Entry: Hati Berbunga Daisy.......... Sunday, August 16, 2009



9.41 pagi

Dah wangi dengan bau bedak dan minyak rambut. Dan berkemeja, singlet dan slack. Hikss... thats me.  Semalam tidur hampir jam 4.00am barangkali, mimpi yang jarang2 mengusik lena tidur tertiba rasa seperti ingin tergelak. Kenapa sampai mampu memasuki mimpiku yang memang tidak manis itu dan menjadikan ianya manis dan berbunga.

Barangkali sudah tidak ada tekanan yang aku hadapi kebelakangan ini. Aku boleh tidur dengan mimpi aneka benda tidak lagi mimpi yang menyentuh rekuh kalbu dengan segala sengsara dan derita perasaan.

      

Taman hati
berbunga aneka warna
menyuburkan harapan
membenamkan keresahan
kedukaan dan kesengsraaan rasa
taman hati
kitalah yang mewarnai hati kita
dengan aneka warna rasa

tertiba aku tergelak dengan jawapan sms , "barangkali tidur mu berbunga dasiy" barangkali lah. Apabila kita kuat melepaskan sedikit kesakitan untuk tidak peduli dan kita dikelilingi oleh orang2 yang menyayangi kita dan kita membuka hati dengan lebar bahawa masih sececah cahaya walau apapun bentuk cahaya itu membuatkan kita merasa bahgian dan aman.

Lately banyak benda yang aku buatkan sangat berlawanan dengan apa yang aku pegang selama ini. Banyak benda yang menjuruskan aku kepada membenarkan apa yang benar membuka ruang untuk tidak membina harapan yang samar dengan memberi ketelusan sedikit dalam mengenali aku.

Tapi aku bahgia itulah yang aku rasakan. Dengan orang2 yang ada dalam kitaran aku. Bahkan aku tak peduli siapapun mereka. Asalkan mereka mampu memberikan aku ruang untuk menjadi diri aku dan bukan orang lain. Kerana inilah aku yang sangat berkurangan dalam apa pun.

Cuaca cerah terang benderang. Perut lapar tapi tak tahu apa yang mahu dimakan. Jiwa? Rasanya aku boleh melemparkan senyum setiap kali aku bangkit dari tidur walaupun dalam keadaan kesakitan jasad bukan dalam kesakitan perasaan lagi. Barangkali aku telah lelah untuk menangkap segala rindu yang telah terlerai dari tangkainya, barangkali juga aku telah melepaskan segala tanda kenangan yang menipu dan memalsukan ikatan. Sebenarnya dunia tak akan berhenti berputar.

Berapa hari lagi aku dapat free call dari celcom eh? hiksssssssss... 12..16 means sudah 4 hari ada lagi 3 hari......hehehehe akan 3 harilah ada orang terganggu dengan aku tanpa mengira waktu. Tahanlah untuk beberapa hari lagi dan kalau panjang umur tahun depan barangkali aku masih berpeluang mengacau lagi kita doakan saja moga2 apa yang kita ada hari ini tidak akan kita lepaskan sebegitu mudah seperti mana apa yang telah aku lalui dulu. Bukan mudah sebenarnya untuk membina satu perhubungan tanpa apa2 nama tapi sangat mudah untuk kita melepaskan dan membuang ..dengan hanya sepatah kata kita boleh membunuh apalagi dengan banyak kata2.

Apabila kehilangan barulah kita tangiskan, tapi semasa ada kita tidak mengacuhkan apalagi kalau kita di ambang bahgia, kita merasa kita tidak perlukan siapa lagi hanya orang yang kita cintai dan kita sayang, sanggup kita buang siapa saja yang dekat dengan kita apalagi orang yang semacam aku ini yang tidak ada harganya. Sebenarnya perasaaan kasih sayang cinta rindu kalau hanya bertandu pada satu perasaan saja segalanya akan cepat hilang dan pudar. Apabila telah melewati tahap2 tertentu akan menjadi hambar dan tawar dan mengundang aneka bentuk masalah. kerana sifat manusia yang berpura2. Namun aku doakan kekallah dengan perasaan itu sampai ke hujungnya.

Im feel happy seperti bunga daisy yang sedang berkembang di taman dengan aneka warna. Aneka warna yang mewarnai hati aku ini. tapi yang aku yakin sangat2 adalah warna2 itu lebih tulus dan telus. Lebih berani dan menangkai dihati. Tanpa ragu dan malu. Apapun itulah aku .......sumpittsauber.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments