Entry: sesuatu yg menyentuh sudut hatiku sangat dalam sekali ... Saturday, August 22, 2009



abang z....Aug 21, 09 Delete
oh...sayang ku ketika ini perasaan ku terharu...dan menitiskan airmata pabila melankaui web ini dengan diringi lagu yang penuh syahdu...sahingga menyentuh hatisanubari ku..., perasaan ku bergelora...tidak keruan...melayang entah kemana...., terima kasih kapada yang menganjurkan web ini...mungkin perasaan hati ka hati kita boleh di satukan dengan perasaan cinta yang memdalam...luahan hati dilaman web ini..kunci kubuka satu persatu sahingga terjalin sentuhan yang halus....ooo sayang ku..., oh sayang ku dimana kah kau berada ketika ini ku memerlukan belaian mu...ketika ku keseorangan...sepi di kamar..., perasaan sayang dan rindu tak dapat ku belai...hanya dapat ku melayani perasaan yang indah ku....aku keseorangan ketiika ini tiada yang sanggup mengetuk pintu hatiku yang sepi ini...,untuk sama berbicara cinta kasih sayang....itu lah yang ku cari selama ini...,cinta dan kasih sayang adalah perjalanan hidup ku..., terkubur lah diri sekiranya tiada cahaya cinta dan kasih sayang sejati dari seorang insan hawa..yang diciptakan oleh illahi...untuk menerima cinta dari kaum adam..ya.... tolong lah aku aku dalam kegelapan mencari cahaya cinta...tolong............!


Aku baca setiap words yang dituliskannya.. dibawah tajuk "i need u and u need me but ur never call me a friend~ Mar 05, 06" . Suara orang sedang bertahrim di masjid berdekatan menandakan dekat waktu asar.

Abang Z siapakah dia? abang zainalkah? atau z yang lain? terserahlah kepada yang punya komen. Bagaimana hendak kita mencari cahaya cinta? cinta itu adalah bersifat keduniaan semata2. jangan berpegang kepada cinta kerana cinta akan memusnahkan diri sendiri. dan aku pernah merasakannya. Bila cinta itu hanyalah kebenaran sifat belas kasihan saja. Bertapa mudahnya manusia membuat penyataan yang penuh harap kemudian melepaskan dengan begitu mudah.

Aku tidak mampu memberi cinta yang sejati kepada siapapun kerana hatiku sendiri sangat rapuh. Serapuh kelopak mawar. Aku sendiri perlukan seseorang untuk memberi kehidupan dalam jiwa yang sudah parah dan terluka. Tap kadang2 kita sangat memilih rumah hati yang hendak kita diami. Walau aneka rumah hati pernah di berikan kepada kita, di hidangkan dihadirkan namun kita tetap memilih satu rumah hati yang boleh membuatkan kita merasa tenteram dan aman didalam nya. bukan pertelagahan pendapat, bukan pertengkaran pada perkara remeh temeh, bukan juga perhatian kepada perkara yang sekecil2nya.. bukan juga percakapan yang melampau.

Aku mencari rumah yang mampu memberikan aku ketenangan, keamanan yang memanjakan aku disaat aku perlukan kemanjaan bukan membalas sakit hati dengan sakit hati, barangkali kerana hasrat itu telah terlalu lama dan waktu ku terlalu singkat barangkali Yang Di Atas merasa kasihan kepada seorang aku lalu dihadirkan seseorang yang memberikan aku ketenangan dan keamanan perasaan.

Yang membuatkan aku memandang penuh luluh hati, penuh rasa kasihsayang penuh rasa kerinduan dan harapan bukan dengan perasaan nafsu yang mengebu2 tapi tatapan kasihsayang yang tidak ada nilaiannya. Biarlah hanya tatapan dan gurau biasa2 saja tapi rumah hati aku mampu memberikan aku keamanan dan ketenangan.

Sebenarnya pada setiap waktu aku melawan semua perasaanku untuk menguatkan pada hakikat cinta itu telah mati. Mati untuk selamanya bila orang yang aku cintai hanyalah berpura dan malu dengan diriku. Satu2 yang telah meruntuhkan harapan dan membuatkan aku benci pada kebenaran dan kepalsuan hasrat. kenapa tidak boleh bersikap jujur kepadaku, kita sudah kenal sedemikian dalam sudah hafal setiap gerak badan sudah tau isi dan hasrat hati sudah kenal jasad yang tak berkurang kenapa masih mahu menipu aku dengan temali kata manis? aku telah ikhlaskan hatiku untuk melepaskan segala tanda.. tapi engkau tetap tandakan hatiku dengan aneka kelukaan dan kesakitan tidak puas engkau barangkali untuk membalas sakit hatimu atas kesilapan ku yang satu itu.

jangan terlalu hayal dengan kata2 manis dan jangan terleka dengan perasaan kasihsayang insan nanti suatu masa apabila kita ditinggalkan segalanya sudah tiada ertinya lagi. Bila kebencian mula meraja dalam setiap sudut hati , kita tidak akan menoleh lagi pada kasihsayang yang pernah kita dirikan bertahun2. Itu adalah hakikat. Lantaran itu aku sentiasa membenarkan apa yang ada dalam hatiku. Melepaskan dengan penuh rela juga menerima dengan penuh kepasrahan.

Andai cinta itu dihadirkan lagi didalam hatiku, aku tidak akan lari dari mencintai dan aku tidak akan pernah benci dengan cinta tapi andai cinta itu telah terkubur dan mati aku harap perasaan kasihsayang ini tetap ikhlas sampai ke hujung nyawaku. Apalagi kehadiran yang manis di bulan ramadhan ini akan mengisi waktu2 dengan aneka benda dalam bersama sama walaupun berjarak. Bukankah jarak itu tidak akan pernah memisahkan kasihsayang andai kita tahu bagaimana hendak  mengembangkannya dan menyuburkannya.



salam ramadhan untuk semua yang mengenali aku dalam diam, dalam sembunyi dalam terang atau dalam kenangan mahu pun dalam kebencian atau dalam dendam . memohon maaf atau kemaafan adalah sifat yang mulia walaupun kita layak atau tidak layak dimaafkan atau kita diusir suruh pergi mati .. atau apapun kerana malu dengan diri kita ini... aku tetap memohon pada yang DiAtas semoga semua orang yang aku sayang dan aku kasihi mendapat rahmatnya dibulan yang mulia ini semoga mereka dilimpahkan segala kesenangan dunia memudahkan segala urusan hidup juga berbahgia sepanjang masa...

terimalah aku dalam segala kekurangan ini.. dan aku belajar untuk menyayangi mu dengan penuh keikhlas tanpa ragu dan jujur walau siapapun aku.



ramadhan kali ini
aku bermohon kepadaNya
semoga jalan ini lebih telus
lebih mulus
semoga aku yang sentiasa terluka dan dilukakan ini
mendapat sedikit rahsia kebahgiaan
yang engkau sembunyikan
atau yang engkau zahirkan

ramadhan kali ini
aku bermohon dan mengharap kepadaMu
semoga apa yang engkau hadirkan hari ini
jangan kau ambilkan dia
disaat saat aku benar benar menyayangi
mengasihi merindu
atau mungkin mencintai
secara diam atau terang
jangan hadiah kan benci dalam ungkapan
kasih sayang rindu dan harapan

ramadhan kali ini
aku berharap semoga aku diberikan kekuatan
untuk terus berada
dalam batas dan kemampuan seorang aku
yang sering saja kehilangan diri
dalam kekalutan rasa.

sumpittsauber™09 bangsalkamben

p/s selamat berpuasa dengan insan yang disayang, dicintai, dikasihi dan dirindui walaupun bukan aku lagi yang menghiasi tabir kasihsayang engkau yang pernah engkau zahirkan kepadaku dengan tatapan mata penuh benci dan dendam kerana aku seorang penjaja cerita luka!!!!

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments