Entry: sore ini....... Wednesday, August 12, 2009



6.15 petang..

Maafkan aku andai aku ini sangat mengecewakan engkau. Aku bukanlah teman yang baik yang boleh diajak berunding atau apapun. Aku memilih tidak masuk IRC bukan kerana aku ini siapa2 atau org di IRC itu siapa2. Barangkali keadaan ini membuat orang tidak puas hati. Kita tidak mampu untuk memuaskan hati orang. Terkadang aku ingin bersendirian dalam dunia aku untuk beberapa ketika.  Bukan kerana benci kepada siapa2 atau memilih sesiapapun menjadi temanku. Barangkali memang aku memilih kerana aku berhak memilih orang yang tidak memberi tekanan kepada diri aku Bila mendengar ucapan yang sebegitu hati aku tersentuh. Tetapi aku tidak boleh menyalahkan sesiapa yang salah aku sendiri. Tak mengapalah biar saja alasan itu tersimpan didalam hati aku sendiri. Hanya aku saja yang tahu apa yang ada didalam hati aku. Sepatutnya aku berterimakasih kerana dalam waktu sepi dan sunyiku , waktu aku sengsara dan melata memang aku melangut di IRC mencari teman bicara dan orang yang dapat aku ajak berborak atau marah2. Ajak bergaduh dengan nick2 yang gersang atau yang kurang ajar. Uno membuatkan aku hilang diri dalam apa rasa .. uno memberikan aku ramai kawan dan lawan, bila aku mula dengan wargen dunia aku penuh itulah dunia seorang aku yang homeless.

Apapun terimakasih sahabat, teman atau saudara. Hanya aku yang tahu apa yang ada didalam hatiku dan ada setengah2 nya aku tidak mampu untuk berkongsi dengan semua orang. Bukan kerana orang itu siapa2 dengan ku tetapi hakikat hati aku sendiri.

the other side story

tadi aku termenung di beranda sambil melihat gerak gaya anak buah ku si angah, dia tak perasan aku ada diatas, aku tengok dia baiki2 rambut dia, kemas2kan diri kemudian tengok2 depan rumahku kerana disitu ada budak2 lelaki kawan si zuan sedang borak2.. aku senyum dari atas, belum pun cukup umur sudah ada naluri ingin di lihat kemas oleh lawan gender. budak2 sekarang terlalu cepat dewasa. Waktu aku dulu rasa aku aku tingkatan lima baru ada peraaan yang lain itu pun selepas semua teman2 bercouple2, yang tinggal hanya aku sendiri eseng sana eseng sini.. yang membuat orang terluka. Jatuh cinta? entah lah kerana aku fikir dulu aku jatuh cinta dengan cousin aku sejak kecil tapi aku tidak pernah ada keinginan untuk berkeluarga. aku benci dengan komitmen.  walau selaut kasihsayang aku serahkan dia kepada yang berhak dan aku fikir mampu memberikan dia bahgia zahir dan batin.

dan aku orang yang rasional jugak walaupun memberi tapi seperti tidak ikhlas kerana aku telah menutup seluruh pintu hati aku kepada orang lain. Berbelas belas tahun aku hanya iseng2 dengan siapa saja, aku tidak pernah jujur perasaan aku dengan siapapun kecuali engkau. tapi kejujuran itu telah engkau pijak dan engkau hancurkan sekecil2 nya seperti debu tanpa mampu ku kumpul kembali untuk menguatkan dan membangun dari kehancuran. Yang paling menyakitkan adalah orang malu dengan diri kita. tak mengapalah.

aku tidak lagi melihat pada masa lalu orang. bagi aku apa pun orang itu seandainya aku telah sayang, akan aku sayang dia sampai ke hujung nyawaku. sayang? kadang 2 org menagih sayang dengan kita dengan segala ungkapan dan perhatian tapi kita tidak acuhkan, kita tidak ingin dan kita tolak dengan baik atau kasar. tapi bila sayang itu betul2 jatuh pada dasar yang paling dalam kita tidak akan malu untuk mengungkapinya walaupun akhirnya kita yang akan kecundang.

aku menerima apa adanya sejak dulu juga memberi apa adanya. tapi kadang2 aku sendiri tidak tahu apa adanya dengan diriku kerana aku banyak tidak ada apanya. mak aii pening kepala dengan ayat aku sendiri.

forget it.  aku keluar dari kamar jengah bonda sedang solat asar. aku tunggu bonda selesai solat. aku tengok tubuh bonda semakin membongkok. apakah aku membahgiakan dia lately? jangan ditanya yang dulu2 kerana aku bukanlah anak yang membahgiakan orang tua, aku pernah dihalau oleh orang, pernah di enyahkan oleh orang kerana keadaan aku, tapi waktu2 yg tersisa ini aku sangat ingin membahgiakan bondaku dengan apa yang aku ada.

borak2 kosong tanya tentang perniagaan dia hari ini. gombal2 dia bercerita tidak begitu maju, tapi cukuplah aku tengok bonda yang serba sederhana sejak dulu suka berhemat dan sangat pandai menguruskan ekonomi. tidak seperti aku yang suka berhamburan sana sini dari duit penuh saku sehingga tinggal paku2 saja. tapi aku bahgiakah? barangkali aku pernah bahgia tapi bahgia itu sementara tidak kekal. mana ada bahgia yang kekal? tapi sekurang2 nya kita menetapkan perasaan bahgia itu ada.

tanya bonda nak roti? bonda suruh ambil duit dia dalam beg nya tapi aku jenis orang yang tidak pandai mengambil duit dalam beg orang sejak dulu, tak apa aku guna duit aku sendiri. itupun ku kira hanya tinggal siling2... hikss...... tapi aku bahgia kerana aku masih mampu untuk berkhidmat kepada bonda .. walaupun sekadar itu kemampuan ku. Aku bukanlah orang yang rajin borak2 tapi sometimes aku rajin juga borak2 untuk diajak bergaduh. hiksssssss.. dari petang semalam bonda hendak membuat sambal tempoyak dengan pucuk ubi dan petai. aku tengok tak buat2 jugak dia. aku nak bantu aku sendiri tak tahu. lagi pun bukanlah dia makan sangat cuma dibuat untuk diagih2kan kepada teman2 dia ditempat dia berniaga. aku kadang2 selalu menegur dia, kalau orang lain nak makan jangan lah susah2 nak masak biarlah dia orang masak sendiri. bunyi sedikit selfish tapi aku tidak mahu bonda susah2 untuk orang lain. tapi itulah bonda aku. bukan nak dengar pun cakap aku. so baik aku diam je. tak pasal2 jadi pergaduhan dan aku tidak akan keluar dari kamar. be better dia buat apa yang hendak dia buat asalkan dia bahgia. dan aku pun ingin dia bahgia dengan apa cara sekalipun.


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments