Friday, December 30, 2005
dari pintu kepintu,ku coba tawarkan nama.
demi terhenti tangis anak ku & keluh ibunya.
tapi semua mata memandang ku curiga,
spt ingin telanjangi & kuliti jiwa ku.
apakah buku diri ini,
harus selalu hitam pekat.
apakah dlm sejarah org harus jd pahlawan?
sdg tuhan di atas sana tak pernah menghukum
dgn sinar matanya yg lebih tajam dari matahari.
kemana kah sirnanya nurani embun pagi?
g biasnya ramah kini membakar hati.
apakah bila terlanjur salah akan ttp di anggap salah.
tuhan bimbinglah batin ini
agar tak gelap mata dan sampaikan
rasa ingin ku kembali bersatu.
langit sekarang mendung.. setiap hari hujan pasti turun membasahi bumi.. dua tiga email dari fify membuatkan aku tersentuh hati.. menangislah katanya andai itu dapat mengubat perasaan hati.. dia di Kota Rindu sedang kesepian.. sedang kesakitan rasa.. perasaan itu memang sukar untuk kita ramalkan.. lagi ebiet diatas di utuskan kepadaku.. ehem... untuk seorang sahabat yang dikenal cuma melalui email dan maya yang terbuka lebar..
kita tidak dapat menjangka apa yang akan datang pada hari esok dan hari depan.. kita cuma boleh merangka.. tak lama lagi tahun baru akan menjelma.. azam baru pasti berkotak2 namun yang pasti azam akan cuma tinggal azam.. jarang azam itu akan terlaksana..
di pantai timur banjir melanda.. apakhabar agaknya sahabatku si linda di kelantan.. adakah mengalami musibah banjir juga..? teringat juga aku sewaktu2 kecil kalau banjir.. di bandar kuala terengganu.. dulu2 biasa juga dinaiki air.. ada setengah2 tempat dibandar di jalan pusara air akan melimpas dijalanraya.. mungkin kerana sistem peparitan masa itu tidak bagus.. dan seakan menjadi rezeki kepada kami budak2... menolak kereta orang yang mahu ke bandar.. dapat duit.. kemudian menahan jalan di parit2 tali air.. dapat ikan air tawar terus dijual kepada orang yang hendak membeli.. aku jarang membawa pulang kerana aku tidak makan ikan air tawar.. biasanya orang cina suka membeli ikan parit.. rezeki lagi.. dan kalau hujan lebat dan tak dapat keluar rumah.. dihadapanku rumah ku air akan naik juga.. kerana ada tanah lapang yang rendah dari kawasan kami.. tidak ditimbus dengan tanah... air akan naik juga sampai ke simen rumahku... melihat air turun berguguran dari corong2 atap... dingin hujan dan angin kuat memasuki dinding2 yang terbuka lebar.. terkadang ada air hujan menitis jatuh ke dalam rumah melalui atap yang bocor... waktu itu arwah nenekku masih ada.. dia akan rebus ubikayu.. diletaknya daun pandan dan gula... kemudian dibacuhnya kopi.. dan kami akan duduk2 sambil melihat hujan.. turun berguguran sambil makan.. terasa sangat enaknya makan itu jatuh ke dalam perut.. waktu itu tiada masalah yang ada di kepala.. tiada yang merasa sakit dihati.. semuanya adalah lepas lalu.... masa depan tidak pernah difikirkan... banjir terkadang memberi rezeki kepada setengah2 orang.....dan ada juga memberi kesusahan kepada orang... semuanya datang dari ujianNya untuk mengukur kekuatan kita dalam menghadapi musibah dariNya.. untuk menguji kekuatan diri kita kepadaNya.. ketabahan dan kesetiaan kita..
hujan disini tidak sampai membuatkan banjir namun aku segan untuk keluar dari rumah... hujan membasahkan jalanraya..... melihat hujan dari beranda dapur.. ke tengah padang bola .. ada rindu yang mahu ku usir supaya aku tidak merasa disakiti hatiku..... merelakan semuanya dengan jelas..... ada sms yang tidak ku jawab.. ada misscall yang tidak ku jawab juga.. untuk apa kalau bicara itu mengundang rasa sakit dihati kita? biarlah kita lepas bebaskan semua itu.. yang ada cukuplah.. seringkali ditanyakan kepadaku.. adakah aku bahgia dengan pilihanku.. aku renung dan aku dalami hatiku sendiri.......sesungguhnya aku sedang membahgiakan hatiku.. dan dalam bahgia itu pastilah palit luka akan tetap ada......namun yang pasti aku merasa bahgia dengan apa yang aku ada.. kalau tidak kekal pun aku telah merelakannya.. aku telah memiliki apa yang aku cari selama ini......ketulusan dan keikhlasan...... kesetiaan? itu tidak lagi kita hitungkan untuk apa kita medambakan kesetiaan kalau kesetiaan itu akan mengikat orang dalam kesakitan..... biarlah kita lepaskan semuanya...... tidak perlu kita meminta lebih kerana Dia telah memberi lebih dari sepatutnya yang kita terima.. ucapan terimakasih yang jarang kita berikan kepadaNya.. namun dalam hatiku aku tetap bersyukur....masih ada udara hidup yang aku hirup biarpun tidak sekukuh dulu........

dari pintu ke pintu
aku melewati
mencari putih hati yang teruntuk
untukku
dari jendela ke jendela
aku mengejar bayang bayang
ku lihat daun2 kuning
berguguran di jalan nan licin
engkau melirik melambai tangan
melepaskan semua kenangan
yang singgah di kamar hatiku
lantas membiarkan aku
kembara sendirian lagi..
menjengah dari pintu ke pintu
dari jendela ke jendela
mencari bayang kasih yang terkopak
...... pernahkah kau tanya.. dimana aku dalam hatimu....SESUNGGUHNYA???
hujan lagi.. basah lagi semua aspal
ada renda2 air mengalir sepi
mencari longkang2 tersumbat..
dan aku teringat kenangan bersamamu
berjalan di dalam hujan
dan kita kebasahan......namun hatiku lagi basah
oleh luka tertinggal oleh mu.....

tadi aku tengok di tv....banyak sawah2 ditenggelami air...... kesian sungguh nasib pesawah....... banjir tidak kenal siapa? tetapi yang paling aku suka melihat PM kita yang siap turun padang melihat musibah yang melanda orang ramai.....itulah yang kita mahu.. sama2 berkongsi kesusahan......
Wednesday, December 21, 2005
pernah kah ada seseorang dihati kita
terjaga bila telefon berbunyi dengan kuatnya... semua mimpi terlerai.. semalam mimpi ngeri entah aper2 punya mimpi.. ader hantu di tiang rumah.. dalam bola2 api dan ada tengkorak didalam nya ngeri betul kalau bermimpi begitu.. seawal2 tidur sudah cuci gigi dan basuh kaki.. tetapi mimpi juga jalan2 dengan seseorang berkasut tumit tinggi di parkwell hampagas betul mimpi nih... mungkin kerana selalu teringat... terkadang entah kenapa kita tetiba teringat pada seseorang.... mungkin dia juga sedang teringat akan diri kita yang jauh dirantauan ini......sambil menulis mendengar lagu hazami di telinga.. "kan rebah dipangkuan bumi.. kau yakini kasih restui ilahi.. bagaikan siang tiada mentari bagai malam tiada cahaya purnama.. tanpa mu tiada erti hidup berdua"....... terkadang macam bodoh jer lirik lagu tuh.. siang memang sentiasa ada mentari kecuali hari hujan itu pun mesti ada nampak kilauannya.. malam memang ler sebulan sekali baru ada purnama.... bukan tiap2 malam ada purnama.. tanpa orang yang kita cinta.. memang ler tiada erti hidup berdua namun untuk hidup mesti diteruskan juga tak kira seorang diri ker bertiga.. berderet2.... terkadang memang geram dengan perasaan diri sendiri....
semalam berurusan di Bank.. macam biasa di bank mesti ramai orang.. pening kepala menunggu lagi pula kerani yang ditunggu sedang keluar kata jaga tu jam dua baru dia masuk.. malas nak kemana2 aku cuma berdiri dekat dengan kaunter .. hampir duapuluh minit juga... nak tunggu jam dua.. peh dekat dua jam lagi.. tetapi entah kenapa tetiba kerani tu dah masuk baru jam satu lagi..alhamdulillah tak lamalah aku menunggu menjadi pak pacak di bank..yang penuh sangat dengan orang.. namun di Q depan sudah ada seorang ibu sedang menunggu dia dari kaunter sebelah berpindah ke kaunter sini.. urusannya tidak dapat dilakukan kerana buku dan kad banknya tak ada dengan dia..yang aku nak tulis bukan apa.. cuma semangat nya dia tetap mahu menunggu di kaunter biar urusan itu selesai.. dia berbalas2 cakap dengan kerani depan yang terkadang membuat aku ingin ketawa dalam hati.. kerani tersebut menyuruh dia meminta kad dan buku bank dari suaminya kerana dari data komputer.. buku dan kad tersebut ada dengan suaminya.. tetapi makcik itu tidak mahu kerana katanya dia tidak tahu dimana lelaki jahat tersebut... entah kenapa dia sangat marah dengan lelaki itu.. gaya dan pertuturannya sedikit aku faham maklum lah di Sabah ni macam2 bahasa ada... semangat itu lah yang ada dalam dirinya tetapi kerani itu tidak tahu bagaimana nak menyelesaikannya.. sehinggalah urusan aku slesai dia masih lagi berdiri di kaunter tersebut.. alahaiiiiiiiiiiii
Monday, December 19, 2005
sudah tengahari... tetiba aku terasa rindu.... jauh nun disudut hati rindu dari semalam yang aku simpulkan dalam dadaku menjadi ngilu ditangkai hati.. sangat2 ngilu ... terasa ingin bebaskan diri supaya rindu itu terbang begitu saja..... supaya hatiku tidak merasa sakitnya merindu... aneh rindu pada siapa? rindu pada masa2 manis ... rindu pada kenangan yang pernah lewat..
pernahkah ada seseorang untukku... akan menghulurkan tangannya apabila kita resah... akan menghiburkan kita apabila kita dalam kesedihan... dalam duka ada yang ingin membalut luka dan menceriakan hati.. dalam kebimbangan ada yang menghalau resah yang bertamu.. entahlah sukarnya mencari orang yang bisa menghargai kita seadanya...
(ilanglagi idea............)

Sunday, December 18, 2005
sudah banyak hari aku tidak menulis di blogdrive. kealpaan seorang aku apa tidaknya setiap hari cuma bergelumang dengan games saja. tetiba di pagi nan bening dan hening ini aku terasa ingin menulis.... sebenarnya aku masih lagi menulis apa yang aku rasakan.. cuma bukan disini dirumahku.. aku menulis di esastera... di mana2 saja groups puisi yang aku di invitekan... terkadang menulis adalah satu kemestian didalam hidupku... namun kata seseorang padaku kalau dia menderitakan aku pasti aku akan kerajinan menulis.. mungkin juga ada benarnya.
membaca berita dan mendengar berita banyak berkisar tentang tatacara polis menangani para pesalah.. tidak habis2 dengan hal polis dan ketuk ketampi ..macam2 versi yang aku dapat namun dari kesimpulanku.. sesungguhnya dalam apa jenis hal pun kita tidak boleh menelanjangkan orang.. apa lagi membogelkan dalam istilah tanpa seurat benang pun... menelanjangkan orang dalam maksudku adalah mendedahkan keburukan orang lain.. keburukan itu mesti kita simpan .. dan kebaikan saja kita war2kan supaya ia menjadi teladan yang baik.. namun sistem hidup sekarang dan sistem menjual berita sekarang adalah mencari berita2 buruk yang sensasi.. mungkin ramai pengemar yang suka membaca berita2 yang sebegitu. ada pengaruh barangkali diatas semua berita2... dan yang menyedihkan lagi adalah pula golongan muda dari kalangan kaum melayu yang sudah mengistiharkan diri mereka tidak beragama...... aduh!! malang sungguh nasib anak2 yang sebegitu... sesungguhnya bukan salah ibubapa yagn sentiasa sibuk.. yang sentiasa mengejar dunia.. tetapi mungkin sudah peredaran masa.... bumi telah tua dan telah bosan dengan karenah manusia..... yang sentiasa lupa.
2005 sudah hampir ke penghujung..... apa yang telah aku lakukan dalam setahun ini... selalu aku fikirkan .."Bahgiakah aku?" .. apakah aku masih lagi mengait luka dan derita yang sentiasa berada berdekatan dengan aku? sukar nak aku tafsirkan perasaan aku sendiri. Termenung di jendela kaca dan mendengar suara anjing menyalak orang yang lalu lalang... terasa ingin aku melontarkan kasut.. kerana suara anjing seakan akan mengejek manusia.. suasana hari minggu sunyi dan sepi.... tiada apa2 yang ingin aku lakukan selain bermalas malasan...
aku ingin mendengar suaramu lagi.. berbisik manja di daun telingaku mengatakan perasaan mu terhadapku... (hilang idea nak menulis............)
Monday, December 12, 2005
kita sekadar berkata2 yang kita menyintai seseorang.. namun apakah perasaannya akan sama dengan apa yang kita rasai ataukah cuma kita yang merasakannya? sungguhnya malang nasib orang yang cuma menyintai tetapi tidak dicintai.. tetapi itu adalah hakikat kerana perasaan orang kita tidak boleh memaksa samalah dengan perasaan kita sendiri...... entah kenapa tetiba aku ingin bercakap tentang cinta.. sms dari izza hari tu tanya pada pitt....."pitt sedang bercinta?" hemm siapalah yang bernasib malang untuk dicintai oleh orang semacam pitt.. pitt cuma sendirian.. tanpa siapa2.. orang gelandangan, pencacai dan pengambal tak akan seutuhnya dicintai oleh sesiapa pun.. kerana hak itu akan hilang apabila perasaan itu bertindak pada landasan kewajaran."Ketika engkau mencintai wanita , genggamlah hatinya
karena ia adalah "kunci emas" kasih sayang Ilahi yang
dapat menahan derasnya hujan-badai, panas -teriknya
mentari, dan silau emas -permata.
Ketika engkau membelai rambutnya yang berkilau,
berbahagialah sebab cinta telah menyegarkan dirimu
dengan keharuman surga.
Ketika engkau menggenggam tangannya dengan kasihmu ,
maka rasakanlah kelembutan jemari-jemari Ilahi yang
telah memayungi hatimu dari keresahan dengan senandung
kedamaian.
Ketika engkau mendengar suaranya yang teduh
menenteramkan bathinmu , berbahagialah sebab cinta
sedang memandang dari kedalam jiwa, bersenandung
bersama kicau burung dan kecantikan putik-putik bunga.
Ketika engkau melihatnya tersenyum , maka
berbahagialah karena cinta telah membasuh luka hati
dengan senandung air mata kebahagiaan dan tangis
rindu.
Ketika engkau melihat cinta dengan hasrat kasih Ilahi
, maka berbahagialah karena kidung semesta telah
merestui dan memberkati ladang-ladang Ilahi dari hujan
yang turun dari kesucian langit
Karena apalah artinya cinta -selain kesejatiannya ,
cinta telah bahagia dengan mahkota keabadiannya ,
cinta tidak memerlukan apapun selain darinya , karena
cinta telah cukup untuk cinta -sekalipun harus
merangkak didalam kegelapanHartono Beny Hidayat andai itulah cinta yang hadir dihati seseorang....dia akan sentiasa rehda dengan pemberian Ilahi bahawa dalam dunia ini cinta yang terlebih indah adalah menyintai orang yang menciptakan kita.. cinta kepada insani adalah cinta perasaan yang sentiasa saja teruji oleh perasaan juga.. kerana orang yang mempunyai perasaan akan cepat tertimpa dengan perasaan apalagi .. yang suka bermain dengan perasaan..... dunia tak lebih dari perasaan semata mata..pagi...... 9.20am.. rindu pada sahabat baru ku si fify.. yang selalu memanggilku sifu..yang selalu mengodak ngodak perasaanku akan diriku sebenarnya... dimanakah gerangan gadis kadazan dusun dari Tenom itu.... yg suka bermain dengan anak patung dan pernah aku janjikan untuk membelikan anak patung dan menghadiahkan kepadanya.. janji2 gombal seorang aku.. yang merasakan diri tersisih dari segenap orang.. tetiba merasa sangat dekat dengan orang yang tidak aku kenali... kerana apa..? mungkin kerana perhatiannya... kerana prihatinnya.. orang yang melihat kita jauh ke sudut hati kita.. yang tidak meminta apa2 balasan cuma sekadar sahabat..... teringat cerita2 lucunya untuk membuatkan aku ketawa apabila aku sedang terluka dengan parahnya... dia cuba membalut luka hatiku yang semakin lebar .. ke manakah gerangan gadis kadazan dusun anak bongsu dari lapan orang adik beradik? terasa aku ingin minum kopi Tenom yang dijanjikan untukku...... selalu mengajak aku berjalan2 di Tenom... sesungguhnya aku ingin lari dari perasaan ini.. dari perasaaan merasakan diri sudah tidak mempunyai apa2 lagi.. aku mesti kuatkan hatiku untuk tidak merasa sakit dengan apa yang aku rasakan.. aku ingin kuat biar pun tidak sekuat yang aku rasakan.. aku tidak ingin rebah lagi .. aku ingin berdiri biarpun dalam diam......biar pun cuma memerhati.. biar pun hatiku tercoret2 luka.. kerana orang seperti aku itulah yang sewajarnya.......di Ym aku menyapa seseorang......khu zai......entah siapa....... sahabat maya yang entah dari mana.. tertiba aku teringat nasi kerabu...... restoran nasi kerabu di Kuala Terengganu yang ada sup gear box.. nasi kerabunya ada ayam bakar.. tetapi kuahnya berwarna putih.. aku suka makan nasi kerabu tanpa budu......kerana aku tidak suka makan budu......tetapi suka ulam2 annya.. lada sarak...ayam percik...telur asin dan keropok keping yang digoreng... terasa keinginan yang meluap2........ teringat aku pernah bawa seseorang makan di sana.. dia selalu cakap sedap...... aku memang punya taste yang tinggi tentang makan..kalau tak sedap aku tak suka makan....biar pun harganya murah.. tetapi kalau sedap.. aku akan tetap melangut biarpun harga makannya boleh merobek saku seluarku........ disini.. di Bandar Sandakan ini.. nasi kerabunya ada tetapi tidak sesedap yang pernah aku makan.....ulam2annya kurang.. apa lagi sambal pedasnya juga tak sedap....tetapi mahal juga.. rm3.50 ... kalau di semenanjung barangkali cuma rm 2 sahaja.......tak ada apa2 yang istimewa...tetapi kalau sudah ketagih mahu juga aku makan........jam sudah 9.30am...sebenarnya aku masih lagi dalam kesunggulan.....kehilangan semangat.. untuk menulis lagi.. banyak karya2 ku telah hilang..... itulah kalau berkarya melalui dunia terbuka..... sistem selalu down..... tapi apa boleh buat..itulah jalan yang aku pilih dan aku suka.. ada seseorang pernah juga menyatakan hasratnya untuk mengumpulkan semua karya2 ku.. untuk di bukukan.......tetapi aku lebih suka begini.. terkadang rugi juga apabila kalau semua hasil karya kita hilang di telan teknologi....... tak apalah cabaran....sudah banyak kali.. apa boleh buat........kosong..........!!!!
Saturday, December 10, 2005
hemm...... petang jam 5.01 baru nak menulis di blogdrive.. hehe ada perubahan dekat entries upernya da lama jugak aku tak menulis. Bukan malas dan tak ada idea cuma ruang masa terkadang terisi dengan benda2 lain yang lebih tak berfaedah.. telah binggung bila kehilangan idea untuk menulis... tadi dekat tv aku tengok camelia menyanyi.. entah kenapa ramai2 penyanyi di m'sia aku suka dengan perwatakan camelia.. selain dari lagu2 sheila majid.. tetapi personaliti sheila majid aku tak begitu suka.. she not my type... tapi camelia pada pandangan mataku seakan seorang wanita yang serba cukup.. dengan perwatakannya yang lembut orangnya cantik seksi tak ada cacatnya.. sayang dia janda hehe.. aku lihat diluar jendela kamar... sunyi saja..... sesekali ada kereta melimpas.. teringat sms dari ezzah anak buahku..... budak yang besar namun akal yang kecik sudah tingkatan dua tetapi masih lagi kebudak2an... tak padan dengan tubuhnya..
kita akan membebaskan perasaan kita..... sms dari izza.. katanya chesue datang ke rumahnya hehe.. salam peluk cium dariku untuk mereka.. tetapi balas izza macam nak gigit saja pitt..... setahun sekali saja membalas sms... dalam maksudnya.. ada juga chesue sms aku.. balas sekali kemudian tak balas..... hehee maklum pencacai cam aku jarang ada kredit.. tengok cikgu kecik asyik main games dekat mypendidik..... yark..... !! cam ner pulak nak ensert gambar ....klik saner tak bleh klik saner tak bleh...... ada orang p makan di kuching dengan kuarga... mesti sedap makan banyak2.. banyar skit.....lagi pong hader orang belanjer.....

Saturday, November 26, 2005
~kalau itu sudah takdirnya~
3.47.. aku tergelak besar melihat cerekarama di TV satu kisah pak ngah dan mak teh.. hehe orang tua bercinta yark.. kalau itu sudah takdirnya sesaat pong kita akan tetap bersama.. cerita yang bermesej dan aku suka.. ada lucu aku gelak sorang2 dikatil peh hampagas tull abis aku nak ketawa ngan saper.. cicak di siling pong tak derk..... lelabah lagi tak derk... belum makan tengahari lagi.... malas nak masak.. cuma minum teh o panas.. itu pong terlebih manis.. kata fyfy aku tak pandai buat teh o.. nak dia buatkan hemm kalau dekat mesti aku suruh di buat aper salahnya kita bermanja pada yang mau memanjakan kita.. berYM dengan fyfy .. dia mencari2 diriku yang sebenarnya.. katanya dalam diriku tersenbunyi kesakitan yang aku diamkan apa kata berkongsi dengannya.. aneh bukan orang yang tidak kenal kita sangat ingin mengenali diri kita pada hal orang yang kenal diri kita buat2 tak tau pong dengan kita.. bahkan menghirau pong tidak.. itulah hakikat.. sesungguhnya sebuah perhubungan.
Perhubungan yang setulus mana pong kalau tidak ada kesetiaan dan keikhlasan akan berakhir juga kemanisannya..... kasihsayang cuma coretan tetapi bukan pada hakikat.. pada realitinya.. sekarang aku bersikap pasif dengan semua itu kerana aku telah merasakannya.. bahawa tidak ada kebenaran dalam kata2 gombal.. cuma memaniskan bibir .. mencoretkan luka dihati....
fyfy teman baru dari tenom.. siap promosi kopi tenom lagi.. suka main dengan anak patung , tidor pong dengan anak patung.. gambarnya sederhana.. bertudung.. orang kadazan dusin.. ramai adik beradik.. dia yang bongsu anak bongsu eh!! hemm lupa nak tanya umur.. lagi pong aku bukan jenis yang suka bertanya.. orang tanya aku jawab....... itulah diriku...
aku ingin bergantung rindu
pada tiang tiang yang berderet di lorong itu
sayangnya rindu ku melata
dilantai tak bertangga..
menyingkir perasaan yang menyentuh kalbu
sama seperti membuang onak pada kaki tak bermata
aku ingin berdiri teguh
pada berpaling di daerah rasa
supaya hatiku tidak tercoret duka
namun seringkali jasadku
berkelana pada hati yang bukan milikku........
kosong...... harapan dan jiwa yang kosong namun masih menanti jawapan yang tidak pasti.. jawapan yang pasti menyakitkan hati kita.. nyahlah engkau perasaan supaya aku tidak lagi merasakan derita yang menjenguk...... supaya bibirku bisa tersenyum biarpong tidak semanis dulu....
~keringkan hatimu sayang~
di langit ada senyum
di bumi ada tawa
senyum dan tawa menganyam erti
perasaan yang tergambar
dalam fikiran nan bahgia
di hutan ada tangis
di tasik ada sendu
tangis dan sendu menyulam erti
perasaan yang kecewa
dalam akal nan derita
ku ingin mendakap langit bahgia
namun temaran awan melindungi
bintang yang berserakan
ku ingin mengapai bumi ceria
namun ngauman sakit kemarau
menitiskan luka sengsara
seawal jam 5.00am aku sudah bangkit dari tidor, rupanya dingin hujan pagi telah mengejutkan aku dari tidur yang tidak lena... sejuk hingga ke tulang ..selimut yang nipis tidak menampung rasa sejuk nan menggila.. terasa seperti mau duduk dibawah tilam yark.... kipas sudah tidak berputar namun dinginnya masih mencengkam tubuh. Aku lemparkan saja selimut terus ke bilik air . Urusanku dengan Allah. Semalam baru ku dapat sms.... yup!! siapalah aku untuk diingat dan dikenang , ditanya dan dinana bobokkan...... fahamlah aku semudah itu kita menulis perkataan yang lahir dari perasaan nan sementara sesegara itulah kita akan melepaskan semua perasaan kita.
Hujan. Sekarang disini setiap pagi pasti hujan.. semalam semaca di CN .. Latifah_In entah siapa orangnya mestilah orang yang pernah kenal dengan aku bertanya tentang keadaan Perniagaan di Pasar Kedai Payang di Kuala Terengganu.....manalah aku tahu tentang keadaan disana.. kerana aku sudah hampir setahun tidak balik kampung.. mungkin banjir atau mungkin ramai dengan pelancung2 yang datang berkunjung kerana setiap hujung tahun di Bandar Kuala Terengganu memang ramai pelancung dari luar datang apa lagi sekarang ada perlumbaan bot monsoon..... di pulau Duyung.. pulau Duyung mempunyai satu jambatan yang merentasi laut.. kalau mahu ke airport itulah jalan yang akan dilalui kalau tidak dulu2 akan melalui jalan Batu Enam melalui kawasan Manir.. memakan masa hampir satu jam.. sejak ada jambatang Sultan Mahmud.. perjalanan dari rumahku ke Airport tak sampai sepuluh minit yang melambatkannya cuma adalah trafffic light sahaja.......tetapi itu kalau aku yang bawak kereta.. hehee..
Dan yang pasti kedai bondaku di atas stesen bas tetap seperti biasa saja...... dan bondaku pasti juga seperti biasa rutin hariannya..... mesti pepagi pergi ke madarasah di (aik aku da lupa tempat yang bonda aku selalu hantar dia nih aehhhhhh baru jak setahun aku tak balik da luper arkkkk) pukul 11 barulah dia membuka kedainya..... itu pong kalau tidak diambil oleh sister keduaku ke rumahnya di Kuantan untuk menengok anak2 nya kalau dia kebetulan kena pergi kursus.. sister keduaku ada 4 orang anak dan dia sejak awal ada anak tidak pernah ada orang gaji..... itulah masalahnya.. sekarang semenjak dia bertukar di Kuantan bondaku lah yang menengok anak2 nya sesementara di pergi Kursus kerana abang iparku masih lagi tidak dapat bertukar masih lagi di Labuan....... hemm....... cuti sekolah,, pesta air... hemm teringat pula tahun lepas aku tersangkut di Paka.. didalam banjir dimana aku redah juga dengan kereta hondaku untuk balik ke Kuala Terengganu nasib baik hondaku tidak dihanyutkan air ke sungai Paka...... pengalaman yang berguna dan aku tidak akan berani lagi untuk melimpas kalau banjir biarlah aku tidur saja disana.....cukuplah sekali pengalaman ngeri itu untukku...... yang baiknya kereta hondaku still boleh meneruskan perjalanan biarpun air telah memasuki separuh kereta...... dia buat hal selepas keesokkannya namun sudah sampai dirumah..... ha'ah...... kenangan.. semua pengalaman itu menjadikan pengajaran yang berguna bagi kita yang mahu belajar.. begitu juga dalam persahabatan..... kata cik nurdia di CN semalam...... biarpun si sumpitt jauh.... namun dia tetap sayang sebagai seorang sahabat.. yark...... semua orang boleh mengungkapkan kata sayang..... senang saja untuk menulisnya tetapi menghargai diri seorang sahabat itu.... sukar sebenarnya.. begitu juga dengan kekasih begitu mudah menulis perkataan sayang cinta kasih dan rindu....namun apabila sudah tidak ada ertinya lagi mereka akan tertinggal cuma untuk dikenang sekali sekala atau untuk dilupakan terus..... mudah untuk mengatakan sayang...... sangat mudah untuk melepaskannya.. dan sejak dulu2 aku ingin diam2 saja semua perasaanku...... tetapi aku pernah membaca di blog seorang sahabat.. jangan kita simpan semua perasaan kita sehingga orang yang kita cinta itu meninggal.. untuk apa lagi semua perasaan kita andai orang yang kita cinta itu sudah tidak ada lagi untuk mendengar apa yang kita rasakan...... nah!! semua itu melibatkan perasaan...... apa yang kita buat apabila kita mengingati seseorang? sms? call? atau cuma ingat2 ayam? ... ingat kemudian kita diam2kan..... apa yang orang akan tahu yang kita akan ingat akan dia..... ?
