Entry: I'm sumpittsauber forever Gone!! Thursday, August 27, 2009



12.41 tengahari..

kekadang aku ingin memeluk rindu
membasah kenangan dengan kasihsayang
membuai rasa dengan penuh cinta
tapi tanpa tajuk
aku terengkuh perih
antara batas maya dan realiti
berlari seiring
memaku segala harap dan harapan
pada bayang bayang biasan
engkau marah akan kasihku
engkau cemburu akan sayangku
engkau resah akan cintaku
namun akan kemanakah semua rasa rasa ini
andai engkau tak berhenti
untuk membakul curiga dan ragu
biarlah dia membeku
pada palung jiwamu
memang salah aku memberi rasa
tanpa tajuk yang pasti
engkau seakan memakan hati
dalam benah kasih tak bertepi
sukarnya membongkar kasih tanpa nama
sedang aku maish lagi berada
didalam kitaran kenangan semalam
kerana jalan ini amat sukar ku lalui
tanpa tajuk pasti
tanpa nama bertanda
aku pasti kembali
walaupun tidak lagi didalam pangkuan engkau....



Lewat bulan2 yang lalu aku melalui dengan sukar sekali. Membuang diri dengan bermain wargen, uno, sushi atau apa saja. Bercerita lewat jendela kaca yang terbuka atau dengan panggilan2 sesat yang memasuki hp ku. Kadang aku menjadi kasar dan nanar kerana takut untuk membuka diri dan hakikat hati kerana gentar untuk menyakiti lagi.

Setiap malam membuang tangis dibawah teduh malam.. di temani sepi dan dingin hati berselimut resah dan berbantalkan harapan punah.. siapakah yang salah? sebenarnya tanda salah itu telah aku letakkan awal2 pada wajah aku. Wajah buruk seorang aku .. sumpittsauber..!!!

kadang2 dalam sepi aku mengharap Tuhan mengirimkan aku seseorang yang menerima aku apa adanya.. tidak memandang aku pada segala kekurangan dan kelemahan aku.. memberi kasihsayang itu tulus dan ikhlas tanpa diwalangi rasa curiga, ragu dan malu.

sehingga diejek.. aku masih lagi berkeinginan? seperti aku berbohong dengan janji sendiri? barangkali kerana hidup ini perlu ada arah yang harus kita pegang dan kita tandakan dengan aneka bentuk dan rupa perasaan itu.

apakah adil bagi diri kita hanya mendengar atau melihat orang berbahgia dan kita pun kita berbahgia dengan kesendirian dan kelukaan hati? terlukakah hati? menderitakah rasa? apakah semua itu ikhlas? .. selalu aku tanyakan ulang2 dalam diriku benarkah aku telah ikhlas? benarkah aku telah jujur.. atau aku termakan dengan segala bentuk ikhlas dan jujurku? apabila aku dilontar dengan semalu tanpa paluan rindu tapi diam yang membenihkan benci dan amarah .





wajah2 yang tidak mampu untuk tersenyum dah tawa.. tapi lately  terasa perubahan yang banyak.. entah dimana kekuatan itu datang.. ketenangan itu berumah dan bertanda dihati... aku mampu senyum dan tawa... dengan penuh tulus... tanpa dibayangi kesakitan semalam..  adilkah rasa ini?



dimana harus aku carikan keadilan untuk hati sendiri...? tapi inilah aku, wajah ku akan kemana andai aku tidak tandakan dengan diri sendiri.

kan ku pimpin tanganmu
tak ku biarkan engkau tertewas lagi
kerana di antara kita
ada rasa sahabat sejati
ku tahu hatimu
ku tahu calar dan luka dan sengsara itu
aku sering juga menambah luka
tapi bukan itu yang ku inginkan
cuma engkau tertewas dalam badai perasaan
akan ku pimpin tanganmu
dan ku bawa engkau
pada satu taman kasihsayang
yang tidak ku janjikan sampai dimana
tapi sampai ku menutup mata
kota sahabat yang aku dirikan
tanpa onar dan amukan badai
tapi penuh ketulusan, kemanjaan
kerelaan ..kepasrahan!!

sebenarnya di blog rasmi ku ini aku jarang bertandakah wajah ku sendiri.. tapi kali ini lihatlah kedalam wajahku apa yang ada disana sebenarnya... kemudian fikirlah siapakah aku ini yang sejujurnya layakkah atau tidak layak aku tidak berani lagi untuk memberi tanya... atas jawapan yang sangat padat sentiasa ku dapat dan mengulang....

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments