Entry: bila harus saya menulis sesuatu yg tidak mampu saya lakarkan dengan kata2......... Friday, October 09, 2009



11.32 pagi...

sudah lama aku mendiamkan diri di daerah ini. Daerah yang membawa aku pada aneka perasaan dan pengalaman dalam memberi dan sangat kurang menerima.  Pernahkah aku merasa sayang disini? entahlah.. walaupun setiap hari aku tidak lagi rajin menjenguk... tapi pada awalnya aku sangat suka menulis disini bersama suara latar musik yang aku letakkan.. sayu dan pilu. Tapi kalau membuka dengan monzila pasti tak akan dengar suara itu kecuali dibuka dengan IE... masalah IE terlalu lama untuk loading.

aku banyak tandakan aneka benda disini, barangkali sebahgian dari apa yang aku tandakan menjadi sumpah seranah orang, atau kebencian orang.. entahlah. Tapi apa yang aku lakarkan adalah semuanya dari perasaan aku. Waktu dan ketika aku menulis.

Hari raya telah pergi... banyak meninggalkan aneka kenangan lagi. Memang kehidupan kita ini seperti gambar yang bergerak lukisan yang tidak mampu kita padamkan. Ada saja yang terlukis dan terlakar apalagi gambaran itu sangat memberi kesan kepada hati kita.

Memang bulan2 yang lalu saya merasa sangat bahgia sekali.. raya, puasa .. semua yang dilakukan dengan hati penuh dengan bunga2 tanpa rasa sakit atau ngilu seperti biasa. Memang ada resam dan ragam yang membuat hati panas tapi itu adalah adat sebagai manusia kita tidak akan terus berada dalam skima suasana yang sama.

Tapi dua tiga hari kebelakangan ini.. saya merasakan didatangi perasaan murung itu kembali. Jiwa saya kembali tersarung dengan perasaan pedih, sangat berduka dan sengsara padahal saya tidak tandakan apa2 pun pada perasaan ini.



merasa sejuk dingin laut
setiap jejak yang ditinggalkan
setiap kali air laut membawa pergi
pada setiap kenangan
pantai tetap mengukir
kenangan baru

saya ingin berbaring dan membasahkan diri dengan air laut, merasa masinnya air laut dan tangan mengenggam pasir pantai yang halus atau membaling kerangan ke laut.. menatap mentari yang ingin pergi dibawah rembang senja yang temaran. Terasa ingin mendakap seseorang dengan penuh kasihsayang, ketulusan dan keikhlasan akan halusnya perasaan cinta itu bersarang dalam naluri seorang aku..tapi semua itu pergi bila harus menjejakkan pada realiti tersimbah oleh ombak yang menyedarkan diri supaya tidak terus hanyut dan akan terus melukakan pada wajah luka yang berulang.



saya ingin duduk2 di batu yang pegun itu, menghulur kaki sambil bermain dengan ombak2 yang menghempas pada batuan.. menatap wajah langit yang jingga dan hati ingin menjerit bertapa cinta itu tetap tidak mahu pergi dan pulang kepangkal jalan.

banyak jalan yang telah saya tandakan tetapi tidak sama wajah setiap kali saya membacanya. ada yang membenarkan ketulusan, tapi banyak benar yang bersimpang siur sehingga membuatkan saya menjadi ragu dan curiga untuk meneruskan perjalanan walaupun berkemungkinan akhirnya akan tetap juga sama.



di dunia yang kita rasakan bebas inilah
kita sebenarnya terhimpit oleh aneka prasangka
tapi tidak boleh lari pada rasa tanggungjawab
lantaran itu saya harus banyak memberi dan mengenal hakikat
supaya setiap lorong atau ruang yang terbuka seperti ini
saya tidak akan disakiti oleh sekecil kecil
luka atau sebesar besarnya derita




ada tompokan rindu yang saya cuba singkirkan dengan rela supaya saya tidak menjerut leher saya lagi pada tanda tanda kelukaan yang dalam dan membuat luka pada tempat yang sama kerana saya sudah terlalu mengenal erti kebenaran dan berkemungkinan tiada harapan akan tetap bertanda pada wajah saya ini.




di kemuncak sunyi
ada genting pecah
tanpa membuahkan bunyi
tapi membuakkan darah luka
mengalir lesu
seperti sungai yang turun ke laut
dan bergambung menjadi tsunami perasan
membanjirkan harapan kelam
diatas batu batu luka
menambah parut yang sudah sedia ada...




sebenarnya perasaan kasihsayang ini sangat luhur sekali, tapi sayangnya keluhuran dan keikhlasan itu tiada tanda jalan, tiada batu turap yang boleh dijamin dengan pegun setia...

telah aku korbankan segalanya untuk memberi dan aku menolak untuk menerima lagi supaya aku tidak kalah dalam mengenal erti kehilangan.


   1 comments

ehemm
November 16, 2009   03:01 PM PST
 
Ingin sekali aku dtg untuk menghilangan keraguan hatimu.. mengusap wajah sayumu dari pasir-pasir ragu... aku tahu apa yg ada dlm hatimu.. kdgkala perasaan yg sama juga meragut2 bahagiaku tika bersamamu... oleh kerana itu aku takut memasang janji.. bukan aku tiada kekuatan utk mengukuhkan janji2.. tetapi dlm dunia yg kejam ini apakah yang kekal sayang?? tiada siapa sebenarnya yang mampu mendabik dada mengekalkan apa yg ada...

Izinkan aku berbaring, diam2 di sebelahmu.. sama2 kita melihat langit.. genggam jemariku dengan erat... Jangan sekali kau angan untuk melepaskan.. kerana hatiku tidak merestuinya...
Dulu, kini, aku tetap sama... yang berubah hanya peratus kasih sayangku yang semakin bertambah.. cintaku yang makin mekar.. rinduku yang semakin banyak... aku ingin dan sgt2 ingin sekali kekal dalam kegilaanku untuk menyayangimu, merinduimu, mengasihimu, menyintaimu walau dihadapan mata...

Telah kucurahkan segalanya yang ada padaku untuk engkau.. supaya hilang segala resah dan curigamu.. namum kau masih dengan rasa itu.. cintaku masih tidak mengenal jemu... kerana dari dirimu aku mengenal indahnya perasaan itu... sehingga kini kau tetap ada.. satu-satunya di tempat tertinggi.. jauh dalam hatiku...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments