Entry: 12.ogos 2009....magicnya perasaan 10.4.2007 Wednesday, August 12, 2009



2.21 petang...

Tadi sarapanku hanyalah sebungkus nasi kuning yang ku beli dengan orang yang menjual dengan motor itupun sekadar untuk mengalas perut kerana aku sendiri malas masak memang ada hajat hati untuk membuat pankek letak dua biji telur buat nipis2 dan kemudian di makan dengan gula kasar... tetapi keinginan untuk membuat tidak ada... nescafe yang ku buat pagi tadi pun still lagi tidak habis masih lagi separuh memang lately kepala aku sentiasa pening kerana aku mulai minum nescafe supaya aku cepat tidur kerana kepala sakit dan lenaku dengan kafein tanpa perlu menganjak segala kenangan yang bertandu.

Semalam memang aku down gila after aku dapat sms, bayangkan sms yang ku harapkan adalah pada tanggal 6.6 2009 tapi yang ku dapat adalah 12.8.2009 namun reason itu pastilah ada pada setiap orang. Kita akan tetap mengarang alasan atas apa juga tindakan yang kita fikirkan baik untuk diri kita sendiri atau untuk mengelakan diri dari merasa bersalah atau apapun.. sebenarnya yang salah adalah aku, bukan orang lain.

Dari semalam blogdrive rasmi aku sukar untuk aku buka, so petang ini baru aku dapat open, dan aku tengok orang yang datang  siapa yang menjengah tanpa rasa perlu malu dengan diri aku, entah siapa dari KL yang membaca entries aku tentang magicnya perasaan.. yang aku lakarkan dengan penuh kasihsayang sebelum aku balik ke Tanah Semenanjung.. aku benar2 mencintai dan menyayangi engkau sampai sekarang seutuhnya didalam hati ku dan yang pasti aku tidak mampu untuk merobek atau merubah apapun. Itulah hakikat hati yang sangat aku benci kerana aku merasa tidak adil untuk engkau, engkau sepatutnya berhak bahgia dengan perasaan baru tidak lagi harus bergantungan dengan aku.. lantaran sms itu lah yang membuat aku sakit hati.. aku benci akan diri sendiri kenapa harus aku hadir ke dalam kehidupan engkau yang penuh tulus dan mulus itu. Engkau berhak bahagia tanpa aku andai engkau jujur dengan aku sedikit masa dahulu segala nya ini tidak akan berlaku .

Kita selalu saja mengikut kata hati, padahal kita sudah dewasa untuk memikirkan yang mana baik dan buruk.

Aku tidak mampu untuk berkirim apa2 khabar atau apa2 ucapan lagi kepada mu. Hatiku akan tergenang airmata.. jiwa aku akan merasa sakit dan sengsara apalagi terlalu banyak yang telah kita lalui bersama, kesukaran itu kita tamatkan dengan aneka bentuk perasaan, engkau benar2 untuh didalam hatiku sampai tika ini. Terimakasih kerana ucapan itu, jangan susahkan diri lagi untuk tahun2 yang lain seperti mana juga orang lain aku akan menjadi asing dan terus asing.. semua itu telah aku lalui dan telah aku hadapi.

mengenggam rindukah kita?
mengikrarkan hati yang tersimpan didalam?
memagar rasa untuk tidak merasa rawan?
memilin hati untuk tidak merasa kecewa?
atau menyerahkan kasihsayang pada jalanan yang bersimpang2?

Aku tidak tahu bagaimana hendak aku lakarkan pengertian rasa kasihsayang sebenarnya, orang semacam aku tidak layak untuk mendapat apapun aku banyak berteluku dengan segala kata manis.

1.  Aku tidak berhak untuk disayang, apalagi dicintai , dirindui apa bentuk perasaan sekali pun.

2.  Aku tidak sempurna zahir dan batin aku orang yang tiada identiti diri aku orang yang hilang diri aku orang yang hilang segalanya, aku tiada harga atau harapan apapun mengertilah itu .. kerana itu adalah satu hakikat.

3.  Aku memilih jalan ini kerana jalan ini memberi aku bahgia dalam sengsara hanya lorong inilah yang mampu membuatkan aku menghargai diri aku sendiri padahal sebenarnya tiada apa2pun.

4.  jangan merasa sungkam akan diri seorang aku , apalagi berbelas kasihan dengan aku ini.. aku sangat benci dengan perasaan belas kasihan bersikap jujurlah dengan segala perasaan , tidak malu kalau menyayangi aku, tidak ragu dan curiga, walaupun aku orang yang tidak ada harga diri tapi aku ingin hidup dalam harga diri barangkali aku manja dan dimanjai sejak kecil lantaran itu aku menjadi sebegini tidak boleh juga disalahkan pada masa lalu.

5.  hapuskan apa2 keinginan untuk bertandak bertandu kasihsayang dengan aku atau membuat komitmen tentang perjanjian rasa kerana aku bukanlah sejati dalam bentuk manusia yang berhak.

6,  Aku bukan lah lelaki sejati yang mampu memberi kebahgiaan zahir dan batin keperluan setiap insan yang mengatakan perasaan kasihsayang. mengertilah itu  kerana itu adalah satu hakikat. Carilah orang lain yang mampu memenuhi semua itu dan untuk seorang aku ini cukuplah menjadi teman yang baik, yang mendengar dan mampu ada setiap kali aku memerlukan lawan bicara yang bukan hanya datang ketika perlukan aku kemudian pergi lagi bila tidak mendapat apa yang mampu aku berikan, aku pun manusia biasa.. jangan mengomel tentang kehidupan atau tentang apa yang perlu aku lakukan atau buatkan demi diri aku , kerana aku sudah cukup dewasa untuk menjaga diri sendiri .

7. Setiap kali aku dekat dengan seseorang bukan bermakna aku mencinta dia atau ingin hidup berkeluarga dengan dia. Setiap orang amat memberi makna didalam hidup aku tanpa mengira gender , status, usia atau apapun.

8.  Jangan bersikap formal dengan aku , kerana aku lebih selesa dalam kekurang ajaran dari bersantun2 tapi mengalas dendam disebalik hati.

jangan kau ikat rindu pada ranting yang kering.. akan gugurlah dia seperti daun2 kering berserakan di tanah gersang.....
jangan kau simpuh kasih pada rumah tak bernombor akan nanti engkau kehilangan surat
yang bakal kau terima .........
jangan belajar mendiamkan hati sendiri andai engkau tau hanya dia yang ada dalam hatimu....

aku merejam rindu dengan getah pengikat sayur
menerjah ke celah2 pintu hatimu
supaya engkau akan merasa sakit
untuk melepaskan orang seperti aku ini....
adakah terlalu mudah?
atau sukarkan untuk engkau mengucapkan salam
tapi bertanda kekal disukma?
..

ada sibakan rindu meronta tangkai hati lagi...
mengintai aku dicelahcelah daun jendela
untuk mencari bayang2 mu yang tersenyum manja
namun yang ku cium adalah bekas tidurmu
adalah wangian yang tak dapat aku enyahkan
dari deria hidupku........untuk aku tidak peduli apakah mungkin?
apakah kita akan ditakdirkan untuk bersama?
soalan itu hanya yang diatas saja tau jawapannya...
dan yang pasti kita meneruskan kehidupan yang di usung ke dalam rumah2 hati kita..



di hari lahir aku ini aku ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada orang2 yang hadir dalam hidup aku dalam waktu2 aku merasa sangat sengsara dan menderita sekali...

1.    cik hayatanhalis
2.    cik vanilla
3.    cik sweets
4.    Mizz cakoi
5.    tok janggut (anak buah aku entah dari buah mana dia datang aku pun tak tahu)
6.    brader mat mapia alia brader katak
7.    master howie yang membuat aku larut dalam dunia uno tanpa sempadan
8     saudara esternwind yang membawa aku ke dunia wargen
9.    cik syara yang selalu menjadi usikan katak
10    bro akar akustika TQ untuk sahabat yg diam
11.   sue hana
12.   chomot
13     cik far alias si bibir merah
14     cik arieena
15     adikk
16     dr jay
17     sahabat sifoo wargen aku
18      al ihsaani musuh dalam selimutku
19      zen
20      master viper
21      amy dj lincahku
22     hikss terlupa cik kirei alias dj lina... hikssssssssss (bukan rayuan gombal)

dan lain2 yang datang dan pergi........ terimakasih atas segala kesanggupan menahan apa yang pernah aku berikan dalam segala kekasaran seorang aku .

apa yang mampu aku ucapkan di hari lahir aku ini adalah terimakasih kepada NYA kerana masih lagi memberi aku laluan untuk menghirup udara kehidupan dan masih lagi dia menguji aku dengan aneka bentuk dan benda untuk mmberikan aku kekuatan padahal aku sudah roboh kerana aku bukanlah insan yang kuat dalam menghadapi cobaan hidup sebab itu aku sekarang adalah nothing!!!!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments