku ingin melepaskan lelah akan hidup yang tiada kesudahan ini...... semalam dalam pasrah aku nyatakan yang aku telah lelah hidup.....aku tidak berfalsafah...... tetapi itulah yang ada dalam hatiku..... sesungguhnya aku kalau boleh ingin terus padam dari ingatan sesiapapung...... aku ingin berlari di laut sepi yang tiada siapa2 pun kecuali ikan2...... karang2an.. ombak....... aku ingin sendirian menongkah laut....... tetapi hakikat hidup kita tidak akan sendiri....... tahun baru .. baru saja bermula namun perasaanku masih tetap sama saja...... tadi semasa bersarapan teringat aku pada seseorang .. sudah makankah dia? seringkali setiap kali mengadap aku makan aku teringat...... aneh perasaan itu.......  terasa makanan itu tidak laju..... tidak berselera....... teringat aku pada sajak seseorang...... "engkau dengan lembut berlari dalam dakapanku...... aku dengan perlahan meninggalkan salam yang kau hulurkan kerana orang seperti aku adalah guling gulingan yang tak bisa dipeluk apa lagi dibelai........ aku cuma kelkatu yang malas berterbangan" .. tahun baru ramai orang berazam..... semuanya azam yang bagus2 apalagi kepada orang yang bernama azam......... banyakkah azam teman2ku?...... aku jarang berhubung dengan teman2 lama sekarang ini........aku bukan membuang mereka.... cuma aku ingin menyisihkan diri untuk apalah orang seperti aku masih lagi menjadi teman seseorang .. aku tidak ada apa2 yang dapat ku berikan........ aku cuma gelandangan yang bakal menyusahkan orang.......


    aku ingin mengopak rindu
    pada dedaun hati yang melilit pada kenangan bersamamu
    manisnya perjalanan itu
    engkau tersenyum manja



    Photobucket

    Sunday, January 01, 2006
    ~dari pintu ke pintu.. dari jendela ke jendela.. terpisah mimpi nan manis~!

    tak sampai sejam lebih lagi kita akan menyambut tahun baru 2006 di tv3 riuh rendah konsert akhir tahun... di luar sana sibuk kereta dijalanraya barangkali semuanya meraikan tahun baru dan melepaskan tahun lama...... dimanakah anda berada diketika ini? dimanakah sahabat2ku sekelian diketika ini? disamping keluarga tercintakah.. disamping orang tercintakah..di gelap malam dikamar sendiriankah? di tepi pantai bersama keriuhan teman2 atau di jalanan merayakan sebentar lagi tahun baru bermula.. dimana mana pun anda berada jagalah diri dan harga diri anda.. apalagi yang hendak dikatakan setiap tahun orang meraikan kedatangan tahun baru dan melepaskan tahun yang pergi.. namun sikap manusia jarang berubah.. berazam pada awal tahun...di Indonesia belum lagi habis tahun baru masih lagi kekejaman manusia belum berakhir...... di bom sana sini.. itukah yang kita inginkan.. yang Islam mahukan? tanyalah diri anda sendiri kalau anda ditempat mereka..... tanyalah pada hati yang ke sudut yang paling halus sekali......anda seorang yang kejamkah?  itu adalah kekejaman yang nampak...apa lagi kalau kekejaman yang dihantar secara halus sekali.... iaitu menyakiti hati orang yang anda cinta.......yang anda kasihi ...... orang yang sangat dekat dengan anda.......  tahun .. hanya berubah tahun tetapi sikap dan hati manusia jarang berubah.... semuanya ingin berubah kearah kebendaan...... tiada yang ingin berubah ke arah yang lebih kamil.......yang lebih mendekatkan diri kita kepadaNya.... termasuk diriku sendiri.... namun jauh disudut hatiku yang sangat dalam..... aku sering bertanya adakah ini tahun yg terakhir untuk aku.....? menikmati hidup2 ku......singkat sungguh perjalanan masa manusia...... biarlah kalau itu sudah takdirnya aku menerimanya dengan tabah........kesakitan yang nampak tidak sama dengan kesakitan yang tidak nampak...... biarlah aku diam2kan didalam......... banyak wish sms dari teman2 yang masuk .. namun aku tidak berupaya untuk menjawabnya kerana semuanya sms forward....... rimas....... ucapan salam untuk tahun baru belum aku terima...... semuanya sms forward dari bahasa matt salleh bahasa penjajah..... tetapi itulah kata orang kalau kita tidak guna bahasa penjajah kita tidak akan maju.......namun aku sangat berbangga dengan bahasa ku sendiri.......dengan duniaku sendiri....
    ini adalah entryku yang terakhir untuk tahun 2005...... dan azamku pada tahun ini.... adalah menjadi diriku yang sebenarnya..... untuk saat ini hati dan perasaanku adalah sama seperti yang pernah aku ucapkan semalam dulu....dari pintu ke pintu dari jendela ke jendela......disinilah aku akhirinya perjalanan yang panjang dan jauh itu.... dekat denganMu.....dekat dengan mu........berbeza bukan...? namun kebahgiaan itu aku selitkan juga .. kerana itu adalah yang ada dalam hatiku saat dan ketika ini.......  aku tidak akan menoleh lagi pada hari semalam yang suram.... tidak lagi aku mengail rasa teman yang tertinggal mimpi dan aku akan berjalan mengikut rentak kaki ku sendiri...... aku ingin berjuang dalam erti kata yang tersendiri......biarlah tersepit pun inilah jalan yang aku pilih dan yang ingin aku bahgiakah hatiku....... saat ini...... diluar sana sibuk dengan bunyi kenderaan...... namun ada sebahgian sana sepi dan tersendiri......dikamar ku juga gelap tanpa lampu bernyala...... cuma ditemani dengan bunyi tv
    aku ingin mengungkap rindu
    dari pintu ke pintu
    engkau mengocak sepiku
    dekat namun terasa jauh
    berbalas rindu namun seperti kelabu
    dimanakah mesti aku pangkahkah amokan badai kasih yang miskin
    itulah diriku dalam diriku yang sebenar ..sendiri...!! ada calling2 dari teman2.. namun biarkan saja..... untuk apa? tanyalah pada diri memasing untuk apa? biarlah ingatan itu diam2 saja.......tak perlu menyusahkan diri dan membuang masa demi orang seperti aku ini....... "sumpitt si anak gelandangan" selamat tahun baru dan selamat menyambut hariraya korban......jangan mengorbankan diri sendiri sudahlah...... tak ada orang nak makan daging manusia.....kecuali di bumi yang sentiasa di bom.......makasih malaysia...... makasih untuk semuanya........dari lorong ke lorong,
    kita langkah dan jejaki
    yang kita tinggalahkan adalah mimpi sakit
    bawakan kejayaan nan cemerlang ... ucapan untuk yang tercinta semoga bahgia disamping yang dicinta........



    Photobucket

    Don't buy Vista Security
    Previous Page Next Page
    HAKCIPTA SumpittSauber©2004-2009