Hujan masih lagi di luar sana.... jam sudah menunjukkan 6.38 , basah seluruh tanah... padang digenang air....namun seperti bumi yang baru dicuci.... pasti bersih dan terasa segarnya dalam fikiran... aku ingin terus berdiri disamping engkau biarpong dalam diam .. biarpong dalam berjarak.. kerana aku sangat merasa dekat denganmu.... biar pun hatimu bukan lagi teruntuk untukku... baru2 ni ada aku bergambar di Porin tempat air panas di Ranau.... tetapi aku belum ada masa untuk scan.. nantilah akan aku uploadkannya disini..... jeles juga dengan cikgu izza yang diblognya begitu banyak gambar2 orang berhariraya...... hehehe..... si pencacai pong ada juga bergambar.... sedang mencacai... itulah wajah2 terbaruku nanti..... tetapi bila erk..... hemm tunggulah kalau ada rezeki nanti....
seminggu dua ni banyak kerja ku terbengkalai...... aku tidak seaktif dulu lagi.. aku jadi pemalas dan pemurung apa lagi terkena sakit telinga.... aku jadi pemarah.. tetapi sekarang telingaku sudah baik hehe cuma sekali sekala mahu juga dikorek... nasib baik tidak menanah didalamnya.....
semalam aku tidak tidur awal juga.. cuma berbaring2 dikatil.... tv yang terbuka pong aku tidak melihat.. sehingga aku tertidur sendiri.... tiadakah rasa rindu untuk seorang aku??? siapalah aku cuma seorang pencacai...... tunggulah sehingga aku telah tiada.....
Thursday, November 24, 2005
tak tau nak tulis aper nih!! sedang garu2 paler yang tak gatal nih..... hemm oh!! yer hari ni parking sambil kacao2 kat cikgunet..... hehe budak form one laks.. kah kah kah kuang kuang kuang itulah hiburanku yang terkini.. tadi tak tau nak buat aper nak makan aper.. aku bantai makan maggie jak..tetapi cam tak sedap perut nanti....da cuci keter.. tetapi ada anjing pulak dok menumpang bawah keter.. peh!!
terjumpa kawan lama di cikgunet.. dia masih lagi mempunyai sifat dendam dan bukan seorang pemaaf.. padahal kalau dihalusi entah dimana silap nya.. mestilah ada juga silap dari diri kita sendiri semua benda2 yang terjadi.. tetapi terkadang mereka tidak menilai dalam diri mereka...
16:35:18 []>[sumpittt] bagi saya dunia chatter saya membuat saya terkilan..dimana umpat keji fitnah memfitnah cozs kini saya perlu berhati-hati......takut terkena lagi...
erk....semua itu adat.. dalam dunia realiti pong begitu jugak.... saya tak kisah.. kerana sudah menjadi adat dunia........
16:41:03 []>[sumpittt] bagi anda ye..bagi saya akan ingat apa terjadi sukar utk dilupakan..kwn baik pun makan kwn apa lagi org yg yg dikenal dgn huruf-huruf yg tersusu indah kata.
7.57mlm.. suasana agak bising malam ni dengan suara salakan anjing dan kereta yang tidak henti lalu lalang, petang ni aku sakit perut.. mungkin sebab tengahari aku makan magie jer.. pastu dok bantai makan buah salak yang cuma singgit jerk satu bahai.. hemm berak cirit birit laks petang ni. jadi malam ni terpaksa aku masak nasi untuk mengurangkan isi perut yang sakit.. nasi yang dimasak lembek pulak okies laa asal buleh makan.. aku goreng tempe, goreng ubi kentang , goreng bilis.. dan rebus jerk sawi.. senang ringkas cerita makan sorang.. saat2 begitu dapat kita rasakan yang kita tidak dipedulikan oleh orang.. yer laa semua orang boleh tulis mereka akan sentiasa dekat dengan kita akan sentiasa ada bila kita perlukan mereka.. tetapi cuma tulisan saja.. sebenarnya jarang orang sebenarnya akan mengambil berat diri orang lain selain dari diri sendiri dan diri yang tersayang mereka..... dan aku siapalah siapa nak sayang si pencacai cam aku ni..... tak derk guner satu kupang pong... hem hemm..
Wednesday, November 23, 2005
Bola di tv jam 3am... hatiku dicuit rindu namun dimanakah rindu itu?
Sajak-sajak orang kepanasan
****************************
karena kami makan akar
dan terigu menumpuk di gudangmu .....
karena kami hidup berhimpitan
dan ruangmu berlebihan .....
maka kita bukan sekutu karena kami terlantar di jalan
dan kamu memiliki semua keteduhan .....
karena kami kebanjiran
dan kamu berpesta di kapal pesiar .....
maka kami tidak menyukaimu
karena kami dibungkam
dan kamu nrocos bicara .....
karena kami diancam
dan kamu memaksakan kekuasaan .....
maka kami bilang TIDAK kepadamu
karena kami kucel
dan kamu gemerlapan .....
karena kami sumpeg
dan kamu mengunci pintu .....
maka kami mencurigaimu
karena kami tidak boleh memilih
dan kamu bebas berencana .....
karena kami cuma bersandal
dan kamu bebas memakai senapan .....
karena kami harus sopan
dan kamu punya penjara .....
maka TIDAK dan TIDAK kepadamu
karena kami arus kali
dan kamu batu tanpa hati
maka air akan mengikis batu
RENDRA
DARI KUMPULAN PUISI "PERJALANAN BU AMINAH"
( YAYASAN OBOR INDONESIA - 1997 )
"Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn majah,
Rasulullaah menyatakan jika cinta disandarkan kepada
harta boleh menyebabkan sombong diri,
jika disebabkan kedudukan ataupun kemuliaan yang sementara,
Allah akan memberikan kehinaan di pertengahan dan jika cantik yang menjadi
sandaran boleh mendatangkan kecelakaan".
NursaraSarqina
derap titisan hujan semalam masih terasa, keinginan untuk bangun lebih
pagi dan menolak lembar selimut sangat mengetarkan rasa namun demi
tugasan yang pasti dibuat terpaksa juga aku korbankan mimpi manis yang
masih mahu digarap.
perlahan lahan menuju ke bilik air, tanpa menoleh lagi pada keenakan
bergelut dengan selimut yang sudah seminggu tidak dibasuh. Membuka pili
seakan membuka pintu penjara yang menakutkan apalagi bila tangan
menyentuh dingin air seperti ais..
jam 4.24am.. catatan sipencacai
tertiba aku terbangun dari tidur... entah mimpi apa yang mengejutkan aku untuk terjaga, tv yang masih terbuka.. ada siaran langsung bola di kaca tv.. aku ke bilik air mencuci muka dan membuka pc.. ada gedukan rindu yang memilin, kemudian aku menyelak langsir kamar.. dimanakah rindu itu melata? tetiba terasa kosong dalam hati. .. aku tidak dibutuhkan orang sepanjang malam aku berfikir dan terus berfikir.. jarang orang bertanya tentang aku sekarang, antara teman2 dan saudara mara, yang disayang atau yang dicinta... aku dipinggirkan oleh semua orang lantaran kerana aku sendiri tidak bagus kali untuk mereka..
tiada pertanyaan gombal yang sering ku harapkan seperti sudah makan? makan aper hari ni? sihat ker hari ni? dapat sms dari siapa? kenapa lama tak jumpa? kenapa mendiamkan diri.. teman2 kadang cuma menyatakan tetapi tidak mempraktikkan.. kalau kita ingat kepada seseorang berusahalah untuk terus mengatakan akan ingatan tersebut jangan sampai di mati baru mahu menunjukkan semua perasaan kita yang sudah tidak ada gunanya lagi..
pagi ini amat sepi sekali...tiada suara salakan anjing, tiada kenderaan dijalanan... langit kelam.. bulan entah dimana bersembunyi disebalik awan bintang tiada bertaburan.. yang ada hanya aku sendirian sambil mendengar bunyi keyboard pc...
terkadang kita menjadi sangat sensitif .. tetapi yang mentafsirkan adalah perasaan kita sendiri.. memang ada keinginan aku untuk bersms.. tetapi keinginan itu aku matikan dalam diam untuk apa mencuri perhatian andai tiada ketulusan..... untuk apa kita terhegeh2 sedang diri tidak dipedulikan.. dimanakah harga diri kita... nah!! kalau sudah begitu aku menjadi naif sendiri.. biarlah perasaan itu ku simpan juga di dalam hati.. biarlah semua perasaan itu ku bawa ke alam sana...
sesekali aku menoleh ke kaca tv..bola.. dulu2 aku sangat suka menengok bola, tetapi sekarang minat itu seakan mulai pudar.. entah kenapa banyak kesukaanku menjadi hambar.. ingin ku peluk.. sayangnya yang ingin ku peluk menarik diri..... ingin ku sentuh.. sayangnya orang yang ingin ku sentuh mengelak diri.. dimatanya membayangkan kemualan.. itulah hakikat.. bila sendiri2 begini kita menjadi bukan diri kita sendiri lagi.....
Don't buy Vista Security